Strawberi juga adalah bahan pemutih semulajadi. |
Apabila terserempak dengan gadis lain yang lagi menawan daripada anda
pasti akan terdetik di hati, “Ayunya wajah gadis itu. Bagaimana ingin
dapatkan wajah cantik sepertinya”. Jika mahukan kulit cerah anda perlu
tahu cara yang betul supaya wajah kekal sihat setiap masa. Sebenarnya
ada beberapa teknik untuk mencerahkan kulit tanpa mengambil produk di
pasaran. Gunakan sahaja bahan semulajadi ini.
Betik
Kulit yang kusam biasanya disebabkan sel kulit yang telah mati. Cara
terbaik untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan buah betik. Ia
mengandungi enzim yang bermanfaat membersihkan kekotoran dan
menghilangkan sel-sel kulit mati dengan kadar segera. Buah yang sungguh
manis rasanya ini juga mengandungi vitamin C yang bermanfaat sebagai
antioksida. Kulit anda pasti akan menjadi lebih halus, lembut dan cerah.
Caranya mudah sahaja. Ambil betik yang masih muda, potong dan kisar.
Kemudian, titiskan perahan limau nipis. Oleskan di wajah dan leher.
Lakukan seminggu sekali untuk hasil yang lebih memuaskan.
Timun
Cara kedua untuk cerahkan kulit ialah menggunakan timun. Sayur ini
memiliki kandungan air yang tinggi sekali gus bermanfaat melembapkan
kulit wajah. Ia juga bertindak sebagai agen mencerahkan kulit yang
terbaik.
Ambil separuh timun yang segar dan kisarkan ia. Titiskan air perahan
lemon. Ratakan kesemuanya. Letak di seluruh wajah dan leher anda selama
15 minit. Selepas itu, bilas dengan air suam. Lakukannya setiap hari
mengikut kerajinan anda.
Yogurt
Mengubah kulit gelap atau sawo matang menjadi putih amat mustahil
kerana ditakuti berlaku beberapa kesan sampingan. Jalan yang terbaik
ialah mencerahkannya secara sihat. Untuk mendapatkan kulit wajah yang
sihat, gunakan yogurt. Ia mengandungi vitamin C dan vitamin B3 yang
bermanfaat untuk mencerahkan kulit.
Campurkan dua sudu besar yogurt dengan perahan limau nipis. Adun
kedua-duanya hingga rata. Kemudian, sapu ke wajah dan leher anda.
Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Jika ingin
mencerahkan bahagian lain pula, jumlah yogurt perlu ditambah untuk hasil
yang ketara.
Strawberi
Untuk mencerahkan kulit, anda boleh menggunakan buah strawberi yang
kaya dengan vitamin C serta memiliki bahan antioksida yang membantu
menyihatkan kulit.
Ditambah pula dengan susu yang kaya mineral, terbukti buah ini mampu
menyempurnakan tekstur kulit anda. Nutrisinya yang tinggi menjadi
dambaan penggemar rawatan tradisional untuk mendapatkan kulit sihat
berseri.
Ambil lima biji strawberi bersaiz kecil. Kisar atau hancurkan
kesemuanya. Campur dengan susu segar secukupnya. Oleskan di wajah dan
leher selama 15 minit. Bilas dengan air bersih apabila sudah kering.
Lakukan dua kali seminggu sehingga kulit mengalami perubahan yang
mengagumkan.
Barli
Ketika demam, barli menjadi pilihan utama untuk menghilangkan panas
dalam badan. Bukan itu sahaja. Ia juga digunakan sebagai bahan untuk
mencerahkan kulit kerana kandungan protein, karbohidrat, vitamin dan
galian di dalamnya merupakan sumber terbaik serat pemakanan.
Jika ingin kelihatan cantik, maka anda perlu rajin untuk mengamalkan
petua ini. Ambil segenggam barli yang telah digoreng tanpa minyak.
Tumbuk barli tersebut hingga lumat dan bancuh dengan sedikit perahan
limau nipis yang telah dicampurkan air masak. Sapukan bancuhan air
tersebut di seluruh wajah sebelum tidur.
Beras Pulut
Khasiat beras pulut memang telah lama diakui sejak turun-temurun.
Kandungan kanjinya yang tinggi memerlukan ia dibasuh berulang kali
hingga bersih. Nyata bahan ini ramai yang menggunakannya untuk
mencerahkan kulit kerana ia mampu menanggalkan sel kulit mati.
Caranya, rendam beras pulut hingga lembut dan tumbuk hingga lumat.
Lumurkan ke seluruh badan termasuk wajah anda. Apabila separuh kering,
gosok kulit anda perlahan-lahan. Bilas hingga bersih. Seeloknya dibuat
sebelum mandi.
Kopi
Serbuk kopi berupaya menghasilkan minyak antioksida yang berfungsi
mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah. Untuk mendapat kesan cerah
sempurna pada kulit, lakukan cara ini sekerap yang mungkin.
Pertama sekali, campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung
sengkuang. Kacau kesemua bahan dan lulurkan ke seluruh tubuh termasuk
wajah anda. Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama sejam sebelum
dibilas dengan air campuran garam. Selepas itu, mandi seperti biasa.
dara
sumber: DARA
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
>>~ www.madeenda.com
No comments:
Post a Comment