Assalamualaikum...
Apa khabar semua? lagi sehari sahaja kita akan manganjak kepada tahun baru 2015. Semoga kita tanamkan azam baru pada tahun 2015 yang akan datang ini dengan azam yang tinggi agar segala yang diimpikan akan tercapai hendaknya.
Bagi mencapai cita-cita dan azam yang diimpikan kita seharuslah sentiasa bersemangat pada setiap hari. Jika kita bersemangat kita haruslah sentiasa ceria. Walaupun pelbagai dugaan yang diterima, jika kita mempunyai bersemangat dan aura ceria, segala kesulitan akan mudah diatasi.
Bagaimana yea kita mahu sentiasa ceria dan bersemangat pada setiap hari??? Jika kita mahukan hari kita sentiasa ceria ianya harus dilakukan diawal pagi. Kalau awalnya kita gembira dan ceria, In Shaa Allah sepanjang hari kita mampu ceria.
Oleh itu saya ingin share beberapa tips dari Dato Fadilah Kamsah. Mari kita sama-sama amalkan:-
Macam mana nak ceria & bersemangat tiap hari?
1.Berdoa agar sentiasa ceria dan bersemangat.
2.Maafkan semua orang agar hati bersih dan minda positif.
3.Programkan minda tiap malam sebelum tidur:
"Ya Allah, jika aku masih
panjang umur, kejutkan aku esok pagi dalam keadaan sihat, beriman, ceria
dan seronok nak
pergi kerja, tapi jika aku mati esok, matikan aku dalam
husnul khatimah"
4.Bangun pagi terus senyum dan berdoa dan mohon agar hari ini lebih baik daripada semalam.
5.Cari "butang hijau" ia perkara yang buat kita ceria--peluk
pasangan, cium anak, beri ikan dalam akuarium makan,geletek kucing,
dengar lagu nasyid kegemaran, minum air kegemaran, tengok FB dan sebagainya.
pasangan, cium anak, beri ikan dalam akuarium makan,geletek kucing,
dengar lagu nasyid kegemaran, minum air kegemaran, tengok FB dan sebagainya.
6.Bayangkan hari ni mungkin terakhir dan azam nak lakukan yang
terbaik.
terbaik.
7.Gembirakan hati oarag di sekitar.
8.Amalkan sunnah-sunnah Nabi.
9.Temui cinta sejati.
10.Pakai warna kegemaran.
11.Berjalan pantas.
12.Masuk pejabat dangan Bismillah, beri salam dan masuk dengan
langkah kanan.
langkah kanan.
13.Sentiasa Tawakkal kepada Allah.
Tips yang sangat bermanfaat, jangan lupa ye amalkan, supaya hari-hari kita ceria dan bersemangat...:)
No comments:
Post a Comment