Jika sebelum ini, pilihan-pilihan tudung seperti Syria,
pashmina, bawal yang menjadi ikutan, tiba masa untuk ‘glitter shawl’
pula menjadi trend
terkini untuk dunia fesyen wanita muslimah. Siapa yang tidak pernah
dengar mengenainya… pergi sahaja ke butik-butik tudung, malah di
kedai-kedai biasa pun ada terjual selendang ini. Bagi anda yang sudah
memiliki koleksi selendang ini, mari baca untuk tahu cara sesuai
mengayakan selendang berkilau ini.
Tidak seperti selendang lain, selendang ‘glitter’ ini agak menarik
perhatian ramai apabila anda mengenakannya. Ini kerana, fabriknya yang
penuh berkilau melitupi keseluruhan permukaan tudung. Pasti sahaja tidak
semua berani menggayakan tudung ini. Jika silap cara, anda mungkin akan
dilihat seperti pokok Kristmas pula.
Sedar atau tidak, penampilan seseorang akan kelihatan agak berat dengan
selendang ini dan mungkin juga ada yang berpendapat bahawa tudung ini
hanya sesuai digayakan ketika ke majlis tertentu sahaja. Akan tetapi,
kenyataan ini tidak benar sama sekali. Jika anda ingin mengenakan
selendang ini untuk ke kelas, pastikan warna selendang bukanlah daripada
warna-warna panas seperti merah, gold, silver,
atau kuning. Warna-warna ini sudah pun mempunyai kekuatannya tersendiri
ditambah apabila dipadankan dengan fabrik ‘glitter’ ini, penampilan
untuk ke kelas dilihat kurang sesuai. Sebaliknya pilihlah warna pastel
seperti biru laut dan cream.
Pastikan juga baju anda tidak mempunyai corak yang keterlaluan. Ia
bakal mencacatkan keseluruhan penampilan anda. Elakkan juga dari memakai
perhiasan tangan yang sarat serta warna baju yang terlampau terang.
Anda pasti tahu mengapa. Pemilihan baju berasaskan warna gelap adalah
pilihan yang sesuai.
Khas buat anda yang ingin menggayakan selendang ini ke majlis-majlis tertentu, penggunaan warna-warna mewah seperti gold, silver
dan merah hati, adalah pilihan yang tepat. Hal ini kerana ia bakal
menaikkan seri anda sekali gus menjadikan anda perhatian ramai. Tetapi,
awas! Jika selendang sudah bergemerlapan, pastikan baju anda tidak
mengadungi unsur-unsur yang sama. Penampilan anda akan kelihatan sangat
berat dan mungkin juga ada yang akan sakit mata apabila melihat anda
nanti. Maklumlah, dari atas hingga ke bawah dipenuhi dengan kilauan.
Sebaliknya cuba untuk meminimakan pemakaian baju yang sarat juga
aksesori yang pelbagai.
Jika anda pernah mendengar ungkapan, ‘simple is better’, ha..mari kita bergaya simple dengan ‘glitter shawl’ ini.
sumber: Majalah Dara
>> www.madeenda.com
No comments:
Post a Comment