Assalamualaikum..
Islam menggalakkan umatnya berniaga kerana keberkatan rezeki itu boleh dikongsi dengan orang lain dan memakmurkan orang islam. Namun kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Di sini ada sedikit panduan bagi memastikan perniagaan yang dijalankan mengikuti sunnah Rasululullah dan mendapat keberkatan Allah SWT.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan keberkatan itu?
- Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
- Belanjakan harta pada jalan yang diredai oleh Allah.
- Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
- Keluarkan sedekah wajib (zakat)jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
- Ikhlaskan pemberian atau sedekah hanya kerana Allah tanpa mengharapkan pujian dan sebagainya. "Pemberian tangan kanan tanpa diketahui oleh tangan kiri". Sedekah memulakan dengan keluarga sendiri terlebih dahulu. Selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang terlebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta ada hak orang lain.
- Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. "Dunia untuk akhirat dan bukannya dunia untuk dunia".
- Berusahalah untuk lebih banyak memberi daripada menerima pemberian orang lain. Namun begitu apabila tibanya sesuatu saat di mana tibanya masa untuk diri kita menerima, maka terimalah juga dengan ketulusan, jangan merasa rendah diri tapi bertekadlah dalam hati untuk berusaha membalas pemberian tersebut kepadanya atau dalam erti kata yang lain saat kita menerima sesuatu kita sesungguhnya sedang belajar untuk memberi sesuatu.
- Membuka minda dan pandangan alam. Perkara yang paling penting adalah membuka minda kita terhadap bisnes kerana pada hari ini ia bukan saja setakat jual beli barangan, malah sangatlah luas pengertian dan mencukupi segenap aspek kehidupan. Perniagaan hari ini bukan sahaja meliputi jual beli barangan bahkan juga membabitkan apa sahaja perkhidmatan yang memberi manfaat kepada manusia, baik secara fizikal mahu pun di alam maya (siber).
- Menyelesaikan masalah orang lain. Perniagaan juga membuka peluang untuk kita menyelesaikan masalah orang lain. Banyak perniagaan terkemuka dan berjaya di seluruh dunia pada hari bermula dengan niat semata-mata untuk menyelesaikan masalah orang lain. Allah berfirman :Bertolong-tolonglah kamu kepada kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu bertolongan dalam perkara dosa dan permusuhan." (Al-Maidah:2)
- Untuk memulakan perniagaan, pilihlah produk yang bukan sahaja membawa keuntungan dunia sahaja, anda juga boleh memilih perniagaan yang boleh membawa keuntungan dunia dan akhirat.
- Jangan ada perasaan tamak dalam berniaga. Biarlah sederhana, dan bijak melancarkan pemasaran.
- Bekerja dengan jujur seperti mana Rasulullah berniaga.
- Jaga hubungan dengan pekerja, jika menghargai mereka, mereka tidak lokek untuk membantu dalam hal berkaitan kerja.
- Hubungan dengan klien juga harus di jaga terutama dari segi komunikasi dan juga servis.
- Adat berniaga ada pesaing, namun jangan sesakali anggap pesaing anda adalah musuh. Anggap mereka sebagai kawan, ingat rezeki Allah ada dimana-mana.
- Adil dalam melakukan perniagaan, ini adalah salah satu sikap terpuji kerana mampu bersikap adil dengan pelanggan mahupun orang sekeliling. Sasarkan matlamat yang lebih tinggi, usahawan muslim sewajarnya tidak berada di takuk yang sama.Sewajarnya dengan pelancaran produk baru, target perniagaan bagi jangka waktu sederhana serta jangka waktu panjang juga dilaksanakan. Ini juga bererti, perniagaan yang diusahakan oleh usahawan muslim perlu mempunyai sistem yang mantap.sistem yang tersusun dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Sekadar perkongsian, semoga memberi manfaat kepada kita semua....(^_^)
Sumber: Majalah Nur
Featured here: #latifabymadeenda blue black ML003
www.madeenda.com
No comments:
Post a Comment