Friday 27 February 2015

Tips Kesihatan Buat Wanita 30-an

 Assalamualaikum..
Semoga tips ini amat bermanfaat kepada wanita yang menjangkau umur 30-an..(>_~)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Sedetik menjangkau umur 30-an, anda sebenarnya disarankan untuk lebih kerap dan teliti dalam menjalankan pemeriksaan kesihatan agar kesihatan tubuh badan kita boleh dijaga dan diberi perhatian dengan sepenuhnya. Ini kerana setelah menjangkau umur 30-an, tubuh badan kita akan mula menimbulkan kesan negatif jika tidak dijaga dengan baik melalui pemakanan dan aktiviti yang dilakukan.

Ketahui tentang realiti tentang kesihatan yang anda perlu fokuskan menjangkau umur 30-an.

 03C77983

  1. Lakukan pemeriksaan kesihatan Inilah masanya untuk anda melakukan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap. Lakukan ujian pap-smear, tekanan darah dan ujian darah untuk mengenal pasti tahap kolesterol dalam darah. Ini kerana dalam melakukan ujian dan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap dapat menjaga kesihatan anda dengan lebih baik. Apatah lagi jika anda mempunyai penyakit keluarga melalui genetik, ia haruslah lebih diberikan penekanan agar ia boleh di jaga dengan lebih awal.



  2. Senaman Tahukah anda bahawa semakin meningkat umur kita, semakin rendah metabolisme dalam badan kita. Ini bermakna risiko untuk anda menjadi obesiti adalah tinggi sekaligus menaikkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes, penyakit jantung dan arthritis.Lakukan senaman fizikal dengan lebih kerap sekurang-kurangnya sekali seminggu.


     
  3. Amalkan makan sihat Apabila metabolisme anda berkurang ini bermakna bahawa anda tidak lagi digalakkan untuk memakan makanan ringan tanpa perlu berkira bila dan sekerap mana kerana ia akan memberi impak kepada badan anda menjadi obesiti. Banyakkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan segar dan sumber protein yang sepatutnya. Kulit anda juga akan lebih cantik dan sihat dengan pengambilan makanan yang sihat.


  4. Ambil kalsium Adakah anda mengambil kalsium yang cukup? Anda tidak akan lihat kebaikan mengambil kalsium sebelum menjangkau umur 30-an. Setelah umur anda menjangkau 30-an, risiko untuk tulang menjadi kurang berdaya tahan apabila sedikit demi sedikit kalsium hilang dari dalam tulang. Ia boleh menaikkan risiko untuk mendapat penyakit osteoporosis. Sebaiknya ambil sekurang-kurangnya 100mg kalsium setiap hari seperti mengambil yogurt, keju dan susu yang diperkaya dengan kalsium dan Vitamin D.


  5. Jaga kulit anda 
Pada tahap umur 30-an, kulit akan lebih menimbulkan kedutan, kesan sinaran matahari, dan garis halus. Ini kerana pembikinan kolagen dalam badan berkurang apabila umur kita kian meningkat. Tetapi ia tidak terlambat untuk menjaga dan memulihkan kulit anda. Elak kesan buruk cahaya matahari dengan menggunakan pelembap dengan SPF 30 atau ke atas. Gunakan pencuci muka dua kali setiap hari dan pastikan anda mencuci mekap anda setiap hari sebelum tidur.

Wednesday 25 February 2015

Cara Pakai Shawl Simple.

Assalamualaikum..

Cara pemakaian Shawl memainkan peranan penting dalam penampilan wanita. Ada yang lebih suka simple. Berikut Cara Pakai Shawl Simple dan kemas.
 
1. Cara Pakai Selendang Terkini Mudah dan Ringkas ke Pejabat

 
 
2. Cara pakai selendang terkini simple ala Diana Amir 2014



3. Cara Pakai Shawl Simple Menarik Ala Leuniey Natasha 2014



4. Cara Pakai Shawl Simple 2 Minit Sahaja


 SELAMAT MENCUBA!!...(>_~)

 

sumber:http://homefamilysite.com/blog/cara-pakai-shawl-simple/

 

 

 

Monday 23 February 2015

Tips Semangat Berkerja Selepas Bercuti

Tips Semangat Bekerja Selepas Bercuti-1
Pergi cuti memang best memang seronok tapi apa yang tak seronoknya adalah selepas habis bercuti dan masuk kerja kembali. Rata-rata pasti akan buat status FB seperti “bosan”, “tak semangat”,  “tak puas bercuti dan macam-macam lagi. Cuti tetap cuti kerja tetap kerja. Tanpa kerja kita  akan hilang mata pencarian jadi bagaimana kita nak buat perkara yang kita suka kalau tiada sumber pendapatan. Jadi kali ini crew majalahcuti nak berkongsi dengan anda Tips semangat bekerja selepas bercuti.
Tips Semangat Bekerja Selepas Bercuti-10

#1- Bersihkan Meja Kerja atau Work Station

Tips Semangat Bekerja Selepas Bercuti-3
Sebenarnya hari pertama kerja kita masih dalam mood cuti, hanya badan kita saja yang masuk ke pejabat tapi otak dan pemikiran kita masih seronok merasi & menikmati udara segar dengan pemandangan yang indah serta keseronokan bersama orang tersayang di tempat percutian yang baru saja kita pergi. Jadi mood itu perlu ditukar secara perlahan-lahan. Langkah pertama yang perlu diambil adalah cuba buat-buat rajin. Kemas & bersihkan work station kita. Kadang kala bos meletakan kertas-kertas yang bertimbun sewaktu ketiadaan kita di pejabat. Jadi kita perlu ketepikan dan susun semua kertas-kertas tersebut agar kita ada ruang untuk menukar mood semula.

#2- Buat To Do List

Tips Semangat Bekerja Selepas Bercuti-04
Bila lama meninggalkan kerja kita pasti lupa sampai mana kerja yang telah kita tinggalkan. Jadi ambil sehelai kertas kosong. Tuliskan satu persatu kerja yang perlu kita buat semula. Tulis apa saja kerja walaupun tidak mengikut turutan. Dapatkan maklumat rakan sekerja dan bos apakah ada lagi kerja yang perlu kita selesaikan. Cara ini memudahkan kita mengingat kembali apa kerja yang kita tinggalkan dulu sebelum pergi bercuti. Teknik ini juga akan menampakan yang mana satu perkara paling penting dan perkara kurang penting untuk kita selesaikan terlebih dahulu.

#3- Set Masa

Tips Semangat Bekerja Selepas Bercuti-8
Mungkin kita ada appointment dikala selepas kita balik bercuti. Cuba set masa semula berapa waktu yang perlu diambil untuk menyelesaikan satu kerja. Jika kita sememangnya tiada mood kerja cuba untuk hubungi semula orang yang kita hendak jumpa. Set semula waktu perjumpaan di hari lain. Tak guna jumpa jika kita tidak ada dalam prestasi terbaik.

#4- Buat Tugasan Ringan Dulu

Tips Semangat Bekerja Selepas Bercuti-7
Sebabkan mood kita tidak sampai pun 50% untuk bekerja. Jadi cara untuk tidak menjatuhkan lagi mood ini dan menaikannya semula maka cuba untuk melakukan perkara atau tugasan yang mudah dahulu. Cara ini dapat menarik kembali mood kerja kita yang  belum pulang dari tempat percutian :)

Nota: Tips yang ke #4 ini mungkin lebih sesuai untuk mereka yang berkerja sendiri. Kerana berkerja sendiri tiada tekanan dari mana-mana pihak. Walaubagaimanapun jika bos anda seorang yang sporting mugkin ianya sesuai untuk anda..:)

sumber:

Monday 16 February 2015

Istiqamah

Majlis ilmu agama adalah taman2 syurga.sabda Nabi Muhammad SAW.

Istiqamah
Istiqamah mmg susah utk sentiasa diteruskan tetapi mesti juga terus mencuba.
Allah akan memberikan malaikat sebagai teman utk orang-orang yang beriman dan beristiqamah. Terutama apabila bila sakaratul maut,malaikat-malaikat itu akan mmbisikkn di telinga supaya jgn bimbang, kerana orang itu akan mendapat kebahagiaan yg hakiki.Dan jgn bimbang apa yg ditinggalkan di dunia kerana Allah akan menjaganya.
Malaikat akan menjadi teman pada orang-orang yang beriman dan beristiqamah.
Sentiasa akan ada.
Sebab tu para pejuang islam bila mati wajahnya tersenyum kerana malaikat telah membisikkn syurga yg dijanjikan.

Keyakinan bukan hanya dgn perkataan.Tetapi apa yg kita lakukan dengan amalan.Ingatlah bahawa dunia ini semata mata ujian.Ujian yg amat sedikit.Kurang harta...sakit..semua tu sikit je.
Iman seseorg akn diuji dgn dugaan.ALLAH berfirman:
" adakah kamu fikir mudah utk kamu masuk syurga?"
Macam mana nak tahu malaikat tu ada dgn kita?
Bila jiwa yg suka pd kebaikn yang menepati syariat, orang yg didampingi malaikat akan sangat suka.
Dan juga jiwa yg tak senang dgn perkara bertentagan syariat. Orang yang istiqamah akan ikhlas dgn amalannya dan ibadat nya. Contoh buat ibadah hanya utk keperluan dunia.Itu tak ikhlas.Ibadah kena dibuat dengan ikhlas tanpa kepentingan dunia.Kena teguh dengan tauhid dan ikhlas dgn ibadah.Kerana kita ikut segala suruhan, hanya kerana Allah.

Apa itu kerana Allah? Syarat utk ibadah itu diterima

1. Ikhlas   
2. Mengikut syariat. Sbrg amalan kena ikut syariat. Contoh mkn kena ikhlas. Contoh, drive pergi kerja ni ikhlas ke tak

Kenapa kita makan?
Kita makan untuk beribadat.Supaya ada daya untuk beribadat.Sebab tuhan jadikan kita untuk beribadah.

Dan makan tadi mestilah dari sumber yang halal,supaya bila kita beribadat akan diterima. Contoh bila menghadiri majlis ilmu, adakah kita ikhlas tau tidak.Tujuan kena jelas... datang utk mendengar peringatan, supaya semakin dekat dengan Allah. Bila dengan niat ikhlas, tuhan akan berikan apa yg kita hajatkn yg sebenarnya.Sentiasalah berniat utk berjumpa Rabb kita, iaitu Allah.

Contohnya rindu berjumpa Allah,kena cukup persiapan, yang lahir dari keikhlasan hati utk berjumpa Rabb kita.Sebab tu kena sentiasa dengan ikhlas yang tidak berbelah bagi. Sentiasalah berdoa supaya kita sentiasa berada di jalan yang lurus. Kena pastikan supaya kita berusaha tetap dalam hidayah.Hidayah kena sentiasa ditingkatkan. Bila kita dah ada dalam islam dan iman... kena minta hidayah itu tetap and dan terus berkembang. Kerana jika tidak dipelihara,hidayah boleh hilang. Sbb itu majlis ilmu kena selalu pergi sebagai peringatan

Amalan doa yg paling asas ialah dalam 17 kali alfatihah dlm solat. Tidak boleh pandang ringan pada dosa.,walaupun sekecil kecil dosa. Yang berdosa tetap berdosa. Dosa-dosa kecil adalah seperti titik hitm pada kain putih. Sebab hati manusia ni berbolak balik jadi kena minta hati itu nk tetap.Sentiasa lah ingat pada Allah.

Satu lagi cara ialah cari ilmu-ilmu yang bermanfaat.Dan beristiqamah.Laksanakanlah segala suruhan, tinggalkanlah segals larangan.Orang yg sentiasa usaha utk menuntut ilmu,akan dimudahkn jalan,tapi ilmu itu kena mesti meningktkn keimanan.Apa pun ilmu,amalan selagi mendektakan diri dgn Allah, mesti tingglkn segala larangan.Lepas ilmu,kena ada amal soleh. Bila dah tahu dan dah berilmu,kena amalkan. Tidak boleh hanya pandai bercakap,tanpa sendiri tidak mengamalkan.Kena beriman dgn perkara ghaib,dirikan solat dan belanjakn sebahgian rezeki ke jalan Allah.Jadi dalam ayat quran, kena mula-mula iman kena betul.

Kemudian solat dan berkawanlah dengan sahabat yang soleh. Yang beribadah. Kerana teman itulah yang patutnya mendekatkan kita Allah.Dampingilah orang yang beribadah mendektkn diri dgn Allah.Dekatkan kita dengan Allah. Bukanlah tak boleh langsung berkawan dengan orang-orang yang "tersalah haluan". Tapi kena tahu kiter ni tahap mana. Andai kite hanya takat yang boleh terpengaruh dengan yang tidak baik. baik jangan. Andai kita sendiri adalah kuat dan boleh berdakwah bolehlah menyampaikan.

Sentiasalah beringat.Carilah sahabat yang sentiasa akan semakin mendekatkan kita dgn Allah, jangan sesekali menjauhi.Sebab hati dan keikhlasan kita ni cepat berubah.Sebab dunia ni jambatan ker akhirat,pilih yang betul untuk destinasi syurga. Andai kita tak kuat,kita menjauhkan diri daripada yang tidak betul ada lah betul,supaya tidaklah kita semakin hari semakin jauh dari landasan yg betul. Dan tak boleh riak diri yang kita ni hebat dan dah cukup  dengan iman yg ada,kita kena berusaha supaya iman dan hidayah kita tetap dan hanya akan bertambah... orang-orang yang kini tak berapa bagus pun,ada kemungkinn akan lebih baik dari kita.Apa-apa pun perbaiki diri, hiasi peribadi,dan jangan berhenti mencari redha Allah, mendakatkan diri dengan Allah., jangan berputus asa.

sumber: http://ceramah2kuliah.blogspot.com/2013/10/istiqamah-oleh-ustaz-farid-ariffin.html

Friday 13 February 2015

Petua Murah Rezeki dan Dijauhi Kesulitan

 Assalamualaikum..

Hari ini admin ingin share kepada anda semua mengenai petua murah rezeki agar dipermudahkan segala urusan dan dijauhi segala kesulitan terhadap segala urusan yang ingn dilaksanakan. Semoga takzirah ini bermanfaat dan memberi keberkatan kepada kita semua..
In Shaa Allah..

*
*
*
*
*
*
*
*
*


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.

Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.

Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.

Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Thursday 12 February 2015

Siapakah Yang Rugi Dan Siapakah Pula Yang Untung?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati
tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Monday 9 February 2015

Pesanan buat wanita

 Assalamualaikum...
 
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya m...aka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya. -


sumber: http://iluvislamz.blogspot.com/2011/10/pesanan-buat-wanita.html
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya m...aka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya. - See more at: http://iluvislamz.blogspot.com/2011/10/pesanan-buat-wanita.html#sthash.rmajUGn4.dpuf