Assalamualaikum..
>> Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah
tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan
apabila memasuki fasa 40-an.
>>Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah
s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan
al-Quran bermaksud:
“… makan dan minumlah, dan janganlah
berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).
>> Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem
tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan
untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang
masuk ke perut mesti dikawal.
>>Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.
>>Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.
>>Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru,
kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula
dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut
terkawal.
>>Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai
penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil
kira isi padu makanan.
>>Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh
atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah
r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan
tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya
‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang
seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”
>>Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau
susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin
oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak
membebankan perut serta fungsi pencernaan. Makanan ini juga kaya serat
dan banyak membantu proses penghadaman.
>>Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan
itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi
mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi
semakin serius.
>>Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika
sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir
Qois al Anshoriyah, katanya:
“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang
ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah
(sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan
memakannya dan Ali juga memakannya.
“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.
“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum
dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda:
Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”
>>Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar
tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah
pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai
mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.
>>Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk
bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.
>>Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.
>>Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.
>>Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan
Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja.
Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.
>>Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan
ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang
kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak. Baginda
juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat
dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.
>>Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau
makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti
acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.
>>Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman
berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi
perasa tiruan dan sintetik.
>>Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan
madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.
>>Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk
dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.
>>Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.
>>Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan
Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam
posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan
menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.
>>Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan
makanan. Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana
sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”
>>Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan
terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.
>>Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga
atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis
makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan.
Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti
berat atau makan, kemudian minum.
>>Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis
dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas.
Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”
>>Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas
atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang
sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui
dalam hadis bermaksud:
“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam
gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”
>>Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan
atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan
‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari
segi kesihatan.
>>Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda
tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini
terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”
>>Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat
40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!
>>Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw
yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw
bersabda bermaksud:
No comments:
Post a Comment