Assalamualaikum.
Formula Matematik 2 - 2 = 0
Formula ini saya share daripada artikel di blog Peduli Ummah oleh Dr Zainur Rashid. Blog Dr Zainur terdapat pelbagai artikal yang menarik hasil tulisan Dr Zainur sendiri. Artikel-artikel tersebut adalah berbentuk ilmiah, dan banyak masej yang disampaikan. Dalam banyak-banyak artikel, saya amat berminat dengan artikel yang bertajuk Formula Dua Tolak Dua Sama Dengan Kosong .
"INGAT 2 perkara dan LUPAKAN 2 perkara"
Ingatkan 2 perkara :
- Ingat semua kebaikan orang lain kepada diri kita.
- Ingat sebarang kesalahan kita kepada orang lain
1-Kebaikan Orang Kepada Kita
Kebaikan orang lain dalam apa jua bentuk seperti nasihat, teguran, tenaga, kewangan dan sebagainya haruslah sentiasa kita ingati. Yang lebih elok adalah kita membalasi mereka dengan yang lebih baik atau yang setimpal dengannya. Amalan ini akan menyebabkan kita merasakan kebaikan orang lain melebihi kelemahan atau kesilapannya. Apatah lagi dengan nikmat Allah kepada kita yang perlu disyukuri dan diingati selalu dengan lidah, hati dan tindakan. Allah swt telah berfirman yang bermaksud “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Surah al-Dhuha Ayat 11)

2-Kesalahan Kita Kepada Orang
Hendaklah sentiasa ingat kesalahan dan kesilapan kita kepada orang lain agar mendorong kita untuk meminta maaf dan bersifat tawadhu’. Inilah sifat yang akan membuahkan kasih sayang sesama manusia kerana Allah. Ini akan menjadikan kita sentiasa berhati-hati agar tidak mengulangi lagi kesilapan sedemikian rupa. Kesalahan sesama manusia bererti boleh menyebabkan dosa. Dengan mengingati dosa yang dilakukan ini sebenarnya akan membuatkan kita lebih insaf dan berkeinginan untuk bertaubat kepadaNya.

Dengan mengingati dosa juga akan menyebabkan kita boleh menangis. Ini adalah jauh lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa riya’ dan takabbur.
Lupakan 2 perkara :
- Lupakan semua kebaikan kita kepada orang lain
- Lupakan sebarang kesalahan orang lain kepada kita
1-Kebaikan Kita Kepada Orang Lain
Sikap mengenang dan menyebut-nyebut kebaikan yang lalu mungkin akan membahayakan timbangan amal kita sebelum ini. Perbuatan mengingati kebaikan dan ibadah yang telah dikerjakan sini boleh mencalarkan keikhlasan kita. Sedangkan semua kebaikan yang kita buat hanyalah dengan petunjuk Allah swt jua.

Jadi kita seharusnya membandingkan amalan kita yang sedikit ini dengan mereka yang lebih banyak dan lebih hebat supaya kita dapat menginsafi bahawa kebaikan kita ini sebenarnya tidaklah setara mana.
2-Kesalahan Orang Terhadap Kita
Tidak dinafikan bahawa sikap untuk melupakan kesalahan orang terhadap kita bukanlah sesuatu yang mudah untuk digarap. Namun dengan mencontohi sifat pemaaf Rasulullah saw, maka kita boleh memiliki sifat mulia ini dan perasaan kita juga akan tenang dari segala perkara negatif akibat dendam dan kebencian.

Kesalahan dan kejahatan orang terhadap kita sebenarnya adalah merupakan ujian Allah kepada kita seumpama ujian lain yang berbentuk kesakitan, kemalangan, kekurangan kewangan dan sebagainya. Apabila kita berjaya melupakan kejahatan orang, maka akan timbullah kasih saying. Dengan kasih sayang yang terpancar dari diri kita inilah maka kita akan berjaya menarik orang untuk sayang kepada kita. Itulah yang dipanggil sebagai Law of Attraction.
Apakah perolehan yang bakal kita dapati dengan berformulakan hidup sedemikian? Apa ertinya 2 – 2 = 0 ?
Sebenarnya saya masih lagi mencari jawapan yang tepat kepada formula matematik tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan angka kosong tersebut? Pada saat ini, saya mendefinisikan angka sifar itu sebagai :
1-Hati kita akan bersih dari kekotoran (zulumat) seumpama riya dan takabbur.
2-Jiwa kita akan diterangi dengan sinaran cahaya Ilahi dan sifat mahmudah seumpama pemaaf dan tawadhu’.
3-Insya allah generasi kita ini bakal memiliki sifat ukhuwah yang sebenar.
Menurut Imam Hassan al Banna, “Ukhuwah adalah saudara keimanan dan perpecahan adalah saudara kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan kesatuan, Tidak ada kesatuan tanpa rasa cinta dan sekecil-kecilnya cinta adalah berlapang dada dan yang paling tinggi adalah itsar (mendahulukan kepentingan saudara).”
Siapalah kita tanpa ukhuwah dan di manakah kedudukan umat Islam tanpa ukhuwah ?
p/s: Semoga formula ini dapat kita memanfaatkannya serta diamalkan didalam kehidupan seharian serta In Shaa Allah mudah-mudahan kita akan tergolong dikalangan orang-orang yang hebat...Amin.
Sumber: http://zainurrashid.com/

No comments:
Post a Comment