Thursday, 9 July 2015

Post projek #deendasandvaforgood


Alhamdulillah!
Jazakallahu khairan kathira!
Kepada semua dermawan-dermawan yang menyokong projek‪#‎deendasandvaforgood‬!
Jumlah Wang terkumpul sudah pon melebihi target kami iaitu RM 2920.
Jasa baik anda amat dihargai!
Alhandulillah. kami telah menyerahkan kepada‪#‎persatuankebajikanislamperibadimulia‬ hari ini!
Semoga sentiasa diberkatiNya.
Anda masih boleh terus menyumbang ke bank akaun mereka di MBB 562414006411
Atau teruskan sokong kami kerana setiap belian anda di Madeenda, 5% adalah untuk disalurkan ke rumah ini. Insha Allah.

#hijabforgood

Friday, 26 June 2015

Project #deendasgiveback




Assalamualaikum n good morning #deendas.

projek #deendasforgood anjuran Madeenda sempena Ramadhan dan Syawal 1436

Sponsor sepasang pakaian Hari Raya lengkap bagi anak-anak di bawah persatuan kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sg. Kantan Kajang.

PM atau WhatsApp di 0164153756 jika berminat untuk turut serta.

Rm terpulang berapa. 
budget sorang rm 60
Tudung/songkok: rm 10
Baju sepasang: rm 30
Kasut: rm 20

And total collections will be updated daily. 
As @ 25/6/2015 Rm 300 / Rm 2700

Due date: 5 July 2015

Gambar: Sebahagian dari 45 anak-anak di rumah ini. More info you may refer to the below hashtag

#deendasgiveback
#persatuankebajikanislamperibadimulia






anda juga boleh terus menyumbang melalui nombor akaun tertera.

Jazzakallahu Khairan Kathira

Semoga amalan kita diterima Allah

Sunday, 21 June 2015

5 sebab anda perlu memiliki Shawl dari Madeenda

Mengapakah Ramadhan ini anda perlu memiliki shawl Madeenda?

1. Gayakan lebih 9 cara dengan 1 shawl. Sebab nak fokus pada ibadah, So sesiapa yang tak sempat balik rumah tu tak perlu bawak dan ganti shawl banyak-banyak. Just ubah your shawl twist to another style. Dah sedia untuk bertarawikh.

2. Chiffon georgette yang tak cerewet nak jaga. Senang nak maintain dan boleh fold nicely dalam luggage bag masa nak balik berbuka puasa di kampung bersama keluarga tercinta.

3. Dah sampai kampung, fokus kepada keluaga dan ibadah di sana. 1 shawl je cukup. Dah boleh dapat pelbagai gaya dan yang penting shawl twist yang labuh dan menutup dada.

4. Owh... Saya dah mention ke? Shawl twist ni hanya dengan 3 step atau pakai 3 pin sahaja!. Kuncinya, mudah dan selamat!

5. Basic and Essential Shawl terbaik untuk investment anda. Yup! Shawl pon an investment. The best Quality at the most affordable price.
Ps: Ada tak mengalami sindrom touchNgo koleksi shawl anda. Bila nampak model pakai cantik. Bila beli and pakai. tak sesuai. So sudahnya sekali je lah pakai shawl tu and lebihnya tersimpan je dalam almari. Berapa ramai ada beli shawl yang dari harga RM 8 ke beratus-ratus tapi hanya pakai sekali je dan sekarang tersimpan tak buat apa-apa.

Jadi, kami nak anda benar-benar memilih warna yang paling sesuai dengan anda dan boleh gayakan 3 step  mudah dengan lebih 9 cara shawl twist. Make it a worthy investment.

And remember to give back! Shawl yang tak pakai kat lemari tu...sedekah jelah. Mungkin ada yang sesuai memakainya.

Owh! And for our beloved #deendas check out promo Ramadhan yang teramat special untuk anda!


Ramadhan Sale kami dah bermula!

Jom sis kita lihat pelbagai Shawl menarik untuk Hari Raya nanti..

Klik sini --> http://sml.my/madeenda-sale

dan 5% proceeds untuk 

Persatuan Islam Peribadi Mulia, Sg. Kantan Kajang 
dan 
Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Al Mahabbah Klang

#helpusmakesomeonesmiletoday


Friday, 8 May 2015

Tampil Elegan Dengan Tudung Polos

Tidak perlu berlebih-lebih untuk cantik. Kadang-kala gaya yang ‘simple’ itu sudah cukup menyerlahkan keanggunan buat si dara. Kini rangkaian butik menjual tudung ibarat ‘cendawan tumbuh’ menjual pelbagai jenis koleksi tudung berlainan material, warna dan corak. Ramai memilih tudung dengan corak yang pelbagai seperti polka dot, tribal, abstrak mahupun corak bermotif flora. Tapi, tahukah anda dengan hanya mengenakan tudung polos sahaja sudah mampu membuat anda tampil lebih elegan.
 
Mungkin anda berfikir tudung atau selendang polos ini agak kelam atau juga membosankan. Ini semua tanggapan  lapuk lama yang harus anda buang. Lihat sahajah di butik atau di kiosk menjual tudung. Selendang atau tudung polos telah didatangi dengan pelbagai warna menarik serta fabrik pelbagai seperti satin, lycra, juga cotton. Ha, siapa kata tudung polos sudah tidak ‘in’?
 
Anda juga boleh menggayakan dua warna selendang polos yang berlainan untuk kelihatan lebih ceria. Pastikan juga dua warna yang dipilih adalah warna kontra ataupun warna yang berpadanan. Menggayakan tudung polos juga memudahkan kerja anda untuk memilih baju. Hal ini kerana anda bebas untuk memilih baju bercorak kerana tudung yang dikenakan adalah polos.

shawl Maryam by Madeenda
 
Tidak dinafikan selendang bercorak juga mampu menceriakan penampilan anda, namun ia juga mampu mencacatkan penampilan jika salah cara penggayaannya. Gandingkan selendang bercorak bersama baju polos agar keseluruhan penampilan tidak kelihatan berat dan berserabut . Hm, selendang bercorak juga tampak lebih cantik jika dipakai bersama tudung atau ‘inner’ berkonsep polos. Anda pasti akan kelihatan lebih elegan dan menawan dengan penggayaan ‘polos’ ini. -

sumber:DARA

Wednesday, 6 May 2015

Top 5 Tudung Paling Popular

Siapa kata gadis berhijab tidak boleh bergaya dan tidak 'up-to-date'? Buktinya, hari ini ramai gadis dan selebriti sudah mula mengenakan tudung malah kelihatan lebih cantik dari sebelumnya. Menerusi entri kali ini, kami senaraikan jenis tudung yang sentiasa mendapat tempat di hati pemakai.




 
Selendang Chifon
Kebiasaannya, selendang dari fabrik chiffon boleh digayakan dalam banyak cara. Terdiri daripada chiffon polos atau bercorak, selendang chifon dikatakan agak licin tetapi senang untuk dijaga. Bersifat serap haba dan selesa dipakai menjadikan selendang chiffon koleksi mesti ada dalam almari.
 
Shawl
Sama ada shawl crumple, glitter, bercorak mahu pun kosong, pemilihan shawl tetap menjadi kegemaran ramai anak muda kerana dikatakan tidak akan lapuk biar pun bakal digayakan  untuk sambutan syawal kelak. Shawl berfabrik kapas atau pashmina, ia membuatkan si pemakai kelihatan muda dan 'berangan' menjadi seperti kemunculan awal penyanyi Yuna!
 
Halfmoon
Tentu saja bentuk tudung halfmoon adalah separa bulat dan paling senang untuk digayakan. Kebanyakan harga tudung halfmoon dalam lingkungan RM35 ke atas. Antara tudung halfmoon yang menjadi tarikan semua lapisan umur ini adalah jenis 'two tone', 'two layer' dan ruffle.
 
Bawal
Tudung yang dikatakan 'legend' ini masih mendapat tempat di hati pemakai. Berbentuk segi empat dan pelbagai corak ini membuatkan wajah pemakai sentiasa keanak-anakan dan comel. Terkini, terdapat bawal ruffle di mana tudung bawal bersaiz segi empat ini mempunyai corak ruffle iaitu corak beralun di tepinya.
 
Syria
Tudung syria dikatakan sangat membantu untuk melindungi wajah yang bulat, besar dan pipi yang tembam. Mungkin ramai yang tertanya-tanya tip bagaimana mempunyai wajah bulat tampak bujur apabila memakai tudung syria. Sebaiknya, pilih fabrik syria yang terdiri daripada fabrik kapas. Bukan saja menyerap peluh tetapi senang untuk dibentuk.
 
Macam-macam jenis tudung boleh didapati mengikut keselesaan dan minat anda. Yang penting, pemilihan tudung itu biarlah berlandaskan syariat seperti menutup bahagian dada. Jangan kerana terlalu mengikut peredaran zaman, pakai tudung serupa saja tidak memakai tudung. Awas ya si dara sekalian!


sumber: DARA

Tuesday, 28 April 2015

Memilih Anak Tudung Mengikut Bentuk Muka

Tidak semua anak tudung yang anda lihat hari ini sesuai dengan wajah. Pemilihan yang kurang tepat boleh membuatkan wajah kelihatan semakin berisi, terlalu kurus dan nampak janggal. Jadi sebelum memilih anak tudung untuk dipadankan dengan selendang anda, ini sesuatu yang harus anda ambil tahu.

Jika anda memiliki wajah serta bertubuh kecil, pastikan anak tudung yang dipakai diletakkan jauh daripada dahi dan pipi. Hal ini bagi mengelakkan wajah anda kelihatan tertutup dan tersorok.

Bagi menjadikan wajah yang bulat tampil bujur anda boleh jarakkan sedikit selendang pada bahagian hadapan sebelum melilitnya dan gunakan anak tudung ala turban. Ia akan memberi lebih ilusi bujur dengan potongan uniknya.

  • Seeloknya pilihlah anak tudung yang diperbuat daripada bahan anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan besar dan nampak tebal.
  • Gaya tudung longgar memang membantu penampilan anda tampak lebih anggun dan bergaya. Untuk itu, jenis anak tudung bertopi, morocco atau ninja sangat sesuai digunakan.
  • Paling penting untuk anda memilih fabrik yang sesuai dengan tujuan dan keadaan cuaca semala. Seperti cotton mampu menyerap peluh dengan baik. Maklumlah dengan cuaca panas di Malaysia, pemilihan fabrik penting agar kita juga selesa dalam berhijab.
  • Untuk anak tudung dari fabrik lycra, pastikan ia betul-betul kain yang bermutu kerana jika tersalah pilih anda akan cepat merasa tidak selesa terutama di bahagian tulang pipi. Elakkan dari memilih anak tudung yang terlalu ketat kerana ia akan membuatkan anda merasa sakit dan tidak selesa.
shawl Latifa Cyan Hijau by MADEENDA
  • Pastikan pemakaian anak tudung sesuai dengan anda, majlis dan situasi. Sekiranya anak tudung dihiasi dengan benang emas, perak atau berwarna-warni berserta sulaman manik yang agak berat, ia tidak sesuai untuk dibawa ke pejabat atau ke majlis tidak rasmi.
  • Sekali sekala, jika anda mempunyai anak tudung menarik, anda boleh menekankan elemen ini. Untuk menonjolkan anak tudung, pastikan anda memilih gabungan warna yang sesuai dengan tudung atau selendang anda. Kadangkala warna kontra juga lebih membantu.
  • Pemilihan anak tudung bukanlah sekadar mengikut trend semata-mata, tetapi ia perlu sesuai dengan kegunaanya serta wajah anda. Berhati-hati dalam memilih anak tudung bercorak, kerana tidak semua orang sesuai dalam mengayakannya.
  • Seeloknya banyakkan pilihan anak tudung polos pelbagai warna dalam koleksi anda. Ia lebih selamat. Gunakan juga aksesori tambahan seperti kerongsang atau pin sebagai perhiasan tambahan.

Semoga panduan ini bermanfaat buat anda.



sumber: DARA

Friday, 24 April 2015

Diet dengan snek pilihan anda




‘Snek adalah makanan yang kurang berkhasiat, tinggi gula, serta banyak lemak’. Ini dalah antara tanggapan ramai terhadap snek-snek ringan.  Tetapi tahukah anda bahawa, kebanyakkan pakar diet bersetuju bahawa makanan ringan atau snek adalah sebahagian daripada diet seimbang dan sihat. Jika sebelum ini anda berfikir snek adalah ‘taboo’ dalam berdiet, kali ini Dara.com membenarkan anda makan snek pilihan anda ketika berdiet. Ha, bagaimana pula snek ini dapat membantu anda untuk berdiet?

Menurut pakar diet, makanan ringan adalah satu cara yang paling bermanfaat jika dilakukan dengan betul. Maksudnya di sini, , ada juga makanan ringan yang sangat berkhasiat dan sesuai untuk anda yang sedang berdiet seperti biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran, dan susu rendah lemak.

Ingat, pilih makanan ringan secara bijaksana dan ini bererti memilih pilihan yang sihat untuk membakar lemak dalam tubuh badan anda. Ia juga dapat mengawal cara pemakanan anda seharian. Berikut adalah beberapa idea untuk pelbagai jenis makanan ringan. Anda perlu memilih makanan yang sesuai mengikut hari dan waktu, bukannya makan secara sembarangan.

1.       Ganti sarapan anda dengan makan oat, cornflakes dan lain-lain. Jika anda gemar makan roti, cuba bertukar kepada roti gandum.

2.       Kajian telah menunjukkan individu yang makan banyak ketika sarapan akan berasa lambat lapar sehingga waktu tengah hari. Selepas sarapan,anda boleh makan makanan berasaskan protein supaya lebih kenyang seperti telur separuh masak, sosej rebus, atau daging bakar.

3.       Lapar sebelum waktu makan? Rasa nak mengunyah? Jika anda suka makan biskut, makan biskut jenis serat tinggi (hi-fi bre). Buah-buahan juga snek sihat yang bagus.




4.       Jika anda bancuh minuman dengan dua sudu gula, kurangkan menjadi satu. Jika satu sudu, kurangkan menjadi setengah. Banyakkan minum air kosong.

5.       Jika anda makan makanan berminyak seperti kuih, roti, dan lain-lain, lapkan ia dengan tisu agar minyak-minyak dapat diserap sedikit

6.       Saiz hidangan sederhana sudah memadai. Tukar minuman dari jenis bergas ke minuman biasa seperti minuman coklat, teh, atau kopi.


sumber: DARA

Monday, 20 April 2015

1 REJAB


SELAMAT DATANG 1 REJAB



Berkata para ulama' bahawa : "Bulan Rejab adalah bulan istighfar, bulan Sya'ban adalah bulan berselawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam & bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran."
.
InsyaALLAH usaha tingkatan apa jua amal ibadah/ketaatan/kebaikan/kebajikan bermula malam ini sebagai persiapan untuk menyambut 'tetamu' yang bakal tiba dalam masa

 《 60 hari lagi...

 

 

In shaa Allah, semoga apa yang dilaksanakan diberkati dari NYA..:) 

*
*
*
*
*
*
*
*
*

 

Monday, 13 April 2015

Tip Kelihatan Lebih Cantik Dengan Tudung Yang Sesuai Pada Wajah Anda



MARYAM by MADEENDA


Seperti pakaian, ramai tidak tahu pemilihan tudung yang menarik harus bersesuaian dengan bentuk wajah seseorang. Sebab itu ada tudung yang nampak cantik apabila dipakai namun kurang menawan bagi wanita lain. Justeru, bagi memastikan keselesaan, pastikan memakai terlebih dulu tudung yang dibeli. Di bawah terdapat beberapa panduan mengenai pemilihan gaya tudung mengikut bentuk wajah


1. Bentuk wajah bujur (Oval)

Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria
Gambar dari Tudung People

2. Bentuk muka panjang (Long)

Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.
Gambar dari Sugarscarf
3. Bentuk muka bulat (Round)

Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

Gambar dari Radiusite

4. Bentuk muka berpetak (Square)
Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.
Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.
Gambar dari imaanboutique

5. Bentuk segi tiga (Heart)

Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.
Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.
Gambar dari Shawlbyvsnow

Friday, 10 April 2015

MADEENDA TURNS 1

Assalamualaikum hai uolss semua..:)


MADEENDA hari ini ada berita baik tau uolss semua, khas kepada semua pelanggan MADEENDA yang amat disayangi. Esok bersamaa 11 April 2015 merupakan ulangtahun pertama MADEENDA, "MADEENDA TURNS 1" la gituuu!!!..hehehe.. 

Oleh itu bagi menghargai uolss semua yang telah menyokong MADEENDA selama ini, pihak kami akan  membuat promosi diskaun kepada uolss semua..yeayyy!!!

Atas tanda terima kasih, pihak kami ingin memberikan diskaun dengan pembelian yang ditetapkan:-
 
1 helai - 10%
3 helai - 20%
5 helai - 50%
(boleh campur semua jenis shawl dari MADEENDA)   

Promosi sah bermula 11 April hingga 30 APRIL. Jom pakat ramai-ramai habaq kat akak-akak &adik-adik semua shoping bersama MADEENDA yea, dengan harga mampu milik dan paling penting tiada caj GST okeyyyy!!!..



*
*
*
*
*
*
*
*
*
 




Tuesday, 7 April 2015

Tips Pemilihan Warna



 Dalam menggayakan busana ataupun tudung, pemilihan warna memainkan peranan yang amat penting. Ia kerana warna tersebut akan memberi kesan kepada penampilan kamu di mata orang lain. Mari kita baca tip pemilihan warna yang sesuai buat kamu!

Merah

Rona yang ideal untuk si kulit cerah. Namun, ia tidak sesuai dipakai ketika kita dalam keadaan penat atau murung kerana warna tersebut akan menyerlahkan diri kita seakan-akan seorang yang garang.
Warna ini lebih sesuai dikenakan dalam majlis ataupun tempat supaya kita dapat dikenali dengan mudah.

Merah Jambu
Rona feiminin.  Ia sesuai bagi menyerlahkan sebuah perhubungan sosial yang santai dan kurang sesuai bagi jalinan hubungan profesional.

Kuning
Rona warna yang menyerlahkan imej ceria, gembira dan jenaka dalam perhubungan sosial. Kurang sesuai untuk perhubungan profesional dan formal kerana ia menggambarkan sifat bersahaja. Peminat warna ini dilihat sebagai orang yang kreatif, optimis dan berani mencuba.

Biru
Rona inibagi setiap peringkat usia. Warna biru lembut atau biru laut adalah warna yang cukup menarik pada mata yang memandang. Oleh itu, ia sesuai dikenakan dalam apa sahaja tempat dan keadaan. Ia juga sesuai bagi semua jenis warna  kulit.

Kelabu
Rona kelabu adalah yang paling sukar disesuaikan kerana ia memberikan mesej yang terlalu kontras. Pemilihan corak dan rekaan yang sesuai memberikan imej yang positif. Sebaliknya, apabila individu mengenakan pakaian berwarna kelabu dengan corak dan rekaan yang malap,  maka ia memberikan imej sedih, suram dan tidak bersemangat.

Oren
Oren adalah rona keceriaan. Warna oren sesuai bagi setiap jenis warna kulit. Ia menggambarkan  si pemakai sebagai orang yang mudah mesra dan prihatin. Warna ini sesuai dikenakan pada pakaian sosial. Warna ini tidak sesuai  bagi pakaian yang bersifat profesional. Elakkan mengenakan pakaian berwarna ini daripada kepala hingga ke kaki.

Hijau
Rona ketenangan dan sejuk mata memandang.  Warna hijau yang lembut seperti hijau pucuk pisang sesuai dipakai oleh semua orang tidak kira warna kulit. Bagi wanita,  warna hijau sesuai bagi apa sahaja jenis pakaian. Orang yang memakai warna hijau lembut dapat memberi mesej tidak formal dan mesra.

Ungu
Rona ungu adalah warna pilihan. Warna ini sesuai bagi sesiapa sahaja yang ingin menampilkan diri sebagai orang yang dominan dan bijaksana. Warna ungu yang sederhana dan gelap lebih sesuai bagi wanita tanpa memadankannya dengan biru gelap ataupun kelabu.

Coklat
Warna coklat sama ada coklat muda ataupun gelap lebih sesuai bagi aksesori tambahan. Walau bagaimanapun, kita boleh memakai pakaian berwarna coklat apabila ia adalah coklat lembut. Elakkan daripada memilih pakaian yang berwarna coklat dari kepala sehingga kaki. Pastikan penggunaan warna coklat adalah minimum bagi penampilan profesional.

Hitam
Rona hitam adalah sesuai bagi pakaian formal dalam dunia perniagaan dan profesional. Ia menggambarkan kekuasaan, kebijaksanaan dan keseriusan individu yang memakainya dalam apa sahaja yang dilakukannya.

Putih & Krim
Pakaian berwarna putih dan krim sesuai digandingkan dengan warna lain. Ia memberikan imej neutral dan baik kepada mereka yang melihat. Contohnya, kemeja-T dan blaus yang berwarna putih sesuai pada setiap masa, tempat dan keadaan. dara

sumber: DARA 
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Friday, 3 April 2015

Adab Bersukan Bagi Muslimah

Aurat perlu dijaga ketika bersukan.

Beriadah sememangnya aktiviti sihat yang disarankan dalam Islam. Malah, dari segi sains sendiri membuktikan senaman seminggu tiga kali dan 30 minit setiap sesi merupakan langkah terbaik untuk kekalkan kesihatan tubuh badan. Amalan ini memang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian kita tetapi jangan disalahgunakan pula.
 
Caranya perlu bertepatan dengan syariat Islam. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Aisyah RA berkata yang bermaksud, "Sesungguhnya aku telah melihat Nabi SAW menutupku dengan kain selendangnya dan (ketika itu) aku sedang melihat orang Habsyah bermain di masjid sehingga aku membuatnya jemu." Untuk itu, bersenam dan bersukan juga ada adab-adabnya agar tidak menyalahi peraturan yang telah ditetapkan oleh agama kita.

1-      Niat yang betul – Segala perkara yang kita lakukan perlu dimulakan dengan niat dalam hati. Jika betul niat anda, maka anda sendiri akan mendapat manfaatnya dari Allah SWT tetapi jika sebaliknya, anda sendiri tahu apakah keburukannya. Tentukan niat beriadah untuk menjamin kesihatan dalaman dan fizikal diri.

2-      Menepati syarak – Biarlah sukan yang anda lakukan itu bersesuaian dengan jantina. Seelok-eloknya, kaum hawa melakukan aktiviti sukan di kawasan yang tertutup tanpa dilihat oleh lelaki yang bukan mahram. Selain itu, anda juga akan rasa lebih selesa apabila segala pergerakan tiada batasan kerana dikelilingi oleh gadis-gadis lain.

3-      Menutup aurat – Ini adalah perkara wajib yang perlu diambil berat bukan sahaja ketika bersukan malah untuk perkara lain juga. Contohnya, ketika bermain bola jaring. Jangan pula anda hanya mengenakan seluar pendek dan tidak bertudung semata-mata kerana rimas apabila berpeluh. Biar panas di dunia daripada panas di akhirat yang kita sendiri tidak akan tertanggung azabnya.

4-      Tiada pertaruhan – Setiap aktiviti sukan yang anda sertai perlulah bebas daripada unsur perjudian dan pertaruhan. Itu semua haram di sisi Islam. Kemenangan dan kekalahan merupakan hasil titik peluh dan usaha anda sendiri serta ketentuan dari Ilahi. Jangan hanya kerana wang yang ditabur, anda sudah lupa diri.

5-      Tidak lalai – Acap kali kita melihat di kaca televisyen, permainan berlaku ketika waktu solat terutama waktu maghrib yang sungguh pendek saatnya. Anda mempunyai hak untuk memilih waktu yang sesuai kerana itu sudah menjadi tanggungjawab wajib antara anda dan Yang Maha Pencipta. Solat diutamakan, pasti Dia akan membantu anda ketika sesi permainan nanti.

6-      Tiada percampuran - Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan perlu dielakkan supaya tidak timbul syak wasangka yang negatif. Lebih elok, aktiviti sukan tersebut dilakukan bersama mereka yang sama jantina dengan anda. Bukan sahaja lebih selesa, malah anda sendiri tidak berasa janggal untuk beraksi di gelanggang dan berusaha meraih kemenangan. 

sumber: DARA
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Thursday, 2 April 2015

Cerahkan Kulit Secara Semulajadi

Strawberi juga adalah bahan pemutih semulajadi.
Strawberi juga adalah bahan pemutih semulajadi.
Apabila terserempak dengan gadis lain yang lagi menawan daripada anda pasti akan terdetik di hati, “Ayunya wajah gadis itu. Bagaimana ingin dapatkan wajah cantik sepertinya”. Jika mahukan kulit cerah anda perlu tahu cara yang betul supaya wajah kekal sihat setiap masa. Sebenarnya ada beberapa teknik untuk mencerahkan kulit tanpa mengambil produk di pasaran. Gunakan sahaja bahan semulajadi ini.

Betik
Kulit yang kusam biasanya disebabkan sel kulit yang telah mati. Cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan buah betik. Ia mengandungi enzim yang bermanfaat membersihkan kekotoran dan menghilangkan sel-sel kulit mati dengan kadar segera. Buah yang sungguh manis rasanya ini juga mengandungi vitamin C yang bermanfaat sebagai antioksida. Kulit anda pasti akan menjadi lebih halus, lembut dan cerah.
Caranya mudah sahaja. Ambil betik yang masih muda, potong dan kisar. Kemudian, titiskan perahan limau nipis. Oleskan di wajah dan leher. Lakukan seminggu sekali untuk hasil yang lebih memuaskan.

Timun
Cara kedua untuk cerahkan kulit ialah menggunakan timun. Sayur ini memiliki kandungan air yang tinggi sekali gus bermanfaat melembapkan kulit wajah. Ia juga bertindak sebagai agen mencerahkan kulit yang terbaik.
Ambil separuh timun yang segar dan kisarkan ia. Titiskan air perahan lemon. Ratakan kesemuanya. Letak di seluruh wajah dan leher anda selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air suam. Lakukannya setiap hari mengikut kerajinan anda.

Yogurt
Mengubah kulit gelap atau sawo matang menjadi putih amat mustahil kerana ditakuti berlaku beberapa kesan sampingan. Jalan yang terbaik ialah mencerahkannya secara sihat. Untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat, gunakan yogurt. Ia mengandungi vitamin C dan vitamin B3 yang bermanfaat untuk mencerahkan kulit.
Campurkan dua sudu besar yogurt dengan perahan limau nipis. Adun kedua-duanya hingga rata. Kemudian, sapu ke wajah dan leher anda. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Jika ingin mencerahkan bahagian lain pula, jumlah yogurt perlu ditambah untuk hasil yang ketara.

Strawberi
Untuk mencerahkan kulit, anda boleh menggunakan buah strawberi yang kaya dengan vitamin C serta memiliki bahan antioksida yang membantu menyihatkan kulit.
Ditambah pula dengan susu yang kaya mineral, terbukti buah ini mampu menyempurnakan tekstur kulit anda. Nutrisinya yang tinggi menjadi dambaan penggemar rawatan tradisional untuk mendapatkan kulit sihat berseri.
Ambil lima biji strawberi bersaiz kecil. Kisar atau hancurkan kesemuanya. Campur dengan susu segar secukupnya. Oleskan di wajah dan leher selama 15 minit. Bilas dengan air bersih apabila sudah kering. Lakukan dua kali seminggu sehingga kulit mengalami perubahan yang mengagumkan.

Barli
Ketika demam, barli menjadi pilihan utama untuk menghilangkan panas dalam badan. Bukan itu sahaja. Ia juga digunakan sebagai bahan untuk mencerahkan kulit kerana kandungan protein, karbohidrat, vitamin dan galian di dalamnya merupakan sumber terbaik serat pemakanan.
Jika ingin kelihatan cantik, maka anda perlu rajin untuk mengamalkan petua ini. Ambil segenggam barli yang telah digoreng tanpa minyak. Tumbuk barli tersebut hingga lumat dan bancuh dengan sedikit perahan limau nipis yang telah dicampurkan air masak. Sapukan bancuhan air tersebut di seluruh wajah sebelum tidur.

Beras Pulut
Khasiat beras pulut memang telah lama diakui sejak turun-temurun. Kandungan kanjinya yang tinggi memerlukan ia dibasuh berulang kali hingga bersih. Nyata bahan ini ramai yang menggunakannya untuk mencerahkan kulit kerana ia mampu menanggalkan sel kulit mati.
Caranya, rendam beras pulut hingga lembut dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ke seluruh badan termasuk wajah anda. Apabila separuh kering, gosok kulit anda perlahan-lahan. Bilas hingga bersih. Seeloknya dibuat sebelum mandi.

Kopi
Serbuk kopi berupaya menghasilkan minyak antioksida yang berfungsi mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah. Untuk mendapat kesan cerah sempurna pada kulit, lakukan cara ini sekerap yang mungkin.
Pertama sekali, campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang. Kacau kesemua bahan dan lulurkan ke seluruh tubuh termasuk wajah anda. Gosok perlahan-lahan dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air campuran garam. Selepas itu, mandi seperti biasa. dara

sumber: DARA
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*