Showing posts with label kebaikan. Show all posts
Showing posts with label kebaikan. Show all posts

Monday, 10 November 2014

Bersyukur Dengan Kekurangan


“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, 
dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” 
(Surah Ibrahim, 7)



Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan?

BERSYUKUR!

Ya, itulah yang seharusnya.
Tapi… bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur?
Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.

Sedarkah kita…
beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.
Fiman Allah SWT:

“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (Surah Al-Baqarah, 177)

Saya pasti kalian mesti pernah dengar kata-kata ini:

“After every storm there is a rainbow.”

Selepas setiap guruh, adanya pelangi.
Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad.
Yakinlah dengan janji Allah...
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.
Fikirkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya.

Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.

Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.

Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

Renung-renungkan.

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.

sumber:http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/5838-bersyukur-dengan-kekurangan.html

Tuesday, 23 September 2014

FORMULA DUA TOLAK DUA SAMA DENGAN KOSONG

Assalamualaikum.



Formula Matematik 2 - 2 = 0

Formula ini saya  share daripada artikel di blog Peduli Ummah oleh Dr Zainur Rashid. Blog Dr Zainur terdapat pelbagai artikal yang menarik hasil tulisan Dr Zainur sendiri. Artikel-artikel tersebut adalah berbentuk ilmiah, dan banyak masej yang disampaikan. Dalam banyak-banyak artikel, saya amat berminat dengan artikel yang bertajuk Formula Dua Tolak Dua Sama Dengan Kosong . 

"INGAT 2 perkara dan LUPAKAN 2 perkara"



Ingatkan 2 perkara :
  1. Ingat semua kebaikan orang lain kepada diri kita.
  2. Ingat sebarang kesalahan kita kepada orang lain
1-Kebaikan Orang Kepada Kita 
Kebaikan orang lain dalam apa jua bentuk seperti nasihat, teguran, tenaga, kewangan dan sebagainya haruslah sentiasa kita ingati. Yang lebih elok adalah kita membalasi mereka dengan yang lebih baik atau yang setimpal dengannya. Amalan ini akan menyebabkan kita merasakan kebaikan orang lain melebihi kelemahan atau kesilapannya. Apatah lagi dengan nikmat Allah kepada kita yang perlu disyukuri dan diingati selalu dengan lidah, hati dan tindakan. Allah swt telah berfirman yang bermaksud “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Surah al-Dhuha Ayat 11)
2-Kesalahan Kita Kepada Orang 
Hendaklah sentiasa ingat kesalahan dan kesilapan kita kepada orang lain agar mendorong kita untuk meminta maaf dan bersifat tawadhu’. Inilah sifat yang akan membuahkan kasih sayang sesama manusia kerana Allah. Ini akan menjadikan kita sentiasa berhati-hati agar tidak mengulangi lagi kesilapan sedemikian rupa. Kesalahan sesama manusia bererti boleh menyebabkan dosa. Dengan mengingati dosa yang dilakukan ini sebenarnya akan membuatkan kita lebih insaf dan berkeinginan untuk bertaubat kepadaNya.
Dengan mengingati dosa juga akan menyebabkan kita boleh menangis. Ini adalah jauh lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa riya’ dan takabbur.
Lupakan 2 perkara :
  1. Lupakan semua kebaikan kita kepada orang lain
  2. Lupakan sebarang kesalahan orang lain kepada kita
1-Kebaikan Kita Kepada Orang Lain 
Sikap mengenang dan menyebut-nyebut kebaikan yang lalu mungkin akan membahayakan timbangan amal kita sebelum ini. Perbuatan mengingati kebaikan dan ibadah yang telah dikerjakan sini boleh mencalarkan keikhlasan kita. Sedangkan semua kebaikan yang kita buat hanyalah dengan petunjuk Allah swt jua.
Jadi kita seharusnya membandingkan amalan kita yang sedikit ini dengan mereka yang lebih banyak dan lebih hebat supaya kita dapat menginsafi bahawa kebaikan kita ini sebenarnya tidaklah setara mana.
2-Kesalahan Orang Terhadap Kita
 Tidak dinafikan bahawa sikap untuk melupakan kesalahan orang terhadap kita bukanlah sesuatu yang mudah untuk digarap. Namun dengan mencontohi sifat pemaaf Rasulullah saw, maka kita boleh memiliki sifat mulia ini dan perasaan kita juga akan tenang dari segala perkara negatif akibat dendam dan kebencian.
Kesalahan dan kejahatan orang terhadap kita sebenarnya adalah merupakan ujian Allah kepada kita seumpama ujian lain yang berbentuk kesakitan, kemalangan, kekurangan kewangan dan sebagainya. Apabila kita berjaya melupakan kejahatan orang, maka akan timbullah kasih saying. Dengan kasih sayang yang terpancar dari diri kita inilah maka kita akan berjaya menarik orang untuk sayang kepada kita. Itulah yang dipanggil sebagai Law of Attraction.
Apakah perolehan yang bakal kita dapati dengan berformulakan hidup sedemikian? Apa ertinya 2 – 2 = 0 ?
Sebenarnya saya masih lagi mencari jawapan yang tepat kepada formula matematik tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan angka kosong tersebut? Pada saat ini, saya mendefinisikan angka sifar itu sebagai :
1-Hati kita akan bersih dari kekotoran (zulumat) seumpama riya dan takabbur.
2-Jiwa kita akan diterangi dengan sinaran cahaya Ilahi dan sifat mahmudah seumpama pemaaf dan tawadhu’.
3-Insya allah generasi kita ini bakal memiliki sifat ukhuwah yang sebenar.
Menurut Imam Hassan al Banna, “Ukhuwah adalah saudara keimanan dan perpecahan adalah saudara kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan kesatuan, Tidak ada kesatuan tanpa rasa cinta dan sekecil-kecilnya cinta adalah berlapang dada dan yang paling tinggi adalah itsar (mendahulukan kepentingan saudara).”
Siapalah kita tanpa ukhuwah dan di manakah kedudukan umat Islam tanpa ukhuwah ?

p/s: Semoga formula ini dapat kita memanfaatkannya serta diamalkan didalam kehidupan seharian  serta In Shaa Allah mudah-mudahan   kita akan tergolong dikalangan orang-orang yang hebat...Amin.

Sumber: http://zainurrashid.com/



Featured here: #latifabymadeenda sienna dark red ML014