1. Hendaklah meminta izin atau memberi salam sebelum masuk,
2. Tidak menghadapkan muka langsung ke arah pintu.
3. Menjaga adab kesopanan ketika berada di dalam rumah orang yang diziarahi.
4. Memilih waktu yang sesuai untuk berziarah dan sebagainya.
5. Sebagai tetamu, mestilah berniat baik di atas kunjungannya.
6. Hendaklah menjaga aurat dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan terutama yang bukan Mahram.
7. Jangan dibezakan antara orang kaya dan miskin ketika membuat jemputan.
8. Hendaklah jangan ditolak sesuatu undangan hanya semata-mata
berpuasa sunat, sebaliknya terimalah undangan dan hendaklah berbuka
kerana untuk menimbulkan kegembiraan dipihak yang membuat
undangan.
9. Hendaklah menolak undangan di mana makanan yang dihidangkan itu
terdapat syubhat dan
terdapat aktiviti munkar atau orang yang
mengundang itu bersifat fasik, zalim atau suka
membesar diri.
10. Semasa berkunjung hendaklah memilih waktu yang sesuai. Janganlah
berkunjung pada waktu
awal pagi, tengah hari dan larut malam kerana
kebiasaan pada waktu itu pihak tuan rumah ingin
beristirahat atau
membuat persiapan keperluan keluarga.
11. Perlu memohon izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah yang ingin dikunjungi.
12. Selaku tetamu adalah sangat digalakkan agar berjabat tangan dengan
tuan rumah sebagaimana
dengan hadith Nabi S.A.W riwayat dari al Barra’
R.A yang bermaksud “ Tidak ada dua orang
muslim yang bertemu,lalu saling
berjabat tangan, kecuali kedua-duanya diampuni Allah S.W.T
sebelum
berpisah”. Walaubagaimanapun amalan berjabat tangan ini mestilah
dilakukan
mengikut lunas-lunas Islam.
13. Sebagai tetamu juga tidak sepatutnya bebas melakukan apa sahaja di
rumah orang lain kerana perbuatan itu akan mengganggu dan tidak
disenangi oleh tuan rumah.
14. Menjaga mata, jangan mencuri dengar atau mengintai tuan rumah,
janganlah mengangkat suara semasa berada di dalam rumah dan jangan duduk
lama ketika berziarah.
15. Hormat tuan rumah.
16. Elakkan dari terus ke meja hidangan. Sebaiknya, carilah Tuan Rumah
terlebih dahulu atau kalau kebetulan tidak ada ketika itu (mungkin
sibuk di dapur atau melayan tetamu lain).
17. Bersalamlah dengan para tetamu yang berdekatan ketika itu.
18. Sementara menunggu arahan Tuan Rumah, ambillah kesempatan untuk berbual-bual mesra dengan para tetamu yang ada.
19. Kawak suara ketika berbual.
20. Keseronokan berbual terutama bertemu rakan-rakan juga ada kalanya
membuatkan kita tidak sedar bahawa kita mengeluarkan suara yang kuat.
Kadang-kadang, ia juga boleh mengganggu orang lain. Lebih parah, andai
perbualan tersebut berkisar kepada umpatan atau perkara-perkara yang
boleh menyakitkan hati Tuan Rumah atau orang lain.
21. Keseronokan berbual-bual pasal perkembangan politik tanah air
adakalanya agak sensitif bila terdapat orang-orang politik pihak lawan
yang hadir ketika itu. Sebaiknya, sebagai tetamu, kita kenalah kawal
suara kita dan berbuallah pada perkara-perkara yang dirasakan boleh
dikongsi bersama tanpa menimbulkan sesetiviti.
22. Jaga adab makan. Kesopanan amat penting ketika makan.
23. Elakkan dari berebut-rebut. Jika perlu beratur, beraturlah mengikut giliran.
24. Ambillah makanan ketika dipelawa Tuan Rumah.
25. Mengambil makanan dengan kadar sederhana juga menunjukkan adab
yang baik. Oleh itu, mengelak dari mengambil makanan berlebihan sehingga
kelihatan berlonggok di pinggan satu cara yang amat baik.
26. Kadang-kadang, tanpa disedari perbuatan atau tingkah laku kita
sepanjang majlis berkenaan diperhatikan orang, apatah lagi jika kita
mempunyai kedudukan tertentu dalam masyarakat.
27. Mempunyai disiplin yang tinggi.
28. Sebagai tetamu, sebaiknya elakkanlah dari memandang ke sana ke
sini. Sekali sekala itu wajar juga. Cuma, pandanglah yang perlu sahaja
seperti memandang wajah para tetamu baru yang datang dengan pandangan
ikhlas bersama senyuman.
29. Memandang tetamu yang lain berkali-kali sambil berbisik-bisik
dengan rakan sebelah kita juga perlu dielakkan. Ia mungkin menimbulkan
rasa tidak selesa pada orang yang berkenaan. Lebih teruk jika melibatkan
umpatan kepada orang lain.
30. Hadkan masa, kadang-kadang keseronokan bertemu kawan-kawan lama
membuatkan kita tidak sedar bahawa kita telah berada di rumah Tuan Rumah
agak lama. Kunjungan yang sepatutnya berlangsung dalam 20-30 minit
akihrnya berlangsung sehingga 2-3 jam
31. Kehadiran kita yang begitu lama dalam majlis itu menghalang orang lain dari mendapat tempat duduk.
32. Tuan Rumah mungkin akan merasa tidak selesa apabila “TERPAKSA”
berulang-ulang kali melayan kita dengan perbualan atau layanan yang
sewajarnya diberikan kepada tetamu baru.
33. Bilangan rombongan yang sederhana. Membawa ahli keluarga dan
rakan-rakan ke satu majlis rumah terbuka memang seronok. Namun,
kedatangan rombongan kita yang ramai mungkin akan menjadi satu kesulitan
kepada Tuan Rumah apatah lagi kehadiran kita di majlis tersebut tidak
diberitahu lebih awal kepada Tuan Rumah.
sumber:MAJALAH NUR
No comments:
Post a Comment