Monday, 30 March 2015

Glitter shawl trend terkini kegilaan remaja


Glitter Shawl
Glitter Shawl

Jika sebelum ini, pilihan-pilihan tudung seperti Syria, pashmina, bawal yang menjadi ikutan, tiba masa  untuk ‘glitter shawl’ pula menjadi trend terkini untuk dunia fesyen wanita muslimah. Siapa yang tidak pernah dengar mengenainya… pergi sahaja ke butik-butik tudung, malah di kedai-kedai biasa pun ada terjual selendang ini. Bagi anda yang sudah memiliki koleksi selendang ini, mari baca untuk tahu cara sesuai mengayakan selendang  berkilau ini.

Tidak seperti selendang lain, selendang ‘glitter’ ini agak menarik perhatian ramai apabila anda mengenakannya. Ini kerana,  fabriknya yang penuh berkilau melitupi keseluruhan permukaan tudung. Pasti sahaja tidak semua berani menggayakan tudung ini. Jika silap cara, anda mungkin akan dilihat seperti pokok Kristmas pula.

Sedar atau tidak, penampilan seseorang akan kelihatan agak berat dengan selendang ini dan mungkin  juga ada yang berpendapat bahawa tudung ini hanya sesuai digayakan ketika ke majlis tertentu sahaja. Akan tetapi, kenyataan ini tidak benar sama sekali. Jika anda ingin mengenakan selendang ini untuk ke kelas, pastikan warna selendang bukanlah daripada warna-warna panas seperti merah, gold, silver, atau kuning. Warna-warna ini sudah pun mempunyai kekuatannya tersendiri ditambah apabila dipadankan dengan fabrik ‘glitter’ ini, penampilan untuk ke kelas dilihat kurang sesuai. Sebaliknya pilihlah warna  pastel seperti biru laut dan cream.

Pastikan juga baju anda tidak mempunyai corak yang keterlaluan. Ia bakal mencacatkan keseluruhan penampilan anda. Elakkan juga dari memakai perhiasan tangan yang sarat serta warna baju yang terlampau terang. Anda pasti tahu mengapa.  Pemilihan baju berasaskan warna gelap adalah pilihan yang sesuai.

Khas buat anda yang ingin menggayakan selendang ini ke majlis-majlis tertentu, penggunaan warna-warna mewah seperti gold, silver dan merah hati, adalah pilihan yang tepat. Hal ini kerana ia bakal menaikkan seri anda sekali gus menjadikan anda perhatian ramai. Tetapi, awas! Jika selendang sudah bergemerlapan, pastikan baju anda tidak mengadungi unsur-unsur yang sama. Penampilan anda akan kelihatan sangat berat dan mungkin juga ada yang akan sakit mata apabila melihat anda nanti. Maklumlah, dari atas hingga ke bawah dipenuhi dengan kilauan. Sebaliknya cuba untuk meminimakan pemakaian baju yang sarat juga aksesori yang pelbagai.

Jika anda pernah mendengar ungkapan, ‘simple is better’, ha..mari kita bergaya simple dengan ‘glitter shawl’ ini.

sumber: Majalah Dara

>> www.madeenda.com

Friday, 27 March 2015

Laksana Amanah Jangan “U-TURN”

Amanah Menghambatku
Bingkisan kali ini lebih kepada peringatan kepada diri ini. Terimbau terngiang-ngiang saat itu. kata-kata ini bergema memenuhi runag dewan pada pagi itu,

“Untuk jawatan……… disandang oleh ………………………………”.

Tika itu semua mata memandang ke depan mencari-cari pemilik nama yang disebalik namanya bererti ‘kegembiraan’. Orang lain kelihatan gembira, tetapi tidak pada pemilik nama itu. Debar dihatinya hanya pemilik hati ini yang Maha Mengetahui. Melangkah kaki tanpa sikit pun menoleh kiri kanan hanya mata tertumpu melangkah ke depan.

Saat itu hanya Allah mengerti betapa hati ini berbaur rasa. Ini jalan yang dipilih. Tiada lagi istilah mengundur atau turning back mahupun U-Turn . Yang ada hanya satu iaitu mengalas tanggungjawab hingga ke akhir mercu. Pada awal,  berdiri di depan ramai umat manusia pertama-tamanya tentu berasa gemuruh, namun lama kelamaan jika perasaan itu dilontar jauh pasti kegusaran itu dapat diatasi dengan mudah. Semuanya bermula dengan ‘mind setting’ kita sendiri.

Ya, mind setting’. Boleh kita ambil umpama seorang yang demam, bila demamnya itu diberat-beratkannya, mukanya dipermuram-muramkan nescaya demam akan bertambah tetapi kalau dilawannya dengan berkata “Ah, aku tidak demam”, dengan sendirinya demam itu beransur hilang sebelum pun sempat menjadi berat.

Begitu juga seorang pengecut, cubalah lawan perangai itu walaupun hati berdebar-debar. Jalankan akal, apa sebabnya saya takut begini? Mula-mula pastinya jantung berdebar tika cuba memberani-beranikan diri tetapi nanti setelah menjadi kebiasaan debar jantung itu akan hilang sendiri.
Jika hendak melatih diri agar punya keberanian sengajakan diri menempuh bahaya yang ngeri seperti mengukur hebatnya seorang pelayar lihatlah lautan yang dilalui, ditempuhnya lautan ketika ombak dan gelombang besar maka tentu berani itu dalam kalbunya.

Jangan Bermegah, Laksana Amanah
“Amboi dah jadi exco sekarang dah mula berlagak ye. Bangga, sombong, ujub ……” Antara lafaz kata seorang pensyarah kepada diriku dengan niat gurauan.

Namun di sebalik gurauan itu memberi makna tersirat yang menyentak pemikiran lalu menyentuh kalbuku. Itu bukan sekadar gurauan tetapi berupa peringatan. Sifat ujub bangga antara sifat yang merosakkan bukan sahaja hati tapi seluruh kehidupan pengamalnya.
Merasa puas diri sendiri.

Disangka diri sudah sangat cukup dan sempurna. Perangai begini membawa lupa akan kekurangan diri dan ingat akan kekurangan orang lain. Janganlah sifat ujub ini menjalar ke dalam diri, menyangka bahawa segala sesuatu tidak akan sempurna kalau kita tiada. Sebab kita itu pun tidak akan sempurna kalau tidak dengan orang lain. Keutamaan tidak cukup diberikan Allah kepada satu orang tetapi berbagi-bagi.

Laksana kita ingin memasak makanan yang lazat tidak akan berasa jika cili hanya membanggakan pedasnya, garam membanggakan masinnya, cuka yang membanggakan masamnya, ikan yang membanggakan enaknya sendiri. Jika segala kepedasan, kemasinan, kemasaman, dan keenakan itu dikumpulkan dalam satu belanga, dimasak dengan tangan yang ahli, barulah menjadi makanan yang menjilat jari.

Hamparan Harapan, Emasnya Ikhlas
Bila bercerita mengenai harapan, teringat pula bait-bait lagu yang menjadi halwa telinga sekitar 80-an “Harapan setinggi gunung”. Jika diselami maksud bait lirik itu tentunya tinggi harapan orang itu. Masakan tidak tinggi jika telah disamakan harapan dengan gunung. Hendak mendaki gunung perlu keringat yang memecah peluh hingga baju terpaksa kita perah.

Harapan orang tentunya menggunung pada pemegang tangungjawab tetapi lebih berat lagi bahu yang menggalasnya. Memberi harapan pastinya sedikit sebanyak akan terikat dengan janji. Resmi manusia, mengikat janji mudah sekali tetapi memantri kata untuk dikota payah sekali umpamanya bila sebelum kita mendapat duit, janji itu ini, pada kawan dijanji mahu belanja makan, pada emak berkira-kira mahu menghulur beberapa keping not, itu ini mahu dibeli tetapi bila mana duit digenggami disimpan kemas dalam peti. Melupakan semua janji yang kita taburi, sudahnya airmata yang menjadi galang ganti. Itu dikira masih baik lagi, jika dihambur caci maki tentulah lagi menyakitkan hati,  alamatnya hingga nafas terakhir perasaan bersalah membaluti diri.

Memikul jawatan ini diri tidak menabur janji apatah lagi menghamparkan harapan. Hanya satu menjadi pegangan, melakukan semua ini dengan ikhlas. Mahu mengikhlaskan hati ini ibarat emas murni, tidak bercampur perak berapa persen pun. Pekerjaan yang bersih terhadap sesuatu, bernama ikhlas.

Misalannya seorang yang berkerja kerana mengharapkan puji majikan, maka ikhlas amalnya kepada majikannya atau dia bekerja pagi sampai ke petang kerana semata-mata memikirkan upah, maka keikhlasannya kepada perutnya. Pekerjaannya itu baik tetapi belum tentu baik jika dasarnya tidak subur.

Dasarnya itu akan baik dari zat sampai ke sifatnya jika didasarkan kepada lillah hi ta’ala iaitu ikhlas kerana Allah. Oleh sebab itu, perkataan ikhlas itu terpakai terhadap Allah semata-mata. Sesuai lidah dan hati, itulah ikhlas! lain di mulut lain di hati, bukanlah ikhlas tetapi culas.

“Jangan terpedaya oleh seorang ahli pidato, lantaran pidatonya
Sebelum kelihatan bukti pada perbuatannya
Kerana perkataan itu sumbernya ialah hati
Lidah hanya dijadikan sebagai tanda dari hati”.


Thursday, 26 March 2015

Color Block, Transformasi Fesyen Masa Kini

     
    Shawl Rafhanah by Madeenda

    FESYEN warna kontra atau color block menyinari dunia fesyen. Bermula tahun 2014 merupakan gabungan warna terang pada penampilan dan aksesori seperti warna merah jambu dan kuning, hijau dan merah, biru dan oren serta pelbagai lagi gabungan berbeza.

    Biarpun sebelum ini fesyen warna kontra dilihat sebagai suatu yang pelik, kini tidak lagi kerana bukan sahaja menjadi kegilaan selebriti, malahan menjadi ikutan kerana pemilihan warna secara sesuka hati ini tidak memerlukan kita mengeluarkan belanja yang besar.

    Pada masa kini, ramai wanita yang semakin berani mengenakan fesyen dengan warna kontra tanpa mempedulikan lagi pandangan ortodoks mengenai perbezaan warna dalam berfesyen.

    Malah, warna-warna terang bermotifkan luar daripada kebiasaan ini sememangnya menangkap pandangan dan memberikan aura berganda yang memberikan gambaran bahawa si tukang gaya seorang yang bijak, sofistikated, berani dan pandai memancing tumpuan umum.

    Seperti mana corak dan rekaan pakaian, warna juga mengalami perubahan dan transformasi dari semasa ke semasa, sesuai dengan kematangan dan kemajuan pemikiran masyarakat masa kini. Yang sebenarnya mudah untuk menggayakan pakaian yang mempunyai warna kontra asalkan anda tahu teknik padanan rona yang sesuai.

    Aksesori yang digunakan juga boleh menimbulkan impak blocking atau kontra. Ia tidak semestinya pada pakaian malah jam, tas tangan, rantai leher atau gelang juga boleh digayakan dengan warna kontra dengan rona pada pakaian asalkan tidak terlihat padat dan berserabut.

    Jangan takut untuk melakukan percubaan kombinasi warna kerana dengan cara yang betul, ia mampu menghasilkan kelainan pada penampilan dan personaliti diri.

    Bagaimana menjadi penggaya color block yang menarik dan menawan? Ikuti beberapa tips dan perkongsian WOW dalam isu kali ini dan dapatkan juga pandangan umum mengenai fesyen color block masa kini.

    MEMILIH WARNA PAKAIAN

    1.  Kita boleh gayakan sesuatu pakaian tidak melebihi dari 3 warna. Untuk kelihatan lebih menarik dan ceria, gabungkan warna semula jadi seperti putih, coklat krim, kelabu mahupun hitam bersama warna-warna ceria seperti hijau pucuk pisang, biru muda, oren, kuning, jingga, peach, merah jambu mahupun merah. Gabungan ini mampu membuatkan anda nampak lebih ceria & muda.

    Namun yang demikian, jika anda tidak yakin bermain dengan warna, gayakan sahaja 1 warna seterusnya pakai aksesori seperti rantai, gelang mahupun tudung yang lebih menyerlah & warna-warna ceria.

    Contoh penggayaan yang sesuai: baju warna biru, seluar/skirt warna merah & tudung warna kuning atau gabungkan warna tudung merah & biru.

    2.  Jika anda ingin memakai baju bercorak bunga, abstrak dan sebagainya, padankan seluar/skirt corak kosong (plain) warna senada dengan baju. Perlu diingati, jangan sesekali memakai baju corak bunga, seluar & tudung juga bercorak. Apabila semua yang dipakai bercorak, ia hanya akan nampak berserabut. Ini harus di jauhi.
    Contoh penggayaan yang sesuai: baju corak bunga, seluar/skirt dan tudung corak kosong (plain) senada.

    3.  Anda juga boleh menggayakan corak kosong untuk baju, corak garisan lurus untuk seluar dan corak bunga untuk tudung.

    4.  Sebelum memilih warna pakaian, anda kena tahu bentuk tubuh badan terlebih dahulu. Tip berikut memandu anda memilih pakaian mengikut tubuh & warna kulit.


    MEMILIH WARNA PAKAIAN IKUT BENTUK BADAN

     

    1. Badan gempal dan tinggi

    Individu seperti ini sesuai menggayakan baju warna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing.

    Serlahkan juga penampilan dengan corak bunga-bunga kecil. Untuk kelihatan ceria harus bijak bermain dengan warna. Awas, elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga besar kerana ia akan menampakkan kegempalan anda.


    2. Badan kurus dan rendah

    Serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian dan pastinya anda akan kelihatan lebih elegan dan trendy!


    3. Badan kurus dan tinggi


    Anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran anda lebih berisi.

    Wednesday, 25 March 2015

    Bersederhana Itu Lebih Baik

    “Wow mewahnya kereta tu..Mesti mahal kan? ”
    “Besarnya rumah tu…Mesti banyak nak bayar kan?”
    “Canggihnya handphone kau…mesti harga beribu kan?”
    “Kau nak pergi makan di restoran mahal tu ke?”
    “Baju kau ni susah nak dapat..kau beli kat mana?”

    Itulah antara beberapa dialog yang sering kita dengar atau ucap jika kita mengagumi sesuatu harta benda yang kelihatan mewah dan dinilai dengan harga yang sangat mahal serta hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja. Hari ini, manusia tidak pernah puas dengan kehidupan materialnya, sehingga siang malam hidupnya semata-mata untuk dikagumi oleh masyarakat sekeliling. Tidak salah berumah besar ibarat mahligai, tidak salah berkereta mewah, tidak salah berfesyen yang mahal, tetapi apakah berbaloi nanti saat di”audit” oleh Allah SWT kelak di akhirat sana?
    Diri ini juga tidak sempurna, sentiasa memperbaiki diri sendiri dalam setiap perkara. Apa yang ditakut adalah sifat riyak dan membazir yang lahir dari penyakit wahan. Apakah itu penyakit wahan?


    Penyakit Wahan
    Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu wahai Rasulullah?”
    Rasulullah S.A.W menjawab, “CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI”.
    Memang umat benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. Keadaan umat Islam menggambarkan kebenaran sabdaan Rasulullah s.a.w. Baik di kalangan pemimpin mahupun golongan bawahan, di kalangan muda mahupun tua, di kalangan miskin mahupun kaya.
    Penyakit al-wahan ini disebabkan telah rasa cinta kepada harta benda, pangkat, kuasa dan nama. Sifat materialistik telah tertanam dalam jiwa seseorang sehinggalah masyarakat pada hari ini menjadi tamak dan tidak berperikemanusiaan sehingga sanggup berbunuh-bunuhan. Nauzubillah, moga-moga kita di akhir zaman ini terhindar dari penyakit wahan ini.

    Membazir Amalan Syaitan
    Bagaimana mengukur sifat membazir? Bagi saya pembaziran terjadi apabila sesuatu pembelian yang tidak dapat digunakan dalam jangka masa panjang dan tidak berbaloi jika dibandingkan nilai dan penggunaannya. Contohnya, baju kurung yang dibeli dengan harga RM300 sepasang untuk hari raya lama kelamaan susut nilainya, walhal kita boleh membeli baju raya dengan harga RM50-RM100 kerana tujuan utama kita adalah untuk keselesaan dan menutup aurat. Tidakkah itu membazir?
    Pembaziran boleh berlaku dalam tiga keadaan, pembaziran harta, pembaziran tenaga dan pembaziran masa. Janganlah mengamalkan sifat membazir kerana sifat ini merupakan amalan syaitan.
    Firman Allah SWT maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya”.
    Jika kita mengamalkan hidup bersederhana, kelak kita akan menghindari sifat membazir. Umar bin Al-Khattab suatu hari berkunjung ke rumah anaknya: Abdullah. Tiba-tiba beliau melihat sepotong daging. Umar bertanya: “Mengapa ada daging di sini?” Abdullah menjawab: “Aku sedang teringin memakan daging, jadi aku membelinya.” Umar berkata: “Apakah setiap kali teringin sesuatu, engkau terus memakannya? Cukuplah pembaziran yang dilakukan seseorang,setiap kali ia menginginkan sesuatu ia lalu memakannya.”

    Ucapan Sayidina Umar ini patut menjadi pegangan kita. Setiap kali berada di pusat membeli belah, sering-seringlah bertanya kepada diri sendiri, “Apakah saya benar-benar memerlukan barang ini?” Tepuklah dada tanyalah iman.

    Bersedekah
    Bersedekah merupakan salah satu cara untuk kita mengelakkan pembaziran dan juga cara untuk kita mensyukuri nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Pakaian lama, lebihan makanan, barang peribadi yang terlalu banyak dan duit bolehlah kita sedekahkan kepada golongan yang memerlukan. Bersedekah juga ada berkatnya, dan memang betul sedekah boleh menambah rezeki kita.

    “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)
    Bersedekahlah mengikut kemampuan, memberilah secara ikhlas dan tidak mengharapkan balasan. Apabila seseorang itu bersedekah, jiwa akan menjadi tenang dan secara tidak langsung timbul rasa syukur dalam hati dan seseorang itu akan menjalani hidup secara bersederhana. Tidak salah jika kita menetapkan sedekah secara bulanan supaya lama-kelamaan sedekah itu sudah menjadi amalan kebiasaan kita.

    Sifat Qanaah Sifat Terpuji
    Secara literal, Qanaah boleh kita ambil sebagai sifat puas hati atau redha dengan segala nikmat kurniaan Allah. Saya memberikan tafsiran yang mudah iaitu qanaah maksudnya merasa cukup dengan apa kita ada. Cukuplah rumah yang didiami memberikan perlindungan, keselesaan dan ketenangan, bukan merasa mewah apabila berada di dalamnya. Cukuplah kereta yang dimiliki boleh bergerak untuk menuju ke destinasi, bukanlah untuk menimbulkan sifat dengki, cukuplah berpakaian untuk menutup aurat dan selesa bukannya untuk menarik perhatian. Cukuplah dengan harta yang kita ada boleh digunakan untuk berjuang di jalan Islam, bukannya untuk menunjukkan kemegahan.
    Tidak salah untuk menambah harta dan rezeki, untuk hidup lebih selesa. Tetapi ingatlah akan penyakit wahan, janganlah membazir, banyakkanlah bersedekah dan amalkan sifat qanaah. Kelak harta yang banyak akan digunakan dengan cara yang betul dan diredhai oleh Allah.

    “Dan orang yang apabila membelanjakan, mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) bakhil, melainkan di tengah-tengah antara yang demikian” (Surah al-Furqan 25 :67)
    Justeru, amalkanlah hidup sederhana bukan kedekut. Hidup secara bersederhana tidak menahan kita agar tidak berbelanja sama sekali. Definisi yang paling tepat untuk kesederhanaan adalah berbelanja mengikut keperluan,bukan keinginan dan nafsu semata-mata. Saya menulis untuk memberi peringatan kepada diri sendiri, untuk disampaikan kepada generasi seterusnya, bukan untuk membenci dan dibenci.

    Monday, 23 March 2015

    KEHIDUPAN

    Kehidupan merupakan anugerah Tuhan Yang Maha Esa,iaitu ALLAH S.W.T. yang tidak ternilai harganya. Tetapi kebanyakan manusia tidak menggunakan masa hidupnya dengan sebaik mungkin.Sebagai contoh, kita lalai dalam melakukan ketaatan kepada ALLAH, terlalu cintakan dunia, tidak mahu mati kerana terlalu sedih untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
    Selalu kita dengar kata-kata seorang pujangga iaitu :
    “Kumpulkan kekayaan seolah-olah kita hidup di dunia ini selama-lamanya dan beramallah seolah-olah kita akan mati pada hari esok”.
    Kata-kata ini mempunyai maksud yang tersirat disebaliknya. Cuba kita fikirkan kenapa pujangga tersebut mengatakan kita perlu kumpulkan harta kekayaan seolah-olah kita hidup selama-lamanya? Sebabnya ialah ianya merupakan perkara yang penting bagi seseorang manusia.
    Tetapi kita kena ingat,janganlah kita menjadi seorang yang bongkak dan takbur kepada ALLAH dan sekalian makhluknya apabila kita mempunyai kekayaan kerana kekayaan tersebut merupakan pemberian ALLAH kepada kita.Seboleh- bolehnya kita menggunakan harta kekayaan kita untuk membantu golongan miskin.

    Maksud beramal seolah-olah kita akan mati pada hari esok ialah mengumpulkan bekalan untuk dibawa ke alam kubur yakni alam barzakh.Kita lihat gelagat manusia di sekeliling kita adakah mereke sentiasa gembira atau sedih sepanjang kehidupan mereke? Kadangkala kita memikirkan alangkah indahnya kalau Allah memberikan kita harta kekayaan yang melimpah ruah tanpa berusaha.
    Itulah pemikiran manusia yang malas berusaha.Allah Taala telah berfirman dalam al-Quran,Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kalau mereka tidak berusaha untuk mengubahnya.Jelas dalam ayat al-Quran bahawa Allah tidak akan menolong orang yang tidak berusaha untuk mengubah dirinya.

    Justeru itu,segala-galanya terserah pada diri kita sama ada mahu mengubah nasib kita atau tidak.Fikirlah tentang diri anda.Usahalah untuk mengubah hidup anda.


    p/s: Sudi-sudi la uolss singgah kedai online kami  http://www.madeenda.com/  :)

    sumber : http://www.iluvislam.com/inspirasi/10245-kehidupan.html

    Friday, 20 March 2015

    7 Kelebihan zikir bantu teguhkan iman

        
     
    Berzikir ialah satu amalan yang disyariatkan dan sangat dituntut dalam Islam. Ia boleh dilakukan dengan hati atau lidah atau yang sebaik-baiknya adalah dengan kedua-duanya. Zikir merupakan tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan jiwa.

    Sebagaimana yang disebut di dalam surah An-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud,

    Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah ketika kamu berdiri atau duduk , dan ketika kamu berbaring.”

    Zikir juga merupakan bukti keterikatan seorang hamba kepada Penciptanya. Seorang muslim perlu sentiasa membasahkan lidahnya dengan zikir-zikir yang ma’tsur (diambil daripada Al-Quran dan sunnah) seperti zikir selepas solat, zikir pada waktu pagi dan petang serta zikir-zikir yang dibaca berkaitan dengan peristiwa atau sebab yang tertentu.

    Allah SWT sangat menyukai orang yang lidahnya sentiasa basah dengan zikir-zikir memuji Allah. Ganjaran pahala juga telah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang berzikir. Hal tersebut dijelaskan dengan turunnya surah Al-Ahzab ayat 35, maksudnya:

     “Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.

    Menurut Imam al-Nawawi, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya zikir tidak hanya tasbih, tahlil, tahmid dan takbir, bahkan zikir ialah setiap amalan ketaatan yang dilakukan kerana Allah SWT”.

    Dari Rasulullah s.a.w, "Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga." ( H.R Muslim)

    Kelebihan Berzikir

    Antara kelebihan berzikir yang dinyatakan di dalam hadis-hadis yang sahih adalah:

    Pertama:
    majlis zikir merupakan taman syurga di dunia. Daripada Anas bin Malik r.a, beliau meriwayatkan: “ Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Jika kamu melalui taman-taman syurga, maka singgahlah dengan senang. Para sahabat bertanya: Apakah taman-taman syurga itu? Baginda menjawab: halaah-halaqah (kelompok) zikir.” – Hadis hasan riwayat al-Tirmizi.

    Kedua:
    Zikir merupakan benteng daripada gangguan syaitan.

    Ketiga:
    Zikir penghapus dosa dan menyelamatkan daripada azab Allah.

    Keempat:
    Zikir diumpamakan sebagai orang yang hidup.

    Kelima:
    Zikir beroleh pahala.

    Keenam:
    Zikir adalah tanaman syurga.

    Ketujuh:
    Zikir adalah amalan yang paling baik dan paling tinggi darjatnya.


    Wednesday, 18 March 2015

    Rekaan dan Warna Bagi Yang Berbadan Besar

    Siapa kata orang yang memiliki bentuk badan yang besar/gempal tidak boleh berfesyen. Kenyataan ini ternyata silap kerana fesyen tidak membataskan atau menghadkan pengikutnya asalkan anda seorang yang mengikuti arus fesyen terkini dan bijak memilih fesyen yang sesuai dengan penampilan anda.

    Ingat, bukan semua orang mampu membawa fesyen seiring dengan peredaran zaman. Ada yang mengatakan berfesyen hanya untuk mereka yang memiliki bentuk badan yang menarik bak peragawati. Ini kerana kebanyakkan pakaian yang terjual lebih fokus bagi mereka yang memiliki bentuk badan yang kecil dan tinggi.



    Ada juga yang berpendapat bahawa fesyen di Malaysia ini terikut-ikut dengan fesyen dari negara barat cuma ia diubah mengikut budaya timur namun ciri-ciri fizikal pakaian terutamanya ketinggian lebih kearah saiz masyarakat di negara barat yang lebih tinggi berbanding dengan orang Asia Tenggara yang kebanyakkan memiliki ketinggian yang rendah.

    Bagi anda yang berbadan besar/gempal, jangan seringkali berputus asa dengan fesyen yang ingin anda tampilkan kerana  anda juga boleh berfesyen asalkan kena pada rekaan dan warna yang dipilih.



    Rekaan yang sesuai untuk anda adalah rekaan yang mempunyai potongan paras bawah dada atau empire cut, rekaan yang bawahnya kembang dan tidak mengikut bentuk badan.


    Pemilihan warna pula haruslah yang gelap dan corak menegak dan kecil. Ini akan membuatkan anda kelihatan kurus dan tinggi. Pemilihan fabrik juga penting kerana fabrik yang kasar akan membuatkan penampilan anda kaku, jadi pilihlah fabrik yang lembut.

    sumber: MAJALAH NUR

    Monday, 16 March 2015

    Kisah Kejayaan Datuk Jimmy Choo




    Kisah Kejayaan Datuk Jimmy Choo
    • Dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Pahang atas kejayaannya dalam bidang fesyen.
    • Mendapat anugerah gelaran ‘Profesor’ oleh University of the Arts London atas sumbangannya dalam bidang fesyen.
    • Merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah “Order of the British Empire” OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth II pada tahun 2002.
    • Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang juga membawa gelaran Dato’.
    Siapa yang tidak kenal dengan figura terkenal ini?
    Nama Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau mendapat ilham dan inspirasi rekaannya daripada alam semula jadi seperti pokok dan bunga dan juga dari keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di tempat-tempat yang dilawatinya. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya berasa selesa dan selamat walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi.

    Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut. Beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa.
    Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pembelajaran beliau pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun. Menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. Pada tahun pertama, bapanya menanggung pengajiannya tetapi untuk 3 tahun yang seterusnya, beliau melakukan kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut demi mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya.
    Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot.
    Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, dia terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa. Pada tahun 1996, beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Pada April 2001, Choo menjual pegangan 50% dalam syarikat dengan harga sebanyak £ 10 juta untuk menumpukan kerja-kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd
    .
    Kini jenama Jimmy  Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes. Banyak orang terkenal memakai dan menempah kasut beliau. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The Devils Wear Prada (kasut dipakai oleh Meryl Streep) dan In Her Shoes (kasut digayakan oleh Cameron Diaz). Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes (Cameron Diaz).


    STAIL PENGURUSAN
    Datuk Jimmy Choo adalah pengurus atasan. Beliau bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo Ltd. Beliau juga yang menubuhkan syarikat beliau sendiri dari hasil titik peluhnya. Sebagai pereka kasut dan beg tangan, beliau juga perlu memilih saluran komunikasi yang paling berkesan untuk memasarkan rekaan-rekaan terbarunya.
    Peranan Jimmy Choo dalam stail pengurusan syarikatnya boleh ditafsirkan mengikut Mintzberg iaitu dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, dalam hubungan interpersonal iaitu sebagai ketua, pemimpin dan orang yang berhubung dengan pihak luar. Sebagai ketua, Datuk Jimmy Choo perlu melaksanakan tugas yang simbolik iaitu tugas-tugas yang bersifat sosial dan melayan pelanggan. Contohnya, Jimmy Choo melayan permintaan Puteri Diana secara peribadi untuk mendapat rekaan kasut yang terbaik mengikut cita rasa Puteri Diana. Oleh itu jugalah Jimmy Choo merupakan pereka kasut yang diminati oleh Puteri Diana semasa hayatnya di atas stail pengurusan Jimmy Choo yang berorientasikan pelanggan.

    Kedua, Jimmy Choo juga bertindak sebagai pemberi maklumat iaitu memantau dalam syarikatnya, sebagai penyebar dan jurucakap. Sebagai penyebar, beliau perlu mengeluarkan memo mengenai keluaran-keluaran baru butiknya, membuat promosi, menawarkan diskaun, memberi perkhidmatan yang istimewa dan sebagainya bagi menarik minat pelanggan. Manakala sebagai jurucakap pula, Jimmy Choo perlu mengeluarkan kenyataan di media-media sama ada media massa, media cetak mahu pun media elektronik mengenai barang keluarannya.
    Jika terdapat sebarang pertikaian mengenai barangannya juga, beliau perlu mengadakan media konferensi untuk menyelesaikan konflik tersebut. Sebagai contoh, Datuk Jimmy Choo mendapat anugerah OBE iaitu “Order of the British Empire” daripada Permaisuri England, Queen Elizabeth II. Dalam sebuah temu ramah, Datuk Jimmy menceritakan dia membaca perutusan daripada Queen Elizabeth untuk menerima anugerah tersebut sambil tangannya terketar ketar. Namun, hasil kesungguhan beliau yang selama ini menubuhkan syarikatnya membuat beliau berkeyakinan untuk menerima anugerah tersebut.

    Ketiga, Jimmy Choo merupakan pembuat keputusan di dalam butik atau syarikatnya. Beliau adalah usahawan iaitu beliau perlu memikirkan apa yang terbaik untuk syarikatnya, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan yang ramai dan cara untuk menjaga kualiti barangan rekaannya. Beliau juga bertindak sebagai penyelesai gangguan dalam syarikat. Contohnya, jika ekonomi merosot beliau perlu memikirkan cara-cara untuk mengatasinya. Beliau juga turut berperanan sebagai pengagih sumber iaitu langkah-langkah untuk membelanjakan sumber ke arah mana sama ada ke bahagian pemasaran atau pun bahagian pengurusan dan bahagian-bahagian lain. Sebagai pembuat keputusan, beliau turut mengambil peranan sebagai perunding. Beliau perlu berunding dengan pihak-pihak luar mengenai cita rasa mereka untuk menghasilkan rekaan yang terbaik. Beliau juga akan memberi pendapat beliau kepada pelanggannya mengenai kasut yang sesuai dengan pelanggan tersebut. Peranan Jimmy Choo sebagai perunding amat penting kepada pelanggannya untuk mereka membuat keputusan.


    CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUS SYARIKAT
    Setiap perniagaan yang dimulakan mesti ada cabarannya dan rintangannya sendiri. Begitu juga dengan syarikat Jimmy Choo sendiri. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa diharungi oleh Datuk Jimmy sebelum mencipta kejayaan gemilang dalam bidang yang diceburinya.

    Permulaan kisah beliau bermula apabila Jimmy Choo ingin meneruskan pelajaran di London selama empat tahun. Selepas meyakini ayahnya, iaitu Kee Yin untuk membiayai yuran untuk tahun pertama beliau belajar di London, beliau pun belajar dengan bersungguh-sungguh. Kursus yang beliau ambil adalah selama empat tahun dan beliau perlu bekerja untuk membiayai kehidupan dan yuran selama tiga tahun. Oleh itu, beliau pun bekerja sambilan sebagai pencuci di sebuah restoran dan kilang kasut untuk membiayai kehidupannya di sana.

    Selepas tamat pengajian di London, Datuk Jimmy mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan di Malaysia. Beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan terus bertahan. Pada tahun keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot, sehingga pada satu masa dia terpaksa hidup dengan hanya memakan mi segera.

    Namun, selepas empat tahun berlalu, nasib beliau berubah. Ditakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan Jimmy Choo lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo terus melonjak dan jualannya menjulang ke langit. Kini Jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia.

    Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy, namun berkat kesungguhan beliau dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya menyebabkan jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Terlalu banyak cabaran yang dilalui walaupun amat susah, namun Jimmy Choo mempunyai semangat yang sangat kuat untuk mengharunginya. Oleh itu, setiap cabaran merupakan sebuah langkah permulaan kepada kejayaan.

    Walaupun beliau mengecapi kejayaan dan menikmati hidup yang mewah di London, namun hati beliau tetap di Malaysia. Ini dapat dilihat ketika beliau berucap di majlis-majlis umum di mana beliau sentiasa bercerita tentang Malaysia dengan penuh semangat. Malaysia masih menjadi pilihan utamanya sebagai tempat percutian. Antara sebab-sebab beliau memilih Malaysia adalah kerana keramahan masyarakat Malaysia sendiri dan juga pantai-pantai di Pulau Langkawi yang cantik dan tidak tercemar serta alam sekitarnya yang tenang. Beliau juga pasti tidak melepaskan peluang untuk menikmati juadah tempatan setiap kali beliau pulang ke tempat asalnya di Pulau Pinang. Beliau juga gemar melawat Kuala Lumpur. Pada pandangannya, kota yang sedang membangun dengan pesat ini mempunyai suasana yang penuh bertenaga serta turut menawarkan barangan pada harga yang berpatutan.

    Beliau boleh dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya memperkenalkan nama Malaysia di dunia fesyen serta sentimen patriotik yang sentiasa diluahkan nya ketika berucap tentang negaranya. Secara berjenaka beliau pernah berkata, ingin dikenang sebagai seorang dewa kasut seperti Wah Toi, seorang dewa kasut dalam masyarakat Cina yang dipuja oleh Persatuan Pembuat Kasut Cina dari bahagian timur dunia. Pada hakikatnya, beliau sudah dianggap sebagai seorang dewa kasut memandangkan kasut rekaannya menjadi kegemaran pencinta-pencinta fesyen dan diiktiraf oleh dunia fesyen sejagat.

    Baru-baru ini beliau bersama-sama duta makanan Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah dianugerahkan Anugerah Khas Kementerian Pelancongan kerana mempromosikan Malaysia di luar negara. Kedua-duanya menerima trofi daripada Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen di Anugerah Pelancongan Malaysia 2010 dan 2011 yang disaksikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun.

    Beliau kini terlibat dalam projek untuk menubuhkan sebuah institut pembuatan kasut di Malaysia, di mana status ikonik beliau sering membangkitkan inspirasi kepada pembuat kasut tunas dan pereka fesyen.

    sumber: http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/kisah-kejayaan-datuk-jimmy-choo.html#

    Friday, 13 March 2015

    25 Pintu Pahala & Penghapus Dosa

    Sentiasa berdoa dan mohon keampunan dari-Nya.
    Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Namun setiap daripada dosa itu ada cara untuk menghapusnya. Terdapat banyak amalan yang boleh dilakukan untuk meleburkannya. Di samping itu, berdoa dan mohonlah kepada Allah S.W.T yang maha pengasih dan penyayang agar setiap dosa itu diampunkan. Antara amalan yang boleh dilakukan adalah:
    1. Taubat.
     "Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan mengampuninya" HR. Muslim. "Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menerima taubat seorang hamba selama roh belum sampai ketenggorokan."

    2. Keluar untuk menuntut ilmu.
     "Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya dengan (ilmu) itu jalan menuju syurga" HR. Muslim.

    3. Sentiasa mengingati Allah.
    "Inginkah kalian aku tunjukkan kepada amalan-amalan yang terbaik, tersuci di sisi Allah, tertinggi dalam tingkatan derajat, lebih utama daripada mendermakan emas dan perak, dan lebih baik daripada menghadapi musuh lalu kalian tebas batang lehernya, dan merekapun menebas batang leher kalian. Mereka berkata: "Tentu", lalu beliau bersabda: ( Zikir kepada Allah Ta`ala )" HR. At Turmidzi.

    4. Berbuat yang makruf dan menunjukkan jalan kebaikan. 
    "Setiap yang makruf adalah shadaqah, dan orang yang menunjukkan jalan kepada kebaikan (akan mendapat pahala) seperti pelakunya" HR. Bukhari.

    5. Berdakwah kepada Allah
    "Barangsiapa yang mengajak (seseorang) kepada petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun." HR. Muslim

    .6. Mengajak yang makruf dan mencegah yang mungkar.
     "Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, jika ia tidak mampu (pula) maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman." HR. Muslim.

    7. Membaca al-Quran. 
    "Bacalah al-Quran, karena sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafaat kepada pembacanya" HR. Muslim.

    8. Mempelajari al-Quran dan mengajarkannya. 
    "Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya" HR. Bukhari.

    9. Menyebarkan salam.
     "Kalian tidak akan masuk syurga sehingga beriman, dan tidaklah kalian beriman (sempurna) sehingga berkasih sayang. Maukah aku tunjukkan suatu amalan yang jika kalian lakukan akan menumbuhkan kasih sayang di antara kalian? (iaitu) sebarkanlah salam" HR. Muslim.

    10. Mencintai kerana Allah. 
    "Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat: ((Di manakah orang-orang yang mencintai karena keagungan-Ku? Hari ini Aku akan menaunginya dalam naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan selain naungan-Ku))" HR. Muslim.

    11. Melawat orang sakit.
    "Tiada seorang Muslim pun menziarahi orang muslim yang sedang sakit pada pagi hari kecuali ada 70.000 malaikat bershalawat kepadanya hingga petang hari, dan apabila ia menjenguk pada petang harinya mereka akan shalawat kepadanya hingga pagi hari, dan akan diberikan kepadanya sebuah taman di surga" HR. Tirmidzi.

    12. Membantu melunaskan hutang.
    "Barangsiapa meringankan beban orang yang dalam kesulitan maka Allah akan meringankan bebannya di dunia dan di akhirat" HR. Muslim.

    13. Menutup aib orang lain.
    "Tidaklah seorang hamba menutup aib hamba yang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat" HR. Muslim.

    14. Menyambung silaturahim.
    "Silaturahim  itu tergantung di Arasy (Singgasana Allah) seraya berkata: "Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambung hubungan dengannya, dan barangsiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya"HR. Bukhari dan HR. Muslim.

    15. Berakhlak yang baik.
    "Rasulullah S.A.W ditanya tentang apa yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka beliau menjawab: "Bertakwa kepada Allah dan berbudi pekerti yang baik" HR. Tirmidzi.

    16. Jujur.
    "Hendaklah kalian berlaku jujur karena kejujuran itu menunjukkan kepada kebaikan, dan kebaikan menunjukkan jalan menuju syurga" HR. Bukhari.

    17. Menahan marah.
     "Barangsiapa menahan marah padahal ia mampu menampakkannya maka kelak pada hari kiamat Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai" HR. Tirmidzi.

    18. Membaca doa penutup majlis. 
    "Barangsiapa yang duduk dalam suatu majlis dan banyak terjadi di dalamnya kegaduhan lalu sebelum berdiri dari duduknya ia membaca doa:(Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji-Mu aku bersaksi bahwa Tidak ada Ilah (Tuhan) yang berhak disembah kecuali Engkau, aku memohon ampun dan bertobat kepada-Mu) melainkan ia akan diampuni daripada dosa-dosanya selama ia berada di majlis tersebut" HR. Tirmidzi.

    19. Sabar.
    "Tidaklah suatu musibah menimpa seorang Muslim baik berupa malapetaka, kegundahan, rasa letih, kesedihan, rasa sakit, kesusahan sampai-sampai duri yang menusuknya kecuali Allah akan melebur dengannya kesalahan-kesalahannya" HR. Bukhari.

    20. Berbakti kepada orang tua.
     "Sangat celaka, sangat celaka, sangat celaka...! Kemudian ditanyakan: Siapa ya Rasulullah?, beliau bersabda: (Barangsiapa yang mendapati kedua orang tuanya atau salah satunya di masa lanjut usia kemudian ia tidak bisa masuk syurga)" HR. Muslim.

    21. Berusaha membantu janda dan miskin. 
    "Orang yang berusaha membantu para janda dan fakir miskin sama halnya dengan orang yang berjihad di jalan Allah" dan saya (perawi) mengira beliau berkata: Dan seperti orang melakukan qiamullail yang tidak pernah jenuh, dan seperti orang berpuasa yang tidak pernah berbuka" HR. Bukhari.

    22. Menanggung beban hidup anak yatim.
     "Saya dan penanggung beban hidup anak yatim itu di syurga seperti begini," seraya beliau menunjukkan kedua jarinya: jari telunjuk dan jari tengah. HR. Bukhari.

    23. Wuduk. 
    "Barangsiapa yang berwuduk, kemudian ia memperbagus wuduknya maka keluarlah dosa-dosanya dari jasadnya, hingga keluar dari ujung kukunya" HR. Muslim.

    24. Bersyahadah setelah berwuduk.
     Barangsiapa berwuduk lalu memperbagus wuduknya kemudian ia mengucapkan:(Saya bersaksi bahwa tiada Tuhan yang haq selain Allah tiada sekutu bagi-Nya, dan saya bersaksi bahawa Muhammad hamba dan utusan-Nya,Ya Allah jadikanlah aku termasuk orang yang bertobat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bersuci)," maka dibukakan baginya pintu-pintu surga dan ia dapat memasukinya dari pintu mana saja yang ia kehendaki" HR. Muslim.

    25. Mengucapkan doa setelah azan. 
    "Barangsiapa mengucapkan doa ketika ia mendengar seruan azan:Ya Allah pemilik panggilan yang sempurna dan solat yang ditegakkan, berilah Muhammad wasilah (darjat paling tinggi di syurga) dan kelebihan, dan bangkitkanlah ia dalam kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya maka ia berhak mendapatkan syafaat pada hari kiamat"HR. Bukhari.

    sumber: MAJALAH NUR

    Thursday, 12 March 2015

    Kisah Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

    Banyak yang diperkatakan mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’. 
    Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari dilahirkan ke dalam keluarga kelas pertengahan rendah di utara Semenanjung Malaysia. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Baru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s. Pendidikan yang tertinggi adalah hanya sehingga tingkatan lima, dan dia tidak pernah pergi ke universiti. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak mempunyai pengetahuan. Banyak pengetahuan dan pengalaman beliau telah diperoleh melalui pengalaman keusahawanan sendiri semasa mudanya.

    Disebabkan oleh latar belakang keluarga yang miskin, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari terpaksa melangkah ke dunia bekerja dalam kehidupan awal beliau, pada masa yang sama mengikuti pengajian rendah dan menengah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasaran dan juga menjual roti canai. Pengetahuan angka beliau digunakan untuk membantu bapanya dalam melakukan buku simpanan harian. 

    Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu bapanya dalam perniagaan lembu penternakan tetapi hanya untuk melihat perniagaan itu muflis akibat penyakit kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, beliau mengambil alih perniagaan dan mula semula dengan menjual daging. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

    Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar kemudian menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

    Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

    Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

    Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha beliau kepada bidang yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.Kejayaannya dapat dilihat dengan penguasaan sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993. Beliau juga telah berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan selama 30 tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Seaport memiliki 60 peratus daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai pemegang saham yang terbesar. Beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana kejayaannya mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya menguruskan pelabuhan tersebut menjadi satu pelabuhan yang cergas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. PTP berjaya menarik minat syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan akan memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Ia merupakan satu projek yang akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hak perkapalan yang termaju di rantau ini.

    Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Secara persendirian, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga memiliki SKS Ventures Sdn. Bhd di mana beliau telah diberi tanggungjawab menjalankan projek membina 2100MW tapak ‘gas-fired‘ di Tanjung Bin, Johor. Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam PERNAS di mana Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memiliki 32% saham melalui syarikat Restu Jerneh. Beliau juga turut memiliki kepentingan di dalam Fiamma Holdings Berhad di mana terdapat 18.68% saham diperoleh melalui Syarikat Perdana Padu Sdn Bhd dan Corak Kukuh Sdn Bhd miliknya. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad di mana beliau merupakan pemegang saham secara individu sebanyak 7.34 %. 


    Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia. Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM775 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu. 
    Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.

    Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.


    p/s: semoga kejayaan beliau menjadi inspirasi kita semua untuk berjaya...

    sumber:
    http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/rahsia-kejayaan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html

    Wednesday, 11 March 2015

    Hari Wanita Antarabangsa 2015

    Assalamualaikum..

    Rasanya masih belum terlambat untuk admin mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa 2015 yang disambut pada 8 Mac pada setiap tahun.Hari Wanita Antarabangsa bertujuan untuk memberikan rasa hormat, penghargaan dan juga rasa cinta terhadap wanita. Selain itu, ianya adalah untuk menghargai pencapaian wanita dalam bidang ekonomi, politik dan juga sosial. 




    Pada tahun ini, United Nations (UN)  telah menetapkan tema Hari Wanita Antarabangsa iaitu “Empowering Women, Empowering Humanity: Picture it!”. Tema ini berdasarkan Beijing Declaration and Platform for Action 20 tahun yang lalu dimana 189 negara telah menandatangani agenda untuk memberi kesedaran tentang hak wanita. 

    Hal ini membolehkan kaum wanita bebas membuat pilihan, contohnya seperti mengambil bahagian dalam bidang politik, bekerja, mendapatkan pendidikan, dan hidup dalam suasana bebas dari keganasan dan diskriminasi terhadap wanita. 

    Jadi marilah kita menghargai kaum wanita disekeliling kita sama ada ibu, isteri, kekasih ataupun rakan wanita kita agar mereka rasa dihargai pada Hari Wanita Antarabangsa ini Pastikan anda menggunakan hashtag #MakeItHappen setelah memahami maksud hari istimewa untuk wanita ini.

     





    sumber: http://blog.e-sentral.com/hari-wanita-antarabangsa-2015-8-mac/

    KETAHUI SIFAT-SIFAT ISTERI SOLEHAH

    Allah SWT  berfirman: “Wanita (isteri ) solehah  adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka.” (Surah An-Nisa: 34)

    Dalam ayat yang mulia di atas disebutkan di antara sifat wanita solehah  adalah taat kepada Allah dan kepada suaminya dalam perkara yang ma‘ruf lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

    Asy-Syaikh Abdurrahman bin Nashir As-Sa‘di t berkata:

    “Tugas seorang isteri  adalah menunaikan ketaatan kepada Rabbnya dan taat kepada suaminya, kerana  itulah Allah berfirman: “Wanita solehah  adalah yang taat,” yakni taat kepada Allah, “Lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada.” Yakni taat kepada suami mereka bahkan ketika  suaminya tidak ada (sedang bepergian), dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.”  (Taisir Al-Karimir Rahman, hal.177)


    Ketika Rasulullah  menghadapi permasalahan dengan isteri -isteri nya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT  menyatakan kepada Rasul-Nya:

    “Jika sampai Nabi menceraikan kalian,  mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri -isteri  yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat, taibat, ‘abidat, saihat  dari kalangan janda ataupun gadis.”  (Surah At-Tahrim: 5)


    Dalam ayat yang mulia di atas disebutkan beberapa sifat isteri  yang solehah  iaitu :
    • Muslimat: wanita-wanita yang ikhlas (kepada Allah), tunduk kepada perintah Allah ta‘ala dan perintah Rasul-Nya.
    • Mukminat: wanita-wanita yang membenarkan perintah dan larangan Allah SWT.
    • Qanitat: wanita-wanita yang taat
    • Taibat: wanita-wanita yang selalu bertaubat daripada dosa-dosa mereka, selalu kembali kepada perintah (perkara yang ditetapkan) Rasulullah s.a.w. walaupun harus meninggalkan apa yang disenangi oleh hawa nafsu mereka.
    • Abidat: wanita-wanita yang banyak melakukan ibadah kepada Allah  (dengan mentauhidkannya kerana  semua yang dimaksudkan dengan ibadah kepada Allah  di dalam Al-Quran adalah tauhid, kata Ibnu Abbas).
    • Saihat: wanita-wanita yang berpuasa.  (Al-Jami‘ li Ahkamil Qur’an, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132).
    Rasulullah s.a.w.  menyatakan: “Apabila seorang wanita solat lima waktu, puasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad 1/191, disahihkan Asy-Syaikh Albani t dalam Shahihul Jami’ no. 660, 661).


    sumber: MAJALAH NUR