Tuesday 30 December 2014

Tips untuk ceria dan bersemangat setiap hari

Assalamualaikum...
Apa khabar semua? lagi sehari sahaja kita akan manganjak kepada tahun baru 2015. Semoga kita tanamkan azam baru pada tahun 2015 yang akan datang ini dengan azam yang tinggi agar segala yang diimpikan akan tercapai hendaknya.

Bagi mencapai cita-cita dan azam yang diimpikan kita seharuslah sentiasa bersemangat pada setiap hari. Jika kita bersemangat kita haruslah sentiasa ceria. Walaupun pelbagai dugaan yang diterima, jika kita mempunyai bersemangat dan aura ceria, segala kesulitan akan mudah diatasi.

Bagaimana yea kita mahu sentiasa ceria dan bersemangat pada setiap hari??? Jika kita mahukan hari kita sentiasa ceria ianya harus dilakukan diawal pagi. Kalau awalnya kita gembira dan ceria, In Shaa Allah sepanjang hari kita mampu ceria.

Oleh itu saya ingin share beberapa tips dari Dato Fadilah Kamsah. Mari kita sama-sama amalkan:-

Macam mana nak ceria & bersemangat tiap hari? 

1.Berdoa agar sentiasa ceria dan bersemangat.
2.Maafkan semua orang agar hati bersih dan minda positif.
3.Programkan minda tiap malam sebelum tidur: 
  
"Ya Allah, jika aku masih panjang umur, kejutkan aku esok pagi dalam keadaan sihat, beriman, ceria dan seronok nak 
   pergi kerja, tapi jika aku mati esok, matikan aku dalam husnul khatimah"

4.Bangun pagi terus senyum dan berdoa dan mohon agar hari ini lebih baik daripada semalam.
5.Cari "butang hijau" ia perkara yang buat kita ceria--peluk  
 pasangan, cium anak, beri ikan dalam akuarium makan,geletek kucing, 
dengar lagu nasyid kegemaran, minum air kegemaran, tengok FB dan sebagainya.
6.Bayangkan hari ni mungkin terakhir dan azam nak lakukan yang 
  terbaik.
7.Gembirakan hati oarag di sekitar.
8.Amalkan sunnah-sunnah Nabi.
9.Temui cinta sejati.
10.Pakai warna kegemaran.
11.Berjalan pantas.
12.Masuk pejabat dangan Bismillah, beri salam dan masuk dengan 
   langkah kanan.
13.Sentiasa Tawakkal kepada Allah. 

Tips yang sangat bermanfaat, jangan lupa ye amalkan, supaya hari-hari kita ceria dan bersemangat...:)

Perkara yang Membawa Wanita Ke Syurga

Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.


1- Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

2- hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

3- selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

4- solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

5- berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam





Monday 29 December 2014

Bagaimana Untuk Menentukan Pengambilan Kalori Harian Anda??

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin  membantu kepada anda semua bagaimana untuk mengira tahap pengambilan kalori seseorang.Tips ini saya share kepada anda semua adalah daripada E-book by Agam Movement Fitness. Amirul Agam adalah bekas peserta Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) yang diasaskan oleh Kevin Zahri, http://kevinzahri.com/jk1m/tl/amirulagam. Amirul Agam telah  berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 33 kg dalam masa 6 bulan. Kini beliau merupakan team leader JK1M bagi kawasan Ampang Indah. Ingin bagaimana beliau berjaya menurunkan berat badan dengan menentukan pengambilan kalori sehari beliau?? Ini adalah tips-tips formula daripada beliau:-

LANGKAH 1 >> Mendapati (BMR) Basic Metabolic Rate Anda

LELAKI:

66 + (13.7 x berat(KG) + (5 x Tinggi (cm) - (6.8 x umur)

PEREMPUAN:

655 + 9.6 x berat (KG) + (1.8 x Tinggi(cm) - (4.7 x umur)


LANGKAH 2 >> Menentukan Tahap Aktiviti Anda

DUDUK
(BMR x 1.2) kurang atau tidak bersenam

RINGAN
(BMR x 1.375) bersukan 1-3 hari seminggu

SEDERHANA
(BMR x 1.55) bersukan 3-5 hari seminggu

SANGAT AKTIF
(BMR x 1.725) bersukan 6.7 hari seminggu

TERLEBIH AKTIF 
(BMR x 1.9) senam berat setiap hari


LANGKAH 3 >> BMR  x  LEVEL AKTIVITI = PENGAMBILAN KALORI HARIAN

Jumlah kalori seseorang perlu mengambil setiap hari untuk mengekalkan berat badan
Jumlah Pengambilan Kalori yang diperlukan Oleh Amirul Agam


Setelah kita dah tahu tahap jumlah pengambilan kalori harian kita, kita boleh membuat anggaran kalori dalam makanan yang diambil, berpandukan senarai dibawah:-



Bagaiman untuk turun atau naik badan???
 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Semoga tips ini bermanfaat, semoga kita semua mendapat berat yang ideal dengan tips ini..Selamat mencuba..:)











Wednesday 24 December 2014

Kehidupan

Assalamualaikum semua...
 
Kehidupan merupakan anugerah Tuhan Yang Maha Esa,iaitu ALLAH S.W.T. yang tidak ternilai harganya. Tetapi kebanyakan manusia tidak menggunakan masa hidupnya dengan sebaik mungkin.Sebagai contoh, kita lalai dalam melakukan ketaatan kepada ALLAH, terlalu cintakan dunia, tidak mahu mati kerana terlalu sedih untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
Selalu kita dengar kata-kata seorang pujangga iaitu :
“Kumpulkan kekayaan seolah-olah kita hidup di dunia ini selama-lamanya dan beramallah seolah-olah kita akan mati pada hari esok”.
Kata-kata ini mempunyai maksud yang tersirat disebaliknya. Cuba kita fikirkan kenapa pujangga tersebut mengatakan kita perlu kumpulkan harta kekayaan seolah-olah kita hidup selama-lamanya? Sebabnya ialah ianya merupakan perkara yang penting bagi seseorang manusia.
Tetapi kita kena ingat,janganlah kita menjadi seorang yang bongkak dan takbur kepada ALLAH dan sekalian makhluknya apabila kita mempunyai kekayaan kerana kekayaan tersebut merupakan pemberian ALLAH kepada kita.Seboleh- bolehnya kita menggunakan harta kekayaan kita untuk membantu golongan miskin.


Maksud beramal seolah-olah kita akan mati pada hari esok ialah mengumpulkan bekalan untuk dibawa ke alam kubur yakni alam barzakh.Kita lihat gelagat manusia di sekeliling kita adakah mereke sentiasa gembira atau sedih sepanjang kehidupan mereka? Kadangkala kita memikirkan alangkah indahnya kalau Allah memberikan kita harta kekayaan yang melimpah ruah tanpa berusaha.
Itulah pemikiran manusia yang malas berusaha.Allah Taala telah berfirman dalam al-Quran,Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kalau mereka tidak berusaha untuk mengubahnya.Jelas dalam ayat al-Quran bahawa Allah tidak akan menolong orang yang tidak berusaha untuk mengubah dirinya.

Justeru itu,segala-galanya terserah pada diri kita sama ada mahu mengubah nasib kita atau tidak.Fikirlah tentang diri anda.Usahalah untuk mengubah hidup anda.

share:IluvIslam

Monday 22 December 2014

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah

Assalamualaikum..

>> Kita berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.

>> Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

>>Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud:

… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

>> Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.

>>Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.

>>Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

>>Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

>>Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

>>Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

>>Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan. Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

>>Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

>>Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:

“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.

Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.
“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”

>>Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.

>>Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.

>>Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.

>>Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

>>Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.

>>Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak. Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

>>Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.

>>Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

>>Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

>>Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.

>>Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

>>Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

>>Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”

>>Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

>>Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.

>>Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”

>>Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:

“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

>>Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

>>Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:

“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

>>Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!

>>Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”


Friday 19 December 2014

8 Kelebihan Solat Tahajud

Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’).

Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam. Pesanan Dari Imam Nawawi:

“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”


Keajaiban Solat Tahajud



Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.  Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut : 

1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).

2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,  mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)

4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)

5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)

6. Penghapus dosa 
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)

7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”

8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)

Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita di dunia dan di akhrat

Thursday 18 December 2014

Himpunan 11 Formula Kejayaan

Assalamualaikum..

Untuk mencapai sesebuah kejayaan, atau matlamat yang diimpikan, kita perlu mencorakkan kehidupan seharian dengan lebih teratur dari biasa. Cara untuk mempunyai hidup yang teratur adalah dengan mempunyai formula ini yang selalu saya praktikkan dalam kehidupan seharian saya.Jom kita sama-sama mengamalkannya.
 
 

1. Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai kejayaan yang tinggi anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut. Keinginan umpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri sendiri. Punca utama seseorang tidak mencapai matlamatnya adalah takut kepada ‘kegagalan’ maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat.

2. Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini adalah, “Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan, jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu”. Lagu yang popular pada 80-an. Lagu yang simple ini mengandungi mesej yang sangat besar! Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita, anda perlu mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa ia akan tercapai! Dengan itu, ia akan menjadi penggerak kepada diri anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi. Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja untuk meyakinkan orang ramai. Dalam menetapkan matlamat anda, perlu realistik. Ia pasti membantu memotivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik. Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3. Tulis matlamat anda

Ini AMAT penting, setiap kali saya membuat ‘talk’ di serata tempat seluruh Malaysia, sering saya ulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, mereka tidak menulisnya. Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa sedara untuk anda merealisasikannya. Matalamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat, ia menjadi sesuatu yang nyata- yang boleh disentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi anda kepada bentuk yang boleh digenggam!

4. Senaraikan kebaikan yang anda kecapi

Apa yang anda dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini disebabkan anda telah menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan membakar semangat anda untuk mencapai kebaikan tersebut! Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda kecapi, ia akan memandu anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab kenapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang akan diterima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat untuk membuktikannya.
sendiri, deadline,
5. Cerminkan diri sendiri

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda? Perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda tetapkan. Pastikan anda ketahui kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas pula anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.

6. Tetapkan deadline

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan juga deadline untuk mencapainya. Bilakah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun? Kebanyakan orang tidak meletakka deadline kerana takut matlamat tersebut tidak dapat dicapai sebelum waktu penamat itu! Jadi, sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka membiarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka pada bila-bila masa sahaja! Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7. Ketahui rintangan

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang perlu dilalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara-cara untuk menempuhinya terlebih dahulu. Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah  satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda lalui walau sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk menghadapi rintangan-rintangan yang besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya di dunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut. Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

8. Perancangan

Kata pakar motivasi, “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”. Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan pelan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu pelan untuk mencapai menara gading. Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya tidak menjadi, apakah alternatif lain? Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ia akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk taburkan bergunung-gunung usaha, maka hebatlah pulangan anda. Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditipu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang anda sendiri.

9. Ilmu tambahan

Ketahui ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang paling istimewa sekali. Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang perlu ada untuk mencapai matlamat anda? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat paling penting atau kebolehan paling penting yang mesti dipunyai dalam mencapai matlamat anda? Ia adalah tanggungjawab anda!


10. Bina gambaran

“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas pada fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau 10 tahun dari sekarang. Dengan berimaginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga dapat membakar semangat. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan kejayaan anda di masa hadapan. Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

11. Janji pada diri sendiri

Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa juga rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan… JANGAN, JANGAN sesekali berputus asa! Sekiranya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kegagalan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan. Oleh itu saya gelarkan sahabat karib. Amat jarang sekali sesuatu kejayaan dicapai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan yang anda temui, ianya bermaksud lagi hampirlah anda kepada kejayaan anda. Jangan berputus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu di sebalik kegagalan itu. Berita baiknya adalah, menempuh kegagalan akan menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang dihadapi, maka lebih banyak hal yang anda dapat pelajari. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda. Jangan pula ikut cara yang sama. Kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!


Sumber: Majalah IK

Wednesday 17 December 2014

12 Ciri-Ciri Mind Set Usahawan yang Berjaya.

Assalamualaikum...

Kejayaan tidak berlaku sekelip mata. Ia memerlukan kerja keras, ketabahan dan berterusan memperbaiki diri. Setiap usahawan yang berjaya mempunyai cerita yang hebat untuk memberitahu. Sering kali, anda akan kagum dengan apa yang kebanyakan mereka telah melalui sebelum menjadi usahawan yang terkenal. Mereka adalah orang-orang biasa yang telah menggunakan minda mereka dengan cara yang luar biasa.

Berikut adalah ciri-ciri usahawan yang berjaya.

*
*
*
*
*
*
*

1. Passion.
 Mereka benar-benar suka apa yang mereka lakukan; ia memberi tenaga mereka dan menjadikan mereka menjadi hidup. Ia tidak berasa seperti kerja, kerana mereka merasakan mereka melakukan apa yang mereka dilahirkan untuk lakukan.

2. Kepercayaan
Kepercayaan diri mereka dan kepercayaan dalam idea-idea mereka membolehkan mereka untuk berjaya. Mereka percaya kepada keupayaan mereka untuk berjaya dan teruskan ketika orang lain meragui idea-idea mereka. Mereka percaya mereka boleh membuat ia berfungsi dan tidak pernah membenarkan keadaan mereka untuk meletakkan had ke atas potensi mereka.

3. Keberanian.
Mereka mempunyai keberanian untuk menghadapi cabaran baru, untuk mengikuti naluri mereka dan pergi dengan berani di mana tiada siapa yang pergi sebelum ini.

4. Penentuan
Usahawan yang berjaya mempunyai keazaman yang besar. Mereka berazam untuk menjadikan idea-idea mereka bekerja, tidak kira bagaimana sukar. Mereka berazam untuk memupuk idea-idea mereka dan biarkan mereka berkembang.

5. Naluri
Mereka pandai membuat keputusan, penalaan ke perasaan usus mereka dan seberat sehingga kesan dalam denyutan jantungnya. Semakin keputusan yang mereka buat, lebih baik mereka menjadi di membuat keputusan.

6. Mengambil Risiko
Mereka bersedia untuk mengambil risiko dan langkah di luar zon selesa mereka untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Menariknya, banyak keputusan mereka dikira risiko.

7. Wawasan.
Mereka bermula dengan impian apa yang mereka benar-benar mahu mencapai dan mereka menetapkan matlamat dan objektif yang jelas. Dari itu, mereka menyusun strategi, merancang dan bertindak ke atas apa yang mereka mahu capai. Mereka memberi inspirasi kepada orang lain untuk memberi tumpuan kepada mencapai keputusan.

8. Disiplin
Mereka cemerlang di mendapat perkara yang dilakukan dan ini memerlukan komitmen, kerja keras dan dedikasi. Mereka bangun awal, bekerja lewat dan tidak pernah berputus asa sehingga mereka mendapat apa yang mereka mahu.

9. Rialitik
Mereka telah gagal pada masa lalu dan mereka tahu bahawa mereka akan gagal sekali lagi pada masa hadapan. Mereka tidak takut daripadanya. Mereka telah belajar pelajaran besar dari kegagalan mereka. Mereka berpaling keadaan sekitar untuk membuat ia bekerja untuk mereka. Malah, inovasi lain juga boleh muncul dari kegagalan.

10. Menyesuaikan
Mereka adalah penerima awal dan cepat untuk bertindak balas kepada perubahan yang memberi kesan perniagaan mereka. Mereka tidak takut perubahan, tidak takut untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang tidak diduga. Mereka memahami bahawa perubahan adalah kepastian dan muka apa sahaja kehidupan membaling pada mereka dengan keberanian dan harapan.

11. Ispirasi. 
Mereka memberi motivasi dan inspirasi kepada orang lain untuk mencapai keputusan. Mereka mengiktiraf dan memupuk bakat dan kualiti pada orang lain.

12. Belajar
Mereka sentiasa bersedia untuk belajar dan melabur dalam pembangunan peribadi mereka sendiri. Mereka menghadiri seminar dan membaca lebih banyak buku lagi. Mereka mencari orang lain untuk berkongsi ilmu mereka dan membina hubungan dengan orang-orang yang menyokong dan menggalakkan. Mereka mempunyai mentor yang baik dan jurulatih dan bekerja pada cara-cara untuk menjadi lebih baik. Mereka berkembang setiap hari, dan tidak pernah gagal untuk menggunakan setiap kesempatan.

Mungkin anda boleh mengenal pasti ciri-ciri usahawan yang berjaya pada diri sendiri. Adakah terdapat mana-mana ciri-ciri usahawan yang berjaya yang anda ingin untuk tambah lagi?

Sumber: greatmindsinspire.com

Tuesday 16 December 2014

Rezeki Yang Telah Ditetapkan

 Assalamualaikum...



Nikmat rezeki yang kita miliki dalam hidup ini telah tetapkan oleh Allah dan ia adalah hakNya untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan. Jangan di kejar gunung, kerana gunung tidak akan bergerak. Begitu juga dengan rezeki, kalau itu memang hak kita, ia tidak akan lari jauh dari kita. Kita perlu bersabar sebelum dapat menikmati kekayaan dan kemewahan dari rezeki yang telah ditentukan untuk kita.

Kita tidak boleh terlalu gopoh untuk mengejar kekayaan dan kemewahan di dunia ini. Kita sendiri pasti tidak suka jika kita terlalu didesak oleh orang lain untuk mendapatkan sesuatu dari kita. Begitu juga dengan rezeki kita, jika kita terlalu mendesak ianya akan menjadi sukar untuk diperolehi. Hanya Allah sahaja yang mengetahui sama ada sesuatu itu hak kita atau tidak. Kita cuma boleh berdoa dan meminta petunjuk dariNya.

Memang tidak dinafikan, perjalanan menuju ke arah kekayaan yang kita inginkan tidak semudah yang disangka. Kita perlu berperang dan bersaing dengan manusia lain. Kita perlu pilih sama ada kita mahu gunakan senjata yang baik ataupun buruk untuk bersaing dengan orang lain. Jika dilakukan dengan cara yang baik kita sendiri yang akan mendapat manfaatnya. Begitulah juga sebaliknya.

Berusahalah dengan sedaya upaya dan penuh yakin bahawa Allah akan sentiasa membantu kita. Jangan pernah merasa cepat berputus asa. Orang yang cepat berputus asa adalah orang yang sangat rugi. Jika kita melihat ramai orang yang telah berjaya, kita juga pasti boleh berjaya seperti mereka juga. Setelah gigih berusaha, iringi usaha kita itu dengan berdoa dan bertawakal kepada Allah kerana Dialah yang maha berkuasa untuk menentukan segalanya.

Kejayaan dan kemewahan pasti akan datang kepada manusia yang yakin dan sentiasa mahu mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik. Setiap hari lakukan perancangan dan mula untuk mengubah kehidupan kita ke arah lebih baik. Ucapkan selamat tinggal kepada kegagalan, selamat datang kejayaan. Berusahalah untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan juga akhirat. InsyaAllah kejayaan sebenarnya pasti akan menjadi milik kita.

sumber:http://www.klinikmotivasi.com/blog/rezeki-yang-telah-ditetapkan/

Monday 15 December 2014

THINK BIG!



Assalamualaikum..



T >> adalah “talent” (BAKAT) dan “time” (WAKTU). Keduanya adalah hadiah dari Sang Pencipta.
H >> adalah “hope”, harapan untuk hal-hal yang baik dan jujur.
>> adalah “insight”, wawasan yang diperoleh dari orang lain atau bacaan yang bermutu.
N >> adalah “nice to all people”, berbuat baiklah pada semua orang.
K >> adalah “knowledge” (ILMU PENGETAHUAN), itu adalah kunci kehidupan.


B >> adalah “book” (BUKU), bacalah buku sebanyak-banyaknya.
I >> in-dept”, belajar dan perdalamlah keterampilan.
G >> adalah “God”, Tuhan. Jangan lupa pada Sang Mahakuasa.

Saturday 13 December 2014

9 Tips Untuk Hidup Lebih Bahagia


Assalamualaikum...

Tips untuk semua..:)

bahagia 

1. Jangan Takut dan Khawatir
    Perasaan takut dan khawatir merupakan fikiran kita yang paling tidak produktif. Sebagian besar hal-hal yang kita khawatirkan atau takutkan tidak pernah terjadi. Jadi untuk apa kita khawatir dan takut?
2. Jangan Pernah Menyimpan Dendam
    Dendam adalah hal terbesar dan akan menjadi beban terberat jika kita menyimpannya di dalam hati. Maukah anda membawanya sepanjang hidup? …. Saya rasa tidak. Jangan sia-siakan energi kita dengan menyimpan dendam, sudah pasti tidak ada gunanya. Gunakanlah energi kita tersebut untuk hal-hal yang positif.
3. Fokus Pada Satu Masalah
    Jika kita memiliki beberapa masalah, selesaikanlah masalah kita satu per satu. Jangan terpikirkan untuk menyelesaikan masalah secara sekaligus karena justru akan membuat kita semakin stress.
4. Jangan Membawa Tidur Masalah Anda
    Masalah adalah hal yang sangat buruk untuk kesehatan tidur kita. Pikiran bawah sadar kita adalah hal yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak.
5. Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan
    Membantu orang lain yang sedang dalam masalah adalah hal yang mulia, tetapi jika kita mengambil porsi terbesar untuk menyelesaikan masalah orang lain tersebut justru itulah kesalahan terbesar. Biarkanlah orang tersebut yang menyelesaikan masalahnya sendiri dengan porsi terbesar.
6. Jangan Hidup di Masa Lalu
    Mungkin terasa nyaman bagi kita mengingat hal-hal yang menyenangkan di masa lalu tetapi jangan anda terlena didalamnya. Konsentrasilah dengan apa yang terjadi saat ini, karena kita pun akan bisa merasakan banyak kebahagiaan di saat ini. Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih berbahagia jika kita merayakan apa yang terjadi saat ini dibanding dengan mengingat-ngingat kebahagiaan di masa lalu.
7. Jadilah Pendengar yang Baik
    Mungkin sebagian besar orang termasuk saya :) susah untuk menjadi pendengar yang baik. Justru sebaliknya kita mengharapkan orang lain yang mendengarkan omongan kita, tetapi sebetulnya dengan belajar mendengarkan orang lain, kita akan mendapatkan banyak hal baru yang dapat sangat berguna bagi kebahagiaan hidup kita.
8. Jangan Biarkan Frustasi Mengatur dan Bahkan Mengacaukan Hidup Anda
    Kasihanilah diri kita lebih dari apa pun, maksud saya adalah janganlah kita menyerah pada frustasi. Maju terus. Ambillah tindakan-tindakan positif dan lakukanlah dengan konsisten.
9. Bersyukurlah Selalu
    Bersyukur dan berterimakasihlah atas semua yang kita dapatkan, bukan hanya hal yang positif saja tetapi juga hal yang negatif, karena saya percaya dibalik setiap hal yang negatif tersebut ada hal baik yang bisa kita pelajari.
     sumber: http://www.akuinginsukses.com/9-tips-untuk-hidup-lebih-bahagia/

Friday 12 December 2014

5 Tips Yang Mempengarusi Kecantikan Dan Kesihatan Wanita

Assalamualaikum...
Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat? Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua. Berikut merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda belia:



1) Senaman membina peribadi positif - Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.

2) Merokok menambah usia wajah anda – Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.

3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua – Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.

4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun – Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang.

5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain – Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri.

sumber:http://penpatah.blogspot.com/2012/04/5-tips-yang-mempengarusi-kecantikan-dan.html

Perkara Sunat Yang Dilakukan Pada hari Jumaat

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua, bagi hari yang barokah, serta penghulu segala hari...Marilah kita mengamalkan perkara-perkara sunat yang digalakkan pada hari yang mulia ini. Semoga ianya amat bermanfaat kepada kita semua...
  1. Mandi sunat Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan cantik serta bau-bauan.
  2. Sunat memakai pakaian yang berwarna putih.
  3. Keluar ke masjid dengan niat untuk menunaikan sembahyang Jumaat pada seawal waktunya secara berjalan kaki dengan penuh tenang dan sopan disamping membanyakkan membaca zikir, berselawat dan bertahmid kepada Allah.
  4. Sunat mengelokkan rupa parasnya dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar bersembahyang seperti memotong kuku, misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu air-ari, menggosok gigi dan sebagainya.
  5. Sunat membanyakkan membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya.
  6. Sunat memperbanyakkan membaca doa dan memohon keampunan dari Allah pada malam dan waktu siangnya.
  7. Memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada malam hari dan di waktu siangnya.
  8. Melakukan sembahyang sunat 4 rakaat sebelum Jumaat dan 4 lagi selepasnya.
  9. Sunat membaca surah al Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas setiap satunya sebanyak 7x selepas memberi salam sembahyang Jumaat.  Sabda Rasulullah s.a.w. 
    "Sesiapa membaca surah Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas sebanyak 7 kali sebelum ia mengubah cara duduknya setelah imam selesai memberi salam pada hari Jumaat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan dan yang akan datang serta diberi ganjaran pahala sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya."
  10. Disunatkan bagi orang yang mengantuk ketika mendengar khutbah pada hari Jumaat supaya berpindah tempat duduknya.  Berdasarkan riwayat dari Ibnu Umar katanya, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk pada hari Jumaat di dalam majlisnya maka hendaklah ia berpindah ke tempat duduk lain."