Friday, 8 May 2015

Tampil Elegan Dengan Tudung Polos

Tidak perlu berlebih-lebih untuk cantik. Kadang-kala gaya yang ‘simple’ itu sudah cukup menyerlahkan keanggunan buat si dara. Kini rangkaian butik menjual tudung ibarat ‘cendawan tumbuh’ menjual pelbagai jenis koleksi tudung berlainan material, warna dan corak. Ramai memilih tudung dengan corak yang pelbagai seperti polka dot, tribal, abstrak mahupun corak bermotif flora. Tapi, tahukah anda dengan hanya mengenakan tudung polos sahaja sudah mampu membuat anda tampil lebih elegan.
 
Mungkin anda berfikir tudung atau selendang polos ini agak kelam atau juga membosankan. Ini semua tanggapan  lapuk lama yang harus anda buang. Lihat sahajah di butik atau di kiosk menjual tudung. Selendang atau tudung polos telah didatangi dengan pelbagai warna menarik serta fabrik pelbagai seperti satin, lycra, juga cotton. Ha, siapa kata tudung polos sudah tidak ‘in’?
 
Anda juga boleh menggayakan dua warna selendang polos yang berlainan untuk kelihatan lebih ceria. Pastikan juga dua warna yang dipilih adalah warna kontra ataupun warna yang berpadanan. Menggayakan tudung polos juga memudahkan kerja anda untuk memilih baju. Hal ini kerana anda bebas untuk memilih baju bercorak kerana tudung yang dikenakan adalah polos.

shawl Maryam by Madeenda
 
Tidak dinafikan selendang bercorak juga mampu menceriakan penampilan anda, namun ia juga mampu mencacatkan penampilan jika salah cara penggayaannya. Gandingkan selendang bercorak bersama baju polos agar keseluruhan penampilan tidak kelihatan berat dan berserabut . Hm, selendang bercorak juga tampak lebih cantik jika dipakai bersama tudung atau ‘inner’ berkonsep polos. Anda pasti akan kelihatan lebih elegan dan menawan dengan penggayaan ‘polos’ ini. -

sumber:DARA

No comments:

Post a Comment