Tuesday, 4 November 2014

Pekerja Mukmin Yang Kuat

Assalamualaikum..

Rasullulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya "Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih kuat baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada mukmin yang lemah, sedangkan setiap orang itu mempunyai kebaikannya (imamnya): Oleh itu hendaklah engkau bersungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah memberi pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas.

Dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganla engkau berkata " kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah" Allah telah takdirkan , apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaanNya is lakukan, kerana perkataan "kalau itu membuka jalan kepada hasutan syaitan."

(Riwayat Muslim)

Jika anda seorang pekerja, banyak pengajaran yang boleh diambil daripada maksud hadis diatas. Jangan biarkan sifat malas menyelubungi diri lebih-lebih lagi meletakkan pula alasannya kerana letih berpuasa.

Diantara huraian yang boleh dijadikan amalan oleh setiap umat islam yang berazam mahu menjadi pekerja dan mukmin yang kuat adalah:

1. TINGKATKAN IMAN ITU BERBEZA
Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu iaitu yang kuat semangat, ilmu dan berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup, manakala setengah yang lain pula ada sebaliknya.

 2.  BERUSAHA DAN BERTAWAKAL
Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu (juga dalam pekerjaan) di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsanNya Allah memberi taufik dan menjayakan segala urusan dan pekerjaan yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak dan sekuat mana pun is tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan Allah S.W.T.

3. JANGAN KUAT MEMASANG ANGAN-ANGAN
Kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allahakan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu maha berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh mausia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya

4. REDHALAH, KEGAGALAN ITU PASTI ADA HIKMAHNYA
Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat it ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat islam dikehendaki menghadapinya denganperasaanredha, tenang, tenteram keranahal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.

5. 'KALAU' V MEMBUKA JALAN HASUTAN SYAITAN
Jangan sesekali disebut perkataan 'kalau' jika mengalami kerugian tau kekecewaan kerana ia kan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Ynag Maha Esa.

Sumber Majalah Nur Julai 2013

No comments:

Post a Comment