Tidak perlu berlebih-lebih untuk cantik. Kadang-kala gaya yang
‘simple’ itu sudah cukup menyerlahkan keanggunan buat si dara. Kini
rangkaian butik menjual tudung ibarat ‘cendawan tumbuh’ menjual pelbagai
jenis koleksi tudung berlainan material, warna dan corak. Ramai memilih
tudung dengan corak yang pelbagai seperti polka dot, tribal, abstrak
mahupun corak bermotif flora. Tapi, tahukah anda dengan hanya mengenakan
tudung polos sahaja sudah mampu membuat anda tampil lebih elegan.
Mungkin anda berfikir tudung atau selendang polos ini agak kelam atau
juga membosankan. Ini semua tanggapan lapuk lama yang harus anda buang.
Lihat sahajah di butik atau di kiosk menjual tudung. Selendang atau
tudung polos telah didatangi dengan pelbagai warna menarik serta fabrik
pelbagai seperti satin, lycra, juga cotton. Ha, siapa kata tudung polos sudah tidak ‘in’?
Anda juga boleh menggayakan dua warna selendang polos yang berlainan
untuk kelihatan lebih ceria. Pastikan juga dua warna yang dipilih adalah
warna kontra ataupun warna yang berpadanan. Menggayakan tudung polos
juga memudahkan kerja anda untuk memilih baju. Hal ini kerana anda bebas
untuk memilih baju bercorak kerana tudung yang dikenakan adalah polos.
shawl Maryam by Madeenda |
Tidak dinafikan selendang bercorak juga mampu menceriakan penampilan
anda, namun ia juga mampu mencacatkan penampilan jika salah cara
penggayaannya. Gandingkan selendang bercorak bersama baju polos agar
keseluruhan penampilan tidak kelihatan berat dan berserabut . Hm,
selendang bercorak juga tampak lebih cantik jika dipakai bersama tudung
atau ‘inner’ berkonsep polos. Anda pasti akan kelihatan lebih elegan dan
menawan dengan penggayaan ‘polos’ ini. -
sumber:DARA