Assalamualaikum..
Semoga tips ini amat bermanfaat kepada wanita yang menjangkau umur 30-an..(>_~)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Sedetik menjangkau umur 30-an, anda sebenarnya disarankan untuk lebih
kerap dan teliti dalam menjalankan pemeriksaan kesihatan agar kesihatan
tubuh badan kita boleh dijaga dan diberi perhatian dengan sepenuhnya.
Ini kerana setelah menjangkau umur 30-an, tubuh badan kita akan mula
menimbulkan kesan negatif jika tidak dijaga dengan baik melalui
pemakanan dan aktiviti yang dilakukan.
- Lakukan pemeriksaan kesihatan
Inilah masanya untuk anda melakukan
pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap. Lakukan ujian pap-smear,
tekanan darah dan ujian darah untuk mengenal pasti tahap kolesterol
dalam darah. Ini kerana dalam melakukan ujian dan pemeriksaan kesihatan
dengan lebih kerap dapat menjaga kesihatan anda dengan lebih baik.
Apatah lagi jika anda mempunyai penyakit keluarga melalui genetik, ia
haruslah lebih diberikan penekanan agar ia boleh di jaga dengan lebih
awal.
- Senaman
Tahukah anda bahawa semakin meningkat umur
kita, semakin rendah metabolisme dalam badan kita. Ini bermakna risiko
untuk anda menjadi obesiti adalah tinggi sekaligus menaikkan risiko anda
untuk mendapat penyakit diabetes, penyakit jantung dan
arthritis.Lakukan senaman fizikal dengan lebih kerap sekurang-kurangnya
sekali seminggu.
- Amalkan makan sihat
Apabila metabolisme anda berkurang ini
bermakna bahawa anda tidak lagi digalakkan untuk memakan makanan ringan
tanpa perlu berkira bila dan sekerap mana kerana ia akan memberi impak
kepada badan anda menjadi obesiti. Banyakkan memakan buah-buahan,
sayur-sayuran, ikan segar dan sumber protein yang sepatutnya. Kulit anda
juga akan lebih cantik dan sihat dengan pengambilan makanan yang sihat.
- Ambil kalsium
Adakah anda mengambil kalsium yang cukup?
Anda tidak akan lihat kebaikan mengambil kalsium sebelum menjangkau umur
30-an. Setelah umur anda menjangkau 30-an, risiko untuk tulang menjadi
kurang berdaya tahan apabila sedikit demi sedikit kalsium hilang dari
dalam tulang. Ia boleh menaikkan risiko untuk mendapat penyakit
osteoporosis. Sebaiknya ambil sekurang-kurangnya 100mg kalsium setiap
hari seperti mengambil yogurt, keju dan susu yang diperkaya dengan
kalsium dan Vitamin D.
- Jaga kulit anda
Pada tahap umur 30-an, kulit akan lebih menimbulkan kedutan, kesan
sinaran matahari, dan garis halus. Ini kerana pembikinan kolagen dalam
badan berkurang apabila umur kita kian meningkat. Tetapi ia tidak
terlambat untuk menjaga dan memulihkan kulit anda. Elak kesan buruk
cahaya matahari dengan menggunakan pelembap dengan SPF 30 atau ke atas.
Gunakan pencuci muka dua kali setiap hari dan pastikan anda mencuci
mekap anda setiap hari sebelum tidur.
No comments:
Post a Comment