Kehidupan merupakan anugerah Tuhan Yang
Maha Esa,iaitu ALLAH S.W.T. yang tidak ternilai harganya. Tetapi
kebanyakan manusia tidak menggunakan masa hidupnya dengan sebaik
mungkin.Sebagai contoh, kita lalai dalam melakukan ketaatan kepada
ALLAH, terlalu cintakan dunia, tidak mahu mati kerana terlalu sedih
untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
Selalu kita dengar kata-kata seorang pujangga iaitu :
“Kumpulkan kekayaan seolah-olah kita hidup di dunia ini selama-lamanya dan beramallah seolah-olah kita akan mati pada hari esok”
.
Kata-kata
ini mempunyai maksud yang tersirat disebaliknya. Cuba kita fikirkan
kenapa pujangga tersebut mengatakan kita perlu kumpulkan harta kekayaan
seolah-olah kita hidup selama-lamanya? Sebabnya ialah ianya merupakan
perkara yang penting bagi seseorang manusia.
Tetapi
kita kena ingat,janganlah kita menjadi seorang yang bongkak dan takbur
kepada ALLAH dan sekalian makhluknya apabila kita mempunyai kekayaan
kerana kekayaan tersebut merupakan pemberian ALLAH kepada kita.Seboleh-
bolehnya kita menggunakan harta kekayaan kita untuk membantu golongan
miskin.
Maksud beramal seolah-olah
kita akan mati pada hari esok ialah mengumpulkan bekalan untuk dibawa ke
alam kubur yakni alam barzakh.Kita lihat gelagat manusia di sekeliling
kita adakah mereke sentiasa gembira atau sedih sepanjang kehidupan
mereke? Kadangkala kita memikirkan alangkah indahnya kalau Allah
memberikan kita harta kekayaan yang melimpah ruah tanpa berusaha.
Itulah
pemikiran manusia yang malas berusaha.Allah Taala telah berfirman dalam
al-Quran,Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kalau mereka
tidak berusaha untuk mengubahnya.Jelas dalam ayat al-Quran bahawa Allah
tidak akan menolong orang yang tidak berusaha untuk mengubah dirinya.
Justeru
itu,segala-galanya terserah pada diri kita sama ada mahu mengubah nasib
kita atau tidak.Fikirlah tentang diri anda.Usahalah untuk mengubah
hidup anda.
p/s: Sudi-sudi la uolss singgah kedai online kami http://www.madeenda.com/ :)
sumber : http://www.iluvislam.com/inspirasi/10245-kehidupan.html
No comments:
Post a Comment