Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Dan
sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila
kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan
dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.” (HR Nasa’i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim)
“Wanita
solehah itu lebih baik dari bidadari syurga. Dan isteri solehah itu
akan menjadi ketua bagi bidadari bidadari syurga. kamu mahu menjadi
solehah?” soal ustazah sewaktu minggu orentasi. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke halaman maahad yang permai.
“Nak..!!” jawab kami.
Ustazah tersenyum.
“Kalau macam tu, usahalah jaga akhlak kamu. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
“Apabila
seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan
Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika
berada di akhirat dikatakan kepadanya : Masuklah kamu ke dalam syurga
dari pintu mana saja yang kamu suka.” (HR Ahmad)
“InsyaAllah ustazah..!”
Kini
saya dah dewasa. Bukan lagi murid tingkatan satu dahulu. Mungkin
cita-cita untuk menjadi seorang doktor tak kesampaian. Namun cita-cita
sebagai seorang wanita solehah tetap hidup dalam diri. Kalau dulu saya
hanya mengangguk kalau ada yang berpesan
“Nanti kamu jadi anak yang solehah ya. Yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya”
Solehah yang ku hadam sebagai perempuan yang baik. mudah saja. ^^
Hari
ini saya melihat dunia. Dunia realiti dan sebenar. Manalah perempuan
yang baik itu. Susah untuk ketemu. Saya yang rasa dan pendam sendiri.
Untuk menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Untuk menjaga aurat.
Untuk menjaga iman dan akal hati. Kadang kadang saya menangis sendiri.
“Ya Allah susahnya mahu jadi solehah. Bertalu-talu aku diuji.”
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23 :
“Maka
sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai
Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah
telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas
penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah
Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?”
Ku
sapu air mata. Takut kalau Allah mengunci hati. Ahh.. Itu hanya mehnah
kecil. Sedangkan Sumayyah diuji imannya dengan ujian yang maha dahsyat!
Kan wanita solehah itu kuat jiwanya! Teguh azamnya!
“Seorang
muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya
semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi
muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang
tersembunyi. Itulah yang terbaik.”
Muslimah sejati juga tidak
dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari
sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah
sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya,
tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
Muslimah
sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi
dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan
dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana
caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.
Ketahuilah muslimah
sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat
dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang
dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya
digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya
dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukan dilihat
dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia
mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.
Muslimah sejati
bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani
tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh
rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya, dan dia sentiasa bersyukur
dengan segala kurniaan yang diberi.
Solehah bukan lah mudah. Namun ia bukanlah mustahil. Selagi menjaga ibadah, menjaga kehormatan dan taat kepada suami.
Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda :