Assalamualaikum...
Semua orang nak kekal cantik dan sihat.
Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran
masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan
buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta
mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta.
Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita
akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan
kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin.
Lihat di bawah, baca dan praktikkan petua awet muda ini. InsyaAllah pasti menjadi, yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.
Petua Awet Muda
Petua 1 :
Sejurus
bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan
wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi
selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 :
Sejurus
bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di
dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru
diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua 3 :
Amalkan
memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan
Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau
gugur.
Petua 4 :
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 5 :
Untuk melihat
wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan
jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat
subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk
sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
Petua 6 :
Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 :
Amalkan
bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah,
rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan
berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua 8 :
Amalkan mandi
air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum
ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah
sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan
badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.
Petua 9:
Muka kita
biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk
mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan
dan di letakkan di bawah mulut (dagu).
Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke
hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli
dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.
Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Petua awet muda ini sekadar perkongsian
yang boleh diamalkan. In Shaa Allah dengan izin Nya ia berkesan untuk
memberikan wajah berseri dan awet muda
No comments:
Post a Comment