Assalamualaikum...
Rasulullah bersabda, “Para wanita yang berpakaian tetapi (pada
hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk
unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya
(HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda,” Tidak diterima solat wanita dewasa
kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn
Majah)
Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak
bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami
pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan
yang mengenakan pakaian ketat-ketat. Majalah perubatan Britain
mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa fakta,
antaranya bahawa kanser milanoma pada usia awal, dan semakin bertambah
dan merebak sehingga di kaki.
Sebab utama penyakit kanser ini adalah pakaian ketat yang dikenakan
oleh perempuan di bawah terik matahari dalam waktu yang panjang selepas
bertahun-tahun. Sarung kaki nilon yang mereka kenakan tidak sedikitpun
bermanfaat dalam menjaga kaki mereka dari kanser. Majalah perubatan
Britain tersebut telah pun telah melakukan undian tentang penyakit
milanoma ini, dan seolah keadaan mereka mirip dengan keadaan orang-orang
penderhaka (orang-orang kafir Arab) yang di da’wahi oleh Rasulullah.
Tentang hal ini Allah berfirman: “Dan ingatlah ketika mereka katakan: Ya
Allah andai hal ini (Al-Qur’an) adalah benar dari sisimu, maka
hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami
azab yang pedih” (Surah Al-Anfaal: 32)
Dan sungguh telah datang azab yang pedih ataupun yang lebih ringan
dari hal itu, iaitu kanser di mana kanser itu adalah seganas-ganasnya
kanser dari pelbagai kanser. Penyakit ini merupakan akibat dari sengatan
matahari yang mengandungi ultra violet dalam waktu yang panjang
disetiap pakaian yang ketat, pakaian pantai (yang biasa dipakai
orang-orang kafir ketika di pantai dan berjemur di sana) yang mereka
kenakan. Penyakit ini terkadang mengenai seluruh tubuh dan dengan kadar
yang berbeza-beza. Gejala awal adalah seperti bulatan berwarna hitam
agak lebar. Kadang-kadang berupa bulatan kecil saja, kebanyakan di
kawasan kaki atau betis dan di kawasan sekitar mata, kemudian merebak ke
seluruh bahagian tubuh disertai pertumbuhan di kawasan yang biasa
dilihat, pertautan limpa (kawasan di atas paha), dan menyerang darah,
dan menetap di hati serta merosakkannya.
Ia juga boleh menyerang janin di dalam rahim ibu yang sedang mengandung. Orang yang menderita kanser ini tidak akan hidup lama.
Dari sini, kita mengetahui hikmah yang agung anatomi tubuh manusia di
dalam perspektif Islam tentang perempuan-perempuan yang melanggar
batas-batas syariat iaitu bahawa model pakaian perempuan yang benar
adalah yang menutupi seluruh tubuhnya, tidak ketat, tidak telus, kecuali
wajah dan telapak tangan.
Semakin jelaslah bahawa pakaian yang sederhana dan sopan adalah upaya
preventif yang paling bagus agar tidak terkena “azab dunia” seperti
penyakit tersebut di atas, apalagi azab akhirat yang jauh lebih dahsyat
dan pedih. Kemudian, apakah setelah adanya kesaksian dari ilmu
pengetahuan kontemporari ini-padahal sudah ada penegasan hukum syari’at
yang bijak sejak 14 abad silam-kita akan tetap tidak berpakaian yang
baik (tudung), bahkan malah tetap bertabarruj???
(Sumber: Al-I’jaaz Al-Ilmiy fii Al-Islam wa Al-Sunnah Al-Nabawiyah, Oleh: Muhammad Kamil Abd Al-Shomad)
http://www.islamituindah.my/penyakit-menimpa-ke-atas-perempuan-tidak-bertudung
No comments:
Post a Comment