Assalamualaikum..
Kesilapan yang sering dibuat oleh segelintir syarikat ialah
mengunakan rangkaian sosial untuk menjual produk dan perkhidmatan,
sedangkan para pengguna ingin berkomunikasi dengan syarikat dan
berkenalan dengan pengguna-pengguna lain yang mempunyai minat yang sama.
Menurut IDC (International Data Corporation), inisiatif yang
berkaitan dengan rangkaian sosial dengan tujuan membuat urusniaga akan
merangkumi 2,000 juta USD perniagaan dalam tahun 2014.
Masih ada usahawan yang menganggap rangkaian sosial sebagai sesuatu
yang mahal atau sesatu yang akan mengurangkan nilai jenama mereka.
Strategi komunikasi internet mereka sebaliknya, biasanya lebih murah,
lebih fokus dan dapat diukur.
Cara para pengguna mempengaruhi pengguna-penguna lain dalam keputusan pembelian, antaranya melalui perkongsian pendapat, harus dijadikan faktor utama untuk melakukan kegiatan pemasaran produk anda melalui rangkaian sosial.
Impak rangkaian sosial
Bidang komunikasi telah berubah. Semua teknik komunikasi yang
bersifat satu hala di antara komunikasi syarikat dan pelanggan sudah
tinggal kenangan. Rangkaian sosial membantu menjadikan syarikat-syarikat
lebih telus, mendapat kepercayaan dan membina kredibiliti melalui
komunikasi dengan para pelanggan. Di zaman ini, sebelum membuat
pembelian, para pelanggan akan mencari maklumat tentang produk yang
diperlukan menggunakan enjin carian atau rangkaian sosial. Mereka
memperolehi maklumat bukan sahaja berkenaan tawaran semasa, tetapi juga
tentang pengalaman pelanggan-pelanggan lain yang telah menggunakan
produk tertentu.
Kehadiran dalam rangkaian sosial juga penting kerana ia membolehkan
hubungan lebih rapat dengan pelanggan. Tugas para pakar adalah untuk
mewujudkan persekitaran yang sukar ditolak, yang akan menarik orang
ramai yang berpotensi menjadi pelanggan/pengguna, bergantung kepada
pemikiran dan tindakan mereka.
Apabila anda mengambil keputusan untuk menceburi rangkaian sosial,
adalah penting untuk mengetahui akan kelebihannya, dan juga risiko yang
perlu dihadapi. Pertama sekali, paling asas ialah menentukan halatuju
dalam menentukan strategi pemasaran selanjutnya. Kehadiran anda haruslah
bermakna; jika anda hanya sekadar terikut-ikut syarikat-syarikat lain
yang telah menyertai rangkaian sosial, tindakan ini tidak masuk akal.
Kelebihan Rangkaian Sosial
Banyak syarikat yang belum cukup faham tentang faedah-faedah apabila
sesebuah syarikat menyertai rangkaian sosial, manakala syarikat-syarikat
yang memahaminya telah menjadikannya keutamaan dalam melaksanakan
kegiatan pemasaran. Berikut adalah sebahagian daripada faedah-faedahnya:
- Khidmat Pelanggan. Tiada cara yang lebih baik untuk memastikan para pelanggan sentiasa gembira selain daripada menyediakan kaedah yang membolehkan para pelanggan mendapat maklumat penuh dan sokongan tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Rangkaian sosial membolehkan anda sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan, dan dengan itu memberi perkhidmatan yang sentiasa diingati dan diganjarkan dengan pembelian baru.
- Promosi produk. Rangkaian sosial bukan sekadar untuk penjualan produk atau perkhidmatan, sebaliknya, ia bertujuan untuk mendengar dan berkomunikasi. Ia merupakan saluran yang sangat penting dalam mempromosikan produk baru. Ia juga merupakan saluran yang baik untuk mempromosikan laluan (traffic) ke laman web anda.
- Kajian Pemasaran secara real time. Berbeza dengan sebelum ini, sekarang kita boleh mendapatkan banyak data tentang produk atau perkhidmatan anda, termasuk maklumat tentang projek baru atau perasmiannya, secara real time. Lebih mudah untuk mendapatkan informasi yang dapat membantu memperbaiki dan memajukan produk dan perkhidmatan dengan penyertaan yang dapat membawa maklumbalas yang bernilai, dan yang paling enak ialah ianya percuma.
sumber: http://www.usahawan.com/internet/business-social-networking-kepentingannya-dalam-perniagaan.html
pics credit to: www.empire.rocks . a network of word of mouth marketing team by Rootwommers Sdn Bhd
No comments:
Post a Comment