Friday 28 November 2014

Video Toturial 4 cara-cara Mengayakan Pemakaian Wide Shawl

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua..Semoga hari ini diberkati dan dipermudahkan segala urusan kita. Mari kita berdoa banyak-banyak pada hari yag barokah ini agar segala yang dihajati kita akan dimakbulkan dari NYA.

Pada hari ini Madeenda nak share pada uolss semua, video toturial cara-cara pemakaian shawl labuh dengan pelbagai gaya. Kami dari pihak Madeenda juga selalu ditanyakan bagaimana hendak memakai shawl- shawl yang labuh ini. Shawl Madeenda kami juga adalah jenis shawl yang labuh - labuh. Jika search di youtube, macam-macam toturial mengayakan shawl labuh  ini.

Dalam banyak-banyak video, kami berminat untuk share video  ini http://bit.ly/1AV6Tqm kepada uolss semua.  Diharapkan video ini dapat membantu kepada pemakai tegar shawl-shawl labuh seperti saya ini juga. Selamat mencuba yea uolss..:)


 



sumber:Youtube

Thursday 27 November 2014

27 Mutiara Kata Dr Azizan Osman – Dunia Usahawan

Assalamualaikum...

dunia usahawan
  1. “Belajar Bersangka Baik Adalah Salah Satu Cara Bagaimana Kita Boleh Perbaiki Hati Dan Menambah Rezeki”
  2. “Setiap Cabaran Hanyalah Satu Proses Untuk Menjadikan Karektor Anda Lebih Teguh Dalam Persediaan Untuk Menjadi Jaguh Di Dalam Hidup Anda!”
  3. “Gagal Untuk Berkomunikasi Adalah Salah Satu Kunci Kegagalan Dalam Memimpun Sesebuah Organisasi”
  4. “Perniagaan Yang Terbaik Adalah Perniagaan Yang Kita Suka Dan Seronok Jalankan Serta Menguntungkan Dunia Akhirat.”
  5. “Ilmu Bisnes & Pemasaran Bukan Untuk Hanya Informasi Sepertimana Kita Belajar Subjek Geografi Atau Sejarah Kat Sekolah, Ia Adalah Ilmu Tindakan! Jika Tindakan Luar Biasa Maka Hasilnya Luar Biasa!”
  6. “Orang Yang Kaya Bukanlah Terletak Kepada Berapa Figure Wang Yang Dia Ada, Tetapi Orang Yang Kaya Adalah Orang Yang Boleh Memberi Walaupun Sedikit”
  7. “Perjalanan Ke Puncak Kejayaan Itu Umpama Menaikit Hot Air Balloon, Anda Bukan Sahaja Perlu Ringankan Beban Untuk Terbang Tinggi Tetapi Anda Perlukan “Kepanasan” Api Untuk Menghasilkan Gas Yang Membawa Anda Naik.”
  8. “Fokus Buat Apa Yang Terbaik Pada Kepakaran Anda Yang Boleh Berikan Paling Tinggi Hasilnya Kepada Bisnes Anda, Serahkan Perkara Lain Yang Bukan Kepakaran Anda Kepada Pakar Yang Berpengalaman Dan Terbukti Berjaya!”
  9. “Walaupun Seseorang Yang Berjaya Itu Kita Lihat Nampak Tenang Dan Bersahaja, Mereka Sebenarnya Sedang Bekerja Keras Dan Bertungkus-Lumus Dalam Usaha Mereka Mencapai Kejayaan.”
  10. “Cabaran Paling Susah Di Dalam Proses Memperbaiki Kehidupan Diri Adalah Memperbaiki “Sangkaan” Dan Niat.”
  11. “Ramai Orang Cuba Untuk Melakukan Semua Perkara Dan Mereka Rasa Yang Mereka Telah Mencapai Banyak Perkara Di Dalam Hidup. Tetapi Akhirnya Mereka Tidak Mencapai Apa-Apa Yang Terbaik Walau Dalam Satu Perkara Sekalipun.
  12. “Tundukkan Hati Di Dalam Menempuh Hari-Hari Kita Di Dalam Mencapai Impian Kita. Semakin Kita Tunduk, Semakin Banyak Ilmu, Rezeki Akan Mengalir Kepada Kita.”
  13. “Orang Yang Berjaya Biasanya Menulis Senarai Tugasan Mereka Setiap Hari Dan Mereka Yang “Biasa-Biasa” Biasanya Tidak Menulis Apa Tugasan Harian Yang Mereka Perlu Capai.”
  14. “Matlamat Utama Berniaga Bukanlah Untuk Menjadi Jutawan Tetapi Menjadi Dermawan, Mudah-Mudahan Dengan Asbab Berniaga Mengikut Sunnah, Rezeki Kita Lebih Dan Dapat Memberi Lebih Agar Hidup Diberkatinya, More You Give, More You Will Get Back Samada Di Dunia Atau Disana. Give First And Give More.”
  15. “Kita Akan Rasa Takut Dan Skeptikal Kepada Sesuatu Yang Kita Tidak Benar-Benar Tahu Dan Kuasai. Ketakutan Paling Teruk Ialah Takut Untuk Berilmu.”
  16. “Hendak Memulakan Sesuatu Perniagaan Tidak Memerlukan Banyak Modal. Jika Mempunyai Ilmu, Dari Rm1 Boleh Menjadi Rm1 Juta. Tetapi Jika Tidak Mempunyai Ilmu, Wang Berjuta Juga Akan Lesap.”
  17. “Marketing Is Not Selling! Marketing Is Sharing The Story Of Your Self, Product, Services Or The Problems That You Could Help To Settle Or Solve!”
  18. “Setiap Sesuatu Yang Berlaku Terutamanya Perkara Yang Kita Tidak Sukai, Menyedihakan Atau Mengecewakan Sebenarnya Mempunyai Hikmah & Pengajaran.”
  19. “Switch Fokus Kita Segera Dan Bounce Back Untuk Terus Maju Ke Hadapan! Hidup Ini Terlalu Singkat Untuk Melayan Emosi Belaian Jiwa Sedangkan Banyak Perkara Bermanfaat Yang Kita Boleh Kongsi Untuk Ramai Orang Lain Yang Memerlukan Kita.”
  20. “Setakat Fokus Kepada Papan Sasaran Sahaja Tidak Akan Buat Kita Hit Di Tengah-Tengah Papan. Tetapi Kita Perlu Sangat Focus Dan Sentiasa Praktis Untuk Kena Tepat Di Tengah Papan Sasaran Kita.”
  21. “Naikkan Nilai Diri Kita Serta Nilai Kualiti Hidup Kita Maka Kewangan Kita Juga Akan Meningkat.”
  22. “Antara Kunci Kejayaan Adalah Dengan Membina Impian, Menulis Matlamat Dan Berdoa Untuk Mencapainya Tanpa Memerlukan Wang.”
  23. “Semua Ilmu Pemasaran Yang Diajar Tidak Akan Berguna Jika Tidak Digunakan.”
  24. “Kita Boleh Fikirkan Bagaimana Untuk Memulakan Perniagaan. Prinsip Asas Berniaga Adalah Menyelesaikan Masalah Orang Dengan Penyelesaian Seperti Produk Atau Perkhidmatan.”
  25. “Fokus Adalah Salah Satu Faktor Penting Yang Membantu Seseorang Untuk Cepat Berjaya. Tetapi Itu Tidak Benar. Kerana Fokus Sahaja Tidak Mencukupi. Kita Hendaklah Menjadi Sangat Focus! Terhadap Tugasan Atau Perkara Yang Kita Hendak Capai.”
  26. “Jangan Menunggu Waktu Yang Tepat Untuk Melakukan Sesuatu, Kerana Waktu Tidak Akan Pernah Tepat Bagi Mereka Yang Menunggu.”
  27. “Ramai Yang Tidak Sedar, Sedikit Ilmu Yang Berkat Diterima Dengan Hati Yang Ikhlas Akan Memudahkan Perjalanan Seseorang Penuntut Itu.”


Sumber: http://www.zulpress.com/bisnes/27-mutiara-kata-dr-azizan-osman-dunia-usahawan/ 

p/s: Petikan daripada perkongsian mentor Azhar Mokhtar dot com.

Wednesday 26 November 2014

Ciri Usahawan Berjaya


Assalamualaikum...

Semoga pagi ini kita semua didalam keadaan ceria- ceria sekali, dan dipermudahkan segala urusan yang dirancanakan, In Shaa Allah.Setiap hari kita pasti mempunyai impian dan menginginkan sesuatu impian untuk berjaya. Samada dalam kekeluargaan, pekerjaan dan perniagaan. Setiap insan layak dan boleh berjaya jika mempuyai usaha yang bersungguh-sungguh. Setiap yang berusaha pasti akan berjaya.

Oleh itu, pagi ini saya ingin berkongsi 25 ciri-ciri  usahawan yang berjaya melalui pembacaan saya di blog http://bit.ly/1FlbSjV.

Adakah anda tergolong di kalangan usahawan yang berjaya? Baca lebih lanjut untuk mengetahui sifat-sifat penting sebagai seorang usahawan berjaya.Terdapat beberapa ciri-ciri penting yang terdapat pada usahawan berjaya iaitu:

Shawl Latifa By Madeenda

1. Keperluan untuk kejayaan

Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. Hasrat untuk menerima hasrat

Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.

3. Bebas dari aspek fikiran dan tindakan

Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan mem¬bantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.

4. Menyelesaikan masalah

Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.

5. Sering mengharapkan masa depan yang baik

Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.

6. Mencari persekitaran yang baik

Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.

7. Keupayaan mempraktikkan sesuatu

Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.

8. Tampuk kawalan

Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9. Kepercayaan timbal balik dengan orang lain

Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.

10. Keyakinan terhadap kebolehan dirinya sebagai usahawan

Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.

11. Kesediaan menerima tanggungjawab

Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

12. Keupayaan mencuri peluang

Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.

13. Mempunyai cita-cita lebih tinggi

Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

14. Konsep diri yang positif

Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan me¬lihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. Belajar dari keputusan

Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya. Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya. Maklum balas ini membolehkan dia merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.

16. Berperasaan tidak puas hati dan mahu berubah

Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya. Dia sentiasa mencari jalan bagi memperbaiki cara mengurus perniagaan atau produk yang dihasilkannya. Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.

17. Berorientasikan perancangan

Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek. Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kegagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya. Dia juga mengenal pasti perkara di luar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menimpa dirinya. Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.

18. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat

Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang serta membuat keputusan dalam perniagaannya. Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.

19. Menetapkan matlamat

Usahawan fokus pada pencapaian matlamatnya. Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup. Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu. Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain. Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi. Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan.

20. Ubah suai pentadbiran

Seseorang usahawan mampu mengubah suai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya. Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.

21. Kemahiran pengurusan

Pengurusan perniagaan yang efisien dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan. Seorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.

22. Rasa kemanjuran (semangat waja)

Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan. Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya

23. Kepimpinan

Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

24. Kuat berusaha

Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.

25. Pandai membuat keputusan

Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.
" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya."
Adakah anda ingin menjadi seorang usahawan berjaya? Nilai diri anda berdasarkan ciri-ciri di atas den perbaiki segala kelemahan anda. Pasti anda mampu menjadi seorang usahawan berjaya.
.

Sumber: http://scorea.saifulbahri.net/motivasi/25-ciri-usahawan-berjaya/

p/s: Terdapat beberapa ciri-ciri penting yang terdapat pada usahawan berjaya iaitu:
Petikan dari majalah Sukses - 10 September 09

Tuesday 25 November 2014

9 Petua Awet Muda Cara Islam Yang Terbaik Dan Mudah


Assalamualaikum...

Semua orang nak kekal cantik dan sihat. Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta.

Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin.

Lihat di bawah, baca dan praktikkan petua awet muda ini. InsyaAllah pasti menjadi, yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.

Petua Awet Muda


Awet Muda Cara Islam Petua Awet Muda Cara Islam Terbaik Dan Mudah 
 
Petua 1
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 :
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 :
 Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 :
Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8
Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9
Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu).
Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Petua awet muda ini sekadar perkongsian yang boleh diamalkan. In Shaa Allah dengan izin Nya ia berkesan untuk memberikan wajah berseri dan awet muda


Sumber: http://fuh.my/petua-awet-muda-cara-islam-terbaik/

Monday 24 November 2014

Penyakit Menimpa Ke atas Perempuan Tidak Bertudung

Assalamualaikum...

Rasulullah bersabda, “Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda,” Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)


Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat. Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki.

Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser. Majalah perubatan Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da’wahi oleh Rasulullah. Tentang hal ini Allah berfirman: “Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur’an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih” (Surah Al-Anfaal: 32)

Dan sungguh telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan dari hal itu, iaitu kanser di mana kanser itu adalah seganas-ganasnya kanser dari pelbagai kanser. Penyakit ini merupakan akibat dari sengatan matahari yang mengandungi ultra violet dalam waktu yang panjang disetiap pakaian yang ketat, pakaian pantai (yang biasa dipakai orang-orang kafir ketika di pantai dan berjemur di sana) yang mereka kenakan. Penyakit ini terkadang mengenai seluruh tubuh dan dengan kadar yang berbeza-beza. Gejala awal adalah seperti bulatan berwarna hitam agak lebar. Kadang-kadang berupa bulatan kecil saja, kebanyakan di kawasan kaki atau betis dan di kawasan sekitar mata, kemudian merebak ke seluruh bahagian tubuh disertai pertumbuhan di kawasan yang biasa dilihat, pertautan limpa (kawasan di atas paha), dan menyerang darah, dan menetap di hati serta merosakkannya.
Ia juga boleh menyerang janin di dalam rahim ibu yang sedang mengandung. Orang yang menderita kanser ini tidak akan hidup lama.

Dari sini, kita mengetahui hikmah yang agung anatomi tubuh manusia di dalam perspektif Islam tentang perempuan-perempuan yang melanggar batas-batas syariat iaitu bahawa model pakaian perempuan yang benar adalah yang menutupi seluruh tubuhnya, tidak ketat, tidak telus, kecuali wajah dan telapak tangan.

Semakin jelaslah bahawa pakaian yang sederhana dan sopan adalah upaya preventif yang paling bagus agar tidak terkena “azab dunia” seperti penyakit tersebut di atas, apalagi azab akhirat yang jauh lebih dahsyat dan pedih. Kemudian, apakah setelah adanya kesaksian dari ilmu pengetahuan kontemporari ini-padahal sudah ada penegasan hukum syari’at yang bijak sejak 14 abad silam-kita akan tetap tidak berpakaian yang baik (tudung), bahkan malah tetap bertabarruj???

(Sumber: Al-I’jaaz Al-Ilmiy fii Al-Islam wa Al-Sunnah Al-Nabawiyah, Oleh: Muhammad Kamil Abd Al-Shomad)
 http://www.islamituindah.my/penyakit-menimpa-ke-atas-perempuan-tidak-bertudung

Saturday 22 November 2014

Khasiat Berwudhuk Sebelum Tidur

Assalamualaikum...

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci ,
 “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).

Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.
Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.



Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I’jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki.

Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.

Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.

Khasiat berwuduk sebelum tidur:-

  1. menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.
  2.  mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.
  3. didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.
Diterjemahkan dari sumber islampos.com


Sumber: http://www.islamituindah.my/khasiat-berwuduk-sebelum-tidur

Friday 21 November 2014

Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sg Kantan, Kajang

                                                                  Assalamualaikum!
It's Friday!

Al-Baqarah:261 " perumpamaan(nafkah) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah itu seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai, pada tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Maha Mengetahui"

Persatuan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sg Kantan, Kajang, Selangor
· Alamat: Lot 7229, Jalan Melati 1, Sg Kantan, Kajang, Selangor
· Tel: +60 17-2137313 ( Pn. Siti )

· Menempatkan 45 orang anak-anak yatim berusia dari 2 tahun hingga 17 tahun iaitu 23 perempuan dan 22 lelaki

· Amat memerlukan bantuan keperluan harian seperti biskut, tepong, kicap, beras, bahan basah, bihun, lampin pakai buang dan susu tepung Dutch Lady 123

· Amat mengalu-alukan pemberian perkakas seperti seterika, mesin basuh · Kini sedang giat untuk menyediakan kelengkapan sekolah untuk tahun hadapan

· Bantuan kewangan juga amat dihargai.

· Detail bank: BSN: 1010041000197695 atau MAYBANK: 562414006411




#hijabforgood – kempen membeli sambil beramal bersama Madeenda

SHOP N GIVE BACK AT www.madeenda.com

Wanita Britain Memeluk Islam Kerana Hari Hijab Sedunia.


LONDON – Pengalaman memakai hijab ketika Hari Hijab Sedunia pada setiap 1hb Februari telah menarik minat seorang gadis Inggeris untuk lebih mempelajari tentang Islam dan tak lama kemudian ia memeluk Islam.

Jessica Rhodes (21) yang telah mendapat petunjuk dan HIDAYAH Allah mengatakan kepada Muslim Mirror bahawa dia mengambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia dengan memakai tudung selama sebulan.

“Saya ambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia pertama dan mencabar diri saya sendiri untuk memakai hijab selama sebulan,” katanya.

“Kemudian Saya mula membaca Al-Quran dan kalimat-kalimat di dalam Al-Quran kelihatan tampak logik dan jelas, daripada dalam Bible di mana mereka cenderung banyak omong kosong,” tambahnya.



Gadis yang berasal dari Norway tersebut adalah satu di antara beberapa non-Muslim di seluruh dunia yang turut mengenakan pakaian Muslimah dalam acara Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari lalu.
Acara tersebut bermaksud untuk memperkenalkan tudung kepada dunia, bahawa pakaian Muslimah itu bukanlah simbol penindasan tetapi justeru untuk menjaga kehormatan.

Setelah pengalaman memakai tudung itu, Rhodes mula membaca lebih banyak tentang Islam untuk lebih memahami agama yang lurus ini.

“Saya juga melakukan beberapa pemerhatian tentang Islam secara keseluruhan dan merasakan bahawa ini (Islam) adalah sebuah agama yang inklusif yang boleh memberikan saya jawapan-jawapan yang saya cari-cari selama ini,” katanya.

Ketika memutuskan memeluk Islam, Rhodes menghadapi pelbagai reaksi daripada orang-orang terdekatnya. Ibu bapa tidak suka, walaupun menerimanya.
“Ibu bapa saya tidak senang tetapai mereka menerima keputusan saya. Tetapi ipar-ipar saya menyokong menyokong “kata Rhodes.

Sebahagian kawan-kawan Rhodes senang atas keputusannya menjadi Muslimah, sebahagian yang lain cuba membanntah sementara sebahagian yang lain menjauhi Rhodes, situasi yang hampir semua muallaf mengalaminya.

Muallaf di Britain terus meningkat. Menurut kajian terbaru, di Inggeris selama 6 tahun terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang sebanyak 37% dan jumlah masjid sudah mencapai hampir 1,500, termasuk banyaknya surau. Berdasarkan data dari British Institute of Gatston, rata-rata, ratusan warga Inggeris masuk Islam setiap bulan, demikian Al Jazeera melaporkan.

Jumlah muallaf sangat sangat ketara di penjara dan di sekolah-sekolah. Al-Jazeera mendapati bahawa diantara sejumlah muallaf terdiri daripada remaja, termasuk mereka yang berasal dari Brazil, Luxembourg, dan Sweden.

Menurut laporan, setiap tahun sekitar 5000 orang Inggeris masuk Islam.

Sumber: http://www.islamituindah.my/wanita-britain-memeluk-islam-kerana-hari-hijab-sedunia

Thursday 20 November 2014

Zinnirah, Seorang Wanita Srikandi Islam

Assalamualaikum...
 
Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T
Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.
Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.
Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.
Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.
Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.
Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.
"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.
Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.
Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua
sumber:
http://akucintakanislam.blogspot.com/2013/04/zinnirah-seorang-wanita-srikandi-islam_3.html

Wednesday 19 November 2014

5 STRATEGI PERNIAGAAN MELALUI INSTAGRAM

Assalamualaikum..

Instagram telah menjadi pujaan media sosial semenjak beberapa tahun lepas. Konsepnya mudah. Aplikasi ini membolehkan sesiapa sahaja menghasilkan foto digital yang menarik. Filter yang disediakan turut membolehkan foto yang biasa-biasa sahaja kelihatan unik dan professional. Orang ramai amat tertarik dengan aplikasi web ini yang mempunyai lebih daripada 100 juta pengguna. Bila sahaja terdapat sebegini ramai orang dalam satu-satu “tempat” sudah pasti ada peluang perniagaan yang menanti.Dengan Instagram, peluang yang ada bergantung kepada bagaimana usahawan tempatan memanfaatkan aplikasinya.


Faedah-faedah menggunakan Instagram

Instagram, sebagaimana jaringan sosial dan komuniti lain, merupakan audience yang bersedia menerima isi kandungan yang mantap. Dalam kes Instagram, minat yang menyatukan orang ramai adalah fotografi. Dalam perniagaan, pemasaran adalah tentang menarik perhatian pengguna yang sedia ada untuk mendapatkan pengikut (followers) baru. Ia bertujuan untuk menyedarkan orang ramai akan kewujudan jenama kamu dan membawa mereka dalam kitar jualan.
Ia bermula daripada penemuan, selanjutnya mewujudkan perhubungan, sehinggalah orang ramai mula membeli produk dan perkhidmatan kamu. Dengan berdasarkan kitaran ini, besar kemungkinan syarikat anda mampu memperkembangkan pengikut dalam Instagram.


INI MERUPAKAN LIMA TIPS INSTAGRAM UNTUK PERNIAGAAN TEMPATAN. 


  •  LIKE FOTO PELANGGAN SASARAN ANDA
Ungkapan lama – Kamu mendapat apa yang kamu beri (You get what you give) – adalah benar dalam banyak perkara dalam hidup. Ia merupakan mantra yang baik terutama sekali bagi perniagaan yang menggunakan media sosial. Satu daripada perkara terbaik yang boleh anda buat adalah dengan “like” foto-foto lain dalam Instagram. Meninggalkan “comment” merupakan satu lagi cara yang baik untuk menambah pengikut anda.

Jangan mengambil jalan pintas. Jika anda tidak melakukannya dengan ikhlas, anda mungkin dianggap sebagai spammer dan ini dengan cepat akan mendatangkan keburukan. Orang ramai pasti suka jika ada orang lain menyedari akan foto-foto mereka. Meninggalkan komen dan like foto-foto mereka membuatkan mereka senang hati. Lakukannya kepada orang yang menepati profil pelanggan anda dan sebahagian dari mereka kemungkinan akan mengikuti (follow) anda juga, yakni membina profail anda. 
  •   AMBIL GAMBAR DARIPADA SUDUT YANG UNIK
Memang banyak foto dalam Instagram; berbillion-billion. Amat sukar membuatkan foto anda menonjol. Dua aspek utama dalam fotografi adalah pengcahayaan dan sudut. Anda tahu bila terlebih pengcahayaan dalam bingkai dan bila tidak cukup pengcahayaan. Terdapat banyak perkara yang anda boleh buat dengan cahaya, tetapi kaedah cepat untuk membuatkan foto anda berlainan ialah dengan mengambil gambar daripada sudut yang unik.

Ambil gambar daripada kedudukan yang rendah dan ambillah gambar seperti bangunan, dinding dan orang ramai. Foto-foto begini akan menonjol dan mendapat banyak perhatian.

  •  GUNAKAN KAMERA TELEFON YANG BIASA
Instagram membolehkan anda mengambil foto dalam aplikasi tersebut. Ia bagus untuk tujuan mengambil gambar dan terus memuat naikkannya. Tetapi jika anda mahu lebih kawalan gunakan aplikasi kamera dalam telefon anda. Anda boleh menukar-nukar pengcahayaan, fokus, zoom dan beberapa aspek lain. Terdapat juga fungsi seperti burst untuk mengambil imej sesuatu yang bergerak. Buat masa ini anda mungkin lebih suka mengambil foto dengan aplikasi kamera berbanding dengan fungsi yang terdapat dalam Instagram.

  • AMBIL PERHATIAN TERHADAP LATAR BELAKANG
Kadangkala latar belakang foto anda lebih menarik berbanding dengan orang atau objek utama/hadapan. Semasa mengambil gambar ambil perhatian terhadap apa yang berlaku di latar belakang. Anda tidak mahu sekiranya ada sesorang mencuri-curi di belakang untuk photobomb yang boleh menjejaskan foto anda. Atau mungkin juga anda mahu aksi-aksi demikian berlaku. Walau apa pun, asalkan ianya menarik dan dapat memberi kamu atau jenama kamu lebih perhatian.

  • PENGGUNAAN HASHTAG YANG TIDAK BERSESUAIAN
Hashtag merupakan perkara penting dalam jaringan sosial. Dengan menggunakan hashtags dalam Instagram anda dapat mencari kumpulan yang mencari foto-foto berkenaan subjek yang spesifik, di kalangan audience yang ada. Gunakan 1 atau 2 hashtag yang boleh menghubungkan kepada perniagaan anda bagi setiap foto. Pilih hashtag yang popular. Carikan keseimbangan di antara kaitan (relevance) dan populariti.

Kesimpulan
Perniagaan tempatan boleh membina pengikut tempatan dalam Instagram. Anda boleh menarik perhatian pengunjung-pengunjung daripada luar kawasan Bandar anda dengan menunjukkan persekitaran menarik berdekatan lokasi anda.
Ambil foto-foto suasana kedai anda. Keluar dan ambil foto tempat-tempat utama di Bandar anda daripada sudut yang menarik. Ini semua adalah cara yang baik untuk membina pengikut Instagram anda, dan akan menggalakkan lebih ramai pelanggan datang berkunjung.

Tuesday 18 November 2014

Pesanan Imam As-Syafie Sebelum Meninggal Dunia

Assalamualaikum...

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
*Sumber: peribadirasulullah.wordpress.com

Monday 17 November 2014

Tips Melayan Pelanggan dengan Baik

 Assalamualaikum..

Selamat menjalani, minggu baru uolss semua..semoga sega;a tugasan yang direncanakan dipermudahkan. Disini saya ini berkongsi beberapa tips bagi melayan pelanggan dengan baik. Pelanggan adalah aset kita. Oleh itu kita hendaklah elayang seseorang pelanggan itu dengan berhemah.Bak kata pepatah Inggeris:-

"Customer Always Right"

Pelanggan adalah salah satu faktor penentu kejayaan dalam perniagaan anda. Tentunya, dengan melayan pelanggan dengan baik akan membuatkan perniagaan anda berkembang maju. Ini kerana, pelanggan yang puas hati dengan layanan anda akan membawa bakal-bakal pelanggan lain yang akan menggunakan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Berikut beberapa langkah untuk meningkatkan perasaan harga diri pelanggan sehingga mereka merasa dilayani secara peribadi:

  1.  Menyedari kehadiran pelanggan dengan segera;
  2.  Selalu gunakan nama pelanggan sekerap mungkin;
  3. Jangan memandang rendah pelanggan, walau pun anda lebih pandai;
  4.  Berikan pujian dengan ikhlas dan berikan penghargaan kepada pelanggan;
  5. Perlakukan pelanggan seperti raja.

Saturday 15 November 2014

Makan Cara Sihat Ikut Sunnah Nabi

Assalamualaikum...
Kita berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu. Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.
Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud:


 “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…”
 (Surah al-A’raf, ayat 31).

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.

Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.
Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata:-
 “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman. Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:

“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.
“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.
“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”

Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh. Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan. Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh. Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk. Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak. Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.
Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan. Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.
Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: 

“Saya tidak makan sambil bersandar.”

Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.
Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud:

 “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”

Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:

“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:

“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”



Sumber: http://www.islamituindah.my/makan-cara-sihat-ikut-sunnah-nabi#comment-79176

Friday 14 November 2014

Mudahnya Seorang Wanita Itu Masuk Syurga

Assalamualaikum...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:  

“Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )

Seorang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul follow apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.
Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah.

Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.

Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.

Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.

Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?
Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.
Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah

Sumber:www.islamituindah.my/mudahnya-seorang-wanita-itu-masuk-ke-syurga

Thursday 13 November 2014

Tanda Rezeki Itu Berkat

Assalamualaikum...

KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.

Namun kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji juga dinamakan rezeki juga. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan..

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat.
  • Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya. 
  • Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau
  •  Memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan seumpamanya.

Antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.

  • Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang
Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.

  • Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.

  • Jauh daripada kejahatan manusia dan bala
Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.

* Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang
* Sentiasa merasa cukup dan syukur


Sumber: http://www.islamituindah.my/tanda-rezeki-itu-berkat

Wednesday 12 November 2014

Business Social Networking – Kepentingannya Dalam Perniagaan

Assalamualaikum..
Kesilapan yang sering dibuat oleh segelintir syarikat ialah mengunakan rangkaian sosial untuk menjual produk dan perkhidmatan, sedangkan para pengguna ingin berkomunikasi dengan syarikat dan berkenalan dengan pengguna-pengguna lain yang mempunyai minat yang sama.
Menurut IDC (International Data Corporation), inisiatif yang berkaitan dengan rangkaian sosial dengan tujuan membuat urusniaga akan merangkumi 2,000 juta USD perniagaan dalam tahun 2014.
Masih ada usahawan yang menganggap rangkaian sosial sebagai sesuatu yang mahal atau sesatu yang akan mengurangkan nilai jenama mereka. Strategi komunikasi internet mereka sebaliknya, biasanya lebih murah, lebih fokus dan dapat diukur.

Cara para pengguna mempengaruhi pengguna-penguna lain dalam keputusan pembelian, antaranya melalui perkongsian pendapat, harus dijadikan faktor utama untuk melakukan kegiatan pemasaran produk anda melalui rangkaian sosial.

Impak rangkaian sosial
Bidang komunikasi telah berubah. Semua teknik komunikasi yang bersifat satu hala di antara komunikasi syarikat dan pelanggan sudah tinggal kenangan. Rangkaian sosial membantu menjadikan syarikat-syarikat lebih telus, mendapat kepercayaan dan membina kredibiliti melalui komunikasi dengan para pelanggan. Di zaman ini, sebelum membuat pembelian, para pelanggan akan mencari maklumat tentang produk yang diperlukan menggunakan enjin carian atau rangkaian sosial. Mereka memperolehi maklumat bukan sahaja berkenaan tawaran semasa, tetapi juga tentang pengalaman pelanggan-pelanggan lain yang telah menggunakan produk tertentu.
Kehadiran dalam rangkaian sosial juga penting kerana ia membolehkan hubungan lebih rapat dengan pelanggan. Tugas para pakar adalah untuk mewujudkan persekitaran yang sukar ditolak, yang akan menarik orang ramai yang berpotensi menjadi pelanggan/pengguna, bergantung kepada pemikiran dan tindakan mereka.
Apabila anda mengambil keputusan untuk menceburi rangkaian sosial, adalah penting untuk mengetahui akan kelebihannya, dan juga risiko yang perlu dihadapi. Pertama sekali, paling asas ialah menentukan halatuju dalam menentukan strategi pemasaran selanjutnya. Kehadiran anda haruslah bermakna; jika anda hanya sekadar terikut-ikut syarikat-syarikat lain yang telah menyertai rangkaian sosial, tindakan ini tidak masuk akal.

Kelebihan Rangkaian Sosial
Banyak syarikat yang belum cukup faham tentang faedah-faedah apabila sesebuah syarikat menyertai rangkaian sosial, manakala syarikat-syarikat yang memahaminya telah menjadikannya keutamaan dalam melaksanakan kegiatan pemasaran. Berikut adalah sebahagian daripada faedah-faedahnya:
  • Khidmat Pelanggan. Tiada cara yang lebih baik untuk memastikan para pelanggan sentiasa gembira selain daripada menyediakan kaedah yang membolehkan para pelanggan mendapat maklumat penuh dan sokongan tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Rangkaian sosial membolehkan anda sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan, dan dengan itu memberi perkhidmatan yang sentiasa diingati dan diganjarkan dengan pembelian baru.
  • Promosi produk. Rangkaian sosial bukan sekadar untuk penjualan produk atau perkhidmatan, sebaliknya, ia bertujuan untuk mendengar dan berkomunikasi. Ia merupakan saluran yang sangat penting dalam mempromosikan produk baru. Ia juga merupakan saluran yang baik untuk mempromosikan laluan (traffic) ke laman web anda.
  • Kajian Pemasaran secara real time. Berbeza dengan sebelum ini, sekarang kita boleh mendapatkan banyak data tentang produk atau perkhidmatan anda, termasuk maklumat tentang projek baru atau perasmiannya, secara real time. Lebih mudah untuk mendapatkan informasi yang dapat membantu memperbaiki dan memajukan produk dan perkhidmatan dengan penyertaan yang dapat membawa maklumbalas yang bernilai, dan yang paling enak ialah ianya percuma. 

sumber: http://www.usahawan.com/internet/business-social-networking-kepentingannya-dalam-perniagaan.html




pics credit to: www.empire.rocks .  a network of word of mouth marketing team by Rootwommers Sdn Bhd

Tuesday 11 November 2014

Kelebihan Bekerja Keras

 Assalamualaikum...

Banyak manfaat yang dapat kita perolehi dengan bekerja yang ikhlas. Selain mendapat gaji dan meningkatkan produktiviti kerja, Kita juga akan disukai Allah, majikan dan teman sekerja.Tambahan, bekerja itu kan satu ibadah.Oleh itu bekerjalah kita dengan ikhlas.

KELEBIHAN BEKERJA DENGAN IKHLAS:-

1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang hamba ikhlas, “talian hayatnya” bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.

2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif
Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya. Tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal. Dia juga menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai “self promotion” (ganjaran pangkat dan gaji) malah dia juga giat dalam kerja-kerja yang memberi nilai “self improvement” (peningkatan nilai murni dalam diri). Tegasnya dia tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa, dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat.



3.Terhalang daripada Melakukan Penyelewengan
Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh “punch card”, CCTV, dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang, dan lain-lain perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan.

4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja
Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah “kepala” kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.

5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan
Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan “khadam ummah” bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.

6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandanga dan pendirian.
Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati bukan “ambil hati”. Dan dia bertanggungjawab atas pendirinyannya bukan bersifat “lempar batu, sembunyi tangan”.





- Artikel iluvislam.com

Monday 10 November 2014

Bersyukur Dengan Kekurangan


“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, 
dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” 
(Surah Ibrahim, 7)



Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan?

BERSYUKUR!

Ya, itulah yang seharusnya.
Tapi… bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur?
Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.

Sedarkah kita…
beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.
Fiman Allah SWT:

“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (Surah Al-Baqarah, 177)

Saya pasti kalian mesti pernah dengar kata-kata ini:

“After every storm there is a rainbow.”

Selepas setiap guruh, adanya pelangi.
Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad.
Yakinlah dengan janji Allah...
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.
Fikirkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya.

Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.

Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.

Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

Renung-renungkan.

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.

sumber:http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/5838-bersyukur-dengan-kekurangan.html

Sunday 9 November 2014

5 Trik Pemasaran Lama Yang Terbukti Berkesan

Assalamualaikum...

Kaedah pemasaran lama yang dipadukan dengan teknologi baru akan memberikan hasil yang hebat. Google+, Vine, atau Twitter merupakan alat pemasaran baru yang canggih, dan berkos rendah. Namun anda tidak harus menumpukan perhatian terhadap kaedah yang baru sahaja. Beberapa kaedah pemasaran lama juga tetap menarik dan berkesan.
Supaya lebih berkesan, cubalah kombinasi teknologi moden dengan trik pemasaran lama. Berikut adalah beberapa tips pemasaran lama yang terbukti sangat berkesan.

· Pemasaran Word-of-Mouth
Word-of-Mouth kekal sebagai alat pemasaran paling berkesan. Orang lebih percayakan sahabat handai dan keluarga mereka. Berikan ganjaran kepada pelanggan setia yang memperkenalkan orang-orang baru ke dalam “keluarga” dan dorong pekerja anda untuk menyebarkan berita dalam lingkungan pergaulan mereka.
Cara ini dapat meningkatkan jangkauan pelanggan anda melalui pelaksanaan program referral dan senarai e-mail dalam media sosial anda.

· Hubungan Peribadi (Personal Connections)
Mewujudkan hubungan peribadi akan memberi kesan yang lebih baik. Gunakan software yang dapat menjejaki tarikh lahir pelanggan dan hubungi mereka dengan memberikan ucapan hari jadi melalui media sosial.

· Poskad
Kirimkan poskad kepada pelanggan anda sebagai tanda penghargaan atas pembelian terakhir mereka, atau untuk memberitahu tentang program baru yang mungkin menarik perhatian mereka. Kirimkan poskad kepada pelanggan anda sebagai langkah wajib setiap kali mereka membuat pembelian/pesanan.

· Berkumpul Bersama (Come Together)
Jaringan tempatan tetap menjadi cara utama untuk mendapat pelanggan setia. Media sosial amat sesuai untuk mempertahankan hubungan baik ini. Tetapi ianya tidak sebaik dengan perjumpaan bersama pelanggan di lokasi tempatan, petemuan persatuan peniaga, pameran industri dan sebagainya. Sudah tentunya ini lebih baik daripada hanya memaparkan di laman Facebook.

· Radio
TV merupakan media yang bagus, tetapi kos pengiklanannya sangat tinggi. Namun, radio sejak dulu lagi tetap memiliki nilai tersendiri dalam pengiklanan perniagaan kecil dan sederhana. Jangan batasi diri anda dalam melakukan pengiklanan. Radio tempatan merupakan radio yang paling berkesan menjangkau masyarakat di sesuatu di daerah.
Gabungkan kekuatan radio dan kekuatan komunikasi moden dengan membuat podcast tentang industri anda, atau membuat podcast sendiri di mana anda mengkongsikan nasihat melalui kepakaran anda.

Saturday 8 November 2014

7 Tips Majukan Perniagaan

Setiap perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi, agar perniagaan itu terus maju dan berjaya serta dapat mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang ringgit yang dikeluarkan. Namun, tidak semua perniagaan yang diusahakan mampu menetapkan jumlah pelanggan di dalam atau di luar negara. Tidak kira sebarang jenis perniagaan yang dijalankan samada melibatkan penjualan produk, servis, nasihat dan sebagainya. Kecekalan dan semangat yang kental sangat diperlukan bagi memastikan cita-cita yang diimpikan tercapai. Perniagaan ini bukan sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah. Kerana ia mengambil masa dan memakan tempoh yang agak panjang. Sambutan pelanggan dalam perniagaan yang dijalankan mempunyai beberapa cara untuk dicapai.

Beberapa tips ini perlu diamalkan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan menjanjikan pulangan yang lumayan dan memberangsangkan. Perkara pertama yang perlu kita amalkan adalah tips untuk mempelajari tentang keadaan kawasan yang menjadi tempat untuk memulakan perniagaan. Jika kita memulakan perniagaan yang padat dengan penduduk dan menjadi pusat pentadbiran, hasilnya akan positif. Sebaliknya jika kita membuka perniagaan di kawasan kampung yang tiada kemudahan dan sambutan ramai maka, perniagaan kita tidak akan bertahan lama.

Mengkaji tentang suasana dan kedudukan
Kita perlu mengkaji tentang latar dan faktor kedudukan tempat baru itu. Jika ia merupakan kawasan yang didiami pelajar dan pekerja, membuka kedai dobi adalah cadangan yang baik. Kerana golongan seperti ini lebih cenderung untuk menghantar pakaian yang kotor kedai dobi dari dicuci sendiri. Jangan pula di kawasan seperti itu kita mulakan dengan perniagaan besi buruk dan barang kitar semula. Selain itu, kawasan seperti ini juga sesuai dibuka perniagaan makanan dan minuman. Kerana pelajar dan pekerja sentiasa memerlukan tenaga untuk pergi belajar dan pergi bekerja. Katakan juga keinginan untuk memulakan kedai alat tulis dan perkhidmatan potostet di kawasan yang sama. Pendek kata, sesuatu kawasan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Kerana perniagaan ini bukan untuk suka-suka dan main-main, sebaliknya sesuatu yang serius dan berat.

Mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai
Tips yang seterusnya adalah mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai. Bukan sekadar seorang yang mempunyai wang untuk dilaburkan sahaja. Setidak-tidaknya minat dan hobi pada benda yang sama akan menampakkan lagi usaha yang dijalankan. Kerana manusia tidak akan jemu dan bosan melakukan sesuatu yang menjadi kegemaran mereka. Katakan Yusri dan Lisa mempunyai minat yang sama dalam bidang penerbitan dan periklanan. Jadi, mereka telah bersetuju dan melaburkan sejumlah wang untuk memulakan perniagaan ini di sebuah kawasan yang menjadi tumpuan. Kerana minta dan pendapat dalam bidang yang sama sangat tinggi, perniagaan mereka semakin maju. Kerana masing-masing memberi komitmen yang baik dalam perniagaan ini. Bukan hanya seorang sahaja yang perlu bekerja, sebaliknya kedua-dua belah pihak rakan kongsi ini. Pendek kata, perniagaan mereka maju kerana minat dan hobi dalam bidang yang sama.

Bermula secara kecil-kecilan
Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga jutaan ringgit. Sekadar sebagai hobi dan minat untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendatan sambilan sudah memadai. Contohnya Pak Abas yang menjalankan perniagaan menjual kerepek di kampungnya. Perniagaan ini adalah perniagaan warisan daripada ayahnya dahulu. Jadi, Pak Abas membantu ayahnya yang telah tua kerana sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat lagi. Semakin lama, minatnya telah mendalam dalam dunia perniagaan dan dia menguruskan sepenuhnya perniagaan ini selepas kematian ayahnya. Pada awal penglibatan dalam dunia penjualan kerepek, arwah ayah Pak Abas berniaga dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas Pak Abas mengambil alih, dia telah membuat pinjaman dengan bank untuk mendirikan sebuah kilang pembuatan kerepak yang terletak di belakang rumahnya. Pendapatanya semakin maju tambahan pula semasa musim perayaan dan juga musim perkahwinan. Kerana Pak Abas telah mendapat pengalaman yang banyak semasa membantu arwah ayahnya dahulu. Kini, Pak Abas telah mendirikan lima buah kilang di daerah dalam negerinya.

Mengupah pekerja yang boleh dipercayai
Setelah mempunyai kedudukan yang baik dalam perniagaan yang diceburi, pasti kita ingin meluaskan perniagaan itu. Katakan perniagaan kedai pakaian lelaki dan wanita. membuka cawangan baru memerlukan lebih ramai perkerja untuk menguruskannya. Maka, kita perlu mengupah orang yang boleh dipercayai untuk memastikan perniagaan yang diusahakan selama ini tidak dirosakkan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan kita. Mungkin kita boleh mengupah jiran yang telah lama kita kenali sebelum memulakan perniagaan itu atau juga mengupah kawan-kawan yang sudah kita maklum dengan hati budi mereka. Jika tidak, perniagaan kita akan musnah berikutan ada pihak yang iri hati dengan kesenangan dan kemewahan yang kita capai. Oleh sebab itu, kita perlu menjalin perhubungan yang baik dan tidak bermusuh dengan semua orang agar kita juga selamat dan perniagaan kita terus maju.

Mempunyai strategi yang berkesan
Selain itu, untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, kita juga perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak impian itu akan musnah di pertengahan jalan. Contohnya memulakan perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi. Dalam dunia yang serba canggih dan maju ini, kita sering dihantui dan dibayangi dengan pelbagai wabak penyakit yang disebabkan penyalahgunaan bahan kimia industri, wabak penyakit yang disebabkan bahan kimi berlebihan dalam bekalan makanan seperti sayur dan wabak penyakit berjangkit yang mudah disebarkan melalui migrasi manusia atau haiwan. Wabak penyakit berbahaya memang sukar untuk diubati, tetapi kita masih mempunyai peluang untuk mencegahnya. Maka, perniagaan dalam bidang ubat-ubatan dan farmasi sentiasa mendapat sambutan yang baik kerana kita tidak mampu menjangka saat kita akan ditimpa penyakit. Perniagaan ini adalah perniagaan yang mampu memberi keuntungan kepada pengusaha. Masyarakat hari ini juga semakin bijak untuk menentukan ubat yang berkesan bagi penghalang penyakit merebak.

Mendengar dan mengikuti kemahuan pelanggan
Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu adalah pelanggan dan orang ramai. Maka, hasrat dan kemahuan mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak, pelanggan akan lari dan kita yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka. Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan kita sesuatu yang baru untuk dicuba dalam dunia perniagaan itu. Contoh yang paling rapat dengan masyarakat adalah perniagaan francais iaitu McDonalds, yang berjaya meluaskan perniagaan ke serata dunia. McDonalds di India telah menyediakan menu khas bagi penduduk India dengan menyediakan burger ayam. Mereka telah tampil dengan Chicken Maharaja Mac, kerana meraka tidak boleh memakan daging. Selain itu, di Itali pula, mereka telah menyediakan burger yang disajikan dengan daging khinzir. Di Norway pula, burger telah disajikan dengan kepingan daging ikan salmon yang menjadi kegemaran penduduknya. Manakala di Thailand, ia juga disajikan dengan memasukkan perisa tomyam yang disesuaikan dengan selera pelanggan. Tidak kurang hebat juga dengan McDonalds di Malaysia.

Bersedia untuk memulakan perniagaan yang besar
Perniagaan yang semakin maju menjadi idaman semua usahawan. Tetapi adakah kita sudah bersedia untuk memulakan perniagaan ke peringkat yang seterusnya? Kejayaan kita mampu diukur setelah kita melihat dan merasakan sambutan yang diterima ramai orang. Katakan dulu Iqbal hanya menjual laksa dengan menaiki motorsikal sahaja. Selepas 5 tahun bersusah-payah, dia telah mengumpul wang yang banyak dan membuka sebuah kedai laksa bersama adik lelakinya. Memang cita-cita Iqbal untuk membuka sebuah kedai laksa daripada resipi arwah ibunya. Dia telah bersedia dengan sepenuhnya. Dengan pembukaan kedai baru itu, Iqbal menjadi semakin bersemangat untuk bekerja dan juga untuk merubah masa depannya. Semakin hari, perniagaannya semakin maju. Kerana Iqbal sudah mempunyai pelanggan tetap selama 5 tahun sepanjang dia berniaga menaiki motorsikal roda tiga.


Secara kesimpulannya, tips ini perlu diamalkan agar perniagaan yang kita ceburi itu menampakkan hasil dengan titik peluh yang dikorbankan. Kegagalan dan jatuh bangun dalam perniagaan adalah lumrah dan kita perlu bersedia dengan semua kemungkinan yang bakal tiba. Sekali jatuh bukan bermakna kita akan jatuh selamanya. Jadikan perkara ini sebagai pembakar semangat. Pokok pangkal untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah minat yang mendalam, kegigihan dan juga usaha yang tidak pernah kenal penat lelah. Dalam erti kata yang mudah, setiap usaha yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil apabila tiba masanya nanti. Berusaha dan terus berdoa agar urusan kita dipermudahkan-Nya.