Berzikir ialah satu amalan yang disyariatkan dan sangat
dituntut dalam Islam. Ia boleh dilakukan dengan hati atau lidah atau
yang sebaik-baiknya adalah dengan kedua-duanya. Zikir merupakan tugas
harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan
jiwa.
Sebagaimana yang disebut di dalam surah An-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud,
“Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, maka
hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah ketika kamu berdiri atau
duduk , dan ketika kamu berbaring.”
Zikir juga merupakan bukti keterikatan seorang hamba kepada
Penciptanya. Seorang muslim perlu sentiasa membasahkan lidahnya dengan
zikir-zikir yang ma’tsur (diambil daripada Al-Quran dan sunnah) seperti
zikir selepas solat, zikir pada waktu pagi dan petang serta zikir-zikir
yang dibaca berkaitan dengan peristiwa atau sebab yang tertentu.
Allah SWT sangat menyukai orang yang lidahnya sentiasa basah dengan
zikir-zikir memuji Allah. Ganjaran pahala juga telah dijanjikan oleh
Allah kepada orang yang berzikir. Hal tersebut dijelaskan dengan
turunnya surah Al-Ahzab ayat 35, maksudnya:
“Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.”
Menurut Imam al-Nawawi, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya zikir tidak
hanya tasbih, tahlil, tahmid dan takbir, bahkan zikir ialah setiap
amalan ketaatan yang dilakukan kerana Allah SWT”.
Dari Rasulullah s.a.w, "Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah
hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar
di dalam syurga." ( H.R Muslim)
Kelebihan Berzikir
Antara kelebihan berzikir yang dinyatakan di dalam hadis-hadis yang sahih adalah:
Pertama:
majlis zikir merupakan taman syurga di dunia. Daripada Anas
bin Malik r.a, beliau meriwayatkan: “ Sesungguhnya Rasulullah s.a.w
bersabda: Jika kamu melalui taman-taman syurga, maka singgahlah dengan
senang. Para sahabat bertanya: Apakah taman-taman syurga itu? Baginda
menjawab: halaah-halaqah (kelompok) zikir.” – Hadis hasan riwayat
al-Tirmizi.
Kedua:
Zikir merupakan benteng daripada gangguan syaitan.
Ketiga:
Zikir penghapus dosa dan menyelamatkan daripada azab Allah.
Keempat:
Zikir diumpamakan sebagai orang yang hidup.
Kelima:
Zikir beroleh pahala.
Keenam:
Zikir adalah tanaman syurga.
Ketujuh:
Zikir adalah amalan yang paling baik dan paling tinggi darjatnya.
No comments:
Post a Comment