Saturday, 27 September 2014

KELEBIHAN & SUNNAH HARI JUMAAT

 Assalamualaikum..
Salam Jumaat semua. Semoga Jumaat kali ini memberikan  seribu keberkatan kerahmatan dariNYA kepada kita semua.Semoga akan dipermudahkan urusan kita dan diberikan peluang untuk menambah pahala ye. Insyaallah.Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang hamba allah yang lebih bertaqwa, lebih menyantuni, lebih berjaya dan lebih cemerlang…DUNIA & AKHIRAT!


Oleh itu marilah kita semua merebut tawaran hebat dengan membuat kebaikan dan mengamalkan sunah di hari penghulu segala hari.
Sungguh beruntungnya menjadi umat Islam. Betapa besar kasih sayang Allah setiap kali hadirnya Jumaat. Selain rahmat, Allah turut menawarkan tawaran-tawaran hebat

1. Jumaat Penghulu Segala Hari.
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Jumaaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah. Iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)
2. Membaca Surah Al-Kahfi Disinari Cahaya Dua Jumaat
Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)
3. Berselawat sekali ke atas Nabi, Allah Memberi Rahmat 10 Kali
Rasulullah bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)
4. Diampuni Dosa
“Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)
5. Doa Tidak Ditolak
Rasulullah bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
6. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
7. Diselamatkan Daripada Fitnah Kubur
Rasulullah bersabda, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” (HR At-Tirmizi)
8. Nabi Adam Dicipta dan Disingkirkan Dari Syurga.
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
9. Berlakunya Hari Qiamat.
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

Wednesday, 24 September 2014

PERNIAGAAN SATU IBADAH

Assalamualaikum..

Muslimah masa kini kian maju dan bersaing dengan kaum lelaki di dalam bidang perniagaan (Tijarah). Ia bukan satu perbuatan yang salah malah ia sangat digalakkan di dalam Islam. Allah SWT telah berfirman di dalam Surah an-Nisa' ayat 29 maksudnya :-

" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlahh kamu makan (gunakan) harta-harta kamu diantara kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan (jalan) perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu".

Namun, perniagaan yang dijalankan itu haruslah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak. Tidak kiralah urusan perniagaan itu kecil atau besar, ia perlulah dilakukan dengan penuh hati-hati, disertai dengan sifat amanah, jujur dan adil. Ini disebabkan perniagaan memiliki kedudukan yang sangat tinggi di sisi ALLAH SWT.



Featured: #rafhanahbymadeenda green MR 020

SIFIR SEDEKAH

 Assalamualaikum..


Menarik!!

Jom ramai-ramai kita mengamalkan sifir sedekah ini, dalam kehidupan seharian. In Shaa Allah ada barokah  yang menanti..





Tuesday, 23 September 2014

FORMULA DUA TOLAK DUA SAMA DENGAN KOSONG

Assalamualaikum.



Formula Matematik 2 - 2 = 0

Formula ini saya  share daripada artikel di blog Peduli Ummah oleh Dr Zainur Rashid. Blog Dr Zainur terdapat pelbagai artikal yang menarik hasil tulisan Dr Zainur sendiri. Artikel-artikel tersebut adalah berbentuk ilmiah, dan banyak masej yang disampaikan. Dalam banyak-banyak artikel, saya amat berminat dengan artikel yang bertajuk Formula Dua Tolak Dua Sama Dengan Kosong . 

"INGAT 2 perkara dan LUPAKAN 2 perkara"



Ingatkan 2 perkara :
  1. Ingat semua kebaikan orang lain kepada diri kita.
  2. Ingat sebarang kesalahan kita kepada orang lain
1-Kebaikan Orang Kepada Kita 
Kebaikan orang lain dalam apa jua bentuk seperti nasihat, teguran, tenaga, kewangan dan sebagainya haruslah sentiasa kita ingati. Yang lebih elok adalah kita membalasi mereka dengan yang lebih baik atau yang setimpal dengannya. Amalan ini akan menyebabkan kita merasakan kebaikan orang lain melebihi kelemahan atau kesilapannya. Apatah lagi dengan nikmat Allah kepada kita yang perlu disyukuri dan diingati selalu dengan lidah, hati dan tindakan. Allah swt telah berfirman yang bermaksud “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Surah al-Dhuha Ayat 11)
2-Kesalahan Kita Kepada Orang 
Hendaklah sentiasa ingat kesalahan dan kesilapan kita kepada orang lain agar mendorong kita untuk meminta maaf dan bersifat tawadhu’. Inilah sifat yang akan membuahkan kasih sayang sesama manusia kerana Allah. Ini akan menjadikan kita sentiasa berhati-hati agar tidak mengulangi lagi kesilapan sedemikian rupa. Kesalahan sesama manusia bererti boleh menyebabkan dosa. Dengan mengingati dosa yang dilakukan ini sebenarnya akan membuatkan kita lebih insaf dan berkeinginan untuk bertaubat kepadaNya.
Dengan mengingati dosa juga akan menyebabkan kita boleh menangis. Ini adalah jauh lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa riya’ dan takabbur.
Lupakan 2 perkara :
  1. Lupakan semua kebaikan kita kepada orang lain
  2. Lupakan sebarang kesalahan orang lain kepada kita
1-Kebaikan Kita Kepada Orang Lain 
Sikap mengenang dan menyebut-nyebut kebaikan yang lalu mungkin akan membahayakan timbangan amal kita sebelum ini. Perbuatan mengingati kebaikan dan ibadah yang telah dikerjakan sini boleh mencalarkan keikhlasan kita. Sedangkan semua kebaikan yang kita buat hanyalah dengan petunjuk Allah swt jua.
Jadi kita seharusnya membandingkan amalan kita yang sedikit ini dengan mereka yang lebih banyak dan lebih hebat supaya kita dapat menginsafi bahawa kebaikan kita ini sebenarnya tidaklah setara mana.
2-Kesalahan Orang Terhadap Kita
 Tidak dinafikan bahawa sikap untuk melupakan kesalahan orang terhadap kita bukanlah sesuatu yang mudah untuk digarap. Namun dengan mencontohi sifat pemaaf Rasulullah saw, maka kita boleh memiliki sifat mulia ini dan perasaan kita juga akan tenang dari segala perkara negatif akibat dendam dan kebencian.
Kesalahan dan kejahatan orang terhadap kita sebenarnya adalah merupakan ujian Allah kepada kita seumpama ujian lain yang berbentuk kesakitan, kemalangan, kekurangan kewangan dan sebagainya. Apabila kita berjaya melupakan kejahatan orang, maka akan timbullah kasih saying. Dengan kasih sayang yang terpancar dari diri kita inilah maka kita akan berjaya menarik orang untuk sayang kepada kita. Itulah yang dipanggil sebagai Law of Attraction.
Apakah perolehan yang bakal kita dapati dengan berformulakan hidup sedemikian? Apa ertinya 2 – 2 = 0 ?
Sebenarnya saya masih lagi mencari jawapan yang tepat kepada formula matematik tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan angka kosong tersebut? Pada saat ini, saya mendefinisikan angka sifar itu sebagai :
1-Hati kita akan bersih dari kekotoran (zulumat) seumpama riya dan takabbur.
2-Jiwa kita akan diterangi dengan sinaran cahaya Ilahi dan sifat mahmudah seumpama pemaaf dan tawadhu’.
3-Insya allah generasi kita ini bakal memiliki sifat ukhuwah yang sebenar.
Menurut Imam Hassan al Banna, “Ukhuwah adalah saudara keimanan dan perpecahan adalah saudara kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan kesatuan, Tidak ada kesatuan tanpa rasa cinta dan sekecil-kecilnya cinta adalah berlapang dada dan yang paling tinggi adalah itsar (mendahulukan kepentingan saudara).”
Siapalah kita tanpa ukhuwah dan di manakah kedudukan umat Islam tanpa ukhuwah ?

p/s: Semoga formula ini dapat kita memanfaatkannya serta diamalkan didalam kehidupan seharian  serta In Shaa Allah mudah-mudahan   kita akan tergolong dikalangan orang-orang yang hebat...Amin.

Sumber: http://zainurrashid.com/



Featured here: #latifabymadeenda sienna dark red ML014

Saturday, 20 September 2014

Tips Mantapkan Bisnes & Dakwah

Assalamualaikum..

Islam menggalakkan umatnya berniaga kerana keberkatan rezeki itu boleh dikongsi dengan orang lain dan memakmurkan orang islam. Namun kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Di sini ada sedikit panduan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan mengikuti sunnah Rasululullah dan mendapat keberkatan Allah SWT.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan keberkatan itu?
  1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
  2. Belanjakan harta pada jalan yang diredai oleh Allah.
  3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
  4. Keluarkan sedekah wajib (zakat)jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
  5. Ikhlaskan pemberian atau sedekah hanya kerana Allah tanpa mengharapkan pujian dan sebagainya. "Pemberian tangan kanan tanpa diketahui oleh tangan kiri". Sedekah memulakan dengan keluarga sendiri terlebih dahulu. Selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang terlebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta ada hak orang lain.
  6. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. "Dunia untuk akhirat dan bukannya dunia untuk dunia".
  7. Berusahalah untuk lebih banyak memberi daripada menerima pemberian orang lain. Namun begitu apabila tibanya sesuatu saat di mana tibanya masa untuk diri kita menerima, maka terimalah juga dengan ketulusan, jangan merasa rendah diri tapi bertekadlah dalam hati untuk berusaha membalas pemberian tersebut kepadanya atau dalam erti kata yang lain saat kita menerima sesuatu kita sesungguhnya sedang belajar untuk memberi sesuatu.
Pastikan Keuntungan Dijana Dunia dan Akhirat
  1. Membuka minda dan pandangan alam. Perkara yang paling penting adalah membuka minda kita terhadap bisnes kerana pada hari ini ia bukan saja setakat jual beli barangan, malah sangatlah luas pengertian dan mencukupi segenap aspek kehidupan. Perniagaan hari ini bukan sahaja meliputi jual beli barangan bahkan juga membabitkan apa sahaja perkhidmatan yang memberi manfaat kepada manusia, baik secara fizikal mahu pun di alam maya (siber).
  2. Menyelesaikan masalah orang lain. Perniagaan juga membuka peluang untuk kita menyelesaikan masalah orang lain. Banyak perniagaan terkemuka dan berjaya di seluruh dunia pada hari bermula dengan niat semata-mata untuk menyelesaikan masalah orang lain. Allah berfirman :Bertolong-tolonglah kamu kepada kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu bertolongan dalam perkara dosa dan permusuhan." (Al-Maidah:2)
Seiringkan Sosial & Perniagaan
  1. Untuk memulakan perniagaan, pilihlah produk yang bukan sahaja membawa keuntungan dunia sahaja, anda juga boleh memilih perniagaan yang boleh membawa keuntungan dunia dan akhirat.
  2. Jangan ada perasaan tamak dalam berniaga. Biarlah sederhana, dan bijak melancarkan pemasaran.
  3. Bekerja dengan jujur seperti mana Rasulullah berniaga.
  4. Jaga hubungan dengan pekerja, jika menghargai mereka, mereka tidak lokek untuk membantu dalam hal berkaitan kerja.
  5. Hubungan dengan klien juga harus di jaga terutama dari segi komunikasi dan juga servis.
  6. Adat berniaga ada pesaing, namun jangan sesakali anggap pesaing anda adalah musuh. Anggap mereka sebagai kawan, ingat rezeki Allah ada dimana-mana.
  7. Adil dalam melakukan perniagaan, ini adalah salah satu sikap terpuji kerana mampu bersikap adil dengan pelanggan mahupun orang sekeliling. Sasarkan matlamat yang lebih tinggi, usahawan muslim sewajarnya tidak berada di takuk yang sama.Sewajarnya dengan pelancaran produk baru, target perniagaan bagi jangka waktu sederhana serta jangka waktu panjang juga dilaksanakan. Ini juga bererti, perniagaan yang diusahakan oleh usahawan muslim perlu mempunyai sistem yang mantap.sistem yang tersusun dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Sekadar perkongsian, semoga memberi manfaat kepada kita semua....(^_^)

Sumber: Majalah Nur

Featured here: #latifabymadeenda blue black ML003
www.madeenda.com

Friday, 19 September 2014

GREAT 2014


Assalamualaikum..:)

Ingin menjadi usahawan??
 tapi modal tiada..
kepada yang dh menjadi usahawan, tetapi tak tau mcm ne nak rebranding kan ur produk??
mesti perkara-pekara ini sentiasa bermain di kepalakan..

Meh i nk cite cikit mengenai pasal Program Gabungan Rakan Usahawan Aspirasi Hebat (GREAT 2014) bagi membakar semangat uolss semua. Program ini baru sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri kita , Datuk Seri Najib Tun Razak. Program dijangka dapat membantu mengubah Malaysia  menjadi sebuah keusahawanan dan mendorong usahawan negara ini ke tahap yang lebih tinggi dalam masa yang sama memberi sumbangan dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Program ini akan berlangsung selama empat bari bermula  17 September hingga 20 September 2014. Pada program yang berlangsung selama empat hari ini akan mengumpulkan pakar dan penggerak industri dari pelbagai sektor termasuk makanan, pertanian, teknologi, gaya hidup, seni kreatif dan usahawan wanita.

Selain itu, program ini akan menyediakan platform kepada bakal usahawan untuk berinteraksi dengan usahawan berjaya, berjumpa potensi pelabur dan pemberi dana serta bakat-bakat yang mempunyai pemikiran yang sama.  Bukan itu sahaja, GREAT 2014 ini juga akan menyediakan platform kepada usahawan untuk memulakan rangkaian dengan pihak yang mempunyai pemikiran yang sama, mendapatkan pengetahuan dan pandangan serta dana untuk idea inovatif para usahawan.

Hal ini bersesuai dengan objektif GREAT 2014, sendiri untuk mendidik, mengalakkan, memberi sokongan, membangun dan meraikan usahawan. Objektif program ini juga adalah bagi menekan komitmen dalam membangunkan usahawan bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan mentransformasikan negara kepada pengeksport perkhidmatan berbentk teknologi.

Wahh panjang lebar pulak i bercerita GREAT 2014 disini kan,  ok2 lah untuk mengetahui lebih lanjut program ni, search kat sini website GREAT 2014:-


Semalam i berkesempatan join GREAT 2014,  bagi majlis perasmian oleh PM  kita. Memang serius happening dengan program-program yang dianjurkan . Uolls akan dapat menimba pelbagai ilmu dalam keusahawan ini..serius tak rugi beb...so jangan ketinggalan, masih ada masa untuk join program ini....So ajak akak- akak, adik- adik semua join program ini ramai-ramai....

Sebagai bukti i join program ini dan nak bagi uolss semangat yang membara lagi, hehehe meh i belanja gambar-gambar yang sempat i klik-klik semalam pada majlis perasmian semalam...


kira2nya yang i dapat semalam adalah:

1. kalau tak tahu amenda tu usahawan, datang sini dan checkout seminar2 yang ada untuk perkenalkan kita ke dunia usahawan
2. kalau ada idea tp takde duit, ada banyak funder2 yang available here. boleh tanya pendapat, requirement dan mcm2 lagi. juz name it,
3. kalau dah ada biz tapi malap je. haaa cer cari sharing2 org yang dah berjaya, cer cuba consult wt specialist2 yang dari pelbagai bidang, cer cari opportunity2 yang diluar batasan. memang best sangat2.

kalau ikutkan taknak balik coz the supercool environment and awesome energy. banyak sangat sangat sangat leh belajar kat sini tau! so sekali lagi head on to magic cyberjaya. event ni abis 20th ni. sabtu.

so chiao!








kawan kita pakai #juitabymadeenda

boleh dapatkan di www.madeenda.com









Tuesday, 16 September 2014

DISTRIBUTORS & AGENTS 2014

Salam & Hai...:)

We need you!

To be apart of our team.

Wassap 0164153756 for more information.