Friday, 12 December 2014

Perkara Sunat Yang Dilakukan Pada hari Jumaat

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua, bagi hari yang barokah, serta penghulu segala hari...Marilah kita mengamalkan perkara-perkara sunat yang digalakkan pada hari yang mulia ini. Semoga ianya amat bermanfaat kepada kita semua...
  1. Mandi sunat Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan cantik serta bau-bauan.
  2. Sunat memakai pakaian yang berwarna putih.
  3. Keluar ke masjid dengan niat untuk menunaikan sembahyang Jumaat pada seawal waktunya secara berjalan kaki dengan penuh tenang dan sopan disamping membanyakkan membaca zikir, berselawat dan bertahmid kepada Allah.
  4. Sunat mengelokkan rupa parasnya dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar bersembahyang seperti memotong kuku, misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu air-ari, menggosok gigi dan sebagainya.
  5. Sunat membanyakkan membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya.
  6. Sunat memperbanyakkan membaca doa dan memohon keampunan dari Allah pada malam dan waktu siangnya.
  7. Memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada malam hari dan di waktu siangnya.
  8. Melakukan sembahyang sunat 4 rakaat sebelum Jumaat dan 4 lagi selepasnya.
  9. Sunat membaca surah al Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas setiap satunya sebanyak 7x selepas memberi salam sembahyang Jumaat.  Sabda Rasulullah s.a.w. 
    "Sesiapa membaca surah Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas sebanyak 7 kali sebelum ia mengubah cara duduknya setelah imam selesai memberi salam pada hari Jumaat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan dan yang akan datang serta diberi ganjaran pahala sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya."
  10. Disunatkan bagi orang yang mengantuk ketika mendengar khutbah pada hari Jumaat supaya berpindah tempat duduknya.  Berdasarkan riwayat dari Ibnu Umar katanya, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk pada hari Jumaat di dalam majlisnya maka hendaklah ia berpindah ke tempat duduk lain."

Thursday, 11 December 2014

RAHSIA AMALAN WANITA SOLEHAH


1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.

Wednesday, 10 December 2014

Tips Pemilihan Warna

Assalamualaikum...

Dalam menggayakan busana ataupun tudung, pemilihan warna memainkan peranan yang amat penting. Ia kerana warna tersebut akan memberi kesan kepada penampilan kamu di mata orang lain. Mari kita baca tip pemilihan warna yang sesuai buat kamu!
 
Merah

Rona yang ideal untuk si kulit cerah. Namun, ia tidak sesuai dipakai ketika kita dalam keadaan penat atau murung kerana warna tersebut akan menyerlahkan diri kita seakan-akan seorang yang garang.
Warna ini lebih sesuai dikenakan dalam majlis ataupun tempat supaya kita dapat dikenali dengan mudah.

Merah Jambu
Rona feiminin.  Ia sesuai bagi menyerlahkan sebuah perhubungan sosial yang santai dan kurang sesuai bagi jalinan hubungan profesional.

Kuning
Rona warna yang menyerlahkan imej ceria, gembira dan jenaka dalam perhubungan sosial. Kurang sesuai untuk perhubungan profesional dan formal kerana ia menggambarkan sifat bersahaja. Peminat warna ini dilihat sebagai orang yang kreatif, optimis dan berani mencuba.

Biru
Rona inibagi setiap peringkat usia. Warna biru lembut atau biru laut adalah warna yang cukup menarik pada mata yang memandang. Oleh itu, ia sesuai dikenakan dalam apa sahaja tempat dan keadaan. Ia juga sesuai bagi semua jenis warna  kulit.

Kelabu
Rona kelabu adalah yang paling sukar disesuaikan kerana ia memberikan mesej yang terlalu kontras. Pemilihan corak dan rekaan yang sesuai memberikan imej yang positif. Sebaliknya, apabila individu mengenakan pakaian berwarna kelabu dengan corak dan rekaan yang malap,  maka ia memberikan imej sedih, suram dan tidak bersemangat.

Oren
Oren adalah rona keceriaan. Warna oren sesuai bagi setiap jenis warna kulit. Ia menggambarkan  si pemakai sebagai orang yang mudah mesra dan prihatin. Warna ini sesuai dikenakan pada pakaian sosial. Warna ini tidak sesuai  bagi pakaian yang bersifat profesional. Elakkan mengenakan pakaian berwarna ini daripada kepala hingga ke kaki.

Hijau
Rona ketenangan dan sejuk mata memandang.  Warna hijau yang lembut seperti hijau pucuk pisang sesuai dipakai oleh semua orang tidak kira warna kulit. Bagi wanita,  warna hijau sesuai bagi apa sahaja jenis pakaian. Orang yang memakai warna hijau lembut dapat memberi mesej tidak formal dan mesra.

Ungu
Rona ungu adalah warna pilihan. Warna ini sesuai bagi sesiapa sahaja yang ingin menampilkan diri sebagai orang yang dominan dan bijaksana. Warna ungu yang sederhana dan gelap lebih sesuai bagi wanita tanpa memadankannya dengan biru gelap ataupun kelabu.

Coklat
Warna coklat sama ada coklat muda ataupun gelap lebih sesuai bagi aksesori tambahan. Walau bagaimanapun, kita boleh memakai pakaian berwarna coklat apabila ia adalah coklat lembut. Elakkan daripada memilih pakaian yang berwarna coklat dari kepala sehingga kaki. Pastikan penggunaan warna coklat adalah minimum bagi penampilan profesional.

Hitam
Rona hitam adalah sesuai bagi pakaian formal dalam dunia perniagaan dan profesional. Ia menggambarkan kekuasaan, kebijaksanaan dan keseriusan individu yang memakainya dalam apa sahaja yang dilakukannya.

Putih & Krim
Pakaian berwarna putih dan krim sesuai digandingkan dengan warna lain. Ia memberikan imej neutral dan baik kepada mereka yang melihat. Contohnya, kemeja-T dan blaus yang berwarna putih sesuai pada setiap masa, tempat dan keadaan. dara

sumber:http://inspirasiputri.blogspot.com/2014/09/tip-pemilihan-warna.html

Tuesday, 9 December 2014

Tips Lengkap Memilih, Menjaga Dan Memakai Tudung

TUDUNG dan perempuan tidak dapat dipisahkan. Ia merupakan perkara penting kepada seseorang perempuan. Tidak boleh tidak, perempuan yang sudah baligh, Islam, taat dan comel akan memakai tudung.

Pada kali ini saya berkongsikan beberapa petua dan tips memilih, menjaga dan memakai tudung. Bolehlah dikatakan ianya agak lengkap kerana disadur daripada pelbagai sumber dan dikumpulkan sekaligus di sini.

Tips memilih tudung ini dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti berikut:-

1. Tips memilih tudung berdasarkan bentuk wajah
2. Tips menjaga tudung
3. Tips memilih tudung berdasarkan warna kulit

1. Tips memilih tudung berdasarkan bentuk wajah

Secara amnya, bentuk wajah manusia terdiri daripada bujur, bersegi, panjang, segitiga dan bulat. Seharusnya pemilihan tudung adalah berdasarkan kepada bentuk wajah anda. Ini mampu menambahkan seri dan kepadanan kepada si pemakai.

  • Wajah Bujur
Anda memang bertuah kerana bebas memilih tudung dan gaya bertudung. Jika anda penggemar shawl, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis shawl dan boleh memilih untuk menggunakan inner atau pun tidak.

  • Wajah Bersegi,
Bahagian tulang rahang biasanya lebih lebar dengan dagu yang kurang kelihatan. Rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung dengan menggunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang.

  • Wajah Berbentuk Panjang 
(Bercirikan dengan dagu yang panjang, bentuk kening lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang), anda boleh mengurangkan kedudukan kening yang tinggi dengan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.

  • Wajah Segitiga 
Adalah dagu panjang ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang. Anda seeloknya memakai tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan inner seperti hairnet. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan inner tersebut.

  • Wajah Berbentuk Bulat 
Disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum mengenakan inner. Tapi berhati-hati agar memilih inner yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang.

2. Tips Menjaga Tudung

Penjagaan yang betul akan memanjangkan jangka hayat tudung. Dari sudut ekonomi, ini memang langkah yang bijak. Dari sudut penampilan, tudung yang dijaga kemas dan betul akan membantu penampilan yang lebih kemas dan sedap dipandang.
Antara cara menjaga tudung yang boleh diamalkan ialah..
  • Mencuci tudung dengan tangan dan jangan gunakan mesin. Ini akan memastikan tudung mendapat tekanan pada kawasan yang kotor sahaja.
  • Menggantung tudung adalah lebih digalakkan daripada melipatnya.
  • Jangan pakai tudung ketika rambut basah. Ini boleh menjejaskan fabrik tudung.
  • Gunakan bahan pencuci yang lembut dan jangan lupa bahan pelembut.
  • Jangan campurkan tudung dengan pakaian berwarna lain. Dikhuatiri ia akan merosakkan warna tudung.
  • Jangan jemur tudung secara terus. Ini akan meemudarkan warna tudung. Anginkan sahaja di kawasan redup.

3. Tips Memilih Tudung Berdasarkan Warna Kulit

Pemilihan tudung berdasarkan warna kulit memberikan kesan di dalam penampilan seseorang. Ia boleh sama ada membuatkan si pemakai kelihatan kusam, ceria, muda, tua dan sebagainya.
  • Kulit sawo matang – warna-warna hijau dan kuning atau terbitan daripada keduanya akan membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan menaikkan seri wajah anda.
  • Kulit kuning langsat – gayakan tudung berwarna biru, ungu violet dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Sementara tudung berwarna hijau dan kuning harus dielakkan supaya tidak kelihatan kusam dan kurang bermaya.
  • Kulit putih – pakailah tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. Tudung berwarna merah jambu, merah hati atau merah gelap akan membuatkan anda kelihatan pucat.
P/s: Oh.. ya, pelbagai jenis shawl ada di dalam kedai online kami . Jika masih ada masa lagi, cubalah klik dan perhatikan jika ada mana-mana shawl  yang berkenan di hati anda. Ingat shawl ingat MADEENDA icon smile

Monday, 8 December 2014

Panduan Berpakaian yang betul bagi Wanita Muslimah



Assalamualaikum...

Saya harap gambar yang comel-comel yang berunsur dakwah dibawah ini dapat menjelaskan segalanya yang ingin disampaikan. Sama-samal la kita belajar menjadi muslimah yang sejati. Bagitu juga saya yang masih dalam proses belajar untuk  menjadi lebih baik sebagai hambaNYA.. Semoga kita semua istiqomah untuk menjadi yang lebih baik disisiNYA...:)



Panduan Pemakaian Yang Betul Buat Muslimah, Pakaian Muslimah, Pakaian yang Berpandukan Syariat Islam, Pakaian Menutup Aurat, Muslimah, Wanita Islam, Oh So Muslim, Owesome

Panduan Pemakaian Yang Betul Buat Muslimah, Pakaian Muslimah, Pakaian yang Berpandukan Syariat Islam, Pakaian Menutup Aurat, Muslimah, Wanita Islam, Oh So Muslim, Owesome

Panduan Pemakaian Yang Betul Buat Muslimah, Pakaian Muslimah, Pakaian yang Berpandukan Syariat Islam, Pakaian Menutup Aurat, Muslimah, Wanita Islam, Oh So Muslim, Owesome

Panduan Pemakaian Yang Betul Buat Muslimah, Pakaian Muslimah, Pakaian yang Berpandukan Syariat Islam, Pakaian Menutup Aurat, Muslimah, Wanita Islam, Oh So Muslim, Owesome

Panduan Pemakaian Yang Betul Buat Muslimah, Pakaian Muslimah, Pakaian yang Berpandukan Syariat Islam, Pakaian Menutup Aurat, Muslimah, Wanita Islam, Oh So Muslim, Owesome

Panduan Pemakaian Yang Betul Buat Muslimah, Pakaian Muslimah, Pakaian yang Berpandukan Syariat Islam, Pakaian Menutup Aurat, Muslimah, Wanita Islam, Oh So Muslim, Owesome


Sebagai seorang yang bergelar muslimah sejati..kita tak perlu terikut-ikut dengan cara berpakaian agama lain kerana kita punyai identiti tersendiri. Setiap sesuatu yang Allah tetapkan, pasti ada sebab musababnya. Begitu juga dengan persoalan kenapa perempuan Islam perlu berhijab. Berhijab adalah salah satu cara untuk melindungi kaum wanita daripada "gangguan-gangguan" yang tidak diingini.
Marilah kita sama-sama, Fikir-fikir kan~

Jom kita perbaiki penampilan kita supaya dilihat sebagai seorang wanita muslimah :)




Thursday, 4 December 2014

Tip mudah pakai hijab

Assalamualaikum. Specially untuk yang baru nak mula pakai shawl.


1. Anak Tudung/ inner

Pastikan dari cotton lembut, tak panas dan tak tebal. Ini penting untuk keselesaan dan ruang udara

2. Selendang yang mudah

Untuk permulaan, guna selendang yang mudah dipakai. Jangan mula dengan selendang yang licin dan nipis kerana jenis ini anda perlu bijak memilih gaya agar ti menampakkan tengkuk.

3. Corak dan Warna

Ramai yang suka memilih warna kegemaran. Adalah lebih baik kalau memilih selendang mahupun pakaian dengan warna yang sesuai dengan wajah atau pun diri anda.

4. Selendang Tidak Jarang

Sangat penting material dipilih tidak jarang. Namun tahap jarang ini ada pelbagai. Asalkan bila dililit tidak menampakkan bayangan tengkuk dan badan anda supaya anda confident memakainya.

5. Selendang yang Selesa 

Pemilihan fabrik juga penting. Material yang sejuk dan lembut menjadi pilihan supaya anda selesa mengenakan hijab itu.

6. Minat

Perlu rasa positif apabila menggayakan selendang. Jika berfikir sukar memakai selendang, maka sukarlah jadinya. Namun, paling penting ia masih menepati syarak yang ditetapkan.

Sekian. Selamat mencuba!





Featured here: Rafhanah by Madeenda in Gold

Bentuk Butterfly half moon. senang digayakan!

SHOP: HERE

Wednesday, 3 December 2014

10 Tip Berfikiran Positif untuk Lebih Bahagia dan Lebih Sihat Minda

Assalamualaikum...

Jika anda pernah jatuh merudum kerana kekecewaan dengan jangkamasa yang agak lama dan anda mendapati bahawa anda menyalahkan seluruh dunia terhadap apa yang berlaku ke atas diri anda. Barangkali berlakunya perubahan sikap dalam diri anda. Berikut adalah 10 tip untuk berfikiran positif yang boleh memberikan anda nafas baru untuk meneruskan perjuangan hidup. Jadi, tingkatkan peluang anda untuk mendapat lebih perspektif membina dengan menggunakan 10 tip berikut:-
 
      1.      Kenalpasti pemikiran negatif yang ada dalam diri sebelum ia menjadi akar umbi. Jika anda rasa mood anda kembali suram, berhentilah daripada berfikir tentang mereka sebelum anda tunduk kepada mereka. Kawal emosi anda, jangan biarkan emosi mengawal anda.

      2.      Berkawan dengan orang yang berfikiran positif. Secara tidak langsung, anda juga akan berfikiran positif.


      3.      Orang yang berfikiran negatif boleh menjangkiti orang lain. Jadi, jauhkan diri anda daripada orang yang selalu berfikiran negatif. 

      4.      Bersenam dan makan makanan seimbang. Jika anda nampak hebat dari segi luaran, sudah tentu dalamannya juga hebat dan bagus.

      5.      Rajinkan diri untuk mengemas dan menyusun barang-barang anda. Anda harus dikelilingi oleh benda-benda yang anda suka dan membuatkan anda rasa hebat. Contohnya  gambar keluarga, buku kegemaran, pokok hiasan, gambar kesenian atau apa saja yang bermakna buat anda.

      6.      Jika ada seseorang memberitahu anda yang anda tidak boleh melakukan sesuatu, maka ambillah ia sebagai cabaran dan buktikan kepada mereka yang anda boleh melakukannya. Ini adalah peluang kepada anda yang mana mereka tidak boleh atau takut untuk melakukannya. Jika anda menunjukkan mereka ia boleh dibuat, mungkin mereka mendapat sumber inspirasi daripada anda atas kejayaan yang anda perolehi. Anda boleh menjadi contoh kepada mereka untuk mereka berfikiran positif.

      7.      Apabila anda merasa sangat kecewa dengan kehidupan anda atas segala nasib malang yang menimpa anda, anda harus mengingatkan diri anda bahawasanya semua itu adalah dugaan daripada Tuhan yang hanya menguji kita. Yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

      8.      Jadilah sukarelawan dengan melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan. Bukan sahaja anda menyedari tentang orang yang mempunyai masalah lebih besar daripada anda, namun terdapat keadaan emosional dan kerohanian yang harus anda alami ketika membantu mereka.

      9.      Hilangkan tekanan. Masalah anda akan menjadi lebih besar jika anda selalu dalam keadaan tertekan. Dengan itu, jauhkan diri anda daripada tekanan.

      10.  Teruskan berfikiran positif. Memulakannya adalah mudah. Cuma mengekalkannya adalah cabaran. Jadikan ia tabiat anda untuk sentiasa berfikiran positif sehingga ia menjadi sebahagian daripada hidup anda.

 sumber:http://rahsiatarikan.com/tip-berfikiran-positif-bahagia-sihat.html


s