Assalamualaikum...
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila seseorang wanita
melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan
taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )
Seorang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini
kerana, jika seorang wanita itu betul-betul follow apa yang telah
ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.
Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke
syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa
yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam
lagi pertanyaan Allah.
Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat
yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya
daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka
berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi
masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.
Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat,
walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan
wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.
Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?
Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.
Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah
Sumber:www.islamituindah.my/mudahnya-seorang-wanita-itu-masuk-ke-syurga
No comments:
Post a Comment