10 tip untuk anda praktikkan agar anda dapat
mewujudkan perasaan gembira ketika berada di pejabat dan melaksanakan
tugasan.
1-Ketepikan masalah peribadi
Jangan sekali-kali membiarkan fikiran anda dibelenggu dengan masalah
peribadi di pejabat. Set di dalam minda, saat menjejak kaki di pejabat,
terus ketepikan apa jua masalah peribadi untuk seketika.
2-Cipta ‘dimensi pejabat’
Apabila anda mencipta ‘dimensi pejabat ‘ di dalam fikiran, anda cuba
untuk menjadikan ia sebagai ruang yang cukup selesa untuk anda bekerja
dan terasing dari dunia luar.
3-Dapatkan teman pemberi semangat
Pastikan ada seseorang di dalam pejabat itu yang boleh dipercayai,
menjadi tempat untuk anda berkongsi masalah dan meminta nasihat.
4-Jaga pola pemakanan
Makan makanan yang berkhasiat dan minum 8 gelas air putih sehari dapat
meningkatkan tenaga serta membuatkan anda lebih segar. Kesihatan diri
menyumbang kepada perasaan yang positif.
5-Atur tugasan kerja
Tugasan kerja yang diatur dengan baik dan tersusun dapat menghilangkan
rasa bebanan di dalam fikiran anda. Ia mengelakkan anda membuat kerja
dalam keadaan tertekan dan kelam kabut.
6-Berjalan-jalan untuk seketika
Sekali-sekala ambillah 2-3 minit untuk berjalan-jalan di sekitar
pejabat atau melihat pemandangan luar supaya fikiran anda boleh
‘refresh’.
7-Jangan cuba mengubah
Anda boleh mengubah sikap anda daripada bermuka masam ke bermuka manis
dengan senyuman. Namun, anda tidak boleh mengharap atau memaksa orang
lain berbuat begitu untuk anda.
8-Beri ganjaran
Apabila anda berjaya menyiapkan tugasan yang anda sasarkan pada hari
ini, beri ganjaran kepada diri anda seperti pergi menonton wayang
selepas waktu kerja bersama rakan.
9-Amalkan senaman
Dengan mengambil sedikit masa, mungkin 10 minit untuk melakukan senaman
pernafasan, senaman ringan atau yoga akan membantu anda untuk lebih
tenang melakukan kerja.
10-Fikir yang positif
Fokus kepada perkara yang positif sahaja di pejabat. Jika ada satu
sahaja perkara positif, tetapi 10 perkara negatif, usaha untuk tetap
membangkitkan semangat diri anda dengan yang positif itu sahaja.
sumber:MAJALAH NUR
sumber:MAJALAH NUR
No comments:
Post a Comment