Friday, 7 November 2014

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI

 Assalamualaikum..

1. Memperbanyak Membaca 

 La hawla Wala Quwwata Illa billah 

- Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla Wala Quwwata Illa Billah (HR At-Tabrani)

 

2. Membaca 

La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin 

Barangsiapa setiap hari membaca La ilahail lallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur 
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca

Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim . 

Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca

 Surat Al-IKHLAS:

Barangsiapa membaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surah

 Al-WAQIA’AH :

Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
 
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :

Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” 
(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

.......................................................................................................................................................................

Ya ALLAH berikanlah kami rezki yang luas,
yang halal lagi baik tanpa memberatkan kamI,
Jika  rezki kami di langit maka turunkanlah,
Jika ada dibumi maka keluarkanlah,
Jika jauh maka dekatkanlah,
Jika dekat maka mudahkanlah,
Jika sedikit maka banyakanlah,
Jika banyak maka BERKATILAH,
 agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM,
FAKIR MISKIN - MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDAIFAN.
 
YA ALLAH...
Kabulkanlah doa kami...
Amiiin...
YA ALLAH Ya Robbal ' Alamin
Semoga ALLAH Mengabulkan Do'a kita. Semoga Bermanfaat.
IN SHAA ALLAH...



Featured : Maryam by Madeenda in Ungu Indigo

SHOP here

Thursday, 6 November 2014

Rahsia Bisnes Orang Cina

Assalamulaikum... 


Masyarakat Cina sememangnya begitu terkenal dengan kehebatan mereka dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Bukan hanya masyarakat Cina di negara kita, malah boleh dikatakan hampir di seluruh dunia kita dapat melihat masyarakat Cina memonopoli bidang perniagaan. Produk-produk yang terdapat di pasaran hari ini juga kebanyakkannya datang dari negara Tembok Besar itu termasuklah barang-barang keperluan rumah, tekstil dan pakaian, serta peralatan-peralatan IT terkini. Mereka juga mampu untuk menjadikan sesuatu perniagaan yang bermula hanya dengan kecil-kecilan menjadi lebih maju dan luas. Pendek kata, keistimewaan kaum Cina ini adalah daripada aspek strategi mereka menjalankan perniagaan tersebut. Hal ini turut menjadikan kaum Cina dipandang begitu tinggi kerana mereka mempunyai kemahiran yang tersendiri dalam menjalankan sesuatu perniagaan yang mereka ceburi.
Apabila dikaji secara mendalam, apa yang dapat dirumuskan adalah kemahiran dalam perniagaan atau bisnes bukanlah suatu keistimewaan yang hanya boleh didapati bagi sesuatu kaum. Tetapi kemahiran tersebut sememangnya boleh dipelajari.

Pegangan Masyarakat Cina dalam Perniagaan
Masyarakat Cina mempunyai pegangan yang tersendiri dalam usaha memajukan perniagaan mereka. Pegangan mereka ini begitu kuat sehingga mereka akan cuba melaksanakan segala apa yang termampu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dalam bisnes yang dijalankan. Berikut merupakan tujuh pegangan masyarakat Cina dalam aspek bisnes atau perniagaan :
  1. Rajin, jika tidak berniaga akan menjadi malas
  2. Jimat, jika tidak akan membazir modal
  3. Senyuman dengan pelanggan, jika tidak pelanggan akan lari
  4. Kejar masa, jika tidak peluang akan diambil orang
  5. Harga berpatutan, sekiranya tidak mungkin akan menimbulkan pergaduhan
  6. Membenarkan hutang hanya dengan orang yang dikenali, jika tidak modal akan hilang
  7. Semak akaun setiap hari untuk pastikan modal bagi hari esokKetujuh-tujuh ini juga merupakan peribahasa masyarakat Cina tentang perniagaan dan bisnes. Sekiranya kita meneliti ketujuh-tujuh aspek ini, dapat disimpulkan bahawa sikap menjadi kunci utama kejayaan mereka dalam perniagaan. Sikap yang baik, tekun dan gigih merupakan asas kepada rahsia kejayaan mereka selama ini.
Perniagaan Adalah Satu Seni
Apa yang lebih menarik lagi, masyarakat Cina turut menganggap bisnes merupakan satu seni. Memetik satu falsafah masyarakat Cina yang berbunyi, ‘dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu peniaga perlu mempersiapkan dirinya dengan seni kungfu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan mendatang.’ Falsafah ini begitu popular dalam kalangan mereka. Mereka turut menyamakan perniagaan atau bisnes dengan seni kungfu yang digunakan untuk mempertahankan diri. Mengapa? Dunia bisnes memerlukan kita untuk bersedia bagi menghadapi segala rintangan dan masalah yang tidak dijangka. Begitu juga dengan seni kungfu. Mempelajari seni kungfu adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman yang mendatang. Maka, daripada sinilah timbulnya istilah seni bisnes atau seni perniagaan bagi masyarakat Cina. Terdapat beberapa tip penting yang membahaskan tentang seni perniagaan masyarakat Cina, anataranya ialah :
  • Seni berniaga adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarimya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.
  • Peniaga perlu bersikap ringan tulang, ramah serta menjadikan pelanggan sebagai saudara rapat atau sebagai seorang sahabat.
  • Seseorang peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.
Untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam perniagaan dan bisnes, mereka selalunya tidak kedekut untuk mengeluarkan perbelanjaan asalkan dapat menarik dan meyakinkan hati pelanggan. Bagi mereka, pelanggan yang akan membantu mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan. Antara petua yang mereka selalu amalkan dalam perniagaan adalah ‘menjadi peniaga yang mudah dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet.’ Disebabkan petua ini juga, mereka begitu gigih dan bersungguh-sungguh untuk menarik hati pelanggan dan menjaga pelanggan yang sedia ada dengan sebaik-baiknya. Bagi mereka juga, dalam perniagaan perlu ada nilai-nilai kemanusiaan, elemen kebajikan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan peniaga adalah diibaratkan seperti hamba yang berkhidmat kepada tuannya.
Selain itu, masyarakat Cina turut menekankan beberapa ciri-ciri seorang peniaga yang perlu ada dalam diri mereka. Bisnes atau perniagaan tidak akan menjadi satu seni sekiranya ciri-ciri ini tidak ada dalam diri mereka. Antara ciri-ciri tersebut adalah :
  • Sabar
  • Tidak mudah putus asa
  • Pandai merebut peluang
  • Mempunyai perhubungan awam yang baik
  • Berpandangan jauh
  • Berpegang pada janji
  • Berupaya meyakinkan pelanggan semasa menguruskan perniagaan
  • Memiliki daya tahan dan semangat juang yang tinggi
  • Tidak suka menunggu kerana peluang tidak pernah menunggu mereka
Ciri-ciri ini perlu ada dalam diri setiap peniaga yang ingin memastikan perniagaan mereka dapat berkembang maju. Apa yang disenaraikan ini juga adalah merupakan satu jalan yang boleh diguna pakai dalam strategi seseorang peniaga untuk menarik lebih banyak kepercayaan dan keyakinan para pelanggan terhadap bisnes yang dijalankan. Apabila pelanggan semakin ramai, maka sudah tentu untung yang lebih besar juga turut menanti.

Konsep Berniaga yang Diamalkan oleh Kaum Cina
Kaum Cina mensasarkan matlamat dan tujuan tertentu dalam perniagaan mereka. Bagi memastikan matlamat mereka tercapai, mereka akan saling bantu-mambantu antara satu sama lain khususnya sesama masyarakat Cina. Konsep perniagaan orang Cina adalah berasaskan prinsip simbiosis iaitu mereka sebagai peniaga saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Contoh, sekiranya ada peniaga Cina yang menjual barangan runcit, maka peniaga Cina yang lain akan menjual barangan basah seperti ikan, daging dan ayam serta barangan keperluan yang lain. Mereka turut bijak mengambil peluang dengan membuka restoran di kawasan tersebut dan akan mendapatkan barang-barang keperluan untuk memasak daripada kedai-kedai yang telah sedia ada di sekitar kawasan tersebut. Secara tidak langsung, peluang yang mereka ambil ini akan menjadikan perniagaan di kawasan tersebut berkembang kerana adanya sokongan yang kuat dalam kalangan peniaga di kawasan tersebut. Apabila hal ini terjadi, perniagaan masing-masing akan lebih mudah berkembang dan tidak mudah untuk gulung tikar.
Terdapat satu fakta menarik tentang konsep perniagaan orang Cina yang perlu kita ketahui. Suku Hailam merupakan suku terakhir yang masuk ke Tanah Melayu satu ketika dahulu. Apabila mereka sampai, mereka melihat banyak bidang perniagaan yang sudah diterokai oleh suku-suku Cina yang datang lebih awal. Maka mereka menceburkan diri dengan mengambil peluang membuka kedai kopi yang mana ketika itu belum diterokai secara meluas oleh suku-suku Cina yang lain. Mereka turut mempelbagaikan menu mereka dengan memperkenalkan roti bakar dan nasi ayam Hainan. Akhirnya, perniagaan ini kekal sehingga ke hari ini dan semakin meluas dari hari ke hari.
Dalam satu kajian terhadap sebuah buku yang bertajuk Rahsia Bisnes Orang Cina hasil karya Ann Wan Seng ada menyatakan bahawa masyarakat Cina tidak memandang rendah kepada mana-mana orang yang gagal dalam perniagaan dan mereka memandang tinggi kepada sesiapa yang hendak berusaha dan selalu memberi galakan serta peluang kepada sesiapa yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan. Ini membuktikan, bahawa mereka langsung tidak mengenal erti putus asa dan erti kegagalan dalam bisnes yang dijalankan sebaliknya hanya memandang kehadapan tanpa menoleh lagi kebelakang. Maka tidak hairanlah pada hari ini kita dapat melihat lapangan perniagaan di negara kita majoriti besar dikuasai oleh masyarakat Cina.

Tokoh Usahawan Cina di Malaysia

1.0 Robert Kuok
Di negara kita, terdapat ramai tokoh-tokoh bisnes yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina. Jumlah mereka mungkin boleh mencecah sehingga ratusan atau ribuan orang. Antara tokoh bisnes daripada kaum Cina yang terkenal di Malaysia ialah Robert Kuok merupakan seorang tokoh peniaga daripada masyarakat Cina yang lahir di Johor Bahru pada 6 Oktober 1923 dan memiliki anak seramai 8 orang. Beliau juga merupakan antara jutawan yang memiliki aset berbilion ringgit hasil daripada usaha gigihnya membangunkan perusahaan gula di Malaysia. Beliau juga turut diberi gelaran ‘Raja Gula Asia’. Beliau sangat bijak mengambil peluang kerana mampu menjana keuntungan yang besar hanya dengan menghasilkan pengeluaran gula untuk negara.
Selain itu, beliau turut menjawat jawatan sebagai Pengerusi Shangri-La Hotel dan Resort Chain. Apa yang dapat disimpulkan, beliau tidak mengecapi kejayaan seperti yang beliau miliki pada hari ini dengan mudah. Banyak pengorbanan dan modal yang perlu dikeluarkan untuk beliau membangunkan perusahaan gula sehingga boleh bertahan sampai ke hari ini. Nama beliau juga turut tersenarai antara individu terkaya di rantau Asia.
2.0 Mendiang Lim Goh Tong
Mendiang Lim Goh Tong yang merupakan seorang usahawan Tionghua terkaya di Malaysia dan Asia pada tahun 2005 sehingga beliau meniggal dunia. Beliau memiliki aset berjumlah sehingga 421.60 bilion ringgit Malaysia. Beliau juga merupakan Pengasas dan Prseiden seumur hidup kumpulan Genting. Selain memiliki hotel, beliau turut mempunyai kasino yang dikunjungi 14 juta orang dalam setahun serta memiliki aset-aset mewah yang lain. Dalam satu catatan sejarah menyatakan bahawa beliau datang ke Malaysia dari Fujian China ketika berumur 19 tahun dan hanya membawa wang berjumlah RM175 sebelum berkerja dan membina syarikat sendiri iaitu Kien Huat.
Usaha gigih beliau dan idea yang kreatif telah membuatkan beliau berhasrat untuk mendirikan Genting sebagai sebuah tempat perlancongan di Malaysia. Hasilnya, Genting Highlands masih menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia walaupun kini beliau telah pergi selama-lamanya.
Kedua-dua tokoh ini merupakan antara contoh usahawan masyarakat Cina yang berjaya membina empayar perniagaan yang begitu berpengaruh selain membuktikan pada semua bahawa setiap kejayaan yang ingin dikecapi perlu melalui usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa. Sememangnya peniaga-peniaga atau usahawan-usahawan Cina mempunyai taktik dan startegi tersendiri. Namun semua itu dilihat sebagai satu seni dalam perniagaan. Etika masyarakat Cina juga turut membenarkan penggunaan startegi masing-masing asalkan tidak mendatangkan kemudaratan kepada peniaga dan pelanggan. Sebaik-baiknya biarlah strategi tersebut mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Pendek kata, peniaga-peniaga Cina mempunyai daya kreativiti yang tinggi selain bijak mencuri peluang yang ada dihadapan mata. Peluang akan digunakan dengan sebaik-baiknya bagi memastikan keuntungan yang besar boleh dicapai dan kejayaan hanya akan diperoleh sekiranya mereka mempunyai sikap yang rajin, tekun dan tidak mudah mengalah sekiranya menghadapi kegagalan. Maka, wajar bagi msyarakat lain di negara ini untuk mencontohi sikap kaum Cina dalam usaha mereka menjalankan perniagaan

sumber: http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/rahsia-bisnes-orang-cina.html

Wednesday, 5 November 2014

Tips Kembangkan Bisnes

Assalamualaikum....
Selamat pagi semua, pagi-pagi ini saya nak share kepada uolss semua, satu post daripada ikon bisnes online iaitu Puan Rina Salleh mengenai tips kembangkan bisnes. Saya amat meminati beliau. Beliau adalah sumber inpirasi saya untuk sukses didalam bisnes yang diusahakan..Semoga tips yang diberikan ini bermanfaat kepada kita semua :)
Jom kita baca tips tersebut dibawah:-
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
                                             
Tips kembangkan bisnes.
"Ada sorang dua minta tips kembangkan bisnes. Nak tunggu dah betul betul berjaya baru kongsikan, definisi berjaya kita berubah setiap kali kita dah capai satu kejayaan atau target. Jadi akan kongsikan mulai sekarang supaya ramai dapat manfaat. Personal session Bussiness Idea akan dibuka untuk 2015. Bukan percuma"
---------------------------
3 TIPS ASAS KEMBANGKAN PERNIAGAAN (TERUTAMA HOME BASED/ONLINE/BARU BERMULA) :-
  1. Simpan semua data pelanggan. Data pelanggan ni senjata kita untuk marketing power lepas ni. Banyak kegunaanya.
  2. Catat urusniaga dengan baik. Jangan campurkan duit bisnes dan duit peribadi. Bisnes sukar berkembang kalau kita ambil duit bisnes pergi shopping baju dan kasut baru.
  3. Bila kerja bertambah banyak, mula delegasi kerja. Upah orang lain untuk buat kerja. 2 orang bekerja lebih baik dari seorang. Double idea, double tenaga, double income!


Sumber : Rina Salleh (https://www.facebook.com/rinasalleh?fref=ts)

Tuesday, 4 November 2014

Pekerja Mukmin Yang Kuat

Assalamualaikum..

Rasullulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya "Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih kuat baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada mukmin yang lemah, sedangkan setiap orang itu mempunyai kebaikannya (imamnya): Oleh itu hendaklah engkau bersungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah memberi pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas.

Dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganla engkau berkata " kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah" Allah telah takdirkan , apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaanNya is lakukan, kerana perkataan "kalau itu membuka jalan kepada hasutan syaitan."

(Riwayat Muslim)

Jika anda seorang pekerja, banyak pengajaran yang boleh diambil daripada maksud hadis diatas. Jangan biarkan sifat malas menyelubungi diri lebih-lebih lagi meletakkan pula alasannya kerana letih berpuasa.

Diantara huraian yang boleh dijadikan amalan oleh setiap umat islam yang berazam mahu menjadi pekerja dan mukmin yang kuat adalah:

1. TINGKATKAN IMAN ITU BERBEZA
Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu iaitu yang kuat semangat, ilmu dan berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup, manakala setengah yang lain pula ada sebaliknya.

 2.  BERUSAHA DAN BERTAWAKAL
Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu (juga dalam pekerjaan) di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsanNya Allah memberi taufik dan menjayakan segala urusan dan pekerjaan yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak dan sekuat mana pun is tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan Allah S.W.T.

3. JANGAN KUAT MEMASANG ANGAN-ANGAN
Kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allahakan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu maha berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh mausia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya

4. REDHALAH, KEGAGALAN ITU PASTI ADA HIKMAHNYA
Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat it ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat islam dikehendaki menghadapinya denganperasaanredha, tenang, tenteram keranahal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.

5. 'KALAU' V MEMBUKA JALAN HASUTAN SYAITAN
Jangan sesekali disebut perkataan 'kalau' jika mengalami kerugian tau kekecewaan kerana ia kan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Ynag Maha Esa.

Sumber Majalah Nur Julai 2013

Monday, 3 November 2014

Satu Peringatan Yang Sangat Bermanfaat Untuk Difikirkan Bersama..

Assalamualaikum..
 
>> ISI SEGMEN USTAZ ZAHARUDDIN DALAM RANCANGAN NASI LEMAK KOPI 'O' TV 9 YANG BERTAJUK:-

  'Bajet Diri & Keluarga Menurut Islam'

  •  Kos kehidupan semakin meningkat ie. BLR nak naik lagi, GST nak implement tahun depan.
  • Buat catatan expenses kita. Kalau sebelum ni kita take for granted, main bayar je, lepas ni kena ada perancangan.
  •  Buat persediaan dari sudut hati terlebih dahulu. 'Kecukupan' atau 'tidak cukup' itu bergantung kepada jiwa kita sebenarnya.
  • Ada orang pakai kereta biasa pun dah rasa 'cukup'. Tapi sesetengah orang, pakai kereta yang sama, tapi rasa 'tak cukup', padahal dah mencukupi untuk bawa dia dari point A ke point B.
  • Jadi sebenarnya di mana 'cukup' dan 'tak cukup' itu?
  • Itulah barakah sebenarnya. Barakah inilah yang perlu kita raih untuk buat perancangan kewangan khususnya bagi umat Islam.
  • Lepas ada barakah, baru kita cerita bab pelaburan.
  • Ada orang gaji tiga ribu dia rasa cukup sebab ketamakan dia tak teruk. Dia tak nak pakai spec mata yang berjenama, tak sibuk nak beli jam yang terlampau mahal.
  • Kena potong la kos-kos luxury selama harini.
  • Nafsu perlu dididik supaya sentiasa rasa cukup.
  • Duit pelaburan tak semestinya perlu datang daripada source yang lain daripada gaji (ie. side income). Sebenarnya kita ada duit tu. Contohnya kos internet, siaran tv, potong dan allocate untuk investment.
  • Boleh jugak draw duit KWSP untuk switch to unit trust.
  • Tambah ilmu. Pelaburan yang paling baik adalah invest dalam diri/business sendiri. Contohnya nak melabur, tapi tak reti account. Pergi la belajar buat cashflow etc.
  • Siapa yang beristighfar dan bertaubat, maka Allah akan tambah rezeki dia. Allah akan tambahkan harta-harta dia.
  • Harta boleh bertambah dengan dua cara; kuantiti nya bertambah, dan rasa kecukupan tu bertambah.
  • Lepas istighfar, bertaqwa.
  • Siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan berikan dia rezeki dari sumber yang dia tidak ketahui. (ayat seribu dinar)
  • Rezeki tak semestinya dalam bentuk duit. Kesihatan pun rezeki. Contohnya kita sebelum ni tak jaga pemakanan. Lepas kita doa, Allah datangkan kepada kita ilmu melalui kawan (contoh) yang pesan kat kita, 'Ini tak boleh makan, kolestrol tinggi etc'. Kita pun start diet. Kalau tak, kita dah kena sakit jantung. Tapi sebab ilmu tadi, alhamdulillah kita dah terhindar. Itu pun rezeki sebenarnya. Tapi kita jarang nampak benda-benda macamni sebagai rezeki.
  • Sebab kita asyik fikir rezeki=duit.
  • Tu ada yang cakap, "Tak naik pun dalam account, penat aku istighfar."
  • Sedekah. Boleh menghilangkan kecelakaan dan menambahkan rezeki. Nabi dah cakap takkan berkurang harta orang yang bersedekah.
  • Bill Gates n Warren Buffett pun mengaku lagi banyak diaorang bagi, lagi banyak diaorang dapat.
  • Selain sedekah, perbanyakkan ibadah-ibadah khusus. Bukan hanya nak dapat duit, tapi untuk rasa kecukupan. Solat hajat, solat dhuha, baca surah Waqiah, itu semua bukan untuk dapat duit semata-mata, tapi untuk 'rasa kecukupan'.
  • Dan bila kita beriman dan bertaqwa, Allah akan bukakan pintu rezeki daripada langit dan bumi.
  • Bukan daripada langit sahaja. Nak tunjuk, spiritual pun rasa cukup, fizikal pun akan cukup, insyaallah.

Sekadar Perkongsian bersama,
sumber: https://www.facebook.com/AlhamdulillahThankYouAllah/posts/880278201982829

Sunday, 2 November 2014

World Hijab Day, a day of bride for muslim women around the world


 Assalamualaikum...

It is February 1, and aside from it being the second day of the Lunar New Year, women around the world are celebrating World Hijab Day.

It is only the second annual celebration, following its launch last year by Nazma Khan, a young New Yorker.

She came up with he idea as a  means for foster religious tolerance and understanding by inviting women, both muslim, and non- muslim, to experience the hijab for one day.

Nazma's other objective was to allay some of the myths and controversies surrounding why Muslim women  choose to wear the hijab.

She especially felt the call to bring message having experinced "being the odd one out" since her school days after her family moved from Bangladesh to the United States, when she was 11 years old.

Thanks to social media, the message has spread for the wide, and has attracted the interest of women, both muslim and non muslim, in more than 100 countries. There are also more than 50 appointed World Hijab Day ambassadors in over 20 countries.

According to the official website, Malaysia has a total of seven ambassadors.

One of them,  Murshidah Said (pic left) of Selangor, shared the spotlight with the founder Nazma, in a live video interview on Huffington Post today.

Two non-muslim Malaysian are mentioned in the website, namely Mrs Universe 2013, Carol Lee, who said to have endorsed the movement and Felixia Yeap, the ex-Playboy bunny and model, who shares her story on wearing the hijab. Yeap was also featured on The Malaysia Insider two months ago.
In Malaysia, the World Hijab Day celebration today saw participants gathering near the Sunway Pyramid in Selangor.




Photo taken from the facebook page for World Hijab Day Malaysia showed mon-muslim women,
both local and foreingners, trying on the hijab in support of the special occasion.

There were also numerous photos contributed by women in hijab from across Malaysia and overseas featured on the Facebook page.

source:-

http://www.themalaysianinsider.com/features/article/world-hijab-day-a-day-of-pride-for-muslim-women-around-the-world

wedding theme: purple

Featured: Maryam by Madeenda in all purplicious

SHOP here

Saturday, 1 November 2014

Kaya Dunia, Kaya Akhirat

Alangkah indahnya kehidupan orang kaya. Cakap sahaja apa yang dimahukan, hampir semuanya boleh dapat. Malah, kalau pegi ke mana-mana, ada sahaja yang hendak memberikan layanan ala first class. Jadi kalau ditanya kepada sesiapa – mahukah menjadi papa ataupun muflis? Jawapannya sudah tentu tidak!


Namun, dalam pada ramai yang cuba mengelak daripada menjadi muflis di dunia, ada antaranya pula terlupa untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak bankrap di akhirat. Sebab itulah ada yang ghairah mengaut kekayaan dengan bermacam-macam cara sama ada ‘halal’ ataupun ‘haram’. Tetapi di celah-celah itu juga masih ada terselit segelintir orang yang begitu ghairah membuat persiapan untuk kaya di akhirat. Cuma sayangnya, mereka papa pula di dunia.
Menurut Prof Madya Hj Mohd Nor Mamat, pensyarah di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, seorang Muslim bukan hanya perlu mengejar kemewahan duniawi, tetapi juga kekayaan akhirat. Ini bersandarkan kepada sepotong ayat yang terdapat dalam kitab al-Quran.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
 “Hendaklah tuntut kampung akhirat dengan (kekayaan) yang diberikan Allah kepada engkau dan janganlah engkau lupakan bahagian (nasib) engkau dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada manusia) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada engkau dan janganlah engkau berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang memperbuat bencana itu.” (al-Qashash:77)

Tegas beliau lanjut, penilaian kepada muflis di dunia adalah bersandarkan kepada harta, sementara akhirat pula adalah pahala. Justeru itu, untuk menjadi individu kaya di ‘hari kemudian’ kelak, kekayaan harta dunia itu perlu ditransformasi atau ditukarkan kepada bentuk pahala.
  

Lakukan Transformasi

“Kita tidak boleh mengejar kekayaan hanya untuk di dunia atau hanya untuk di akhirat sahaja. Kita juga tidak boleh menjadi bankrap di dunia semata-mata hendak menjadi kaya di akhirat. Kita kena kedua-duanya sekali. Sebab manusia yang paling baik adalah yang kaya di dunia dan kaya juga di akhirat. Dengan kata lain, dia kaya harta dan kaya pahala,” hurai beliau.
Sambung Prof Madya Hj Mohd Nor, individu kaya beruntung kerana dia boleh menukarkan aset dunianya bagi membolehkan dia membuat pelaburan pahala di akhirat. Hal ini berbeza pula dengan orang yang kurang berada, apalagi seorang fakir. Namun, golongan yang berada harus ingat – kalau hari ini dia kaya di dunia, tidak mustahil dia boleh menjadi muflis di akhirat gara-gara gagal menggunakan hartanya secara berhikmah di jalan Allah. Dan boleh jadi harta itu juga akan menyebabkan dia lengah masuk syurga.

Namun, bagi yang kurang berada pula, walaupun peluang menggandakan pahala untuk akhirat tidak sebanyak orang kaya, dia juga sebenarnya turut beruntung. Ini kerana kata Prof Madya Hj Mohd Nor, kurang harta akan menyebabkan dia kurang berbuat dosa dalam proses pengendalian harta yang ada.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai cara untuk mengaut pahala demi kekayaan di akhirat. Bagi yang berkemampuan dari segi material, sudah tentu membelanjakan harta dalam bentuk yang diredai Allah boleh menukarkan ia kepada pahala. Bagaimanapun, tegas beliau, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

“Syarat pertama, benda yang kita belanjakan itu tidak termasuk dalam perkara haram. Kedua, niat mestilah ikhlas kerana Tuhan. Ketiga, kena melakukan dengan sedar. Jika tersilap bagi itu, itu termasuk dalam kategori tidak sedar. Jadi tidaklah mendapat pahala. Dan yang keempat pula tidak menafikan arahan-arahan Tuhan yang lain. Kalau cukup syarat tadi, perbelanjaan harta kita akan bertukar kepada pahala akhirat,” jelasnya sambil menambah semuanya itu turut dikenali sebagai syarat ibadah umum.

Mengulas perihal ada orang yang sanggup menghabiskan keseluruhan hartanya untuk bersedekah, Prof Madya Hj Mohd Nor berkata, itu bukanlah cara terbaik untuk membuat pelaburan di akhirat. “Kalau kita hendak mendapatkan banyak pahala sebagai saham di akhirat, janganlah pula sampai kita melarat, tidak boleh hidup di dunia… Kita kena tengok model Rasulullah SAW,” ujarnya.
>Mengulas lanjut, beliau memetik kisah yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad. Baginda pernah bertanya kepada sahabat – siapa yang mahukan pahala di akhirat dengan menginfakkan harta benda mereka? Lantas Abu Bakar bangun dan berkata ya. Rasulullah bertanya berapa banyak? Dan Abu Bakar memberitahu ingin menginfakkan keseluruhan hartanya sehingga yang tinggal hanyalah rasul dan Tuhan.

Mendengar kata-kata Abu Bakar, Nabi Muhammad terus berkata tidak boleh. Kemudian Umar Al-Khattab pula menawarkan diri dengan menginfakkan separuh daripada hartanya. Ini turut ditolak oleh baginda. Sebaliknya Rasulullah menegaskan bahawa hanya satu pertiga sahaja yang boleh diinfakkan. Selebihnya adalah untuk diri dan keluarga.


#latifabymadeenda in teal/pink

SHOP here