Thursday, 11 December 2014
RAHSIA AMALAN WANITA SOLEHAH
1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.
Labels:
al-quran,
amanah,
bersedekah,
bersyukur,
maruah,
menjaga amanah,
murka,
pandai mengaji,
rahsia,
redha,
solat,
solehah,
wanita
Wednesday, 10 December 2014
Tips Pemilihan Warna
Assalamualaikum...
Dalam
menggayakan busana ataupun tudung, pemilihan warna memainkan peranan
yang amat penting. Ia kerana warna tersebut akan memberi kesan kepada
penampilan kamu di mata orang lain. Mari kita baca tip pemilihan warna
yang sesuai buat kamu!
Merah
Rona yang ideal untuk si kulit cerah. Namun, ia tidak sesuai dipakai ketika kita dalam keadaan penat atau murung kerana warna tersebut akan menyerlahkan diri kita seakan-akan seorang yang garang.
Warna ini lebih sesuai dikenakan dalam majlis ataupun tempat supaya kita dapat dikenali dengan mudah.
Merah Jambu
Rona feiminin. Ia sesuai bagi menyerlahkan sebuah perhubungan sosial yang santai dan kurang sesuai bagi jalinan hubungan profesional.
Kuning
Rona warna yang menyerlahkan imej ceria, gembira dan jenaka dalam perhubungan sosial. Kurang sesuai untuk perhubungan profesional dan formal kerana ia menggambarkan sifat bersahaja. Peminat warna ini dilihat sebagai orang yang kreatif, optimis dan berani mencuba.
Biru
Rona inibagi setiap peringkat usia. Warna biru lembut atau biru laut adalah warna yang cukup menarik pada mata yang memandang. Oleh itu, ia sesuai dikenakan dalam apa sahaja tempat dan keadaan. Ia juga sesuai bagi semua jenis warna kulit.
Kelabu
Rona kelabu adalah yang paling sukar disesuaikan kerana ia memberikan mesej yang terlalu kontras. Pemilihan corak dan rekaan yang sesuai memberikan imej yang positif. Sebaliknya, apabila individu mengenakan pakaian berwarna kelabu dengan corak dan rekaan yang malap, maka ia memberikan imej sedih, suram dan tidak bersemangat.
Oren
Oren adalah rona keceriaan. Warna oren sesuai bagi setiap jenis warna kulit. Ia menggambarkan si pemakai sebagai orang yang mudah mesra dan prihatin. Warna ini sesuai dikenakan pada pakaian sosial. Warna ini tidak sesuai bagi pakaian yang bersifat profesional. Elakkan mengenakan pakaian berwarna ini daripada kepala hingga ke kaki.
Hijau
Rona ketenangan dan sejuk mata memandang. Warna hijau yang lembut seperti hijau pucuk pisang sesuai dipakai oleh semua orang tidak kira warna kulit. Bagi wanita, warna hijau sesuai bagi apa sahaja jenis pakaian. Orang yang memakai warna hijau lembut dapat memberi mesej tidak formal dan mesra.
Ungu
Rona ungu adalah warna pilihan. Warna ini sesuai bagi sesiapa sahaja yang ingin menampilkan diri sebagai orang yang dominan dan bijaksana. Warna ungu yang sederhana dan gelap lebih sesuai bagi wanita tanpa memadankannya dengan biru gelap ataupun kelabu.
Coklat
Warna coklat sama ada coklat muda ataupun gelap lebih sesuai bagi aksesori tambahan. Walau bagaimanapun, kita boleh memakai pakaian berwarna coklat apabila ia adalah coklat lembut. Elakkan daripada memilih pakaian yang berwarna coklat dari kepala sehingga kaki. Pastikan penggunaan warna coklat adalah minimum bagi penampilan profesional.
Hitam
Rona hitam adalah sesuai bagi pakaian formal dalam dunia perniagaan dan profesional. Ia menggambarkan kekuasaan, kebijaksanaan dan keseriusan individu yang memakainya dalam apa sahaja yang dilakukannya.
Putih & Krim
Pakaian berwarna putih dan krim sesuai digandingkan dengan warna lain. Ia memberikan imej neutral dan baik kepada mereka yang melihat. Contohnya, kemeja-T dan blaus yang berwarna putih sesuai pada setiap masa, tempat dan keadaan. dara

sumber:http://inspirasiputri.blogspot.com/2014/09/tip-pemilihan-warna.html
Tuesday, 9 December 2014
Tips Lengkap Memilih, Menjaga Dan Memakai Tudung
TUDUNG dan perempuan tidak dapat dipisahkan. Ia merupakan perkara
penting kepada seseorang perempuan. Tidak boleh tidak, perempuan yang
sudah baligh, Islam, taat dan comel akan memakai tudung.
Pada kali ini saya berkongsikan beberapa petua dan tips memilih, menjaga dan memakai tudung. Bolehlah dikatakan ianya agak lengkap kerana disadur daripada pelbagai sumber dan dikumpulkan sekaligus di sini.
Tips memilih tudung ini dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti berikut:-
1. Tips memilih tudung berdasarkan bentuk wajah
2. Tips menjaga tudung
3. Tips memilih tudung berdasarkan warna kulit
2. Tips menjaga tudung
3. Tips memilih tudung berdasarkan warna kulit
1. Tips memilih tudung berdasarkan bentuk wajah
Secara amnya, bentuk wajah manusia
terdiri daripada bujur, bersegi, panjang, segitiga dan bulat. Seharusnya
pemilihan tudung adalah berdasarkan kepada bentuk wajah anda. Ini mampu
menambahkan seri dan kepadanan kepada si pemakai.
- Wajah Bujur,
Anda memang bertuah
kerana bebas memilih tudung dan gaya bertudung. Jika anda penggemar
shawl, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis shawl dan boleh
memilih untuk menggunakan inner atau pun tidak.
- Wajah Bersegi,
Bahagian tulang rahang biasanya lebih lebar dengan dagu yang
kurang kelihatan. Rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung dengan
menggunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang.
- Wajah Berbentuk Panjang
(Bercirikan dengan dagu yang panjang, bentuk kening lonjong dan
relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak
rahang), anda boleh mengurangkan kedudukan kening yang tinggi dengan
menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit
sehingga menutupi bahagian kening.
- Wajah Segitiga
Adalah
dagu panjang ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan
dengan jarak pangkal rahang. Anda seeloknya memakai tudung yang ditarik
sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang
tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan
kanan telinga disarankan menggunakan inner seperti hairnet. Bagi
membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum
menggunakan inner tersebut.
- Wajah Berbentuk Bulat
2. Tips Menjaga Tudung
Penjagaan yang betul akan memanjangkan
jangka hayat tudung. Dari sudut ekonomi, ini memang langkah yang bijak.
Dari sudut penampilan, tudung yang dijaga kemas dan betul akan membantu
penampilan yang lebih kemas dan sedap dipandang.
Antara cara menjaga tudung yang boleh diamalkan ialah..
- Mencuci tudung dengan tangan dan jangan gunakan mesin. Ini akan memastikan tudung mendapat tekanan pada kawasan yang kotor sahaja.
- Menggantung tudung adalah lebih digalakkan daripada melipatnya.
- Jangan pakai tudung ketika rambut basah. Ini boleh menjejaskan fabrik tudung.
- Gunakan bahan pencuci yang lembut dan jangan lupa bahan pelembut.
- Jangan campurkan tudung dengan pakaian berwarna lain. Dikhuatiri ia akan merosakkan warna tudung.
- Jangan jemur tudung secara terus. Ini akan meemudarkan warna tudung. Anginkan sahaja di kawasan redup.
3. Tips Memilih Tudung Berdasarkan Warna Kulit
Pemilihan tudung berdasarkan warna kulit
memberikan kesan di dalam penampilan seseorang. Ia boleh sama ada
membuatkan si pemakai kelihatan kusam, ceria, muda, tua dan sebagainya.
- Kulit sawo matang – warna-warna hijau dan kuning atau terbitan daripada keduanya akan membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan menaikkan seri wajah anda.
- Kulit kuning langsat – gayakan tudung berwarna biru, ungu violet dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Sementara tudung berwarna hijau dan kuning harus dielakkan supaya tidak kelihatan kusam dan kurang bermaya.
- Kulit putih – pakailah tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. Tudung berwarna merah jambu, merah hati atau merah gelap akan membuatkan anda kelihatan pucat.
P/s: Oh.. ya, pelbagai jenis shawl ada di dalam kedai online kami . Jika masih ada masa lagi, cubalah klik dan perhatikan jika ada mana-mana shawl yang berkenan di hati anda. Ingat shawl ingat MADEENDA 
Labels:
bujur,
bulat,
kulit,
madeenda,
menjaga tudung,
mudah pakai shawl,
panjang,
rambut,
segitiga,
shawl,
tips,
tudung,
wajah,
warna kulit
Monday, 8 December 2014
Panduan Berpakaian yang betul bagi Wanita Muslimah
Assalamualaikum...
Saya harap gambar yang comel-comel yang berunsur dakwah dibawah ini dapat menjelaskan segalanya yang ingin disampaikan. Sama-samal la kita belajar menjadi muslimah yang sejati. Bagitu juga saya yang masih dalam proses belajar untuk menjadi lebih baik sebagai hambaNYA.. Semoga kita semua istiqomah untuk menjadi yang lebih baik disisiNYA...:)

Sebagai seorang yang bergelar muslimah
sejati..kita tak perlu terikut-ikut dengan cara berpakaian agama lain
kerana kita punyai identiti tersendiri. Setiap sesuatu yang Allah
tetapkan, pasti ada sebab musababnya. Begitu juga dengan persoalan kenapa perempuan Islam perlu berhijab. Berhijab adalah salah satu cara
untuk melindungi kaum wanita daripada "gangguan-gangguan" yang tidak
diingini.
Marilah kita sama-sama, Fikir-fikir kan~
Marilah kita sama-sama, Fikir-fikir kan~
Jom kita perbaiki penampilan kita supaya dilihat sebagai seorang wanita muslimah :)
Thursday, 4 December 2014
Tip mudah pakai hijab
Assalamualaikum. Specially untuk yang baru nak mula pakai shawl.
1. Anak Tudung/ inner
Pastikan dari cotton lembut, tak panas dan tak tebal. Ini penting untuk keselesaan dan ruang udara
2. Selendang yang mudah
Untuk permulaan, guna selendang yang mudah dipakai. Jangan mula dengan selendang yang licin dan nipis kerana jenis ini anda perlu bijak memilih gaya agar ti menampakkan tengkuk.
3. Corak dan Warna
Ramai yang suka memilih warna kegemaran. Adalah lebih baik kalau memilih selendang mahupun pakaian dengan warna yang sesuai dengan wajah atau pun diri anda.
4. Selendang Tidak Jarang
Sangat penting material dipilih tidak jarang. Namun tahap jarang ini ada pelbagai. Asalkan bila dililit tidak menampakkan bayangan tengkuk dan badan anda supaya anda confident memakainya.
5. Selendang yang Selesa
Pemilihan fabrik juga penting. Material yang sejuk dan lembut menjadi pilihan supaya anda selesa mengenakan hijab itu.
6. Minat
Perlu rasa positif apabila menggayakan selendang. Jika berfikir sukar memakai selendang, maka sukarlah jadinya. Namun, paling penting ia masih menepati syarak yang ditetapkan.
Sekian. Selamat mencuba!
Featured here: Rafhanah by Madeenda in Gold
Bentuk Butterfly half moon. senang digayakan!
SHOP: HERE
Wednesday, 3 December 2014
10 Tip Berfikiran Positif untuk Lebih Bahagia dan Lebih Sihat Minda
Assalamualaikum...
1.
Kenalpasti
pemikiran negatif yang ada dalam diri
sebelum ia menjadi akar umbi. Jika anda rasa mood anda kembali suram,
berhentilah daripada berfikir tentang mereka sebelum anda tunduk kepada
mereka.
Kawal emosi anda, jangan biarkan emosi mengawal anda.
2.
Berkawan
dengan orang yang berfikiran positif.
Secara tidak langsung, anda juga akan berfikiran positif.
3.
Orang
yang berfikiran negatif boleh menjangkiti
orang lain. Jadi, jauhkan diri anda daripada orang yang selalu
berfikiran
negatif.
4.
Bersenam
dan makan makanan seimbang. Jika anda
nampak hebat dari segi luaran, sudah tentu dalamannya juga hebat dan
bagus.
5.
Rajinkan
diri untuk mengemas dan menyusun
barang-barang anda. Anda harus dikelilingi oleh benda-benda yang anda
suka dan
membuatkan anda rasa hebat. Contohnya
gambar keluarga, buku kegemaran, pokok
hiasan, gambar kesenian atau apa
saja yang bermakna buat anda.
6.
Jika
ada seseorang memberitahu anda yang anda tidak
boleh melakukan sesuatu, maka ambillah ia sebagai cabaran dan buktikan
kepada
mereka yang anda boleh melakukannya. Ini adalah peluang kepada anda
yang mana
mereka tidak boleh atau takut untuk melakukannya. Jika anda menunjukkan
mereka
ia boleh dibuat, mungkin mereka mendapat sumber inspirasi daripada anda
atas
kejayaan yang anda perolehi. Anda boleh menjadi contoh kepada mereka
untuk
mereka berfikiran positif.
7.
Apabila
anda merasa sangat kecewa dengan kehidupan
anda atas segala nasib malang yang menimpa anda, anda harus
mengingatkan diri
anda bahawasanya semua itu adalah dugaan daripada Tuhan yang hanya
menguji
kita. Yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
8.
Jadilah
sukarelawan dengan melibatkan diri dalam
kerja-kerja kebajikan. Bukan sahaja anda menyedari tentang orang yang
mempunyai
masalah lebih besar daripada anda, namun terdapat keadaan emosional dan
kerohanian yang harus anda alami ketika membantu mereka.
9.
Hilangkan
tekanan. Masalah anda akan menjadi lebih
besar jika anda selalu dalam keadaan tertekan. Dengan itu, jauhkan diri
anda
daripada tekanan.
10.
Teruskan
berfikiran positif. Memulakannya adalah mudah. Cuma mengekalkannya
adalah
cabaran. Jadikan ia tabiat anda untuk sentiasa berfikiran positif
sehingga ia
menjadi sebahagian daripada hidup anda.
sumber:http://rahsiatarikan.com/tip-berfikiran-positif-bahagia-sihat.html
s
Friday, 28 November 2014
Video Toturial 4 cara-cara Mengayakan Pemakaian Wide Shawl
Assalamualaikum..
Salam Jumaat semua..Semoga hari ini diberkati dan dipermudahkan segala urusan kita. Mari kita berdoa banyak-banyak pada hari yag barokah ini agar segala yang dihajati kita akan dimakbulkan dari NYA.
Pada hari ini Madeenda nak share pada uolss semua, video toturial cara-cara pemakaian shawl labuh dengan pelbagai gaya. Kami dari pihak Madeenda juga selalu ditanyakan bagaimana hendak memakai shawl- shawl yang labuh ini. Shawl Madeenda kami juga adalah jenis shawl yang labuh - labuh. Jika search di youtube, macam-macam toturial mengayakan shawl labuh ini.
Dalam banyak-banyak video, kami berminat untuk share video ini http://bit.ly/1AV6Tqm kepada uolss semua. Diharapkan video ini dapat membantu kepada pemakai tegar shawl-shawl labuh seperti saya ini juga. Selamat mencuba yea uolss..:)
sumber:Youtube
Labels:
madeenda,
pelanggan,
shawl labuh,
style,
toturial,
wide shawl
Subscribe to:
Posts (Atom)