Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

Monday, 29 December 2014

Bagaimana Untuk Menentukan Pengambilan Kalori Harian Anda??

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin  membantu kepada anda semua bagaimana untuk mengira tahap pengambilan kalori seseorang.Tips ini saya share kepada anda semua adalah daripada E-book by Agam Movement Fitness. Amirul Agam adalah bekas peserta Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) yang diasaskan oleh Kevin Zahri, http://kevinzahri.com/jk1m/tl/amirulagam. Amirul Agam telah  berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 33 kg dalam masa 6 bulan. Kini beliau merupakan team leader JK1M bagi kawasan Ampang Indah. Ingin bagaimana beliau berjaya menurunkan berat badan dengan menentukan pengambilan kalori sehari beliau?? Ini adalah tips-tips formula daripada beliau:-

LANGKAH 1 >> Mendapati (BMR) Basic Metabolic Rate Anda

LELAKI:

66 + (13.7 x berat(KG) + (5 x Tinggi (cm) - (6.8 x umur)

PEREMPUAN:

655 + 9.6 x berat (KG) + (1.8 x Tinggi(cm) - (4.7 x umur)


LANGKAH 2 >> Menentukan Tahap Aktiviti Anda

DUDUK
(BMR x 1.2) kurang atau tidak bersenam

RINGAN
(BMR x 1.375) bersukan 1-3 hari seminggu

SEDERHANA
(BMR x 1.55) bersukan 3-5 hari seminggu

SANGAT AKTIF
(BMR x 1.725) bersukan 6.7 hari seminggu

TERLEBIH AKTIF 
(BMR x 1.9) senam berat setiap hari


LANGKAH 3 >> BMR  x  LEVEL AKTIVITI = PENGAMBILAN KALORI HARIAN

Jumlah kalori seseorang perlu mengambil setiap hari untuk mengekalkan berat badan
Jumlah Pengambilan Kalori yang diperlukan Oleh Amirul Agam


Setelah kita dah tahu tahap jumlah pengambilan kalori harian kita, kita boleh membuat anggaran kalori dalam makanan yang diambil, berpandukan senarai dibawah:-



Bagaiman untuk turun atau naik badan???
 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Semoga tips ini bermanfaat, semoga kita semua mendapat berat yang ideal dengan tips ini..Selamat mencuba..:)











Monday, 24 November 2014

Penyakit Menimpa Ke atas Perempuan Tidak Bertudung

Assalamualaikum...

Rasulullah bersabda, “Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda,” Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah)


Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat. Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta, antaranya bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah dan merebak sehingga di kaki.

Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser. Majalah perubatan Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da’wahi oleh Rasulullah. Tentang hal ini Allah berfirman: “Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya Allah andai hal ini (Al-Qur’an) adalah benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih” (Surah Al-Anfaal: 32)

Dan sungguh telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan dari hal itu, iaitu kanser di mana kanser itu adalah seganas-ganasnya kanser dari pelbagai kanser. Penyakit ini merupakan akibat dari sengatan matahari yang mengandungi ultra violet dalam waktu yang panjang disetiap pakaian yang ketat, pakaian pantai (yang biasa dipakai orang-orang kafir ketika di pantai dan berjemur di sana) yang mereka kenakan. Penyakit ini terkadang mengenai seluruh tubuh dan dengan kadar yang berbeza-beza. Gejala awal adalah seperti bulatan berwarna hitam agak lebar. Kadang-kadang berupa bulatan kecil saja, kebanyakan di kawasan kaki atau betis dan di kawasan sekitar mata, kemudian merebak ke seluruh bahagian tubuh disertai pertumbuhan di kawasan yang biasa dilihat, pertautan limpa (kawasan di atas paha), dan menyerang darah, dan menetap di hati serta merosakkannya.
Ia juga boleh menyerang janin di dalam rahim ibu yang sedang mengandung. Orang yang menderita kanser ini tidak akan hidup lama.

Dari sini, kita mengetahui hikmah yang agung anatomi tubuh manusia di dalam perspektif Islam tentang perempuan-perempuan yang melanggar batas-batas syariat iaitu bahawa model pakaian perempuan yang benar adalah yang menutupi seluruh tubuhnya, tidak ketat, tidak telus, kecuali wajah dan telapak tangan.

Semakin jelaslah bahawa pakaian yang sederhana dan sopan adalah upaya preventif yang paling bagus agar tidak terkena “azab dunia” seperti penyakit tersebut di atas, apalagi azab akhirat yang jauh lebih dahsyat dan pedih. Kemudian, apakah setelah adanya kesaksian dari ilmu pengetahuan kontemporari ini-padahal sudah ada penegasan hukum syari’at yang bijak sejak 14 abad silam-kita akan tetap tidak berpakaian yang baik (tudung), bahkan malah tetap bertabarruj???

(Sumber: Al-I’jaaz Al-Ilmiy fii Al-Islam wa Al-Sunnah Al-Nabawiyah, Oleh: Muhammad Kamil Abd Al-Shomad)
 http://www.islamituindah.my/penyakit-menimpa-ke-atas-perempuan-tidak-bertudung