Amanah Menghambatku
Bingkisan
kali ini lebih kepada peringatan kepada diri ini. Terimbau
terngiang-ngiang saat itu. kata-kata ini bergema memenuhi runag dewan
pada pagi itu,
“Untuk jawatan……… disandang oleh ………………………………”.
Tika
itu semua mata memandang ke depan mencari-cari pemilik nama yang
disebalik namanya bererti ‘kegembiraan’. Orang lain kelihatan gembira,
tetapi tidak pada pemilik nama itu. Debar dihatinya hanya pemilik hati
ini yang Maha Mengetahui. Melangkah kaki tanpa sikit pun menoleh kiri
kanan hanya mata tertumpu melangkah ke depan.
Saat itu hanya Allah mengerti betapa hati ini berbaur rasa. Ini jalan yang dipilih. Tiada lagi istilah mengundur atau turning back mahupun U-Turn .
Yang ada hanya satu iaitu mengalas tanggungjawab hingga ke akhir mercu.
Pada awal, berdiri di depan ramai umat manusia pertama-tamanya tentu
berasa gemuruh, namun lama kelamaan jika perasaan itu dilontar jauh
pasti kegusaran itu dapat diatasi dengan mudah. Semuanya bermula dengan
‘mind setting’ kita sendiri.
Ya, mind setting’. Boleh
kita ambil umpama seorang yang demam, bila demamnya itu
diberat-beratkannya, mukanya dipermuram-muramkan nescaya demam akan
bertambah tetapi kalau dilawannya dengan berkata “Ah, aku tidak demam”, dengan sendirinya demam itu beransur hilang sebelum pun sempat menjadi berat.
Begitu
juga seorang pengecut, cubalah lawan perangai itu walaupun hati
berdebar-debar. Jalankan akal, apa sebabnya saya takut begini? Mula-mula
pastinya jantung berdebar tika cuba memberani-beranikan diri tetapi
nanti setelah menjadi kebiasaan debar jantung itu akan hilang sendiri.
Jika
hendak melatih diri agar punya keberanian sengajakan diri menempuh
bahaya yang ngeri seperti mengukur hebatnya seorang pelayar lihatlah
lautan yang dilalui, ditempuhnya lautan ketika ombak dan gelombang besar
maka tentu berani itu dalam kalbunya.
Jangan Bermegah, Laksana Amanah
“Amboi dah jadi exco sekarang dah mula berlagak ye. Bangga, sombong, ujub ……” Antara lafaz kata seorang pensyarah kepada diriku dengan niat gurauan.
Namun
di sebalik gurauan itu memberi makna tersirat yang menyentak pemikiran
lalu menyentuh kalbuku. Itu bukan sekadar gurauan tetapi berupa
peringatan. Sifat ujub bangga antara sifat yang merosakkan bukan sahaja
hati tapi seluruh kehidupan pengamalnya.
Merasa puas diri sendiri.
Merasa puas diri sendiri.
Disangka
diri sudah sangat cukup dan sempurna. Perangai begini membawa lupa akan
kekurangan diri dan ingat akan kekurangan orang lain. Janganlah sifat
ujub ini menjalar ke dalam diri, menyangka bahawa segala sesuatu tidak
akan sempurna kalau kita tiada. Sebab kita itu pun tidak akan sempurna
kalau tidak dengan orang lain. Keutamaan tidak cukup diberikan Allah
kepada satu orang tetapi berbagi-bagi.
Laksana kita ingin memasak
makanan yang lazat tidak akan berasa jika cili hanya membanggakan
pedasnya, garam membanggakan masinnya, cuka yang membanggakan masamnya,
ikan yang membanggakan enaknya sendiri. Jika segala kepedasan,
kemasinan, kemasaman, dan keenakan itu dikumpulkan dalam satu belanga,
dimasak dengan tangan yang ahli, barulah menjadi makanan yang menjilat
jari.
Hamparan Harapan, Emasnya Ikhlas
Bila bercerita mengenai harapan, teringat pula bait-bait lagu yang menjadi halwa telinga sekitar 80-an “Harapan setinggi gunung”.
Jika diselami maksud bait lirik itu tentunya tinggi harapan orang itu.
Masakan tidak tinggi jika telah disamakan harapan dengan gunung. Hendak
mendaki gunung perlu keringat yang memecah peluh hingga baju terpaksa
kita perah.
Harapan orang tentunya menggunung pada pemegang
tangungjawab tetapi lebih berat lagi bahu yang menggalasnya. Memberi
harapan pastinya sedikit sebanyak akan terikat dengan janji. Resmi
manusia, mengikat janji mudah sekali tetapi memantri kata untuk dikota
payah sekali umpamanya bila sebelum kita mendapat duit, janji itu ini,
pada kawan dijanji mahu belanja makan, pada emak berkira-kira mahu
menghulur beberapa keping not, itu ini mahu dibeli tetapi bila mana duit
digenggami disimpan kemas dalam peti. Melupakan semua janji yang kita
taburi, sudahnya airmata yang menjadi galang ganti. Itu dikira masih
baik lagi, jika dihambur caci maki tentulah lagi menyakitkan hati,
alamatnya hingga nafas terakhir perasaan bersalah membaluti diri.
Memikul
jawatan ini diri tidak menabur janji apatah lagi menghamparkan harapan.
Hanya satu menjadi pegangan, melakukan semua ini dengan ikhlas. Mahu
mengikhlaskan hati ini ibarat emas murni, tidak bercampur perak berapa
persen pun. Pekerjaan yang bersih terhadap sesuatu, bernama ikhlas.
Misalannya
seorang yang berkerja kerana mengharapkan puji majikan, maka ikhlas
amalnya kepada majikannya atau dia bekerja pagi sampai ke petang kerana
semata-mata memikirkan upah, maka keikhlasannya kepada perutnya.
Pekerjaannya itu baik tetapi belum tentu baik jika dasarnya tidak subur.
Dasarnya itu akan baik dari zat sampai ke sifatnya jika didasarkan kepada lillah hi ta’ala
iaitu ikhlas kerana Allah. Oleh sebab itu, perkataan ikhlas itu
terpakai terhadap Allah semata-mata. Sesuai lidah dan hati, itulah
ikhlas! lain di mulut lain di hati, bukanlah ikhlas tetapi culas.
“Jangan terpedaya oleh seorang ahli pidato, lantaran pidatonya
Sebelum kelihatan bukti pada perbuatannya
Kerana perkataan itu sumbernya ialah hati
Lidah hanya dijadikan sebagai tanda dari hati”.
Sebelum kelihatan bukti pada perbuatannya
Kerana perkataan itu sumbernya ialah hati
Lidah hanya dijadikan sebagai tanda dari hati”.
No comments:
Post a Comment