Kecantikan yang ditampilkan melalui penggunaan kosmetik
bukanlah bersifat hakiki. Ada kala ia mengundang bahaya. Ayuh ikuti
petua untuk cantik, segar dan sihat secara Islami. Ia membantu
menyerlahkan kecantikan diri anda dari luar dan dalam.
1-Amalkan meminum air teh ‘o’ setiap pagi sebelum menjamah sarapan pagi. Amalan ini boleh menurunkan berat badan secara peringkat demi peringkat.
2-Untuk melansingkan badan, amalkan mandi pagi iaitu sebelum Subuh. Amalan ini mampu mengurangkan lemak berkumpul dalam badan dan mampu menguruskan badan.
3-Ikut cara Rasulullah SAW iaitu meminum segelas air sejuk setiap pagi. Ini boleh mengelakkan anda terkena penyakit yang boleh menghilangkan seri.
4-Bagi yang mempunyai masalah migrain, amalkan sesudah Solat Subuh kita sujud selama lima minit. Ia mampu menyembuhkan penyakit migrain berikutan edaran darah yang betul kepada otak dan kepala.
5-Makanlah dengan menggunakan tangan kerana dikatakan enzime banyak terkandung dicelahan jari, dan ezime-enzime ini mampu mencernakan usus dan penghadaman.
6-Selalulah berwudhuk’. Ia mampu menaikkan seri wajah tanpa perlu bersolek tebal.
7-Amalkan meminum air masak yang mencukupi iaitu 8 hingga 10 gelas setiap hari. Pengambilan air putih mencukupi mampu menghilangkan wajah kusam dan kulit menjadi lebih lembut.
8-Elakkan mengambil kafein berlebihan kerana ia boleh menjadikan kulit wajah lebih kering.
9-Bagi yang bertudung, jagalah rambut dengan rapi dan jangan biarkan ia menjadi kering atau rosak.
10-Bijak tangani tekanan dan banyakkan beristighfar. Cara ini membantu anda untuk terus awet muda dan memiliki jiwa yang tenang.
p/s: Sudi-sudi la uolss singgah kedai online kami yea http://www.madeenda.com/ :)
sumber:MAJALAH NUR
No comments:
Post a Comment