Friday, 9 January 2015

Campaign Pray For Pantai Timur - #deendaBTSbanjir

Assalamualaikum...

Membeli sambil beramal membantu mangsa-mangsa banjir di pantai timur..
Semoga sumbangan anda semua dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka..

 Please support campaign #deendaBTSbanjir



Wanita Solehah , Wanita Sejati

Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dipagari,

Sifat malu pengikat diri,

Seindah hiasan di dunia ini.

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.” (HR Nasa’i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim)

“Wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga. Dan isteri solehah itu akan menjadi ketua bagi bidadari bidadari syurga. kamu mahu menjadi solehah?” soal ustazah sewaktu minggu orentasi. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke halaman maahad yang permai.

“Nak..!!”  jawab kami.

                               alt

Ustazah tersenyum.

“Kalau macam tu, usahalah jaga akhlak kamu. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, 

“Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya : Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka.” (HR Ahmad)

“InsyaAllah ustazah..!”

Kini saya dah dewasa. Bukan lagi murid tingkatan satu dahulu. Mungkin cita-cita untuk menjadi seorang doktor tak kesampaian. Namun cita-cita sebagai seorang wanita solehah tetap hidup dalam diri. Kalau dulu saya hanya mengangguk kalau ada yang berpesan

“Nanti kamu jadi anak yang solehah ya. Yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya”

Solehah yang ku hadam sebagai perempuan yang baik. mudah saja. ^^
Hari ini saya melihat dunia. Dunia realiti dan sebenar. Manalah perempuan yang baik itu. Susah untuk ketemu. Saya yang rasa dan pendam sendiri. Untuk menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Untuk menjaga aurat. Untuk menjaga iman dan akal hati. Kadang kadang saya menangis sendiri.

“Ya Allah susahnya mahu jadi solehah. Bertalu-talu aku diuji.”

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23 :

“Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?”

Ku sapu air mata. Takut kalau Allah mengunci hati. Ahh.. Itu hanya mehnah kecil. Sedangkan Sumayyah diuji imannya dengan ujian yang maha dahsyat! Kan wanita solehah itu kuat jiwanya! Teguh azamnya!

“Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.”

Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.

Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya, dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.
Solehah bukan lah mudah. Namun ia bukanlah mustahil. Selagi menjaga ibadah, menjaga kehormatan dan taat kepada suami.

Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Apabila mati seorang anak Adam itu maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara :- Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan terus diamalkan dan anak soleh yang mendoakannya.”

share: http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/5291-wanita-solehah-wanita-sejati.html

Wednesday, 7 January 2015

Panduan buat azam tahun baru 2015


Assalamualaikum..

Ada dua maksud utama bila kita bercakap tentang buat azam tahun baru yang mudah dicapai:

  1. Azam itu sendiri biarlah logik dan tidak memberatkan diri sendiri. Buatlah azam mudah yang dapat mempertingkatkan keupayaan diri sedikit demi sedikit dan bukannya melompat secara drastik. Jika anda amat jarang baca Quran sepanjang tahun, janganlah pula dibuat azam akan baca Quran 15 juzuk setiap hari!!!.
  2. Cara memilih dan melaksanakan azam yang betul. Cara kita pilih azam yang mahu dicapai itu penting. Ia menentukan samada kita akan berjaya atau tidak melaksanakannya apabila menjelangnya tahun baru.

Panduan buat azam tahun baru 2015

Bagi memudahkan kita buat azam tahun baru 2015 ini, saya berikan sedikit panduan mudah untuk sama-sama kita lakukan.
  1. Pastikan anda jelas antara Kewajipan dengan Azam – Kita kadangkala terkeliru dengan azam yang kita buat. Ada orang yang jadikan solat lima waktu tak tinggal sebagai azam tahun barunya sedangkan itu merupakan satu kewajipan yang suka atau tak suka perlu dilaksanakan. Antara perkara yang tak perlu masuk dalam kategori azam adalah seperti berikut:
    1. Semua ibadah wajib seperti solat, puasa di bulan ramadhan, zakat dan lain-lain
    2. Menjaga perhubungan silaturahim seperti menghormati dan berbuat baik pada ibubapa, saudara mara dan lain-lain sepertinya.
    3. Menjaga kesihatan seperti punyai berat yang seimbang dan tidak gemuk berlebihan.
    4. Menjaga akhlak seperti tidak mengumpat, panas baran, sentiasa buruk sangka dan sebagainya.
    5. Menuntut ilmu. Semua tahu menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan pada kita dari kecil sampai mati dan ianya bukanlah satu pilihan nak buat atau tak mau buat.
  2. Jangan jadikan kewajipan sebagai azam tahun baru. Ada yang pilih azam tahun barunya adalah untuk menunaikan semua ibadah wajib. Anda tak perlu tunggu tahun baru untuk buat azam sebegitu dan jangan dikaitkan perubahan tahun untuk perkara-perkara yang wajib dilakukan.
  3. Jangan pilih keputusan untuk dijadikan azam. Jika anda pilih azam tahun baru adalah untuk kurangkan berat sebanyak 20 kilo, itu sebenarnya adalah keputusan. Pilihan sebegitu tidak akan mendatangkan kesan pada tahap berat anda.
  4. Pilihlah jalan untuk mencapai keputusan. Azam yang terbaik adalah dengan memilih jalan bagi mencapai keputusan yang dikehendaki. Dalam kes gemuk di atas, anda sepatutnya buat azam untuk berjalan kaki sebanyak 7 ribu langkah setiap hari. Itu lebih mudah dan dapat dilaksanakan berbanding azam turunkan berat 20 kilo.
Berikut disenaraikan beberapa azam tahun baru yang menarik untuk difikirkan:
  • IBADAH
    1. Solat sunat Duha setiap pagi
    2. Solat witir sebelum tidur
    3. Selawat 100 kali setiap pagi dan petang
    4. Istigfar 100 kali pagi dan petang
    5. Puasa awal, pertengahan dan akhir bulan
    6. Membaca Al-Quran satu ‘Ain atau satu juzuk setiap hari.
    7. Bermuhasabah setengah jam setiap hari
  • KESIHATAN
    1. Berjalan kaki 7 ribu langkah setiap pagi atau petang
    2. Makan nasi tengahari dan malam satu pinggan sahaja dan tidak bertambah
    3. Tidur pukul 10.00 malam setiap hari dan bangun pukul 5.30 pagi
    4. Tidur sebentar 20 minit sebelum atau selepas zohor
    5. Makan buah dan sayur-sayuran setiap hari
    6. Minum air suam 8 gelas satu hari
  • ILMU
    1. Habiskan membaca satu, dua atau lebih banyak, buku setiap bulan
    2. Mengikuti kuliah agama yang tetap sekurang-kurangnya sekali seminggu di surau atau masjid
    3. Bertemu dengan kawan yang berilmu sekali seminggu atau lebih kerap dari itu.
    4. Mendapatkan sekurang-kurangnya seorang kawan baru yang berilmu setiap bulan.
    5. Membaca Tafsir Al-Quran setengah jam setiap hari
    6. Membaca kitab Hadith setengah jam setiap hari
    7. Membaca sirah Nabi setengah jam setiap hari 
  • EKONOMI
    1. Simpan RM50 sebulan atau lebih banyak dari itu ikut keupayaan
    2. Jumpa kawan-kawan usahawan seminggu sekali
    3. Beli dan jual barang sebulan sekali
    4. Jumpa 5 orang prospek pelanggan setiap hari
    5. Jumpa 2 pelanggan setia setiap hari
    6. Buat blog dan tulis 1 artikel setiap hari
    7. Kongsi maklumat di FB atau twitter setengah jam sehari
    8. Belajar kemahiran baru sebulan sekali
    9. Membaca maklumat perniagaan satu jam setiap hari
    10. Mengemas dan membuang atau menjual barang terpakai sebulan sekali
    11. Belanja kawan-kawan makan seminggu sekali
Demikianlah sedikit panduan buat azam tahun baru 2015 untuk anda yang masih lagi tercari-cari azam apa nak buat. Moga panduan yang tak seberapa ini dapat memberikan sedikit semangat dan pedoman untuk anda.


sumber:http://bit.ly/1zSSvK1

Tuesday, 6 January 2015

PROJEK MEMIKAT SUAMI MELALUI TATARIAS


 
Projek memikat suami melalui tatarias anggun lagi bergaya! Berminat?


 
>>> 25 Januari 2015
 >>> Ahad - 10pg - 4ptg
>>>Suri Permai Spa @ Platinum Walk Setapak
>>> RM55 seorang/RM50 seorang jika daftar berempat. 

Jom ramai-ramai!!!

Perkongsian cara mencuci muka, bersolek dan penggayaan tudung. Sebuah kerjasama antara Suri Permai Spa dengan jenama Mary Kay & Madeenda Shawls.

Hadiah misteri menanti 10 penyertaan awal. Tempat adalah terhad. 


Tempahan sebelum 20 Januari 2015. 

RSVP 0341431070.



Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

Assalamualaikum..

Bagi golongan wanita di alaf baru, kecantikan itu bagaikan satu keperluan. Terutama golongan wanita yang berkerja tidak kira sama ada dalam bidang korporat, pendidikan, perniagaan dan sebagainya. Suri rumah tangga sepenuh masa pun satu kerjaya juga untuk suaminya. Jadi jangan ingat wanita yang tidak bekerja tak perlu kelihatan cantik dan menarik. Semua wanita berhak untuk menikmati kecantikan dengan cara yang tersendiri.

*
*
*
*
*
*
*
*
*


5 Tips Penjagaan Kecantikan Untuk Wanita Alaf Baru
 
1.MINUM AIR PUTIH SECUKUPNYA
Salah satu rahsia awet muda adalah dengan mengambil air putih sekurang-kurangnya 2L sehari. Apabila jumlah air di dalam badan mencukupi kulit akan terasa lebih lembab dan sekaligus mengurangkan masalah kekeringan kulit.

2. JAGA DIET DAN PEMAKANAN
Cuba seimbangkan pengambilan diet harian dengan mengambil lebih banyak sayuran dan buahan berbanding makananan yang mengandungi banyak lemak. Pastikan jangan lupa mengambil sarapan pagi. Sibuk macam mana kita sekali pun dengan urusan kerja dan sebagainya, sarapan pagi adalah sangat penting untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari

3. MELAKUKAN SENAMAN
Lakukan senaman 3 kali seminggu selama 10 minit boleh mencegah pelbagai penyakit. Kalau rasa susah nak melakukan senaman cuba pasang radio dan menari ikut rentak lagu. Selepas habis lagu mesti badan akan mengeluarkan peluh. Pasti badan akan terasa lebih segar selepas bersenam.

4.SUPPLEMEN UNTUK KESIHATAN DALAMAN
Untuk dapatkan kecantikan luaran, kecantikan dalaman harus lah diutamakan. Oleh itu pengambilan supplemen juga penting untuk menjaga kesihatan dari dalam. Apabila badan mendapat nutrien yang cukup maka kesihatan akan lebih terjaga.

5. RAWATAN DI PUSAT KESIHATAN
Sekali sekala apa salahnya manjakan diri dengan berkunjung ke pusat kecantikan yang digemari untuk mendapatkan penjagaan luaran dari hujung rambut hingga hujung kaki. Pasti badan akan terasa lebih ringan, segar dan bertenaga.

Saturday, 3 January 2015

SALAM MAULIDUR RASUL 1436H

Pada hari ini merupakan salah satu tarikh yang amat bemakna buat para penganut beragama Islam .
  3 Januari 2015 bersamaan 12 Rabiul Awal Tahun Gajah adalah merupakan  hari kelahiran atau hari keputeraan junjungan besar kita Rasullulah S.A.W. ke dunia iaitu  seorang Rasul dan kekasih Allah di atas muka bumi .Kelahiran baginda ke dunia dan merupakan satu rahmat yang tiada nilainya. Rasulullah adalah pemimpin umat Islam yang tiada tolok tandingnya membimbing umat manusia ke arah jalan yang benar .
 Tema sambutan kali ini adalah:-
 
Tema Sambutan Maulidur Rasul 1436H/ 2015M Malaysia

“Perpaduan Nadi Transformasi Negara”
 
Tarikh Sambutan Maulidur Rasul 2015/ 1435H Malaysia
3 Januari 2015 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1436H




  Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan besar  

 NABI MUHAMMAD S.A.W 

serta
berpegang teguh pada sunnah dan ajarannnya.



SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1436H




Friday, 2 January 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015


Selamat datang tahun 2015 dan selamat tinggal tahun 2014..

semoga hidup kita diberkati dan menjadi insan hamba Allah dimuka bumi ini yang lebih 

baik daripada tahun sebelumnya..

SELAMAT TAHUN BARU 2015 DARIPADA MADEENDA..:)