Wednesday, 6 May 2015

Top 5 Tudung Paling Popular

Siapa kata gadis berhijab tidak boleh bergaya dan tidak 'up-to-date'? Buktinya, hari ini ramai gadis dan selebriti sudah mula mengenakan tudung malah kelihatan lebih cantik dari sebelumnya. Menerusi entri kali ini, kami senaraikan jenis tudung yang sentiasa mendapat tempat di hati pemakai.




 
Selendang Chifon
Kebiasaannya, selendang dari fabrik chiffon boleh digayakan dalam banyak cara. Terdiri daripada chiffon polos atau bercorak, selendang chifon dikatakan agak licin tetapi senang untuk dijaga. Bersifat serap haba dan selesa dipakai menjadikan selendang chiffon koleksi mesti ada dalam almari.
 
Shawl
Sama ada shawl crumple, glitter, bercorak mahu pun kosong, pemilihan shawl tetap menjadi kegemaran ramai anak muda kerana dikatakan tidak akan lapuk biar pun bakal digayakan  untuk sambutan syawal kelak. Shawl berfabrik kapas atau pashmina, ia membuatkan si pemakai kelihatan muda dan 'berangan' menjadi seperti kemunculan awal penyanyi Yuna!
 
Halfmoon
Tentu saja bentuk tudung halfmoon adalah separa bulat dan paling senang untuk digayakan. Kebanyakan harga tudung halfmoon dalam lingkungan RM35 ke atas. Antara tudung halfmoon yang menjadi tarikan semua lapisan umur ini adalah jenis 'two tone', 'two layer' dan ruffle.
 
Bawal
Tudung yang dikatakan 'legend' ini masih mendapat tempat di hati pemakai. Berbentuk segi empat dan pelbagai corak ini membuatkan wajah pemakai sentiasa keanak-anakan dan comel. Terkini, terdapat bawal ruffle di mana tudung bawal bersaiz segi empat ini mempunyai corak ruffle iaitu corak beralun di tepinya.
 
Syria
Tudung syria dikatakan sangat membantu untuk melindungi wajah yang bulat, besar dan pipi yang tembam. Mungkin ramai yang tertanya-tanya tip bagaimana mempunyai wajah bulat tampak bujur apabila memakai tudung syria. Sebaiknya, pilih fabrik syria yang terdiri daripada fabrik kapas. Bukan saja menyerap peluh tetapi senang untuk dibentuk.
 
Macam-macam jenis tudung boleh didapati mengikut keselesaan dan minat anda. Yang penting, pemilihan tudung itu biarlah berlandaskan syariat seperti menutup bahagian dada. Jangan kerana terlalu mengikut peredaran zaman, pakai tudung serupa saja tidak memakai tudung. Awas ya si dara sekalian!


sumber: DARA

No comments:

Post a Comment