Thursday, 29 January 2015

Pictorial Loose Shawl

Assalamualaikum...

Hari ni admin nak share sikit pictorial langkah-langkah mengayakan loose shawl..Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:-

1. Pakai  shawl,  sebelah pendek dan sebelah dipanjangkan mengikut keselesaan masing-masing. Bahagian pendek di pin kan seperti pada gambar langkah 1.

2. Bahagian kanan shawl di kemaskan dan lipat seperti gambar.

3. bahagian yang panjang dilebarkan.

4. Bahagian sisi shawl tersebut dibiarkan terkeluar iaitu loose, tanpa dilipat.

  5. Lilitkan bahagian yang panjang tersebut diatas kepala, lilitan tersebut hendaklah di longgarkan "loose", mengikut keselesaan masing-masing.

6. Pin kan ditepi shawl tersebut.

7. Pin bahagian atas shawl tersebut agar ianya tidak tercabut, dan  nampak kemas.

8. Pin kan bahagian kanan pula.

9. Akhir sekali kemaskan pemakaian  shawl tersebut bahagian depan dan belakang, supaya ianya menutupi dada dan bahagian depan bagi menuntut tuntukan syariat. Akhir sekali, pin kan dibahagian bahu seperti yang ditunjukkan pada langkah 9.

Semoga pictorial ini dapat membantu anda semua dan selamat mencuba yea..:)

Projek Memikat Suami Melalui Tatarias

 Assalamualaikum...

Apa khabar semua?..diharapkan baik-baik sahaja semua..Hari ni admin nak share sikit gambar-gambar mengenai workshop mengenai projek memikat suami..Masih lagi ingat post mengenai Projek Memikat Suami  Melalui Tatarias yang pernah admin post sebelum ini?  sesiapa yang sudah lupa boleh lihat link ini http://bit.ly/1K7sR9O

Syukur Alhamdulillah projek workshop ini telah berjaya dijalankan pada 25hb Januari 2015, di Sri Permai Spa,  yang lepas. Penyertaan para peserta adalah amat membanggakan pihak kami.Objektif workshop ini dijalankan adalah bagi memberikan kesedaran terutamanya kaum hawa mengenai penjagaan diri untuk dalaman dan luaran serta penampilan diri. Projek Memikat Suami Melalui Tatarias ini adalah dengan kerjasama diantara:-

Ida Zuriani - Konsultan Mary Kay
Zamzana - Penjagaan Miss V, Pengusaha Suri Permai Spa
Ratna Adnan - Pengeluar Shawl Madeenda

Workshop ini dijalankan sebanyak 3 sessi iaitu dimulai dengan penjagaan Miss V, oleh Puan Zamzana. Seterusnya diajarkan teknik-teknik tatarias makeup oleh Ida Zuriani, menggunakan produk Mary Kay, dan akhir sekali diajarkan mengenai teknik-teknik pengayaan shawl oleh Puan Ratna daripada Madeenda.

Semoga para peserta yang menyertai workshop ini berpuas hati dengan output yang telah disampaikan. In Shaa Allah, pihak kami akan mengadakan lagi workshop seumpama ini lagi pada masa yang akan datang..Terima kasih semua..





Gambar kenangan dengan semua para peserta serta  para konsultan workshop







Tuesday, 27 January 2015

Tips Kecantikan Dalaman Wanita

1.    Minum banyak air
-    Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.


2.     Bersenam
-    Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

 

3.    Jangan merokok.
-    Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?



4.    Tidur yg cukup
-    Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.


5.    Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
-    Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih


6.    Makan yg cukup tapi bukan berlebihan.
-    Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.



7.     Manjakan diri
-    Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.



8.    Elakkan stress.
-    Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.



9.    Don't worry, be happy.
-    Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!



10.    Ketawa penghibur duka
-    Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.


Monday, 26 January 2015

Tips Menjadi Muslimah yang Cantik Nan Cerdas

Setiap wanita adalah cantik.
Dia terlahir indah dan telah menjadi
fitrahnya untuk mencintai keindahan.

Wanitapun juga suka
melakukan banyak hal agar pesona kecantikannya semakin
terpancar.

Namun tahukah kita jika betapapun tingginya nilai
kecantikan itu, tetap akan terasa hambar jika sebuah kecerdasan
tidak diusahakan untuk dimilikinya?
Ketika seorang wanita tidak cerdas mendidik hatinya, maka
siapapun pasti akan tahu bahwa tiada lagi kecantikan akhlak
atasnya.

Ketika wanita tidak cerdas dalam berinteraksi dengan sesamanya,
maka kecantikan tentang jati dirinya seakan diragukan oleh
makhluk disekelilingnya.

shawl Maryam by Madeenda

Ketika kecerdasan itu tidak dia hadirkan dalam caranya berdialog
atau berbicara, maka kecantikan juga dengan mudah lenyap dari
dirinya, yang kemudian berganti dengan julukan penggosip dan
atau perempuan kasar.

Ketika kecerdasan juga tidak ada dalam caranya berperilaku dalam
kesehariannya, maka tidak akan ada pula kecantikan yang
terpancar atas predikatnya sebagai seorang wanita.

Sungguh, Kecerdasan tak hanya melulu dilihat dari kuatnya daya
ingatnya atas sesuatu, atau hanya tercetak dalam lembaran catatan
akademis, tapi lebih pada kesadaran wanita itu sendiri untuk
menampilkan dirinya sebagai wanita dengan segenap nalurinya
yang memang indah dan pantas untuk dihormati.

Begitupun halnya dengan sebuah kecantikan.
Kecantikan yang
utama tidaklah hanya terbatas pada bagaimana caranya seorang
wanita memoles muka, menuturkan bahasa dan atau
menempatkan diri dalam pergaulannya.

Namun kecantikan yang
sesungguhnya terletak dalam cerdasnya dia menjaga diri dan
kehormatannya.
Yaitu, ketika seorang wanita cerdas dalam
menata dirinya sesuai dengan aturan Allah subhanahu wata'ala.

Jika hal tersebut dipenuhinya, maka kecantikan yang ada padanya
tidak akan menjadi santapan liar laki- laki yang hanya melihat
wanita tersebut dengan nafsu.
Atau dengan kata lain wanita
tersebut tidak akan hanya dibutuhkan oleh lelaki sebagai obyek
yang hanya dilihat, dipikat, disikat, lalu ditinggal minggat, tetapi
benar benar punya kelas dan partner handal untuk diajak
berdebat.

Jadi, kecantikan dan kecerdasan bukanlah dua sisi yang harus
dipilih namun harus digabungkan.
Hal ini karena jika dua pesona
itu bergabung dalam diri wanita, tentu saja hal itu akan
menjadikan makhluk indah bernama wanita, terlihat semakin
indah.

Memang, di dunia ini tidak ada kata sempurna, pun demikian
halnya dengan kepemilikan sebuah kecerdasan dan keindahan
dalam diri wanita.
Namun percayalah, bahwa wanita yang
mengusahakan agar kecerdasan dan kecantikan itu selalu ada
dalam dirinya, tentu saja akan memiliki nilai lebih, dan akan nyaris
mendekati sempurna.

Friday, 23 January 2015

Cara Penjagaan Shawl dan Tudung - Part 2

 Assalamualaikum..

Kita sambung tips cara penjagaan shawl dan tudung untuk part 2 yea..Bagi part 1 yang lepas,  lihat disini  http://bit.ly/1t0lRsM...:)

Bahagian pertama adalah pantang larang yang tak atut dibuat oleh para fashionista.

Bahagian kedua adalah cara-cara  menjaga shawl atau tudung.

Antaranya:-

1. Cucian menggunakan air sejuk atau suam.

2. Cucian menggunakan tangan adalah terbaik. Hal ini adalah untuk menjaga fabric, jika mencuci  mengguna washing machine dikhuatiri akan merosakan fabric tudung itu.

3. Cuci selendang dengan sepantas agar warna dapat kekal lama

4.Cuci setia warna atau yang bercorak secara berasingan

5. Perah tudung dengan lembut

6. Keringkan shawl atau tudung jauh dari matahari

7. Menggantung tudung apabila menyimpannya.


Thursday, 22 January 2015

Wanita Yang Dimuliakan Allah

Assalamualaikum.. 

8 Orang Wanita yang Dimuliakan Allah:-
 
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, wanita yang tabah, punca semangat Rasulullah, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Wanita pertama memasuki syurga. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Ulama Wanita pertama. Banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.


4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Wanita yang tabah dan cekal. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri, sentiasa beribadat kepada Allah, wanita yang suci dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya, sanggup berkorban demi agama, membela orang yang tidak bersalah dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah dan mempunyai keturunan yang mulia. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8 ) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.(istri mithali sepanjang zaman)
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Wednesday, 21 January 2015

Cara Penjagaan Shawl atau Tudung


Assalamualaikum...

Ingin tahu cara bagaimana penjagaan shawl atau tudung???..


Nak pelihara shawl atau tudung dengan baik bukan mudah. Tak kene caranya setakat sebulan je lah tudung tu bertahan, selepas tu ade lah tompok2 kuning bagai.

Cara terbaik pelihara shawl atau tudung ialah dengan mengelakkan membuat beberapa perkara berikut:-

1. menggunakan air panas sewaktu mencuci tudung
2. menggunakan mesin basuh untuk mencuci shawl
3. merendam tudung dalam air terlalu lama
4. menggunakan bahan pencuci atau peluntur
5. memerah terlalu kuat
6. mengeringkan di tempat terlalu panas atau menggunakan pengering baju
7. mencampurkan tudung dengan pakaian lain
8. memakai tudung ketika rambut basah


untuk tips seterusnya, tungguuu next entri yea...Semoga tips ringkas ini membantu anda...(>_~)



Monday, 19 January 2015

WARNA DAN PERSONALTI

Assalamualaikum,
Tahukah anda, warna memainkan peranan penting di dalam menentukan perasaan seseorang? Setiap warna mempunyai pengaruh kepada jiwa dan persepsi manusia. Begitu hebatnya Allah SWT menciptakan pelbagai warna di dunia ini. 
Aku ingin kongsikan mengenai hasil kajian yang ditakrifkan oleh beberapa pakar warna seperti berikut:
1. Kuning
 Ceria, tahan lasak, suka berkawan, suka popular, enjoy

2. Hijau
 Tenang, pemurah, berperikemanusiaan, kreatif, mengambil berat, banyak idea, pengasih, penyayang

3. Coklat

Matang, sihat, berdikari, tenang

4. Merah
 Kemegahan, pantas, kurang sabar, bersemangat

5. Hitam
 Ego, keyakinan tinggi, mudah hiba, iltizam yang tinggi, komited, serius, tak pandai berlawak

6. Putih
 Optimistik, suci, kedamaian, tak suka bergaduh, kurang kreatif, kadang-kadang membosankan, bersangka baik

7. Biru Muda
 Sensitif, beretika, romantik, suka menolong, mudah bekorban, kerjasama, membawa kesembuhan

8. Perak/Emas

Kejayaan, positif, ceria, gigih

9. Merah Jambu
 Penyayang, bersungguh-sungguh, naluri seks yang tinggi, ekstrim apabila fokus kepada sesuatu, sihat

10. Oren
 Suka kebebasan, aktif, agresif, sihat


Apakah warna kesukaan anda? Diingatkan di sini, ini hanya sekadar kajian yang dilakukan oleh manusia. Hanya Allah SWT maha mengetahui segala-galanya. 
  

sumber :Dato'Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Zizi Azlinda Yusof  (Ogos 2005), Petua Sentiasa Ceria, Telaga Biru Sdn. Bhd.Gambar, google


Friday, 16 January 2015

Mengenali Fabrik Chiffon, Georgette dan Lycra



Terdapat pelbagai jenis fabrik di pasaran. Kadang-kadang sukar juga untuk membuat keputusan apakah fabrik yang sesuai untuk pakaian. Ramai juga yang bertanya fabrik yang sesuai untuk buat tudung dan selendang. Kali ini saya nak buat entry untuk jenis fabrik yang biasa digunakan untuk buat tudung dan selendang. Artikel ini berdasarkan pembacaan dari pelbagai sumber dan juga pemerhatian sendiri. kalau salah tolong betulkan. Insyallah lain kali saya akan post pula jenis fabrik yang lain.

Fabrik dihasilkan daripada pelbagai jenis bahan mentah yang sedia ada sama ada secara semulajadi atau secara buatan atau gabungan kedua-duanya. Fabrik boleh dikelaskan berasaskan  bahan asal fiber, proses penghasilan  fabrik atau  pengggunaan akhir  fabrik  tersebut.
Fabrik semulajadi  (fabrik asli) adalah fabrik yang dihasilkan  sama ada  dari fiber/gentian /serat dari  kulit binatang, kepompong ulat sutera, biji, daun dan juga batang tumbuh-tumbuhan. Kelebihan fiber semulajadi ini kerana tidak mudah bertukar warna di bawah pancaran cahaya matahari dan tidak mudah luntur .
Fabrik buatan pula boleh dibahagikan kepada fabrik sintetik dan fabrik selulosa terjana semula.
Fabrik sintetik  diperbuat daripada fiber yang mana bahannya adalah dari bahan kimia bukan organik  atau bahan kimia organik (dari sumber petroleum) yang dicampur  dgn bahan kimia lain.
Fabrik selulosa terjana semula terdiri dari campuran fiber asli (contohnya seperti kapas) yang dicampur dengan selulosa.
Terdapat satu lagi jenis fabrik yang berasal dari bahan mineral seperti asbestos, besi ,perak, emas dan juga fiber gelas. Sebelum menjadi kain bahan tersebut diolah menjadi fiber. Fabrik jenis ini mempunyai ketahanan dan menunjukkan gaya mewah pemakainya. Proses pembuatan menggunakan fiber asbestos sangat merbahaya kerana fiber asbestos bila disedut boleh menyebabkan kanser.


FABRIK CHIFFON (SIFON)
Chiffon pada asasny merujuk kepada fabrik yang ditenun nipis dengan kainnya yang lembut. Fabrik sifon boleh dihasilkan dengan menggunakan fiber-fiber yang berlainan seperti sutera (silk)  atau  fiber sintetik, juga kapas dan lain-lain tetapi chiffon secara umumnya lebih dikaitkan dengan fiber seperti nilon dan silk.
Mudah diwarnakan menggunakan dye dengan pelbagai  warna pilihan yang kita kehendaki tetapi ianya agak sukar untuk diwarnakan pada bahan polyester.  
Chiffon berasal dari Bahasa Perancis yang bermaksud kain yang nipis dan ringan.  Tenunan chiffon agak renggang. Jika didekatkan ke cahaya ianya kelihatan seperti jaring.
Chiffon boleh dibuat dengan menggunakan pelbagai jenis material seperti silk, polyester atau rayon. Chiffon digunakan untuk gaun pengantin, dress, blouse dan tudung.
Teksturnya yang lembut, beralun dan ringan sentiasa  memberi keselesaan yang berpanjangan sesuai  dengan cuaca panas dan lembab. Chiffon sesuai dibuat pakaian tradisional dan moden.  Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transperent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain.Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut. Dengan fabrik chiffon pemakainya kelihatna hebat dan bergaya. Anggun dan terserlah personalitinya.

Terdapat pelbagai jenis nama yang dikaitkan dengan chiffon.
  • Chiffon Sutera
Menjadi pilihan untuk tudung dan shawl kerana dilhat dari segi keselesaan kepada pemakainya dan juga berkualiti. Harganya agak mahal dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan cuciannya memerlukan cucian kering. Hasil buatannya halus dan diminati ramai.
  •  Chiffon Goldline
Hasil buatanya halus dan teliti. Harganya agak mahal tetapi tetap diminati ramai.
  • Chiffon Georgette
Fabrik ini adalah gabungan fabrik chiffon dan georgette.  Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan dan juga dari segi bajet ianya lebih murah berbanding chiffon sutera. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air.
  • Double Chiffon
Kain lebih tebak dan kurang tembus cahaya berbanding kain chiffon biasa.
  • Chiffon Plain 
Menjadi pilihan kepada mereka yang tidan suka corak pada kain.
  • Chiffon Bercetak (Printed Chiffon)
Mempunyai  motif bercetak dengan pelbagai jenis corak bunga dan abstrak.
  • Chiffon Paisley
Mempunyai motif bercorak paisley.
  • Chiffon Tribal
Mempunyai motif bercorak tribal
Ada juga chiffon yang lain seperi Viscose Chiffon, Polyester Chiffon, Silk Chiffon, Cerutti Chiffon, Paris Chiffon, Crepe Chiffon dan Blend Chiffon.
Ada juga yang didatang khas  bersama kain pelapik (lining), bertatah batu dan juga bermanik.

FABRIK GEORGETTE
Fabrik ini biasanya dibuat dari silk atau polyester.  Ia  tidak begitu tembus cahaya, lebih kenyal  dan  sedikit berat berbanding dengan chiffon biasa.
Harga tidak begitu mahal dan menjadi lebih praktikal untuk dibeli. ramai yang memilih fabrik georgette untuk pembuatan tudung dan selendang terutamanya yang tidak menyukai fabrik yang ternampak jarang seperti chiffon biasa.

FABRIK LYCRA ATAU SPANDEX
Lycra atau leicia adalah jenama fabric yang dikeluarkan oleh Syarikat Invista iaitu anak syarikat(subsidiari) kepada Dupont yang terkenal dalam industry bahan kimia. Sesetengah Negara menyebutnya Lycra dan sesetengah Negara menyebutnya Spandex.
Lycra adalah sejenis fiber kenyal yang dapat meregang 4-7 kali ganda dan bila dilepaskan ia dapat kembali ke ukuran asalnya. Lycra bersifat kenyal dan Nampak melekat pada tubuh.
Fiber kain lycra juga dicampur dengan fiber semulajadi seperti wool, linen, sutera dan cotton. Campuran ini tidak mengubah bentuk kain lycra malah meningkat prestasi kain yang lebih baik. Ianya juga meningkat fleksibiliti, memberi kesejukan kepada pemakai dan juga membentuk kain yang lebih fleksible.
Kain lycra juga mempunyai sruktur kimia yang khusus yang dapat menyerap peluh dan anti parasit, fungus, cendawan dan lain-lain. Campuran fiber semulajadi dan buatan juga meningkatkan kualiti kain yang memberi kesegaran dan keselesaan kepada pemakai .
Lycra diaplikasi secara meluas untuk semua jenis pakaian seperti kemeja, blouse, sweater, jaket, jubah, gaun, pakaian renang, pakaian olahraga, telekung, tudung dan juga selendang.
Berbagai nama fabrik dikaitan dengan lycra sebagaimana kain chiffon seperti lycra plain, lycra printed (bercetak), lycra paisley, lycra tribal dan lain-lain.
Lycra Cotton: Lycra jenis ini bergetah dan lembut jadi ia mengikut bentukbadan walaupun ada campuran cotton. Kain Lycra jenis ini bersifat berbulu danmudah terkoyak. Contoh: Jubah atau Cardigan Lycra
Antara ciri-ciri kain lycra seperti ianya kelihatan kasual, kenyal (elastik), tahan lama, tahan haba panas, lembut, halus, penyerap air yang baik mempunyai kestabilan dimensi yang dapat menjaga postur pemakai, mempunyai ketahan lipatan dan fit pada tubuh pemakai. Lycra juga tidak perlu disterika jika malas.

sumber: http://nashfesyen.blogspot.com/2013/10/mengenali-fabrik-chiffon-georgette-dan.html

Wednesday, 14 January 2015

Ummu Salamah: Wanita Tabah yang Diangkat Darjatnya

Assalamualaikum..

Dicelah-celah kita mengkaji sirah tentang kehebatan kehidupan insan agung bernama Muhammad bin Abdulllah, Rasul utusan Allah kepada kita , kesetiaan Abu Bakar As-siddiq, ketegasan Umar Al-Khatab dan kisah Saidina Ali yang bersemangat, terselit kisah-kisah wanita hebat dizaman Rasulullah s.a.w. Mungkin kisah-kisah sahabiah ini jarang kita dengar, namun disebalik kisah sahabiah ini terselit seribu satu pengajaran untuk menjadi contoh ikutan buat kita yang mendamba syurga dan redha Allah.

Kali ini saya memilih kisah Ummu Salamah r.a, mari kita membaca dan menghayati kisah hidup wanita mulia ini. Wanita yang kesabaran dan ketabahannya membuahkan balasan yang agung.

  Imam Adz-Dzahabi menjelaskan identiti Ummu Salamah;

“ Ummu Salamah adalah wanita terhormat, berhijab dan suci. Namanya Hindun binti Abu Umayyah bin Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzhah bin Murrah Al-Makhzumiyah. Ummu Salamah merupakan sepupu kepada Khalid bin Walid yang digelar Pedang Allah dan Abu Jahal bin Hisyam. Dia termasuk wanita yang pertama kali berhijrah. Sebelum menjadi isteri Nabi Muhammad s.a.w, Ummu Salamah menikah dengan Abu Salamah bin Abdul Asad Aal-Makhzumi, seorang lelaki yang soleh.”

Mari kita melirik sejenak kehidupan Ummu Salamah sebelum kedatangan islam. Ummu Salamah adalah seorang wanita yang sangat terhormat dan mulia, berasal dari keluarga yang terhormat kerana beliau berasal dari bani Makhzum. Ayahnya juga adalah seorang tokoh Quraisy yang dermawan dan pemurah dan selalu memberi bekal kepada musafir yang kehabisan bekal. Dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang dermawan membuatkan Ummu Salamah menjadi seorang yang dermawan, mempunyai hati yang bersih serta sangat menghayati erti belas kasihan sehingga memancarlah kebaikan dan kemurahan hatinya kepada manusia.

Sejak kecil lagi Ummu Salamah sudah menampakkan keperibadian yang kuat untuk menjadi wanita terhormat. Beliau juga memiliki rupa paras yang cantik jelita. Setelah meningkat dewasa, Ummu Salamah dipinang oleh Abdullah(Abu Salamah) bin Abdul Asad bin Hilal bin Abdullah bin Umar bin Makhzum. Abu Salamah merupakan seorang pemuda Quraisy yang terkenal dengan kesatriaan beliau menunggang kuda, beliau juga saudara sesusu Nabi Muhammad s.a.w. Pernikahan Hindun (Ummu Salamah) dan Abu Salamah dilangsungkan dan mereka hidup bahagia. Setelah Islam tersebar ke Mekah, Ummu Salamah dan suaminya termasuk antara yang segera beriman kepada Allah s.w.t.

Ketika hendak berhijrah ke Madinah, Ummu Salamah dan suaminya mengalami peristiwa yang amat memilukan. Ketika Abu Salamah, Ummu Salamah dan putera mereka, Salamah bin Abu Salamah sedang bersiap sedia mahu ke Madinah, berlaku pergaduhan antara keluarga bani Asad dan Bani Mughirah. Keluarga bani Mughirah (keluarga Ummu Salamah) tidak membenarkan Abu Salamah membawa Ummu Salamah pergi ke Madinah manakala bani Asad ( keluarga Abu Salamah) pula tidak membenarkan anak mereka ( Salamah) bersama Ummu Salamah. Setelah itu keluarga bani Mughirah dan bani Asad merebut putera mereka dan keluarga bani Asad berjaya mendapatkan putera Ummu Salamah. Ummu Salamah dibawa pulang oleh keluarganya ( bani Mughirah), anaknya dibawa oleh keluarga suaminya (bani Asad) manakala suaminya, Abu Salamah meneruskan perhijrahan ke Madinah. Maka Ummu Salamah terpisah dengan anak dan suaminya. Namun begitu Ummu Salamah diberi kesabaran yang tinggi untuk terus sabar melalui ujian itu.

Sejak terpisah dengan suami dan anaknya, setiap pagi Ummu Salamah akan pergi ke tanah lapang dan duduk sambil menangis. Hal itu dilakukan selama setahun sehingga pada suatu hari seorang sepupunya dari bani Mughirah melihatnya dan berkata kepada keluarga bani Mughirah yang lainya;

“ Tidakkan kalian merasa simpati terhadap wanita malang itu? Kalian telah memisahkannya dari suami dan anaknya.”

Tidak lama selepas itu keluarga bani Mughirah membenarkan Ummu Salamah pergi mencari suaminya di Madinah. Keluarga bani Asad juga mengembalikan puteranya, Salamah kepada Ummu Salamah. Lalu Ummu Salamah mengeluarkan untanya dan membawa bersama puteranya keluar mencari suaminya. Beliau memulakan perjalanan sendirian bertemankan puteranya yang masih kecil, namun pergantungannya kepada Allah sentiasa melebihi segala-galanya.Di dalam perjalanan, beliau bertemu dengan Utsman bin Thalhah dan Utsman membantu perjalanannya sehingga beliau bertemu dengan suami tercinta, Abu Salamah. Setelah bertemu dengan suaminya di Madinah, Ummu Salamah hidup bahagia dan dapat beribadah dengan tenang dan bertaqwa serta menggali setiap bentuk kebaikan daripada Rasulullah s.a.w. Ummu Salamah berusaha keras mendidik empat anaknya ( Zainab, Umar, Salamah dan Durrah) dengan menanamkan kecintaan kepada Allah dan Rasulullah.

Ummu Salamah sangat menyokong suaminya untuk berjuang di medan jihad. Beliau setia menyembuhkan luka-luka pada badan suaminya seusai peperangan,sehinggalah suaminya mengalami kecederaan teruk ketika perang Uhud. Ketika terbaring menanti detik kematian, terjadilah perbualan yang sangat mengharukan antara Abu Salamah dan Ummu Salamah. Ziyad bin Abu Maryam menuturkan, saat itu Ummu Salamah berkata,

“Aku mendengar bahawa jika seorang isteri ditinggal mati oleh suaminya, sementara suaminya itu menjadi penghuni syurga, lalu isterinya tidak menikah lagi, maka Allah akan mengumpulkan mereka kembali di dalam syurga. Kerana itu aku bersumpah bahawa engkau tidak akan menikah lagi (seandainya aku yang mati terlebih dahulu) dan aku tidak akan menikah lagi setelah engkau mati.”

Abu Salamah berkata, “Adakah engkau taat kepadaku?”

Ummu Salamah menjawab, “ya.”

Abu Salamah berkata, “ Jika aku mati terlebih dahulu maka menikahlah lagi. Ya Allah, jika aku mati maka berilah Ummu Salamah seorang suami yang lebih baik dariku yang tidak akan membuatnya sedih dan tidak akan menyakitinya.”

Tidak lama selepas itu, Abu Salamah meninggal dunia. Allah memakbulkan doa Abu Salamah apabila setelah kematian Abu Salamah, Allah mendatangkan insan paling mulia kepada Ummu Salamah. Setelah kematian suaminya, Rasulullah s.a.w telah datang meminang Ummu Salamah. Ummu Salamah berkahwin dengan Rasulullah s..a.w dan termasuk dalam keluarga yang mulia dan suci. Betapa Allah mengagungkan Ummu Salamah, keagungan yang tiada tolak bandingnya dengan dunia dan seluruh isi dunia. Ummu Salamah menjalani kehidupan yang sangat bahagia dan barakah bersama Rasulullah s.a.w. Ummu Salamah menjadi seorang isteri yang sangat baik kepada Rasulullah s.a.w. Beliau banyak membantu dakwah Rasulullah s.a.w kerana beliau memiliki pemikiran yang bernas. Diceritakan dalam satu kisah ketika perjanjian Hudaibiyah, setelah selesai menandatangani perjanjian damai dengan kaum musyrik, Rasulullah s.a.w berkata kepada para sahabatnya,

“ Bersiap-siaplah, sembelihlah haiwan-haiwan korban kalian dan cukurlah rambut kalian.”

Namun, saat itu tidak ada seorang pun sahabat yang berdiri dan melaksanakan perintah baginda walaupun perintah itu diulang sebanyak tiga kali oleh Rasulullah s.a.w. Melihat tidak ada tindakan dari pihak sahabatnya, Rasulullah lantas masuk ke khemah dan menemui Ummu Salamah, menceritakan kejadian tersebut. Disinilah Ummu Salamah memainkan peranannya dengan baik sekali. Wanita yang punya pemikiran yang hebat ini menyelamatkan para sahabat dari derhaka kepada Rasulullah s.a.w. Ummu Salamah berkata;

“ Wahai Nabi Allah, apakah engkau ingin sahabat-sahabatmu mengerjakan perintahmu? Keluarlah dan jangan berbicara dengan siapa pun sebelum engkau menyembelih haiwan korbanmu, memanggil pencukur untuk mencukur rambutmu.”

Rasulullah s.a.w mengikut saranan Ummu Salamah. Baginda keluar tanpa berbicara dengan siapa pun lalu menyembelih haiwan korbannya serta mencukur rambutnya. Ketika para sahabat melihat tindakan baginda, para sahabat lantas bangkit dan menyembelih haiwan korban mereka serta mencukur rambut mereka.

Ummu Salamah juga sangat menyayangi orang-orang yang ada disekelilingnya. Beliau akan sentiasa bahagia jika dapat memberi khabar gembira kepada orang sekelilingnya. Beliau juga yang menyampaikan khabar kepada Abu Lubabah bahawa Allah telah menerima taubatnya. Ummu Salamah juga pernah memujuk Rasulullah untuk memaafkan Abu Sufyan bin Harits dan Abdullah bin Abu Umayyah. Ketika mereka berdua ingin menemui Rasulullah s.a.w di Abwa’, mereka berusaha mengadap baginda namun ketika melihat kedatangan mereka, Rasulullah lantas memalingkan muka kerana tidak dapat menerima perlakuan mereka selama ini yang sangat menyakitkan baginda. Namun Ummu Salamah bertindak memujuk Rasulullah dengan berkata;

“ Wahai Rasulullah, bagaimanapun mereka bukanlah orang yang paling menyakitimu selama ini.”

Imam Adz-Dzahabi menyebut sifat Ummu Salamah;

“ Dia dianggap salah seorang ulama generasi sahabat.”

Bagaimana Ummu Salamah tidak mencapai darjat setinggi itu, setiap saat beliau mendengar langsung bacaan al-quran daripada Rasulullah dan mendengar kata-kata Nabi s.a.w dari lisan baginda. Ummu Salamah juga menjadi rujukan para sahabat dalam beberapa persoalan hukum dan fatwa, terutama persoalan yang berkaitan dengan wanita. Ummu Salamah juga meriwayat 378 hadis yang dihafalnya dengan baik.

Ummu Salamah meninggal dunia ketika usianya sekitar 90 tahun dan sempat berada dalam dalam pemerintahan Khulafah ar-Rasyidin hingga pemerintahan Yazid bin Mu’awiyyah. Imam Adz-Dzahabi berkata;

“ Dia adalah Ummul Mukminin yang paling akhir meninggal dunia.”

Demikianlah diceritakan kisah hidup wanita agung, Hindun atau dikenali sebagai Ummu Salamah. Betapa kemuliaan akhlaknya, kesucian hatinya dan ketabahannya menjalani ujian kehidupan menjadikan beliau insan yang diagungkan darjatnya oleh Allah s.w.t. sehingga diberi tempat oleh Allah s.w.t. menjalani kehidupan yang barakah bersama insan semulia Rasulullah s.a.w. Betapa kematangan pemikiran beliau menyumbang kepada kejayaan dakwah Rasulullah s.a.w.Semoga ketabahan hatinya, kesetiaannya kepada insan tersayang, kesuciaan hatinya, kesungguhannya mendidik sifat taqwa dalam diri, kesungguhannya menanamkan rasa cinta anak-anaknya kepada Allah dan Rasullah menjadi teladan buat kita yang sentiasa mendamba redha Ilahi. Semoga Allah meredhai Ummu Salamah dan menjadikan syurga firdaus sebagai tempat persinggahan terakhir buat beliau.


Monday, 12 January 2015

41 DARJAT WANITA SOLEHAH

Assalamualaikum...

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

3. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

5. Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1.000 lelaki jahat.

6.Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkahkan rezekinya.

7.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

8. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkahan.

9. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.

10. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

11. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah Surga.

12. Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.

13. Surga itu dibawah telapak kaki ibu.

14. Apabila memanggil engkau dua orang Ibu Bapakmu, maka jawablah panggilan Ibumu dahulu.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.

16. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga shalat dan puasa).

17. Perempuan apabila Shalat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Surga mana saja yang dia kehendaki.

18. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

19. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Shalat.

20. Aisyah ra berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.

21. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Surga terlebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun).

22. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat istrinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

23. Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.

24. Wanita yang meninggal dunia dengan keridhoan suaminya akan memasuki Surga.

25. Jika suami mengajarkan istrinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Surga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70.000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Surga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka berIstighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1.000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1.000 kejahatan.

28. 2 rakaat shalat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat shalat wanita yang tidak hamil.

29. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.

30. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.

31. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mangurniakan satu pahala haji.

33. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan kabarkan berita bahwa Surga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya (ASI) kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan puasa.

38. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (ASI) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

39. Apabila semalaman (Ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

40. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

41. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam Surga.

Allahualam,

sumber share: http://johneox.wordpress.com/41-darjat-wanita-solehah/

Friday, 9 January 2015

Campaign Pray For Pantai Timur - #deendaBTSbanjir

Assalamualaikum...

Membeli sambil beramal membantu mangsa-mangsa banjir di pantai timur..
Semoga sumbangan anda semua dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka..

 Please support campaign #deendaBTSbanjir



Wanita Solehah , Wanita Sejati

Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dipagari,

Sifat malu pengikat diri,

Seindah hiasan di dunia ini.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.” (HR Nasa’i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim)

“Wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga. Dan isteri solehah itu akan menjadi ketua bagi bidadari bidadari syurga. kamu mahu menjadi solehah?” soal ustazah sewaktu minggu orentasi. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke halaman maahad yang permai.

“Nak..!!”  jawab kami.

                               alt

Ustazah tersenyum.

“Kalau macam tu, usahalah jaga akhlak kamu. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, 

“Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya : Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka.” (HR Ahmad)

“InsyaAllah ustazah..!”

Kini saya dah dewasa. Bukan lagi murid tingkatan satu dahulu. Mungkin cita-cita untuk menjadi seorang doktor tak kesampaian. Namun cita-cita sebagai seorang wanita solehah tetap hidup dalam diri. Kalau dulu saya hanya mengangguk kalau ada yang berpesan

“Nanti kamu jadi anak yang solehah ya. Yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya”

Solehah yang ku hadam sebagai perempuan yang baik. mudah saja. ^^
Hari ini saya melihat dunia. Dunia realiti dan sebenar. Manalah perempuan yang baik itu. Susah untuk ketemu. Saya yang rasa dan pendam sendiri. Untuk menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Untuk menjaga aurat. Untuk menjaga iman dan akal hati. Kadang kadang saya menangis sendiri.

“Ya Allah susahnya mahu jadi solehah. Bertalu-talu aku diuji.”

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23 :

“Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?”

Ku sapu air mata. Takut kalau Allah mengunci hati. Ahh.. Itu hanya mehnah kecil. Sedangkan Sumayyah diuji imannya dengan ujian yang maha dahsyat! Kan wanita solehah itu kuat jiwanya! Teguh azamnya!

“Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.”

Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.

Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya, dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.
Solehah bukan lah mudah. Namun ia bukanlah mustahil. Selagi menjaga ibadah, menjaga kehormatan dan taat kepada suami.

Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Apabila mati seorang anak Adam itu maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara :- Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan terus diamalkan dan anak soleh yang mendoakannya.”

share: http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/5291-wanita-solehah-wanita-sejati.html

Wednesday, 7 January 2015

Panduan buat azam tahun baru 2015


Assalamualaikum..

Ada dua maksud utama bila kita bercakap tentang buat azam tahun baru yang mudah dicapai:

  1. Azam itu sendiri biarlah logik dan tidak memberatkan diri sendiri. Buatlah azam mudah yang dapat mempertingkatkan keupayaan diri sedikit demi sedikit dan bukannya melompat secara drastik. Jika anda amat jarang baca Quran sepanjang tahun, janganlah pula dibuat azam akan baca Quran 15 juzuk setiap hari!!!.
  2. Cara memilih dan melaksanakan azam yang betul. Cara kita pilih azam yang mahu dicapai itu penting. Ia menentukan samada kita akan berjaya atau tidak melaksanakannya apabila menjelangnya tahun baru.

Panduan buat azam tahun baru 2015

Bagi memudahkan kita buat azam tahun baru 2015 ini, saya berikan sedikit panduan mudah untuk sama-sama kita lakukan.
  1. Pastikan anda jelas antara Kewajipan dengan Azam – Kita kadangkala terkeliru dengan azam yang kita buat. Ada orang yang jadikan solat lima waktu tak tinggal sebagai azam tahun barunya sedangkan itu merupakan satu kewajipan yang suka atau tak suka perlu dilaksanakan. Antara perkara yang tak perlu masuk dalam kategori azam adalah seperti berikut:
    1. Semua ibadah wajib seperti solat, puasa di bulan ramadhan, zakat dan lain-lain
    2. Menjaga perhubungan silaturahim seperti menghormati dan berbuat baik pada ibubapa, saudara mara dan lain-lain sepertinya.
    3. Menjaga kesihatan seperti punyai berat yang seimbang dan tidak gemuk berlebihan.
    4. Menjaga akhlak seperti tidak mengumpat, panas baran, sentiasa buruk sangka dan sebagainya.
    5. Menuntut ilmu. Semua tahu menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan pada kita dari kecil sampai mati dan ianya bukanlah satu pilihan nak buat atau tak mau buat.
  2. Jangan jadikan kewajipan sebagai azam tahun baru. Ada yang pilih azam tahun barunya adalah untuk menunaikan semua ibadah wajib. Anda tak perlu tunggu tahun baru untuk buat azam sebegitu dan jangan dikaitkan perubahan tahun untuk perkara-perkara yang wajib dilakukan.
  3. Jangan pilih keputusan untuk dijadikan azam. Jika anda pilih azam tahun baru adalah untuk kurangkan berat sebanyak 20 kilo, itu sebenarnya adalah keputusan. Pilihan sebegitu tidak akan mendatangkan kesan pada tahap berat anda.
  4. Pilihlah jalan untuk mencapai keputusan. Azam yang terbaik adalah dengan memilih jalan bagi mencapai keputusan yang dikehendaki. Dalam kes gemuk di atas, anda sepatutnya buat azam untuk berjalan kaki sebanyak 7 ribu langkah setiap hari. Itu lebih mudah dan dapat dilaksanakan berbanding azam turunkan berat 20 kilo.
Berikut disenaraikan beberapa azam tahun baru yang menarik untuk difikirkan:
  • IBADAH
    1. Solat sunat Duha setiap pagi
    2. Solat witir sebelum tidur
    3. Selawat 100 kali setiap pagi dan petang
    4. Istigfar 100 kali pagi dan petang
    5. Puasa awal, pertengahan dan akhir bulan
    6. Membaca Al-Quran satu ‘Ain atau satu juzuk setiap hari.
    7. Bermuhasabah setengah jam setiap hari
  • KESIHATAN
    1. Berjalan kaki 7 ribu langkah setiap pagi atau petang
    2. Makan nasi tengahari dan malam satu pinggan sahaja dan tidak bertambah
    3. Tidur pukul 10.00 malam setiap hari dan bangun pukul 5.30 pagi
    4. Tidur sebentar 20 minit sebelum atau selepas zohor
    5. Makan buah dan sayur-sayuran setiap hari
    6. Minum air suam 8 gelas satu hari
  • ILMU
    1. Habiskan membaca satu, dua atau lebih banyak, buku setiap bulan
    2. Mengikuti kuliah agama yang tetap sekurang-kurangnya sekali seminggu di surau atau masjid
    3. Bertemu dengan kawan yang berilmu sekali seminggu atau lebih kerap dari itu.
    4. Mendapatkan sekurang-kurangnya seorang kawan baru yang berilmu setiap bulan.
    5. Membaca Tafsir Al-Quran setengah jam setiap hari
    6. Membaca kitab Hadith setengah jam setiap hari
    7. Membaca sirah Nabi setengah jam setiap hari 
  • EKONOMI
    1. Simpan RM50 sebulan atau lebih banyak dari itu ikut keupayaan
    2. Jumpa kawan-kawan usahawan seminggu sekali
    3. Beli dan jual barang sebulan sekali
    4. Jumpa 5 orang prospek pelanggan setiap hari
    5. Jumpa 2 pelanggan setia setiap hari
    6. Buat blog dan tulis 1 artikel setiap hari
    7. Kongsi maklumat di FB atau twitter setengah jam sehari
    8. Belajar kemahiran baru sebulan sekali
    9. Membaca maklumat perniagaan satu jam setiap hari
    10. Mengemas dan membuang atau menjual barang terpakai sebulan sekali
    11. Belanja kawan-kawan makan seminggu sekali
Demikianlah sedikit panduan buat azam tahun baru 2015 untuk anda yang masih lagi tercari-cari azam apa nak buat. Moga panduan yang tak seberapa ini dapat memberikan sedikit semangat dan pedoman untuk anda.


sumber:http://bit.ly/1zSSvK1