Assalamualaikum..
Bagi golongan wanita di alaf baru,
kecantikan itu bagaikan satu keperluan. Terutama golongan wanita yang
berkerja tidak kira sama ada dalam bidang korporat, pendidikan,
perniagaan dan sebagainya. Suri rumah tangga sepenuh masa pun satu
kerjaya juga untuk suaminya. Jadi jangan ingat wanita yang tidak bekerja
tak perlu kelihatan cantik dan menarik. Semua wanita berhak untuk
menikmati kecantikan dengan cara yang tersendiri.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
5 Tips Penjagaan Kecantikan Untuk Wanita Alaf Baru
1.MINUM AIR PUTIH SECUKUPNYA
Salah satu rahsia awet muda adalah
dengan mengambil air putih sekurang-kurangnya 2L sehari. Apabila jumlah
air di dalam badan mencukupi kulit akan terasa lebih lembab dan
sekaligus mengurangkan masalah kekeringan kulit.
2. JAGA DIET DAN PEMAKANAN
Cuba seimbangkan pengambilan diet harian
dengan mengambil lebih banyak sayuran dan buahan berbanding makananan
yang mengandungi banyak lemak. Pastikan jangan lupa mengambil sarapan
pagi. Sibuk macam mana kita sekali pun dengan urusan kerja dan
sebagainya, sarapan pagi adalah sangat penting untuk kekal cergas dan
bertenaga sepanjang hari
3. MELAKUKAN SENAMAN
Lakukan senaman 3 kali seminggu selama
10 minit boleh mencegah pelbagai penyakit. Kalau rasa susah nak
melakukan senaman cuba pasang radio dan menari ikut rentak lagu. Selepas
habis lagu mesti badan akan mengeluarkan peluh. Pasti badan akan terasa
lebih segar selepas bersenam.
4.SUPPLEMEN UNTUK KESIHATAN DALAMAN
Untuk dapatkan kecantikan luaran,
kecantikan dalaman harus lah diutamakan. Oleh itu pengambilan supplemen
juga penting untuk menjaga kesihatan dari dalam. Apabila badan mendapat
nutrien yang cukup maka kesihatan akan lebih terjaga.
5. RAWATAN DI PUSAT KESIHATAN
Sekali sekala apa salahnya manjakan diri
dengan berkunjung ke pusat kecantikan yang digemari untuk mendapatkan
penjagaan luaran dari hujung rambut hingga hujung kaki. Pasti badan akan
terasa lebih ringan, segar dan bertenaga.
No comments:
Post a Comment