Friday, 31 October 2014

Tutorial Shawl Madeenda

Assalamualaikum & Salam Jumaat Semua...:)

Pada hari ini, saya mahu tunjukkan uolss semua toturial shawl MADEENDA yang sangat chantek-chantek dan gojes tuu.. hehehehe - (haruslahpujiproduksendirikan)

Pihak kami selalu ditujukan soalan macam mane nak pakai shawl yang lebar dan panjang ni....ada yang cakap panjang sangat la, lebar sangat la..tak reti nak pakai la...hokey-hokey akak- akak semua, itu bukan menjadi masalahnye, sebenarnye sonang je nak pakai shawl MADEENDA ni....
.
Oleh dek kerana itu, ramai yang request pada pihak kami untu buat  toturial nak pakai shawl MADEENDA ni, hari ini akak akan tunjukkan cara-caranye...:)


Ok pada toturial ini, model  akan menunjukkan cara-caranya:-

    Shawl : Latifa by MADEENDA


STEP 1-

Shawl Latifa terdapat 2 border (2 tone), terpulang kepada uolss nak pakai  bahagian belah mana dibahagian kepala....Pastikan shawl tersebut sebelah  pendek dan sebelahnya lagi itu labuh.. mengikut rasa keselesaan. Seterusnya pin dibawah dagu.




STEP 2:-

Side yang pendek itu, tarik keatas dan pin kemas di atas kepala.




STEP 3:-

Manakala yang panjang pula ditarikan kanan, serta ditarikan sepenuhnya keatas kepala bagi menutupi yang bahagian pendek yang telah dipinkan itu.




STEP 4:-

Pin shawl tersebut pada kiri dan kanan. kemaskan cara pemakaian  shawl tersebut. Pada bahagian bahu, boleh di adjustkan..Jika dirasakan labuh pada bahgian bahu itu, boleh la dilipatkan sedikit mengikut kesesuaian si pemakai.. Seterusnya boleh pin pada bahagian bahu supaya tidak jatuh.



STEP 5:-

Selesai, pada pandangan sisi belakang





STEP 6:-

selesai pada padangan sisi hadapan .


Siap!!!..see, sonang je kan....Selamat Mencuba yea uolss kesayangan semua..:)


Salam sayang dari,



Thursday, 30 October 2014

Himpunan kata-kata motivasi

kumpulan-kata-kata-motivasi-hidup-400x268
  1. Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. (Larry Bielat)
  2. Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)
  3. Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
  4. Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. (Lewis Timberlane)
  5. Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)
  6.  Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. (Dr. Shukri Abdullah)
  7.  Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)
  8.  Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)
  9.  Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)
  10.  Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)
  11.  RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)
  12.  Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty – Billionaire)
  13.  Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)
  14.  Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. (Dr. Shukri Abdullah)
  15.  Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-Khattab)
  16.  Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. (Arthur Schopenauer)
  17.  Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf)
  18.  Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. (Dr. Shukri Abdullah)
  19.  Meminta maaf jangan membuat diri kita menjadi hina. Memberi maaf jangan membuat kita merasa bangga. Tapi saling memaafkan itulah yang mulia (Silvana)
  20.  Jika lidah selalu basah dengan dzikrullah, jika pikiran selalu tertuju pada keinginan untuk mendapat Redha Allah, maka bersiaplah untuk manisnya iman dan nikmatnya ibadah (Rudi)
  21.  Sebaik-baik manusia adalah orang yang jika dilihat maka dapat mengingatkan kepada Allah (Zahwa)
  22.  Sebaik-baik manusia adalah yang sedikit bicara banyak berbuat kebaikan. Seburuk-buruk manusia adalah yang banyak bicara namun sedikit berbuat kebaikan (Azis)
  23.  Kita harus menyedari bahwa yang lebih berhak atas diri kita hanyalah Allah swt. Sang Khalik. Jadi tidak ada alasan bagi kita untuk tidak bersyukur dengan apa yang diberikannya, apapun itu (Asih)
  24.  Bahaya kepandaian adalah berbuat sekehendak hati. Bahaya keberanian adalah melampaui batas. Bahaya toleransi adalah menyebut-nyebut kebaikannya. Bahaya kecantikan adalah sombong. Bahaya ucapan adalah dusta. Bahaya ilmu adalah lupa. Bahaya pemurah adalah berlebih-lebihan (Tengku Abdul Wahab)
  25.  Teman yang benar bukanlah teman yang selalu membenarkan perkataanmu, akan tetapi teman yang benar adalah teman yang selalu berkata benar kepadamu (Salman)
  26.  Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertumpang tindih menghimpit Anda, ucapkanlah “Laa Ilaah Illallaah” (Maidi)
  27.  Hasan Al-Basri berkata : “Aku tahu rezekiku tidak dimakan orang lain, keranaNya hatiku tenang. Aku tahu amalan-amalanku tidak mungkin dilakukan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengan beramal. Aku tahu Allah selalu melihatku,keranaNya aku malu bila Allah mendapatiku melakukan maksiat. Aku tahu kematian menantiku, maka aku persiapkan bekal untuk berjumpa dengan Robb-Ku”
  28.  Empat hal yang dipandang sebagai ibu : Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan. Ibu dari segala adab adalah sedikit bicara. Ibu dari segala ibadah adalah takut dosa. Ibu dari segala cita-cita adalah sabar. (Key)
  29. Kelalaian itu merupakan keburukan dan dzikrullah merupakan kemenangan. Tidak ada kebaikan dalam hidup tanpa persaudaraan kerana Allah. Kadang seseorang bisa lupa kerana harta yang dia lihat atau emas yang dia beli tetapi ia tidak akan melupakan seseorang yang dia cintai kerana Allah (Jun)
  30. Semakin bertambah keilmuan dan kekayaan seseorang, akan makin besar pula amanah yang dibeban olehnya. Tirulah padi, semakin berisi semakin menunduk (Abdullah Ibn Adam)
  31. Kebenaran tidak diukur dengan banyaknya orang yang mau melakukannya, namun kebenaran adalah apa saja yang mendasari Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan pemahaman salafus salih (Anisya LM)
  32. Perbanyaklah menanam kebaikan meskipun orang yang menerima kebaikan itu tidak membalas seperti yang kita tanam, pasti akan ditanam hasilnya, entah sekarang atau esok, atau mungkin jadi ladang amal di akhirat kelak (Gilang)
  33. Manusia yang paling lemah adalah orang yang tidak mampu mencari teman. Namun yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mendapatkan banyak teman tetapi menyia-nyiakannya. (Ali bin Abi Thalib)
  34. Kita berdoa jika kesusahan dan memerlukan sesuatu, mestinya kita juga berdoa dalam kegembiraan besar dan rezeki melimpah (Khalil Gibran)
  35. Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, hidup di tepi jalan dan dilempari dengan batu, tapi membalas dengan buah (Abu Bakar Sibli)
  36. Apabila kamu tidak bisa berbuat kebaikan kepada orang lain dengan kekayaanmu, maka berilah mereka kebaikan dengan wajahmu yang berseri-seri, disertai akhlak yang baik (Nabi Muhammad Saw.)
  37. Kerana manusia cinta akan dirinya, tersembunyilah baginya aib dirinya. Tidak kelihatan olehnya walaupun nyata. Kecil di pandangnya walau bagaimana pun besarnya (Jalinus At Thabib)
Wallahu’alam…..


Featured here: 
#maryambymadeenda in Pink Violet. Shop HERE
#latifabymadeenda in Thistle Ungu. Shop HERE

Wednesday, 29 October 2014

Ujian Personaliti Diri

Assalamualaikum..

Hari ini saya mencuba satu permainan ‘RAHSIA PERSONALITI DIRI’ melalui tarikh lahir. Permainan menghendaki peserta memberikan tarikh lahir dan analisis akan diperolehi dalam masa yang singkat..
Saya pun mencuba atas perasaan ingin mencuba dan sekadar suka-suka sahaja.
Berikut adalah cara tarikh lahir saya di kira :

TARIKH LAHIR : 11hb Oktober 1982
Cara Perkiraan :
11 + 10 + 1982 = 2003
2 + 0 + 0 + 3 = 5
Nombor Tarikh Lahir anda ialah : 5

Keputusan Analisis :
1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis
Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

p/s :
  • Anda hendak mencuba? itu terserah kepada anda..mempercayainya adalah tidak digalakkan. Semuanya bergantung kepada sejauh mana anda berfikir secara positif mengenai permainan ini.. :D 

sumber: https://cikguhaidi.wordpress.com/tag/ujian-personaliti-diri/

Tuesday, 28 October 2014

Amanah Dalam Kerjaya

Assalamualaikum...

Dalam Islam, amanah adalah salah satu sikap terpuji yang jelas dan terang telah dinyatakan bahawa amanah itu sangat penting dalam menjalani kehidupan seharian.

Kepentingan sikap amanah ini dalam kehidupan kita untuk menjadi orang mukmin yang baik amat jelas terbukti di antara 4 sikap terpuji para nabi dan rasul iaitu:-
  • Siddiq (Benar), 
  • Amanah, Tabliq (Menyampaikan) dan 
  • Fatanah (Bijak).
Amanah menuntut kita sebagai Umatnya untuk melakukan apa saja dengan amanah, tidak kira amanah dalam memenuhi tuntutan sebagai Hambanya, sebagai umatnya, terhadap keluarga, masyarakat, diri sendiri dan pekerjaan dilakukannya.

Dalam konteks memenuhi amanah di dalam pekerjaan, pekerja yang bekerja dibayar gaji oleh majikannya perlu sedar ke atas akad (perjanjian) menerima tawaran kerja sebelum ini agar amanah dilakukan dalam pekerjaan tidak terkeluar daripada landasan sebenar mengapa kita menerima pekerjaan yang ditawarkan sebelum ini.

Jika niat kita baik menerima pekerjaan keranaNya, ianya akan melahirkan sikap amanah yang bertapak dihati sampai bila-bila. Tetapi jika niat selain daripada Kerana-Nya, maka sikap amanah yang sepatutnya hadir di dalam hati hamba-Nya akan terhakis dengan kelalian diri kita sendiri, akibat mengkhianati amanah yang diberikan.

Dalam Surah Al-Anfal ayat 27, Allah SWT telah berfirman yang membawa maksud;

“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui salahnya”

Amanah tidak sekali-kali boleh dikhianati, kalau dikhianati juga akan membawa kesalahan yang sanggat tidak baik untuk diri kita. Pekerja yang tidak amanah misalnya akan melakukan pekerjaan tanpa panduan dan tatatertib yang betul. Setiap perbuatannya di pejabat sedikitpun tidak takut akan menerima balasan daripada Allah SWT. Melakukan kerja tanpa memikirkan kesan jangka panjang dan jika berlakunya pecah amanah atau amanah dikhianati maka ketengan hatinya akan hilang kerana takut akan bayang-bayang sendiri, tidur tidak lena dan pelbagai lagi masalah akan terjadi.
Cabaran maha hebat bagi pekerja di zaman moden yang penuh cabaran kini. kekuatan iman benteng kepada amalan salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya jika beramanah dan berintegriti. Sesungguhnya niat dan minat yang mendalam terhadap pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan diiringi usaha yang berterusan akan melahirkan sikap amanah dengan sendirinya dalam diri kita tanpa paksaan daripada faktor luaran seperti persekitaran dan desakan ketua jabatan.
Pekerja yang minat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja yang diamanahkan jelas kita lihat memiliki sifat-sifat seperti rajin, menyiapkan kerja sehingga siap, sentiasa mencari idea dan jalan penyelesaian yang terbaik, tidak berkira masa, tenaga dan wang ringgit, akan berasa bersalah jika kumpulan sasarnya teraniaya, dan dialah orang pertama ke depan membantu jabatan serta sentiasa menepati kehendak peraturan dan prosedur ditetapkan organisasi, akan berjaya di dunia dan diakhirat.
Alangkah indahnya dalam menyelusuri pentadbiran dan pengurusan pekerjaan dalam sesebuah jabatan disulami hati-hati setiap pekerjanya dengan sifat amanah setiap kali melangkah kaki kanan ke pintu pejabat. Bukan sahaja pekerjaan dilakukan mencapai sasaran, memenuhi kehendak pelanggan dan jabatan malahan akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT. Rahmat Allah SWT Pastinya bersama-sama jabatan kita jika semua pekerja memiliki sifat amanah. InsyaAllah.

“Ya Allah yang Maha penyayang, tanamkanlah sifat amanah dalam hati setiap pekerja kami, bukakanlah mata hati kami agar bersikap amanah. Berkatilah setiap pekerjaan yang kami lakukan agar mencapai sasarannya dan memberikan manfaat kepada golongan sasar kami”. Amin

sumber: http://www.iluvislam.com/uncategorized/10238-berubah.html


Featured here: #maryambymadeenda in Merah Cinta Hati

SHOP HERE

Monday, 27 October 2014

Berubah

“Aku adalah sepertimana sangkaan hamba-Ku, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepada-Ku di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hati-Ku. Dan jika ia ingat kepada-Ku di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepada-Ku sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepada-Ku berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari.”
 
-Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah R.A
 
images

Tika ditanya tentang perubahan
Pastinya berat melangkah ke alam baru
Sunnah alam untuk berputar berubah
Begitu juga insan
yang membentuk sebahagian isi alam
Bukan sifatnya Muslim untuk berada di takuk lama
Sejenak melangkah ke baru
Lumrah untuk merasa tergamam
Kerana setiap pilihan hadirnya
bersama tanggung dan jawab
Tapi itu hanya sementara,
Jangan terlalu lama berdiri tergamam
Teruskan melangkah ke hadapan
Tinggal saja ketakutan mu di belakang
Terus melangkah dengan harapan
Menuju ke pintu harapan
Di antara khauf (takut) dan rajaa’ (pengharapan)
Teruskanlah melangkah ke arah TuhanMu,
ibtisaman, senyum pada takdiranNYA
Cukuplah Dia sebagai penolong,
dan Dialah sebaik-baik pelindung… Allah

P/s: Semoga tahun baru 1436H ini, tekadkan azam baru semoga kita menjadi hamba Allah yang lebih baik  dan diterima segala amal ibadah kita selama ini..In Shaa Allah...AMIN..:)

sumber:http://www.iluvislam.com/uncategorized/10238-berubah.html

Friday, 24 October 2014

Doa Akhir Tahun dan Akhir Tahun 1436H

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua, hari  ini merupakan Jumaat terakhir bagi tahun 1435H.  Maka pada akhir waktu Asar petang ini 24 Oktober 2014 (Jumaat) kita akan sama-sama melangkah ke tahun baru islam 1436H.

Oleh itu, di dalam entri ini saya kongsikan Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah yang dibaca mengikut waktu berikut :


DOA AKHIR TAHUN

 Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah iaitu pada 24 Oktober 2014 (Jumaat).

DOA AWAL TAHUN

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram iaitu pada hari yang sama.


* Selamat Tahun Baru Hijrah 1436H untuk semua pembaca blog madendamy..Semoga tahun baru 1436H memberi seribu satu  kerahmatan kepada kita semua dan diberkati segala urusan kita hendaknya..AMIN....

Thursday, 23 October 2014

7 Tips Motivasi Pagi Untuk Lebih Semangat

Assalamualaikum....

Meh saya nak share skit beberapa tips untuk menjadi lebih semangat pada waktu pagi. Semoga beberapa tips ini dapat membantu kita menjadi lebih semangat sebelum melaksanakan segala urusan dipagi hari....:)



Perkara terbaik yang anda patut lakukan pada waktu pagi ialah;

1. Bersyukur..Bersyukur…dan Bersyukur..
Bersyukur sebab anda masih diberikan peluang untuk menerukan hidup. Anda juga masih diberikan kesempatan untuk melakukan yang terbaik pada hari ini, lebih baik daripada hari kelmarin.

2.Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel motivasi-motivasi pendek dan bacalah dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan baca news paper, jangan baca gossip-gossip ataupun sebarang aktiviti mengumpat bersama kawan-kawan. Sebabnya, ia akan mengeluarkan energy negative lalu menghalang anda daripada bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sessi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya sesi Motivasi Pagi di TV3 dari mana-mana program motivasi di kata televisyem atau radio.. Luangkan masa 3-5 minit untuk memberi motivasi kepada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ini.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak dijaga ia mudah turun. Kesannya anda menjadi lemah semangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah..
Bila anda mula punch kad untuk nak masuk kerja, mulakanlah dengan baca Bismillah.., moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuatkan anda lalai, mengantuk [macam tak cukup cas bateri saja].
Anda kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas..duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah.. Moga apa jua yang anda lakukan akan mendapat keberkatan.
Masuk sahaja ke dalam kelas, pasang niat dengan ikhlas anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah dalam melakukannya, anda mempunyai peluang yang cerah untuk Cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja.. Kita tak tahu apa yang kita nak capai pada hari ini, betul tak? Kita hanya nak sampai di sana bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang, balik rumah dan berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi bangun dan perkara yang sama berulang lagi.
Hidup anda bagai dalam 1 bulatan..situ-situ saja..
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai. Lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji? Berapa bab buku yang anda nak baca minggu ini? Berapa soalan yang anda nak tanya pada lecturer atau guru nanti?
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini  dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari perniagaan anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ini dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja dinilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuatkan kita lebih energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari lihat warna-warna yang cerah seperti merah, kuning, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri. Berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lupakanlah kisah semalam yang pedih. Lepaskanlah semuanya..Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan kesemuanya dari dahulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ini bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda akan jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri
Berani berubah untuk kecemerlangan hidup.

Tuesday, 21 October 2014

Tips Motivasi Diri


Assalamualaikum...

Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.
Persoalannya disini, bagaimana cara untuk mendapatkan motivasi diri. Disini ada diberikan sedikit tips motivasi diri yang sedikit sebanyak diharap boleh membantu anda dalam mengharungi kesulitan mahupun kesukaran dalam perjalanan kehidupan. Artikel motivasi ini membincangkan tentang apa yang perlu ada dalam diri untuk sentiasa bersemangat dalam mengejar cita-cita.

Tahu Tujuan

Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil  pada pandangan manusia normal. Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat balik tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.

Tetapkan Impian atau Matlamat.

Tujuan anda untuk berjaya merupakan sumber motivasi yang kuat tapi masih belum cukup untuk merealisasikan apa yang anda mahukan. Anda perlu ada impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda. Memiliki impian sangat penting sebab sangat susah untuk bermotivasi jika anda tiada matlamat yang khusus.  Bayangkan pemain bola sepak. Adakah mereka akan bermotivasi jika tiada pintu gol untuk dijaringkan? Mereka memerlukan matlamat. Begitu juga anda. Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini.

Mempunyai Keinginan Yang Kuat

Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah untuk  melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.

Tetapkan Haluan Sendiri

Membandingkan diri anda dengan orang lain biasanya akan mengurangkan keyakinan anda. Walaupun anda pada mulanya bersemangat, lama-kelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika dibandingkan dengan orang lain. Elakkan ini terjadi kepada anda. Anda mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang berbeza.  Membandingkan diri anda dengan orang lain adalah seperti membandingkan prestasi seorang perenang dengan seorang pelari menggunakan standard masa yang sama. Mereka berdua dalam situasi yang berbeza jadi ianya adalah tidak relevan untuk membandingkan kedua-dua orang ini.

Berani Meneruskan Perjalanan

Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Anda mungkin berfikiri bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.

Lupakan Masa Silam

Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat diatas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun begitu, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.

Sekian, semoga tips motivasi diri yang diberikan diatas boleh membantu anda untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Tidak kira sesusah mana pun cabaran yang dihadapi, teruskan usaha anda, berdoalah untuk mendapat yang terbaik, dan bertawakal kepada Allah.



Featured here: #juitabymadeenda in dark red

SHOP here



Saturday, 18 October 2014

Kelebihan Hari Jumaat

Assalamualaikum..

Salam Pagi Jumaat semua..Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang…DUNIA & AKHIRAT!
Semoga hari ini dipermudahkan segala urusan kita. So, saya nk share skit mengenai kelebihan hari Jumaat ni, yang penuh keberkatan. Semoga ianya  memberi maanfaat kepada kita semua...:)

1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.


4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.

 Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan                  menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan Rasulullah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)


Sumber: myibrah.com

Wednesday, 15 October 2014

Tips Gembira Sepanjang Hari

Assalamualaikum..

Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian.

Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:

1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda dibei kesempatan untuk melakukan dan menjadi yang terbaik, pastinya lebih baik daripada yang semalam.

2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu asal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.

4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.





5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai

6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.



sumber: http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/5340-tips-gembira-sepanjang-hari.html


Featured here: #maryambylatifa in Hijau Alam 
code: MM 021
SHOP here

Tuesday, 14 October 2014

Wearing red

Assalamualaikum.
When do we wear this color? Do you take into account what its impact could be on other people?
What it brings out for you?
Now we share bits on the color red.
.speed up metabolism
.energizes
.powerful color
.exciting
.bold
.aggressive
.eye catching
Wear it when
. you want to stand out
. you want to grab someone's attention
. you feel daring, enthusiastic or passionate
. you want to increase your confidence
#madeendashare

Wednesday, 8 October 2014

12 Langkah Bijak Meningkatkan Nilai dan Motivasi Diri

Assalamualaikum...

Selamat kembali berkerja, kepada yang berkerja, dan kembali bersekolah kepada yang bersekolah. Setelah puas bercuti panjang merayakan sambutan Hari Raya Korban 1435 Hijrah. Disini saya nak kongsikan 12 langkah bijak meningkatkan nilai dan motivasi diri. Semoga langkah-langkah ini dapat  membantu kita semua menjadi seseorang insan yang berjaya dengan apa jua bidang yang diceburi.

  1. Berhenti membandingkan diri dengan orang lain.
  2. Berhenti merasakan diri paling ketinggalan dari semua segi.
  3. Jangan membalas pujian dengan ucapan " oh ia takde apa-apa". Malah terima lah semua pujian dengan ucapan " Terima Kasih". Anda berhak merasakan diri bahawa anda layak untuk pujian  tersebut asalkan jangan meninggi diri dan bongkak.
  4. Selalu berkata kepada diri, "Saya amat berharga dan bernilai. Saya dicintai oleh semua orang dan saya layak untuk mendapat yang terbaik dalam kehidupan".
  5.  Selalu mendengar dan membaca kata-kata motivasi dari orang yang berjaya.
  6.  Selalu bergaul dengan orang-orang yang berfikiran positif dan supportif 
  7.  Buat senarai kejayaan  yang telah anda capai pada masa lalu dan lihatsenarai tersebut setiap hari.
  8. Buat senarai sifat-sifat positif dan bandingkan diri anda. Adakah anda mempunyai sifat-sifat  tersebut.jika belum,UBAH.
  9.  Lebihkan memberi. Didik sikap memberi berbanding menerima. Tidak semestinya ia berbentuk  wang semata-mata. Apa sahaja terutama penglibatan anda dalam masyarakat (usaha,tenaga, masa  dll).
  10. Libatkan diri dalam aktiviri yang anda betul-betul menati. Motivasi diri akan meningkat mendadak apabila melakukan perkara-perkara dengan ikhlas kerana minat dan anda akan merasakan diri anda bernilai dan berharga.
  11. Menjadi diri anda sendiri. Hidup sebagai diri anda-hidup anda bukan ditentukan oleh orang lain. Anda tidak akan berasa berharga dan tidak hormat pada diri sendiri jika bukan anda yang   menentukan jalan hidup yang anda mahukan.
  12. Ambil TINDAKAN! jangan rasa takut dengan kegagalan. Jika anda bertindak dan mahukan dengan terbaik, walau apa sahaja perkara yang berlaku, anda tidak akan berasa menyesal kerana anda sudahpun bertindak dan membuat yang terbaik. Jika berjaya, is pastikan akan melonjakkan motivasi dan nilai diri anda.

Featured here: #rafhanahbymadeenda in Black & Gold 
pics courtesy of Farah Khairudin of CalaQisya





  1. Libatkan diri dalam aktiviti yang anda betul-betul minati. Motivasi diri akan meningkat mendadak apabila melakukan perkara-perkara dengan ikhlas kerana minat dan anda akan merasakan diri anda bernilai dan berharga.
  2. Menjadi diri anda sendiri. Hidup sebagai diri anda – hidup anda bukan ditentukan oleh orang lain. Anda tidak akan berasa berharga dan tidak hormat pada diri sendiri jika bukan anda yang menentukan jalan hidup yang anda mahukan.
  3. Ambil TINDAKAN! Jangan rasa takut dengan kegagalan. Jika anda bertindak dan melakukan dengan terbaik, walau apa sahaja perkara yang berlaku, anda tidak akan berasa menyesal kerana anda sudahpun bertindak dan membuat yang terbaik. Jika berjaya, ia pastinya akan melonjakkan motivasi dan nilai diri anda.
Nuffnang Ads



Leave a comment

Your email address will not be published.
*


- See more at: http://www.amzanimokhtar.com/12-langkah-bijak-meningkatkan-nilai-dan-motivasi-diri/#sthash.G3dvmSvj.dpuf



  1. Libatkan diri dalam aktiviti yang anda betul-betul minati. Motivasi diri akan meningkat mendadak apabila melakukan perkara-perkara dengan ikhlas kerana minat dan anda akan merasakan diri anda bernilai dan berharga.
  2. Menjadi diri anda sendiri. Hidup sebagai diri anda – hidup anda bukan ditentukan oleh orang lain. Anda tidak akan berasa berharga dan tidak hormat pada diri sendiri jika bukan anda yang menentukan jalan hidup yang anda mahukan.
  3. Ambil TINDAKAN! Jangan rasa takut dengan kegagalan. Jika anda bertindak dan melakukan dengan terbaik, walau apa sahaja perkara yang berlaku, anda tidak akan berasa menyesal kerana anda sudahpun bertindak dan membuat yang terbaik. Jika berjaya, ia pastinya akan melonjakkan motivasi dan nilai diri anda.
Nuffnang Ads



Leave a comment

Your email address will not be published.
*


- See more at: http://www.amzanimokhtar.com/12-langkah-bijak-meningkatkan-nilai-dan-motivasi-diri/#sthash.G3dvmSvj.dpuf



  1. Libatkan diri dalam aktiviti yang anda betul-betul minati. Motivasi diri akan meningkat mendadak apabila melakukan perkara-perkara dengan ikhlas kerana minat dan anda akan merasakan diri anda bernilai dan berharga.
  2. Menjadi diri anda sendiri. Hidup sebagai diri anda – hidup anda bukan ditentukan oleh orang lain. Anda tidak akan berasa berharga dan tidak hormat pada diri sendiri jika bukan anda yang menentukan jalan hidup yang anda mahukan.
  3. Ambil TINDAKAN! Jangan rasa takut dengan kegagalan. Jika anda bertindak dan melakukan dengan terbaik, walau apa sahaja perkara yang berlaku, anda tidak akan berasa menyesal kerana anda sudahpun bertindak dan membuat yang terbaik. Jika berjaya, ia pastinya akan melonjakkan motivasi dan nilai diri anda.
Nuffnang Ads



Leave a comment

Your email address will not be published.
*


- See more at: http://www.amzanimokhtar.com/12-langkah-bijak-meningkatkan-nilai-dan-motivasi-diri/#sthash.G3dvmSvj.dpuf

Friday, 3 October 2014

Assalamualaikum...

Kami daripada team MADEENDA ingin mengucap Selamat Hari Raya Aidil Adha 1435 Hijrah..

Maaf Zahir Batin serta Salam Aidil Adha semua..:)



Jom bergaya  di pagi raya bersama shawl MADEENDA..serta teruskan memberi sokongan kepada MADEENDA..
Segala Jasa baik anda semua amat kami hargai.


Kepada yang akan memandu balik ke kempung, berhati-hati dijalan raya. Ingat lah orang yang tersayang yea...