LONDON – Pengalaman memakai hijab ketika Hari Hijab Sedunia pada
setiap 1hb Februari telah menarik minat seorang gadis Inggeris untuk
lebih mempelajari tentang Islam dan tak lama kemudian ia memeluk Islam.
Jessica Rhodes (21) yang telah mendapat petunjuk dan HIDAYAH Allah
mengatakan kepada Muslim Mirror bahawa dia mengambil bahagian dalam Hari
Hijab Sedunia dengan memakai tudung selama sebulan.
“Saya ambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia pertama dan mencabar
diri saya sendiri untuk memakai hijab selama sebulan,” katanya.
“Kemudian Saya mula membaca Al-Quran dan kalimat-kalimat di dalam
Al-Quran kelihatan tampak logik dan jelas, daripada dalam Bible di mana
mereka cenderung banyak omong kosong,” tambahnya.
Gadis yang berasal dari Norway tersebut adalah satu di antara
beberapa non-Muslim di seluruh dunia yang turut mengenakan pakaian
Muslimah dalam acara Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari lalu.
Acara tersebut bermaksud untuk memperkenalkan tudung kepada dunia,
bahawa pakaian Muslimah itu bukanlah simbol penindasan tetapi justeru
untuk menjaga kehormatan.
Setelah pengalaman memakai tudung itu, Rhodes mula membaca lebih banyak tentang Islam untuk lebih memahami agama yang lurus ini.
“Saya juga melakukan beberapa pemerhatian tentang Islam secara
keseluruhan dan merasakan bahawa ini (Islam) adalah sebuah agama yang
inklusif yang boleh memberikan saya jawapan-jawapan yang saya cari-cari
selama ini,” katanya.
Ketika memutuskan memeluk Islam, Rhodes menghadapi pelbagai reaksi
daripada orang-orang terdekatnya. Ibu bapa tidak suka, walaupun
menerimanya.
“Ibu bapa saya tidak senang tetapai mereka menerima keputusan saya. Tetapi ipar-ipar saya menyokong menyokong “kata Rhodes.
Sebahagian kawan-kawan Rhodes senang atas keputusannya menjadi
Muslimah, sebahagian yang lain cuba membanntah sementara sebahagian yang
lain menjauhi Rhodes, situasi yang hampir semua muallaf mengalaminya.
Muallaf di Britain terus meningkat. Menurut kajian terbaru, di
Inggeris selama 6 tahun terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang
sebanyak 37% dan jumlah masjid sudah mencapai hampir 1,500, termasuk
banyaknya surau. Berdasarkan data dari British Institute of Gatston,
rata-rata, ratusan warga Inggeris masuk Islam setiap bulan, demikian Al
Jazeera melaporkan.
Jumlah muallaf sangat sangat ketara di penjara dan di
sekolah-sekolah. Al-Jazeera mendapati bahawa diantara sejumlah muallaf
terdiri daripada remaja, termasuk mereka yang berasal dari Brazil,
Luxembourg, dan Sweden.
Menurut laporan, setiap tahun sekitar 5000 orang Inggeris masuk Islam.
Sumber: http://www.islamituindah.my/wanita-britain-memeluk-islam-kerana-hari-hijab-sedunia
No comments:
Post a Comment