Monday, 9 March 2015

10 Tip Bekerja Dengan Gembira

Positif apabila berada di tempat kerja. 

Positif apabila berada di tempat kerja.

Pencapaian kerjaya seseorang bergantung kepada sejauh mana individu tersebut mampu memberi perhatian penuh terhadap tugasannya ketika di pejabat. Manakala perhatian penuh itu pula didasari oleh rasa tenang, bersemangat dan gembira ketika bekerja. Jika anda bekerja dengan perasaan marah, sedih dan sebagainya, pastilah prestasi kerja anda merosot.


10 tip untuk anda praktikkan agar anda dapat mewujudkan perasaan gembira ketika berada di pejabat dan melaksanakan tugasan.

1-Ketepikan masalah peribadi
Jangan sekali-kali membiarkan fikiran anda dibelenggu dengan masalah peribadi di pejabat. Set di dalam minda, saat menjejak kaki di pejabat, terus ketepikan apa jua masalah peribadi untuk seketika.

2-Cipta ‘dimensi pejabat’
Apabila anda mencipta ‘dimensi pejabat ‘ di dalam fikiran, anda cuba untuk menjadikan ia sebagai ruang yang cukup selesa untuk anda bekerja dan terasing dari dunia luar.

3-Dapatkan teman pemberi semangat
Pastikan ada seseorang di dalam pejabat itu yang boleh dipercayai, menjadi tempat untuk anda berkongsi masalah dan meminta nasihat.

4-Jaga pola pemakanan
Makan makanan yang berkhasiat dan minum 8 gelas air putih sehari dapat meningkatkan tenaga serta membuatkan anda lebih segar. Kesihatan diri menyumbang kepada perasaan yang  positif.

5-Atur tugasan kerja
Tugasan kerja yang diatur dengan baik dan tersusun dapat menghilangkan rasa bebanan di dalam fikiran anda. Ia mengelakkan anda membuat kerja dalam keadaan tertekan dan kelam kabut.

6-Berjalan-jalan untuk seketika
Sekali-sekala ambillah 2-3 minit untuk berjalan-jalan di sekitar pejabat atau melihat pemandangan luar supaya fikiran anda boleh ‘refresh’.

7-Jangan cuba mengubah
Anda boleh mengubah sikap anda daripada bermuka masam ke bermuka manis dengan senyuman. Namun, anda tidak boleh mengharap atau memaksa orang lain berbuat begitu untuk anda.

8-Beri ganjaran
Apabila anda berjaya menyiapkan tugasan yang anda sasarkan pada hari ini, beri ganjaran kepada diri anda seperti pergi menonton wayang selepas waktu kerja bersama rakan.

9-Amalkan senaman
Dengan mengambil sedikit masa, mungkin 10 minit untuk melakukan senaman pernafasan, senaman ringan atau yoga akan membantu anda untuk lebih tenang melakukan kerja.

10-Fikir yang positif
Fokus kepada perkara yang positif sahaja di pejabat. Jika ada satu sahaja perkara positif, tetapi 10 perkara negatif, usaha untuk tetap membangkitkan semangat diri anda dengan yang positif itu sahaja. 


sumber:MAJALAH NUR

Friday, 6 March 2015

20 Tip Pemilihan Tudung

Assalamualaikum dan Salam Jumaat..

Bertemu lagi kita dihari Jumaat yang mulia ini. Lebih kurang seminggu lagi akan bermulanya cuti sekolah penggal satu. Musim cuti-cuti sekolah ini sinonim dengan majlis perkahwinan sani dan sana. Oleh itu, para bakal-bakal pengantin mesti tengah sibuk menyiapkan persiapan majlis berbahagia mereka. 

Bagi pengantin muslimah bertudung mesti ada yang masih  terfikir-fikir lagi pemilihan tudung yang akan digayakan untuk menjadi raja sehari nanti. Bak kata orang last minit punya persediakan. Disini ada disenaraikan 20 tip pemilihan tudung kepada para bakal raja sehari. Semoga tips ini sedikit sebanyak dapat membantu para bakal raja sehari nanti yea.
 

pemilihan tudung
 pemilihan tudung

Praktikalnya, tudung atau layah sedondon atau serona dengan baju. Namun ia tetap nampak serasi dengan gandingan warna lain yang seirama seperti platinum  dengan ungu lembut. Selain itu, fabrik yang sesuai paling penting agar ketika dipakai ia nampak selesa dan terletak. Bagi bakal ratu sehari, panduan di bawah boleh  dijadikan panduan sebelum membuat pilihan gaya tudung dan layah yang sesuai untuk anda:
  1. Paling utama sebagai pengantin Muslimah, pemakaian tudung yang sempurna mestilah labuh menutupi dada, tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk telinga, tersembunyi dan menyelaputi bahu.
  2. Bagi pasangan yang akan melangsungkan pertunangan atau perkahwinan, asas pemakaian tudung ialah anak tudung yang direka mengikut keselesaan dan  kesesuaian si pemakainya.
  3. Anak tudung mempunyai ‘awning’ antara yang sentiasa menjadi pilihan kerana anak tudung ini senang dibentuk dan boleh menutup kekurangan bentuk muka  bulat dan bersegi.
  4. Selain itu, anak tudung manik berikat belakang tanpa ‘’awning’’ pula sesuai dipakai oleh anda yang mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur. Bagi pemilihan fabrik anak tudung seperti shantong, sutera thai, lace, span, dan jersi amat sesuai. 
  5. Manakala warna yang sesuai pula, digunakan untuk majlis bertunang ialah warna biru, jingga, hijau, ungu, merah jambu, dan kelabu. 
  6. Pilihan terbaik untuk tudung ialah fabrik lembut yang tidak berkilat. Ini kerana wanita bertudung harus sentiasa berpegang kepada prinsip berpakaian sopan,  tidak terlalu menonjol. Menyerlah sedikit daripada orang lain tidak salah agar tetamu tahu anda pengantin. 
  7. Elakkan memilih kain satin kerana ia berkilat dan panas, membuatkan anda kurang selesa untuk memakainya dalam tempoh yang panjang.
  8. Fabrik paling sesuai untuk tudung adalah sifon,georgette, cita, sari dan lace. Ia kurang berkilat dan lembut.
  9. Warna yang lembut dan tidak menjolok mata seperti merah samar, biru lembut, krim, kelabu atau putih paling sesuai.
  10. Elakkan memakai baju pengantin yang warnanya menjolok mata seperti hijau serindit, merah saga dan kuning diraja.
  11. Paling praktikal, baju dan tudung sedondon kerana ia memperlihatkan keanggunan dan kelembutan. 
  12. Untuk majlis akad nikah, warna lembut seperti krim atau putih adalah pilihan terbaik. 
  13. Sekiranya layah yang digayakan sarat dengan hiasan jemeki atau batu permata, mini telekung atau tudung yang dipakai mestilah ringkas, polos dan tidak perlu ada hiasan. 
  14. Hiasan di layah juga seharusnya tidak terlalu sarat kerana ia akan membuatkan bahagian kepala dan wajah anda serabut. Ingatlah ‘less is more’.
  15. Sekiranya ingin memakai tiara, elakkan menggayakan tiara kecil atau separuh kerana ia akan kelihatan janggal untuk pengantin bertudung. 
  16. Jika anda ingin menghias layah dengan renda pastikan memilih renda yang berbunga kecil. Elakkan memilih renda berbunga besar kerana ia membuatkan  bentuk wajah anda tidak seimbang.
  17. Pemilihan batu permata atau jemeki juga perlu diambil kira. Elakkan memilih batu permata atau jemeki terlalu sarat. Hiasan yang sarat akan membuatkan diri anda tidak ubah seperti penari gelek. 
  18. Sekiranya majlis pernikahan diadakan di masjid, elakkan fesyen yang keterlaluan, bagi menghormati tempat dan juga majlis yang suci itu, eloklah jika  tudung yang dikenakan, tampak sopan dan ayu. Selain itu, pemilihan layah pula mestilah lebih panjang dan menutup bahagian pinggul. 
  19. Warna-warna pilihan majlis pernikahan adalah seperti putih mutiara, biru ais, krim, kelabu lembut, biru tirus, ungu kundang lembut dan merah jambu. Majlis  pertunangan dan persandingan tidak banyak beza dari segi cara pemakaian tudung. Ia bergantung kepada pasangan untuk kelihatan anggun dan ayu  sebagai pengantin Muslimah.
  20. Gaya tudung juga mengikut kesesuaian bentuk muka dan warna kulit pengantin. Warna-warna pilihan untuk majlis persandingan ialah kelabu, biru gelap, coklat, hijau lumut, hijau pucuk pisang, ungu nila (lavender), merah dan hitam serta merah dan putih. 
sumber: MAJALAH NUR

Thursday, 5 March 2015

5 Hari Tampil Cantik & Ideal Ke Ofis

Sebagai seorang wanita bekerja, penampilan ke pejabat seringkali menjadi masalah buat kita. Jangan gusar kerana sempena tahun baru ini, kami sediakan tip untuk tampil cantik dan ideal ke ofis minggu ini.


sihatcantik

Isnin
Ceriakan hari anda dengan solekan yang ringkas. Aplikasikan sedikit garis mata dan maskara untuk mata yang segar. Gayakan tudung awning berbunga bersama baju kurung atau blaus polos. Pasti tiada lagi emosi Monday blues.

Selasa
Hari ini ada temu janji bersama pelanggan. Oleh itu, padankan selendang polos daripada fabrik satin bersama jubah berbunga atau bercorak supaya anda lebih sofistikated dan yakin di hadapan pelanggan. Untuk solekan pula oleskan sedikit pembayang mata dan gincu bibir berwarna merah jambu.

Rabu
Tidak salah sesekali menggayakan skirt ke pejabat. Pilihlah skirt yang polos berwarna hitam atau coklat untuk tampil ringkas. Kemeja labuh dan padanan tudung awning kosong menjadi pelengkap gaya. Oleskan bedak, pemerah pipi berwarna merah jambu lembut, dan sedikit garisan mata serta maskara.

Khamis
Hari ini anda mungkin sudah buntu dan bosan dengan pakaian yang anda. Lantaran itu, suai dan padankan baju yang sedia ada. Jika anda bijak memadankannya, sudah pasti penampilan berbeza daripada biasa. Solekan pula, gunakan warna coklat untuk pembayang mata.

Jumaat
Penghulu segala hari. Untuk menghormati hari yang penuh mulia ini, sarungkanlah baju kurung, jubah atau abaya. Busana seperti ini ideal digayakan ke pejabat berserta tudung awning polos yang bersesuaian.

sumber:MAJALAH NUR

Wednesday, 4 March 2015

Empat Rahsia Wanita Mudah Masuk Syurga

Setiap wanita Muslimah pasti mengimpikan syurga Allah. Panduan untuk mendapatkan apa yang dihajati ini hanya melalui empat rahsia. Jika keempat-empat rahsia ini dilaksanakan, insya-Allah, syurga sedang menantimu.


1 – Solat Fardu 5 Waktu

Jika anda patuh perintah ini tanpa gagal, tahniah, anda sudah mendapat merit untuk masuk ke syurga. Bayangkan jika anda solat pada penghujung waktu atau solat dalam keadaan yang tergesa-gesa, bagaimana anda ‘berani-berani’ nak minta syurga daripada Allah? Berikan kesempurnaan pada ibadah paling utama ini dahulu dan mohonlah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.


2 – Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Anda bermula dengan sebuah niat, kemudian anda berusaha menahan diri daripada makan dan minum, akhir sekali berbuka puasa. Mungkin orang yang tidak faham Islam, tidak akan nampak bahawa ini ialah latihan rohani dan jasmani untuk ahli syurga seperti anda.

Puasa selama sebulan berturut-turut bukan sahaja melatih ‘otot’ kesabaran dalam hati, tetapi menyihatkan tubuh badan secara semula jadi.


3 – Menjaga Kehormatan Diri

Wanita, anda memang golongan penduduk bumi yang dilindungi. Hijab dan pakaian labuh/longgar bukan sahaja menutup aurat diri, tetapi membalut hati anda daripada perkara kemungkaran secara sendiri. Pakaian Muslimah yang mengikut syariat itulah pakaian buat wanita syurga di atas dunia.

Berbanggalah anda menutup aurat dengan sempurna kerana mungkin itu petanda anda bakal ahli syurga jika memenuhi semua syarat yang lain. Selain pakaian, menjaga kehormatan diri juga bermaksud menjaga tingkah laku dan menjaga batasan dalam pergaulan.


4 – Taat Perintah Suami
Bayangkan jika suami anda meminta anda membuat air dan anda buatkan, ketahuilah malaikat sedang mencatat markah ke dalam kitab amalan anda. Bertambah-tambah markah anda dalam misi ke syurga. Anda hanya membancuh minuman kegemarannya, bukan bertadarus 30 Juzuk. Itu pun sudah ‘gemuk’ pahalanya, apatah lagi jika anda melakukan ibadah sunat kerana suami, pasti di tahap ‘obesiti’ kantung pahala anda! 



sumber:MAJALAH NUR

Tuesday, 3 March 2015

Ketahui Prinsip-Prinsip Dalam Bersyukur


Salah satu kenikmatan yang dianugerahkan oleh Allah SWT  kepada hamba-Nya adalah rasa syukur. Nikmat inilah yang akan menggolongkan seseorang itu apakah termasuk manusia yang  kufur atau sebaliknya. Untuk menjadi hamba yang sentiasa bersyukur kita harus memahami prinsip-prinsip berikut.


1. Memahami Makna dan Hakikat Syukur

Ar-Raghib al-Asfahani dalam bukunya al-Mufradat fii Gharib al-Quran menyatakan syukur sebagai gambaran kenikmatan yang diterima oleh seseorang yang terpancar  dalam penampilannya. Dasar dari kata ‘syukur’ adalah ‘membuka’. Sementara ‘kufur’ pula bererti  ‘menutup’. Dalam kamus Dewan pula, bersyukur itu membawa maksud kepada berterima kasih.

Hakikat syukur adalah untuk menzahirkan  nikmat Allah SWT  dengan menyebut-nyebut Allah Maha Pemberi nikmat secara lisan. Sedangkan  kufur adalah dengan  menyembunyikan nikmat-Nya. Maka, oleh demikian, syukur itu adalah bagaimana menampakkan nikmat sesuai dengan fungsi dan kegunaannya melalui petunjuk al-Qur`an dan al-Hadis.  Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT,

”Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).” (adh-Dhuha [93]: 11)



2. Menerima Syukur Sebagai Kewajiban

Allah SWT telah berfirman, ”Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku,” (al-Baqarah:152).
Sebahagian ulama menjelaskan bahawa ayat ini mengandungi perintah untuk mengingati Allah SWT  tanpa melupakan-Nya, patuh kepada-Nya tanpa menderhakai-Nya.       `Hal ini menunjukkan bahawa makna bersyukur sebenarnya menghadirkan Allah SWT  di segenap nikmat-nikmat-Nya. Dengan mensyukuri nikmat-nikmat ini  maka secara automatiknya kita telah mengakui kebesaran dan kehadiran  Allah  dalam kehidupan ini.



3. Meninggalkan Kufur Nikmat

Qarun adalah simbol manusia yang mengingkari nikmat dan anugerah Allah SWT.  Bahkan, dia berani menegaskan bahawa apa yang dimilikinya itu adalah daya usaha dan kemampuannya. Dengan kata lain, ia telah kufur nikmat.

Firman Allah SWT, ”Qarun berkata, ’Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku.’ Dan apakah dia tidak mengetahui, bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu tentang dosa-dosa mereka,” (al-Qashshas [28]:78).
Untuk  mewujudkan syukur yang sempurna, kita harus memenuhi ruang lingkup berikut: .



4. Bermula  dari Peribadi

Allah SWT telah berfirman, ”Dan barang siapa bersyukur, maka sesungguhnya dia mensyukuri dirinya sendiri dan barang siapa yang kufur maka sesungguhnya Tuhan-Ku Maha Kaya lagi Mulia,” (an-Naml [27]: 40).


Rasulullah s.a.w juga turut bersabda, ”Allah senang melihat (bukti) nikmat-Nya dalam penampilan hamba-Nya,” (Riwayat Tarmizi).

Implementasikan rasa syukur itu dalam perbuatan dan tindakan sehari-hari. Makna inilah yang difahami oleh Rasulullah s.a.w ketika ‘Aisyah, isteri baginda  mendapati baginda  sentiasa melaksanakan solat  malam tanpa henti. Bahkan, seakan-akan memaksakan diri hingga kakinya bengkak-bengkak.

Aisyah bertanya, tentang kesungguhan baginda menjalani ibadah tersebut, Rasulullah s.a.w  menjawab, “Tidakkah (pantas jika) aku menjadi hamba Allah yang bersyukur?” (Riwayat Bukhari).
Dalam hal ini, Ibnul Qayyim menyebut, terdapat  tiga dimensi yang harus ada dalam bersyukur.



Pertama, bersyukur dengan lisan

Bersyukur dengan lisan bermakna,  pengakuan terhadap nikmat Allah SWT  sambil memuji-Nya dengan ungkapan ‘alhamdulillah’. Ungkapan ini disampaikan secara lisan kepada Yang Dipuji, secara ikhlas dengan pengakuan yang mendalam, dan dengan penuh kekaguman.
Jika mata dan hati kita secara sedar menyaksikan dan merasakan nikmat yang tak ternilai harganya ini, maka akan terurailah kata-kata itu sebagaimana firman Allah SWT,
”Seandainya kamu (akan) menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya,” (Ibrahim [14]: 34).



Kedua, bersyukur dengan hati

Dimensi syukur ini dilakukan dengan menyedari sepenuhnya bahawa nikmat yang diperoleh semata-mata kerana anugerah dan kemurahan Allah SWT. Syukur dengan hati, membawa manusia untuk menerima anugerah dengan penuh kerelaan tanpa rasa berat.  Syukur ini juga memberikan kesedaran betapa besarnya kemurahan dan kasih sayang Allah sehingga terlontar dari lidahnya pujian kepada-Nya.  Syukur yang lahir dari hati dan fikiran seperti ini akan diekspresikan dalam bentuk sujud, iaitu sujud syukur.



Ketiga, bersyukur dengan perbuatan

Seluruh anggota badan manusia diciptakan Allah  sebagai nikmat. Implementasi dari rasa syukur ini adalah dengan menggunakan semua anggota tubuh tersebut untuk hal-hal yang positif saja. Solat  seseorang merupakan bukti rasa syukur kita pada Allah SWT. Begitu juga dengan puasa dan zakat seseorang itu.

Hal ini disimpulkan oleh Muhammad bin Ka’ab Al-Quradhi bahawa syukur pada intinya adalah bertakwa kepada Allah SWT  dengan beribadah dan beramal soleh.

share:MAJALAH NUR

Monday, 2 March 2015

10 Petua Islami Untuk Tampil Cantik & Segar





Cantik luar dan dalam idaman wanita

Kecantikan yang ditampilkan melalui penggunaan kosmetik bukanlah bersifat hakiki. Ada kala ia mengundang bahaya. Ayuh ikuti petua untuk cantik, segar dan sihat secara Islami. Ia membantu menyerlahkan kecantikan diri anda dari luar dan dalam.
 
1-Amalkan meminum air teh ‘o’ setiap pagi sebelum menjamah sarapan pagi. Amalan ini boleh menurunkan berat badan secara peringkat demi peringkat.

2-Untuk melansingkan badan, amalkan mandi pagi iaitu sebelum Subuh. Amalan ini mampu mengurangkan lemak berkumpul dalam badan dan mampu menguruskan badan.

3-Ikut cara Rasulullah SAW iaitu meminum segelas air sejuk setiap pagi. Ini boleh mengelakkan anda terkena penyakit yang boleh menghilangkan seri.

4-Bagi yang mempunyai masalah migrain, amalkan sesudah Solat Subuh kita sujud selama lima minit. Ia mampu menyembuhkan penyakit migrain berikutan edaran darah yang betul kepada otak dan kepala.

5-Makanlah dengan menggunakan tangan kerana dikatakan enzime banyak terkandung dicelahan jari, dan ezime-enzime ini mampu mencernakan usus dan penghadaman.

6-Selalulah berwudhuk’. Ia mampu menaikkan seri wajah tanpa perlu bersolek tebal.

7-Amalkan meminum air masak yang mencukupi iaitu 8 hingga 10 gelas setiap hari. Pengambilan air putih mencukupi mampu menghilangkan wajah kusam dan kulit menjadi lebih lembut.

8-Elakkan mengambil kafein berlebihan kerana ia boleh menjadikan kulit wajah lebih kering.

9-Bagi yang bertudung, jagalah rambut dengan rapi dan jangan biarkan ia menjadi kering atau rosak.

10-Bijak tangani tekanan dan banyakkan beristighfar. Cara ini membantu anda untuk terus awet muda dan memiliki jiwa yang tenang. 


p/s: Sudi-sudi la uolss singgah kedai online kami yea http://www.madeenda.com/  :)

sumber:MAJALAH NUR

BENGKEL "SERLAHKAN IMEJ & POTENSI DIRI!"



Assalamualaikum..

Jom ramai-ramai!!!
 kita sertai bengkel Bengkel Imej Profesional ini sebelum terlambat yea...:)