Tidak semua anak tudung yang anda lihat hari ini sesuai dengan
wajah. Pemilihan yang kurang tepat boleh membuatkan wajah kelihatan
semakin berisi, terlalu kurus dan nampak janggal. Jadi sebelum memilih
anak tudung untuk dipadankan dengan selendang anda, ini sesuatu yang
harus anda ambil tahu.
Jika anda memiliki wajah serta bertubuh kecil, pastikan anak tudung yang dipakai diletakkan jauh daripada dahi dan pipi. Hal ini bagi mengelakkan wajah anda kelihatan tertutup dan tersorok.
Bagi menjadikan wajah yang bulat tampil bujur anda boleh jarakkan sedikit selendang pada bahagian hadapan sebelum melilitnya dan gunakan anak tudung ala turban. Ia akan memberi lebih ilusi bujur dengan potongan uniknya.
Semoga panduan ini bermanfaat buat anda.
Jika anda memiliki wajah serta bertubuh kecil, pastikan anak tudung yang dipakai diletakkan jauh daripada dahi dan pipi. Hal ini bagi mengelakkan wajah anda kelihatan tertutup dan tersorok.
Bagi menjadikan wajah yang bulat tampil bujur anda boleh jarakkan sedikit selendang pada bahagian hadapan sebelum melilitnya dan gunakan anak tudung ala turban. Ia akan memberi lebih ilusi bujur dengan potongan uniknya.
- Seeloknya pilihlah anak tudung yang diperbuat daripada bahan anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan besar dan nampak tebal.
- Gaya tudung longgar memang membantu penampilan anda tampak lebih anggun dan bergaya. Untuk itu, jenis anak tudung bertopi, morocco atau ninja sangat sesuai digunakan.
- Paling penting untuk anda memilih fabrik yang sesuai dengan tujuan dan keadaan cuaca semala. Seperti cotton mampu menyerap peluh dengan baik. Maklumlah dengan cuaca panas di Malaysia, pemilihan fabrik penting agar kita juga selesa dalam berhijab.
- Untuk anak tudung dari fabrik lycra, pastikan ia betul-betul kain yang bermutu kerana jika tersalah pilih anda akan cepat merasa tidak selesa terutama di bahagian tulang pipi. Elakkan dari memilih anak tudung yang terlalu ketat kerana ia akan membuatkan anda merasa sakit dan tidak selesa.
shawl Latifa Cyan Hijau by MADEENDA |
- Pastikan pemakaian anak tudung sesuai dengan anda, majlis dan situasi. Sekiranya anak tudung dihiasi dengan benang emas, perak atau berwarna-warni berserta sulaman manik yang agak berat, ia tidak sesuai untuk dibawa ke pejabat atau ke majlis tidak rasmi.
- Sekali sekala, jika anda mempunyai anak tudung menarik, anda boleh menekankan elemen ini. Untuk menonjolkan anak tudung, pastikan anda memilih gabungan warna yang sesuai dengan tudung atau selendang anda. Kadangkala warna kontra juga lebih membantu.
- Pemilihan anak tudung bukanlah sekadar mengikut trend semata-mata, tetapi ia perlu sesuai dengan kegunaanya serta wajah anda. Berhati-hati dalam memilih anak tudung bercorak, kerana tidak semua orang sesuai dalam mengayakannya.
- Seeloknya banyakkan pilihan anak tudung polos pelbagai warna dalam koleksi anda. Ia lebih selamat. Gunakan juga aksesori tambahan seperti kerongsang atau pin sebagai perhiasan tambahan.
Semoga panduan ini bermanfaat buat anda.
sumber: DARA
No comments:
Post a Comment