Assalamualaikum..
Ada dua maksud utama bila kita bercakap tentang buat azam tahun baru yang mudah dicapai:
- Azam itu sendiri biarlah logik dan tidak memberatkan diri sendiri. Buatlah azam mudah yang dapat mempertingkatkan keupayaan diri sedikit demi sedikit dan bukannya melompat secara drastik. Jika anda amat jarang baca Quran sepanjang tahun, janganlah pula dibuat azam akan baca Quran 15 juzuk setiap hari!!!.
- Cara memilih dan melaksanakan azam yang betul. Cara kita pilih azam yang mahu dicapai itu penting. Ia menentukan samada kita akan berjaya atau tidak melaksanakannya apabila menjelangnya tahun baru.
Panduan buat azam tahun baru 2015
Bagi memudahkan kita buat azam tahun baru 2015 ini, saya berikan sedikit panduan mudah untuk sama-sama kita lakukan.
- Pastikan anda jelas antara Kewajipan dengan Azam –
Kita kadangkala terkeliru dengan azam yang kita buat. Ada orang yang
jadikan solat lima waktu tak tinggal sebagai azam tahun barunya
sedangkan itu merupakan satu kewajipan yang suka atau tak suka perlu
dilaksanakan. Antara perkara yang tak perlu masuk dalam kategori azam
adalah seperti berikut:
- Semua ibadah wajib seperti solat, puasa di bulan ramadhan, zakat dan lain-lain
- Menjaga perhubungan silaturahim seperti menghormati dan berbuat baik pada ibubapa, saudara mara dan lain-lain sepertinya.
- Menjaga kesihatan seperti punyai berat yang seimbang dan tidak gemuk berlebihan.
- Menjaga akhlak seperti tidak mengumpat, panas baran, sentiasa buruk sangka dan sebagainya.
- Menuntut ilmu. Semua tahu menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan pada kita dari kecil sampai mati dan ianya bukanlah satu pilihan nak buat atau tak mau buat.
- Jangan jadikan kewajipan sebagai azam tahun baru. Ada yang pilih azam tahun barunya adalah untuk menunaikan semua ibadah wajib. Anda tak perlu tunggu tahun baru untuk buat azam sebegitu dan jangan dikaitkan perubahan tahun untuk perkara-perkara yang wajib dilakukan.
- Jangan pilih keputusan untuk dijadikan azam. Jika anda pilih azam tahun baru adalah untuk kurangkan berat sebanyak 20 kilo, itu sebenarnya adalah keputusan. Pilihan sebegitu tidak akan mendatangkan kesan pada tahap berat anda.
- Pilihlah jalan untuk mencapai keputusan. Azam yang terbaik adalah dengan memilih jalan bagi mencapai keputusan yang dikehendaki. Dalam kes gemuk di atas, anda sepatutnya buat azam untuk berjalan kaki sebanyak 7 ribu langkah setiap hari. Itu lebih mudah dan dapat dilaksanakan berbanding azam turunkan berat 20 kilo.
Berikut disenaraikan beberapa azam tahun baru yang menarik untuk difikirkan:
- IBADAH
- Solat sunat Duha setiap pagi
- Solat witir sebelum tidur
- Selawat 100 kali setiap pagi dan petang
- Istigfar 100 kali pagi dan petang
- Puasa awal, pertengahan dan akhir bulan
- Membaca Al-Quran satu ‘Ain atau satu juzuk setiap hari.
- Bermuhasabah setengah jam setiap hari
- KESIHATAN
- Berjalan kaki 7 ribu langkah setiap pagi atau petang
- Makan nasi tengahari dan malam satu pinggan sahaja dan tidak bertambah
- Tidur pukul 10.00 malam setiap hari dan bangun pukul 5.30 pagi
- Tidur sebentar 20 minit sebelum atau selepas zohor
- Makan buah dan sayur-sayuran setiap hari
- Minum air suam 8 gelas satu hari
- ILMU
- Habiskan membaca satu, dua atau lebih banyak, buku setiap bulan
- Mengikuti kuliah agama yang tetap sekurang-kurangnya sekali seminggu di surau atau masjid
- Bertemu dengan kawan yang berilmu sekali seminggu atau lebih kerap dari itu.
- Mendapatkan sekurang-kurangnya seorang kawan baru yang berilmu setiap bulan.
- Membaca Tafsir Al-Quran setengah jam setiap hari
- Membaca kitab Hadith setengah jam setiap hari
- Membaca sirah Nabi setengah jam setiap hari
- EKONOMI
- Simpan RM50 sebulan atau lebih banyak dari itu ikut keupayaan
- Jumpa kawan-kawan usahawan seminggu sekali
- Beli dan jual barang sebulan sekali
- Jumpa 5 orang prospek pelanggan setiap hari
- Jumpa 2 pelanggan setia setiap hari
- Buat blog dan tulis 1 artikel setiap hari
- Kongsi maklumat di FB atau twitter setengah jam sehari
- Belajar kemahiran baru sebulan sekali
- Membaca maklumat perniagaan satu jam setiap hari
- Mengemas dan membuang atau menjual barang terpakai sebulan sekali
- Belanja kawan-kawan makan seminggu sekali
Demikianlah sedikit panduan buat azam tahun baru 2015 untuk anda yang
masih lagi tercari-cari azam apa nak buat. Moga panduan yang tak
seberapa ini dapat memberikan sedikit semangat dan pedoman untuk anda.
sumber:http://bit.ly/1zSSvK1
sumber:http://bit.ly/1zSSvK1
No comments:
Post a Comment