Assalamualaikum..:)
Ingin menjadi usahawan??
tapi modal tiada..
kepada yang dh menjadi usahawan, tetapi tak tau mcm ne nak rebranding kan ur produk??
mesti perkara-pekara ini sentiasa bermain di kepalakan..
Meh i nk cite cikit mengenai pasal Program Gabungan Rakan Usahawan Aspirasi Hebat (GREAT 2014) bagi membakar semangat uolss semua. Program ini baru sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri kita , Datuk Seri Najib Tun Razak. Program dijangka dapat membantu mengubah Malaysia menjadi sebuah keusahawanan dan mendorong usahawan negara ini ke tahap yang lebih tinggi dalam masa yang sama memberi sumbangan dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Program ini akan berlangsung selama empat bari bermula 17 September hingga 20 September 2014. Pada program yang berlangsung selama empat hari ini akan mengumpulkan pakar dan penggerak industri dari pelbagai sektor termasuk makanan, pertanian, teknologi, gaya hidup, seni kreatif dan usahawan wanita.
Selain itu, program ini akan menyediakan platform kepada bakal usahawan untuk berinteraksi dengan usahawan berjaya, berjumpa potensi pelabur dan pemberi dana serta bakat-bakat yang mempunyai pemikiran yang sama. Bukan itu sahaja, GREAT 2014 ini juga akan menyediakan platform kepada usahawan untuk memulakan rangkaian dengan pihak yang mempunyai pemikiran yang sama, mendapatkan pengetahuan dan pandangan serta dana untuk idea inovatif para usahawan.
Hal ini bersesuai dengan objektif GREAT 2014, sendiri untuk mendidik, mengalakkan, memberi sokongan, membangun dan meraikan usahawan. Objektif program ini juga adalah bagi menekan komitmen dalam membangunkan usahawan bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan mentransformasikan negara kepada pengeksport perkhidmatan berbentk teknologi.
Wahh panjang lebar pulak i bercerita GREAT 2014 disini kan, ok2 lah untuk mengetahui lebih lanjut program ni, search kat sini website GREAT 2014:-
Semalam i berkesempatan join GREAT 2014, bagi majlis perasmian oleh PM kita. Memang serius happening dengan program-program yang dianjurkan . Uolls akan dapat menimba pelbagai ilmu dalam keusahawan ini..serius tak rugi beb...so jangan ketinggalan, masih ada masa untuk join program ini....So ajak akak- akak, adik- adik semua join program ini ramai-ramai....
Sebagai bukti i join program ini dan nak bagi uolss semangat yang membara lagi, hehehe meh i belanja gambar-gambar yang sempat i klik-klik semalam pada majlis perasmian semalam...
kira2nya yang i dapat semalam adalah:
1. kalau tak tahu amenda tu usahawan, datang sini dan checkout seminar2 yang ada untuk perkenalkan kita ke dunia usahawan
2. kalau ada idea tp takde duit, ada banyak funder2 yang available here. boleh tanya pendapat, requirement dan mcm2 lagi. juz name it,
3. kalau dah ada biz tapi malap je. haaa cer cari sharing2 org yang dah berjaya, cer cuba consult wt specialist2 yang dari pelbagai bidang, cer cari opportunity2 yang diluar batasan. memang best sangat2.
kalau ikutkan taknak balik coz the supercool environment and awesome energy. banyak sangat sangat sangat leh belajar kat sini tau! so sekali lagi head on to magic cyberjaya. event ni abis 20th ni. sabtu.
so chiao!
kawan kita pakai #juitabymadeenda
boleh dapatkan di www.madeenda.com
No comments:
Post a Comment