Assalamualaikum...
Dalam Islam, amanah adalah salah satu sikap terpuji yang jelas dan
terang telah dinyatakan bahawa amanah itu sangat penting dalam menjalani
kehidupan seharian.
Kepentingan
sikap amanah ini dalam kehidupan kita untuk menjadi orang mukmin yang
baik amat jelas terbukti di antara 4 sikap terpuji para nabi dan rasul
iaitu:-
- Siddiq (Benar),
- Amanah, Tabliq (Menyampaikan) dan
- Fatanah (Bijak).
Amanah
menuntut kita sebagai Umatnya untuk melakukan apa saja dengan amanah,
tidak kira amanah dalam memenuhi tuntutan sebagai Hambanya, sebagai
umatnya, terhadap keluarga, masyarakat, diri sendiri dan pekerjaan
dilakukannya.
Dalam konteks memenuhi amanah di dalam pekerjaan,
pekerja yang bekerja dibayar gaji oleh majikannya perlu sedar ke atas
akad (perjanjian) menerima tawaran kerja sebelum ini agar amanah
dilakukan dalam pekerjaan tidak terkeluar daripada landasan sebenar
mengapa kita menerima pekerjaan yang ditawarkan sebelum ini.
Jika
niat kita baik menerima pekerjaan keranaNya, ianya akan melahirkan sikap
amanah yang bertapak dihati sampai bila-bila. Tetapi jika niat selain
daripada Kerana-Nya, maka sikap amanah yang sepatutnya hadir di dalam
hati hamba-Nya akan terhakis dengan kelalian diri kita sendiri, akibat
mengkhianati amanah yang diberikan.
Dalam Surah Al-Anfal ayat 27, Allah SWT telah berfirman yang membawa maksud;
“Wahai
orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan
Rasul-Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan
kamu mengetahui salahnya”
Cabaran
maha hebat bagi pekerja di zaman moden yang penuh cabaran kini. kekuatan
iman benteng kepada amalan salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya jika
beramanah dan berintegriti. Sesungguhnya niat dan minat yang mendalam
terhadap pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan
diiringi usaha yang berterusan akan melahirkan sikap amanah dengan
sendirinya dalam diri kita tanpa paksaan daripada faktor luaran seperti
persekitaran dan desakan ketua jabatan.
Amanah tidak sekali-kali
boleh dikhianati, kalau dikhianati juga akan membawa kesalahan yang
sanggat tidak baik untuk diri kita. Pekerja yang tidak amanah misalnya
akan melakukan pekerjaan tanpa panduan dan tatatertib yang betul. Setiap
perbuatannya di pejabat sedikitpun tidak takut akan menerima balasan
daripada Allah SWT. Melakukan kerja tanpa memikirkan kesan jangka
panjang dan jika berlakunya pecah amanah atau amanah dikhianati maka
ketengan hatinya akan hilang kerana takut akan bayang-bayang sendiri,
tidur tidak lena dan pelbagai lagi masalah akan terjadi.
Pekerja
yang minat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja yang
diamanahkan jelas kita lihat memiliki sifat-sifat seperti rajin,
menyiapkan kerja sehingga siap, sentiasa mencari idea dan jalan
penyelesaian yang terbaik, tidak berkira masa, tenaga dan wang ringgit,
akan berasa bersalah jika kumpulan sasarnya teraniaya, dan dialah orang
pertama ke depan membantu jabatan serta sentiasa menepati kehendak
peraturan dan prosedur ditetapkan organisasi, akan berjaya di dunia dan
diakhirat.
Alangkah indahnya dalam menyelusuri pentadbiran dan
pengurusan pekerjaan dalam sesebuah jabatan disulami hati-hati setiap
pekerjanya dengan sifat amanah setiap kali melangkah kaki kanan ke pintu
pejabat. Bukan sahaja pekerjaan dilakukan mencapai sasaran, memenuhi
kehendak pelanggan dan jabatan malahan akan diberikan ganjaran oleh
Allah SWT. Rahmat Allah SWT Pastinya bersama-sama jabatan kita jika
semua pekerja memiliki sifat amanah. InsyaAllah.
“Ya Allah
yang Maha penyayang, tanamkanlah sifat amanah dalam hati setiap pekerja
kami, bukakanlah mata hati kami agar bersikap amanah. Berkatilah setiap
pekerjaan yang kami lakukan agar mencapai sasarannya dan memberikan
manfaat kepada golongan sasar kami”. Amin
sumber: http://www.iluvislam.com/uncategorized/10238-berubah.html
sumber: http://www.iluvislam.com/uncategorized/10238-berubah.html
Featured here: #maryambymadeenda in Merah Cinta Hati
SHOP HERE
No comments:
Post a Comment