Assalamualaikum..
Selamat menjalani, minggu baru uolss semua..semoga sega;a tugasan yang direncanakan dipermudahkan. Disini saya ini berkongsi beberapa tips bagi melayan pelanggan dengan baik. Pelanggan adalah aset kita. Oleh itu kita hendaklah elayang seseorang pelanggan itu dengan berhemah.Bak kata pepatah Inggeris:-
"Customer Always Right"
Pelanggan adalah salah satu faktor
penentu kejayaan dalam perniagaan anda. Tentunya, dengan melayan
pelanggan dengan baik akan membuatkan perniagaan anda berkembang maju.
Ini kerana, pelanggan yang puas hati dengan layanan anda akan membawa
bakal-bakal pelanggan lain yang akan menggunakan produk atau
perkhidmatan yang anda tawarkan.
Berikut beberapa langkah untuk meningkatkan perasaan harga diri pelanggan sehingga mereka merasa dilayani secara peribadi:
- Menyedari kehadiran pelanggan dengan segera;
- Selalu gunakan nama pelanggan sekerap mungkin;
- Jangan memandang rendah pelanggan, walau pun anda lebih pandai;
- Berikan pujian dengan ikhlas dan berikan penghargaan kepada pelanggan;
- Perlakukan pelanggan seperti raja.
No comments:
Post a Comment