Tuesday, 9 December 2014

Tips Lengkap Memilih, Menjaga Dan Memakai Tudung

TUDUNG dan perempuan tidak dapat dipisahkan. Ia merupakan perkara penting kepada seseorang perempuan. Tidak boleh tidak, perempuan yang sudah baligh, Islam, taat dan comel akan memakai tudung.

Pada kali ini saya berkongsikan beberapa petua dan tips memilih, menjaga dan memakai tudung. Bolehlah dikatakan ianya agak lengkap kerana disadur daripada pelbagai sumber dan dikumpulkan sekaligus di sini.

Tips memilih tudung ini dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti berikut:-

1. Tips memilih tudung berdasarkan bentuk wajah
2. Tips menjaga tudung
3. Tips memilih tudung berdasarkan warna kulit

1. Tips memilih tudung berdasarkan bentuk wajah

Secara amnya, bentuk wajah manusia terdiri daripada bujur, bersegi, panjang, segitiga dan bulat. Seharusnya pemilihan tudung adalah berdasarkan kepada bentuk wajah anda. Ini mampu menambahkan seri dan kepadanan kepada si pemakai.

  • Wajah Bujur
Anda memang bertuah kerana bebas memilih tudung dan gaya bertudung. Jika anda penggemar shawl, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis shawl dan boleh memilih untuk menggunakan inner atau pun tidak.

  • Wajah Bersegi,
Bahagian tulang rahang biasanya lebih lebar dengan dagu yang kurang kelihatan. Rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung dengan menggunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang.

  • Wajah Berbentuk Panjang 
(Bercirikan dengan dagu yang panjang, bentuk kening lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang), anda boleh mengurangkan kedudukan kening yang tinggi dengan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.

  • Wajah Segitiga 
Adalah dagu panjang ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang. Anda seeloknya memakai tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan inner seperti hairnet. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan inner tersebut.

  • Wajah Berbentuk Bulat 
Disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum mengenakan inner. Tapi berhati-hati agar memilih inner yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang.

2. Tips Menjaga Tudung

Penjagaan yang betul akan memanjangkan jangka hayat tudung. Dari sudut ekonomi, ini memang langkah yang bijak. Dari sudut penampilan, tudung yang dijaga kemas dan betul akan membantu penampilan yang lebih kemas dan sedap dipandang.
Antara cara menjaga tudung yang boleh diamalkan ialah..
  • Mencuci tudung dengan tangan dan jangan gunakan mesin. Ini akan memastikan tudung mendapat tekanan pada kawasan yang kotor sahaja.
  • Menggantung tudung adalah lebih digalakkan daripada melipatnya.
  • Jangan pakai tudung ketika rambut basah. Ini boleh menjejaskan fabrik tudung.
  • Gunakan bahan pencuci yang lembut dan jangan lupa bahan pelembut.
  • Jangan campurkan tudung dengan pakaian berwarna lain. Dikhuatiri ia akan merosakkan warna tudung.
  • Jangan jemur tudung secara terus. Ini akan meemudarkan warna tudung. Anginkan sahaja di kawasan redup.

3. Tips Memilih Tudung Berdasarkan Warna Kulit

Pemilihan tudung berdasarkan warna kulit memberikan kesan di dalam penampilan seseorang. Ia boleh sama ada membuatkan si pemakai kelihatan kusam, ceria, muda, tua dan sebagainya.
  • Kulit sawo matang – warna-warna hijau dan kuning atau terbitan daripada keduanya akan membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan menaikkan seri wajah anda.
  • Kulit kuning langsat – gayakan tudung berwarna biru, ungu violet dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Sementara tudung berwarna hijau dan kuning harus dielakkan supaya tidak kelihatan kusam dan kurang bermaya.
  • Kulit putih – pakailah tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar. Tudung berwarna merah jambu, merah hati atau merah gelap akan membuatkan anda kelihatan pucat.
P/s: Oh.. ya, pelbagai jenis shawl ada di dalam kedai online kami . Jika masih ada masa lagi, cubalah klik dan perhatikan jika ada mana-mana shawl  yang berkenan di hati anda. Ingat shawl ingat MADEENDA icon smile

No comments:

Post a Comment